BeritaTragedi

Berita
Wisma Putra Sahkan Kemalangan Bas Libatkan 15 Warga Malaysia Di Arab Saudi
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) — Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis. Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah. Susulan insiden itu, […]
Luar Negara
Lelaki Tekad Tikam Teman Wanitanya, Bengang Diri Diabaikan
Seorang lelaki tekad tikam teman wanitanya menggunakan pisau sebelum bertindak menelan asid dalam satu kejadian di Ranhola, barat Delhi baru-baru ini. Menurut polis, suspek dikatakan baru saja berkahwin dengan seorang wanita lain, namun dalam masa sama, teman wanitanya itu tidak mahu melayannya lagi hingga membuatkannya marah. Difahamkan, segalanya bermula apabila mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke […]
Berita
Wanita Warga Emas Maut Dalam Kebakaran Di Jonker Walk
MELAKA, 8 Jun (Bernama) — Seorang wanita warga emas maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bangunan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata dalam kejadian pada 9.37 malam itu, mangsa, Koo Kim Foong, 75, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat atas premis […]
Berita
Kepulauan Filipina Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana yang bermagnitud 5.0 pada skala Ritcher dilaporkan berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 4.37 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi tersebut terletak 6.7° utara dan 127.1° timur dengan kedalaman 10 km, iaitu 151 km dari Davao, Filipina. Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia setakat […]
Lelaki Tergamak Tetak Abang Sendiri Guna Parang, Berebut Hasil Jagung Atas Tanah Pusaka
MACHANG – Darah daging bertukar musuh akibat harta. Begitulah nasib seorang abang yang ditetak menggunakan sebilah parang oleh adiknya sendiri hanya disebabkan berebut hasil tanaman jagung yang diusahakan di atas tanah pusaka milik arwah bapanya di Kampung Tualang Keliki di sini, Jumaat lalu. Difahamkan, sehari sebelum kejadian, telah berlaku perselisihan faham di antara suspek yang […]
Berita
Lelaki Rempuh Suami Isteri OKU Direman Empat Hari
MELAKA, 7 Jun (Bernama) — Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan kematian pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Jasin semalam, ditahan reman empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap operator kilang berusia 24 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di […]
Ayah Maut, Anak Kecil Cedera Dilanggar Pemandu Disyaki Mabuk
Seorang lelaki maut, manakala anak kecilnya yang baru berusia tiga tahun mengalami pendarahan dalaman di kepala selepas dilanggar pemandu disyaki mabuk dalam satu kejadian di Kampar, Perak pada Ahad, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, si ayah yang berusia 42 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan […]
Tragedi
Nenek Terjatuh Dari Tingkat 21, Tak Mati
Seorang wanita bertaraf ‘nenek’ yang terjatuh dari tingkat 21 di sebuah pangsapuri dalam satu kejadian di Indonesia baru-baru ini dilapor terselamat daripada maut, lapor Tribun. Ketua Polis Kelapa Gading, Vokky Sagala berkata, mangsa yang dikenali sebagai An, 55 tahun itu tergelincir dari balkoni di kediamannya. “Polis Kelapa Gading menerima laporan bahawa seorang wanita jatuh dari […]
Tragedi
Bergelut Dengan ‘Kekasih Psiko’, Wanita Hampir Putus Jari Telunjuk
Seorang wanita hampir putus jari telunjuk ketika mempertahankan dirinya akibat bergelut dengan kekasihnya yang dikatakan seorang ‘lelaki psiko’. Nasib malangnya itu dikongsikan menerusi laman Twitter @elfucir yang menceritakan kejadian penuh bagaimana dirinya ‘dikerjakan’ oleh lelaki itu. Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila mangsa mahu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Bagimanapun, lelaki itu dikatakan […]
Berita
201 Penduduk Dimasukkan Ke Hospital Selapas Terhidu Bahan Kimia Di Nigeria
KANO (Nigeria), 5 Jun (Bernama) — Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Nigeria (NEMA) berkata 201 penduduk Kuarters Sharada di Kano dimasukkan ke hospital selepas terhidu bahan kimia daripada silinder yang dirungkai oleh pekerja. Penyelaras Wilayah NEMA Kano, Nuradeen Abdullahi, memberitahu pemberita bahawa mangsa dikejarkan ke tiga hospital – Hospital Pakar Murtala Muhammad, Hospital Perindustrian Sharada dan Hospital […]
Tubuh Ibu Dikerat 15, Gara-gara Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah
Parit Buntar – Seorang lelaki berumur 42 tahun ditahan kerana disyaki membunuh dan mengerat 15 bahagian badan ibunya gara-gara tidak puas hari tentang pembahagian harta pusaka. Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan potongan-potongan daging menyerupai anggota badan manusia pada 3:30 petang kelmarin. Menurutnya, potongan daging mayat mangsa […]
Wanita Hamil Tujuh Bulan Ditemukan Mati Dengan Kesan Tembakan Di Pasir Mas
KOTA BHARU, 5 Jun (Bernama) — Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata peniaga berusia 26 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan […]
Tragedi
Pelajar MRSM Maut, Ibu Cedera Parah Dalam Kemalangan
SEREMBAN, 4 Jun (Bernama) — Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang maut manakala ibunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Seremban-Tampin berhampiran Rumah Rakyat Kendong, Rembau dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian pada 9.20 malam itu, mangsa Shazman Sabarudin, 16, disahkan meninggal dunia […]
Tragedi
Belum Sempat Balik Rumah, Jemaah Dipercayai Baru Pulang Dari Tanah Suci ‘Rebah’ Di Pintu Pesawat
Kita sendiri tidak pernah menjangka bagaiamana cara pengakhiran hidup kita nanti sama ada baik atau sebaliknya. Namun, jauh di sudut hati, biarlah perjalanan akhir kita nanti sesuatu yang baik dan husnul khatimah. Menerusi perkongsian daripada seorang pendakwah selebriti, PU Amin, beliau telah memuat naik satu perkongsian berkaitan seorang jemaah yang dipercayai baru sahaja pulang dari […]
Berita
Akibat Cemburu Melampau, Lelaki Nekad Bunuh Teman Lelaki Isteri Guna Batu
Jakarta- Seorang lelaki di Jayapura Selatan, Wilayah Papua didakwa telah membunuh teman lelaki kepada isterinya menggunakan batu gara-gara cemburu. Menurut polis, suspek yang berusia 33 tahun itu telah menyerah diri kepada pihak berkuasa sejurus selepas mayat mangsa ditemui. Kejadian itu berlaku ketika suspek sedang keluar mencari isterinya yang dikatakan melarikan diri dari rumah mereka, kata […]
Berita
Dua Lelaki Maut Dilanggar Lori
SHAH ALAM, 3 Jun (Bernama) — Dua lelaki maut termasuk seorang penyelia Kementerian Kesihatan yang bertugas di Seremban, Negeri Sembilan selepas dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur sekitar 4 petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori […]
Berita
Pusat Jagaan Pesakit Demensia Dijilat Api, Dua Dilapor Mati
Dua orang maut manakala lebih 50 orang lagi tercedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah pusat jagaan pesakit demensia di Prague, Republik Czech baru-baru ini. Menurut laporan, dua penghuni kritikal, dua mengalami cedera parah dan 51 selebihnya cedera ringan. Manakala kakitangan fasiliti lain dapat menyelamatkan diri. Kira-kira hampir 100 anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran yang […]
Berita
Nelayan Hampir Maut Tercekik Ikan Puyu, Tiba-tiba Lompat Keluar Dari Air Masuk Ke Mulut
Seorang nelayan hampir maut kerana tercekik seekor ikan puyu yang melompat keluar dari air dan terus masuk ke mulutnya dalam satu kejadian di Thailand baru-baru ini, lapor Mirror. Menurut Mirror, mangsa yang cemas terus bergegas ke Hospital Wilayah Patthalung untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada pihak perubatan. Difahamkan, ketika di sana, doktor seakan terpinga-pinga apabila nelayan […]
Berita
4 Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Oklahoma – Polis
WASHINGTON, 2 Jun (Bernama) — Empat orang terbunuh di bandar barat tengah Tulsa, Oklahoma dalam kejadian tembakan di sebuah hospital tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik polis pada Rabu. Polis berkata pihaknya menerima satu panggilan mengenai insiden tembakan di Bangunan Natalie di kampus Hospital St. Francis pada 4.52 petang waktu tempatan (2152 GMT), dan pegawai […]
Berita
Tujuh Kampung Terjejas Banjir Kilat Di Gurun
SUNGAI PETANI, 2 Jun (Bernama) — Tujuh kampung di Mukim Gurun dekat sini terjejas akibat banjir kilat melanda pada 4.23 pagi tadi susulan hujan lebat berterusan yang turun melebihi tiga jam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Kapt (PA) Azahar Ahmad berkata antara lokasi terjejas Kampung Sungai Ibor, Kampung Belakang Mahkamah Gurun, Kampung Jelatang dan […]