Berita›Tragedi

Tasik Galilee Semakin ‘Tenat’ & Kering, Israel Rancang Isi Dengan Air Laut Dinyahgaram
Israel dilapor merancang untuk menyalurkan air laut yang dinyahgaram ke Tasik Galilee yang kini semakin tenat dan kering. Menurut laporan The Times Of Israel, hujan yang tidak menentu dan peningkatan suhu dikatakan antara punca yang menyebabkan air tasik air tawar terbesar di Timur Tengah ini semakin susut. Tasik berkenaan sebelum ini berfungsi sebagai kawasan tadahan […]

Pemuda Cedera Ketika Menangkap Pelarian Rohingya Lolos
BANDAR BAHARU, 21 April (Bernama) — Seorang pemuda cedera di kaki selepas terjatuh dari motosikalnya yang ditendang pelarian etnik Rohingya ketika cuba menahan mereka selepas lolos dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat sini, semalam. Menceritakan kejadian itu, Mohamad Ashraf Firdaus Mohd Yusof, 30, berkata dia bersama beberapa orang penduduk kampung bertindak mengejar sekumpulan pelarian itu […]

Kebakaran Rumah Di Semporna Berulang, Mangsa Pasrah Mulakan Kembali Kehidupan
SEMPORNA, 21 April (Bernama) — Kehilangan segala harta benda dalam kejadian kebakaran rumah pada tahun 2015, Angelista Bastara sama sekali tidak menyangka kejadian itu berlaku sekali lagi malam tadi, namun beliau pasrah untuk memulakan kembali kehidupannya. Angelista, 45, berkata tragedi malam tadi menyebabkan semua harta benda yang dikumpul selepas kebakaran tahun 2015 itu musnah sekelip mata, […]

Isteri Dibelasah 15 Lelaki Gara-gara Dituduh Curang
Seorang isteri di India dibelasah 15 individu secara terbuka gara-gara dituduh menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, lapor Daily Star. Malah tidak cukup dibelasah, wanita curang itu juga turut dipaksa berkahwin dengan kekasih skandal pilihannya itu. Menurut Daily Star, adegan ngeri itu berlaku di sebuah perkampungan di Madhya Krishnapur dalam wilayah Bengal Barat pada malam […]

Ibu Bunuh Diri & Anak Kecil Mati Keracunan, Disyaki Kecewa Kerana ‘Orang Ketiga’
Seorang ibu tekad mengakhiri hidupnya dengan sangat tragis bersama-sama dua anaknya dengan bunuh diri disyaki kerana ‘orang ketiga’, lapor Tribun News. Menurut Tribun News, wanita tersebut yang berumur 29 tahun dilapor meracuni kedua-dua anaknya sebelum dia menggantungkan dirinya sendiri. Difahamkan, kejadian tragis itu dilapor berlaku di rumah sewa mangsa di Perum Cibunar di Garut, Jawa […]

Pemuda Maut Dihempap Lif Pada Hari Pertama Bekerja
BINTULU – Seorang lelaki dilapor maut selepas terjatuh dari lif yang menjunam dari tingkat tiga pada hari pertamanya bekerja. Ketika kejadian, lelaki berusia 18 tahun itu sedang memindahkan kotak di hari pertamanya bekerja sebagai kakitangan sebuah pasar raya pada 11 April lalu, lapor Mothership. Menerusi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat sebuah lif […]

Bayi Nyaris Lemas, Nafas Tercungap-cungap Selimut Tertutup Muka Semasa Tidur
Setiap orang mempunyai tabiat tersendiri setiap kali mahu tidur. Ada yang memerlukan bantal busuk untuk mendapatkan tidur yang lena. Ada juga yang menarik selimut hingga menutup muka supanya lebih segera dapat melelapkan mata. Tetapi untuk pasangan yang mempunyai bayi, anda mungkin perlu memikirkan semula sesetengah tabiat tidur yang ada, seperti meletakkan selimut disekeliling tempat tidur. […]

Kanak-Kanak Dua tahun Rentung Dalam Kebakaran Di Lahad Datu
LAHAD DATU, 19 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan 11 rumah atas air di Kampung Sabah Baru, Jalan Nipah di sini, pagi tadi. Mayat Nurul Alisha Putri Abdullah ditemukan selepas operasi pemadaman. Bapa saudara mangsa Alsad Albani, 32, berkata kejadian itu berlaku dengan pantas dan dia tidak menyedari […]

Beruk ‘Mengamuk’, Cabut Jubin Bumbung & Lempar Ke Bawah Hingga Pecah Undang Bahaya
Acap kali kita terdengar berita di mana seseorang itu diserang monyet atau beruk yang garang jika tidak memberikan haiwan berkenaan makanan. Haiwan ini akan bertindak agresif jika sedang kelaparan atau ada yang mengganggu mereka. Beruk ‘mengamuk’ Tidak dinafikan, tindakan agresif haiwan berkenaan salah satunya mungkin berpunca daripada habitat mereka yang terjejas dan sumber makanan berkurangan. […]

Nelayan Temui Mayat, Leher Dijerut Tali & Diikat Di Pokok
Mayat seorang lelaki dalam keadaan leher dijerut tali dan diikat pada sebatang pokok ditemui di satu lokasi di Pulau Melaka, Melaka hari ini, lapor Utusan. Merujuk Utusan, mayat yang dipercayai warga tempatan berusia 27 tahun itu ditemui dalam keadaan terduduk oleh seorang nelayan di lokasi kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. Menurut Ketua Polis […]

Thailand: 1,917 Nahas Jalan Raya, 277 Kematian, Dalam Tempoh 7 Hari Songkran
BANGKOK, 18 April (Bernama) — Seramai 1,869 orang cedera manakala 278 lagi maut dalam 1,917 kes nahas jalan raya yang direkodkan sepanjang tujuh hari sambutan Songkran (seven dangerous days’ of Songkran) dari 11 hingga 17 April – termasuk dua hari sebelum dan selepas sambutan perayaan itu dari 13 hingga 15 April. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Keselamatan Jalan Raya, Nirat Pongsitthaworn […]
Petani Maut, Dua Cedera Parah Dalam Kemalangan
ALOR SETAR, 18 April (Bernama) — Seorang petani maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kenderaan bertembung dalam kemalangan di Jalan Kampung Padang Gelanggang, di Ayer Hitam dekat Kubang Pasu awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang maut dikenali […]

Indonesia Henti Op Carilamat Penyelam Remaja Warga Belanda
MERSING, 18 April (Bernama) — Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia menghentikan Op Carilamat mengesan penyelam warga Belanda Nathen Renze Chesters pada 7 malam tadi. Remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini dan disyaki hanyut ke perairan Indonesia. Pengarah Zon Maritim […]

Lelaki Maut, Basikal Yang Dinaikinya Dirempuh Kereta
Lipis – Seorang penunggang basikal dilaporkan maut selepas dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas dalam kejadian pada Ahad di kilometer 15 Benta-Jerantut. Memetik laporan Astro Awani, kereta tersebut hilang kawalan dari arah hadapan dan memasuki laluan basikal. Difahamkan, mangsa, Mohamad Awang, 66, berbasikal ke Jerantut untuk membeli barangan dapur dan telah dirempuh kereta jenis Proton […]

Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Meletus Lagi
Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda dilaporkan telah meletus malam tadi sehingga mengeluarkan abu setinggi 800 meter. Memetik laporan Tribun News, orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan itu dalam radius 2 kilometer. Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berkata Gunung Anak Krakatau telah meletus sekitar jam 9.15 malam. Keadaan abu […]

Anggota Polis Maut Kemalangan Jalan Raya
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) — Seorang anggota polis meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kenderaan jenis jip di Jalan Kampong Sri Cheeding, Jenjarom, petang semalam. Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata ketika kejadian pada 4.45 petang itu, Koperal Muhamad Nazri Mohd Nor, 31, yang bertugas di Balai […]

Pegawai Kanan Bomba Perak Cedera, Isteri Parah Dalam Kemalangan
IPOH, 17 April (Bernama) — Seorang pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak cedera apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah di Taman Chepor Impian di sini hari ini. Jurucakap JBPM Perak berkata Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 1.33 tengah hari tadi. “Mangsa, Taufik Asyarun Zainuddin berusia lingkungan […]

Gempa Bumi Dilapor ‘Gegar’ Papua, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 dilaporkan telah berlaku di Papua, Indonesia pada jam 1.49 petang tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 1.6° Selatan dan 136.7° Timur. Ia berlaku dengan kedalaman 46 km dan 453km Barat dari Jayapura, Indonesia. Pun begitu, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. GB […]

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat 18 sebuah kondominium awal pagi tadi. Mangsa berusia empat tahun yang tindilaporkan terjatuh dari salah satu unit di tingkat berkenaan ketika ibunya tiada di rumah. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, polis menerima laporan daripada orang awam yang menemui […]

Bot Karam Di Semporna: Juragan Ditahan Bantu Siasatan – Polis
SEMPORNA, 15 April (Bernama) — Polis hari ini menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 64 tahun yang merupakan juragan sebuah bot yang karam, menyebabkan lima penumpangnya lemas berdekatan perairan Kampung Tandoan, Pulau Timbun Mata di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata penahanan lelaki itu adalah bagi membantu siasatan […]