BeritaTragedi

Berita
5 Maut Runtuhan Batu Di Barat Daya China
CHENGDU (China), 10 Mei (Bernama) — Lima maut dalam kejadian runtuhan batu di Kaunti Rongxian, Wilayah Sichuan, barat daya China, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan pada Selasa. Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang Isnin di sebuah kampung di Rongxian. Operasi menyelamat ditamatkan pada tengah malam selepas mayat kelima ditemukan. Siasatan mengenai punca kejadian sedang dijalankan. — BERNAMA
Berita
Pengguna JRTB Diminta Waspada Kehadiran Gajah, Elak Buat Provokasi
IPOH, 10 Mei (Bernama) — Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik ke Jeli diminta berhati-hati dengan kehadiran gajah yang sering berkeliaran di kawasan itu seperti yang tular menerusi beberapa rakaman video. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata pengguna jalan raya perlu memperlahankan atau berhentikan kenderaan […]
Berita
Bekas Pemain NBA Adreian Payne Maut Ditembak
ANKARA, 10 Mei (Bernama) —Bekas pemain NBA, Adreian Payne, 31, maut akibat ditembak dalam satu insiden di Orlando, Florida pada Isnin, lapor Agensi Anadolu memetik polis. Syerif Kaunti Orange di Orlando berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan pada 1.37 pagi waktu tempatan (0537GMT), mangsa disahkan meninggal dunia ketika di hospital. Payne bersama NBA sebanyak empat musim dengan menyertai Atlanta […]
Berita
41 Banduan Maut, 13 Cedera Dalam Rusuhan Penjara Dia Ecuador
QUITO, 10 Mei (Bernama) — Rusuhan penjara di wilayah Pichincha, Ecuador menyebabkan sekurang-kurangnya 41 banduan maut manakala 13 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik agensi pengurusan penjara pada Isnin. Menurut kenyataan agensi pengurusan penjara itu, rusuhan tercetus pukul 2 pagi waktu tempatan (0800 GMT) di sel kawalan ketat selepas seorang ketua kumpulan jenayah dipindahkan ke sel itu atas […]
Berita
Gempa Bumi Kuat 6.3 Dilapor Gegar Laut Dekat Papua Sebentar Tadi
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, kira-kira 200 km dari pantai Papua New Guinea pada pagi Selasa. Memetik News Detik, gempa bumi tersebut bagaimana pun tidak memberi ancaman tsunami kepada kawasan sekitar. Pihak Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan bahawa peluang untuk kematian dan kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi berkenaan […]
Berita
Tak Tahan Kena ‘Kutuk’, Pemuda Libas Kawan Baik Sendiri Dengan Sabit
Seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ditahan pihak polis kerana didakwa menetak rakannya sendiri. Kejadian ini berlaku pada Khamis lalu, 5 Mei 2022. Difahamkan, suspek datang ke rumah mangsa pada hari tersebut dengan penuh emosi kemudian menghayunkan sebilah sabit yang dibawa ke arah mangsa. Bagaimanapun, mangsa sempat mengelak dengan menunduk ke bawah, bagaimanapun sabit berkenaan […]
Berita
Lima Sekeluarga Cedera Rumah Meletup Dipercayai Kebocoran Gas Memasak
NIBONG TEBAL, 9 Mei (Bernama) — Lima sekeluarga mengalami kecederaan selepas rumah mereka di Taman Cenderawasih, di sini berlaku letupan dipercayai akibat kebocoran gas dalam kejadian malam tadi. Kejadian itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua unit rumah lagi terutamanya di sebelah kiri dan kanan rumah mangsa rosak serta sebuah motosikal dan sebuah kereta yang masing-masing diletakkan di bahagian […]
Berita
Mekanik Didakwa Bunuh Isteri Sehari Sebelum Aidilfitri
KAJANG, 9 Mei (Bernama) — Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah di Cheras sehari sebelum Aidilfitri. Tertuduh, 38, didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya, Jalan Maju Jaya 5, Cheras antara 12 tengah malam hingga 3.30 pagi, 1 Mei […]
Berita
Kes Bunuh Kanak-Kanak: Sebutan Semula Pada 21 Jun
KUCHING, 9 Mei (Bernama) — Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas. Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes […]
Berita
Cincin Melekat Pada Kemaluan, Lelaki Tahan Sakit Lebih Sejam
Seorang lelaki terpaksa menanggung sakit lebih sejam gara-gara sebentuk cincin melekat pada kemaluan miliknya, lapor Sinar Harian. Menurut Sinar Harian, cincin tersebut ditanggalkan oleh sepasukan anggota bomba dalam usaha menyelamat di Hospital Ampang pada Ahad semalam. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, maklumat tragedi ‘memilukan’ tersebut diterima mereka tepat pukul […]
Luar Negara
Pelajar Gempar Temui ‘Bangkai Jerung’ Tergantung Di Sekolah
Sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Florida, United State (US) gempar setelah menemui seekor jerung mati tergantung di bahagian bumbung laluan sekolah mereka, lapor Newsweek. Menurut laporan, jerung tersebut ditemui di Sekolah Tinggi Ponte Vedra di Pantai Ponte Vedra pada jam 7 pagi, 5 Mei baru-baru ini oleh pengurus penyelenggaraan dan sudah dialihkan pada 8 […]
Berita
Remaja OKU Maut Dalam Kebakaran
GEORGE TOWN, 8 Mei (Bernama) — Seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dalam insiden kebakaran sebuah bilik di rumahnya di tingkat lapan Pangsapuri Desa Bayan, Bayan Lepas dekat sini hari ini. Muhammad Nur Iqmal Aiman Mohd Shakrisham,18, ditemukan dalam keadaan tertiarap dengan 80 peratus bahagian belakang badannya melecur. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat […]
Berita
Gelongsor Air Pecah, 16 Pengunjung Taman Tema Dilapor Cedera
Indonesia – Seramai 16 orang pengunjung dilapor cedera dalam kejadian runtuhan gelongsor air di Taman Tema Kenjeran (Kenpark) Surabaya, Jawa Timur, semalam. Memetik laporan Kompas.com, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Surabaya mengesahkan bahawa terdapat 16 mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak telah terlibat dalam tragedi ngeri itu. Ketua BPBD Surabaya, Ridwan Mubarun berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar […]
Berita
Bekas Doktor Pelatih Cuba Bunuh Diri Kes Lama, JKNK Sedia Siasat Lanjut – Dr Zaini
KOTA BHARU, 8 Mei (Bernama) — Perkongsian seorang bekas doktor pelatih di media sosial yang mendakwa menjadi mangsa buli secara emosi di sebuah hospital kerajaan di Kelantan sehingga menyebabkan berlaku cubaan bunuh diri, adalah kes lama. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan yang berlaku pada tahun 2019 itu […]
Berita
Dua Beranak Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Babit Lima Kenderaan
SEREMBAN, 6 Mei (Bernama) — Dua beranak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Besar Palong 4, Gemas dekat sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata dalam kejadian 11.50 malam itu mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azharruddin, […]
Tragedi
Anggota Polis Trafik Maut, Enam Ahli Keluarga Cedera
KOTA BHARU, 1 Mei (Bernama) — Seorang anggota polis trafik maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Shuhaimi Jusoh berkata dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang […]
Berita
Kanak-Kanak OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Saratok
SARATOK, 30 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata mayat Aleesya Mad Ali ditemukan dalam salah sebuah bilik di rumah terbabit. Menurutnya, pihaknya […]
Berita
Tragedi Menjelang Aidilfitri: Dua Beranak Maut Di Putrajaya
PUTRAJAYA, 30 April (Bernama) — Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dalam kenyataan hari ini berkata dalam kejadian 2.45 petang itu, Amalina Azman, 32, […]
Gaya hidup
‘Pergi’ Di Malam Jumaat & 27 Ramadan, Jemaah Meninggal Dunia Ketika Bersolat Dalam Masjid
Jodoh dan ajal adalah rahsia Allah. Kita sendiri tidak tahu cara dan bilakah masa untuk kita pergi ke negeri abadi buat selamanya. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Hasbullah ini mengenai salah seorang jemaah masjid Ar-Rahman yang meninggal dunia pada malam 27 Ramadan. Tidak dinafikan dijemput Allah SWT ketika beribadah pada bulan Ramadan adalah kematian […]
Berita
Kanak-Kanak Lelaki Maut, Lima Cedera Akibat Kebakaran
KUANTAN, 28 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala lima lagi cedera dalam kebakaran dua rumah jenis Semi-D setingkat di Jalan Permatang Badak Perdana 2 di sini awal pagi tadi. Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mangsa yang cedera terdiri daripada dua lelaki, dua wanita […]