Berita›Tragedi

Maut Dalam Tragedi Di Ipoh, Arwah Fajim Juffa Pernah Terselamat Dalam Kemalangan Pesawat Sebelum Ini
IPOH, 2 Ogos (Bernama) — Jurulatih penerbangan yang maut dalam tragedi pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam tadi pernah terselamat dalam satu lagi insiden membabitkan pesawat sebelum ini. Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dilaporkan tersangkut pada sebatang pokok selama beberapa hari apabila pesawat dinaiki mengalami masalah […]

Wanita Dilapor Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Suria KLCC
Wanita warga tempatan dilapor maut terjatuh dari tingkat 4 suria KLCC dalam kejadian pada malam tadi, tular di media sosial Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat pusat beli belah Suria KLCC pada malam tadi. Memetik laporan Astro Awani, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 9.38 malam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP […]

Seorang Jurulatih Penerbangan Maut, Seorang Lagi Cedera Pesawat Terhempas Di Ipoh
IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di sini malam ini. Mangsa yang maut ialah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor manakala mangsa yang cedera ialah Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari […]

Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api
Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api THAILAND – Seorang lelaki berdepan detik mengerikan apabila kakinya putus akibat digilis kereta api ketika dia tertidur di landasan kereta api berkenaan, lapor Thaiger. Insiden itu dilaporkan berlaku pada petang semalam di Nong Prue, Chon Buri. Mangsa yang berumur lingkungan 40 tahun […]

Pesawat Ringan Terhempas Di Medan Gopeng
IPOH, 1 Ogos (Bernama) — Sebuah pesawat ringan terhempas di tepi jalan raya berhampiran Sungai Rokam, Medan Gopeng, di sini malam ini. Kejadian dipercayai melibatkan dua mangsa namun identiti mereka belum dikenal pasti. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya sudah ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut. Beberapa gambar dan […]

Misteri, Polis Temui Mayat Budak Lelaki Dalam Mesin Basuh
Misteri, Polis Temui Mayat Budak Lelaki Dalam Mesin Basuh TEXAS, AMERIKA – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui maut di dalam mesin basuh beberapa jam selepas ibu bapanya melaporkan kehilangannya pada Khamis lalu, lapor The Daily Beast. Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun itu memberitahu, sebelum kehilangan anaknya di rumah, pintu bahagian depan rumahnya berada […]

Polis Temui Mayat Dua Beradik Mereput Dalam Sebuah Rumah
Polis Temui Mayat Dua Beradik Mereput Dalam Sebuah Rumah SYDNEY, AUSTRALIA – Mayat dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi telah ditemui dalam keadaan reput di sebuah rumah flat pada 7 Jun lalu, lapor Metro UK. Kedua-duanya yang berusia 24 dan 23 tahun itu ditemui di sebuah rumah yang terletak di kawasan bandar Canterbury. […]

Terbakar Sejak Berminggu-minggu, Silo Di Beirut Runtuh Beberapa Hari Sebelum ‘Ulang Tahun’ Tragedi Letupan 2020
Sebuah silo iaitu tangki simpanan makanan di pelabuhan Beirut akhirnya runtuh sebahagian pada Ahad semalam selepas terbakar sejak berminggu-minggu lalu, lapor The Guardian. Difahamkan, runtuhan sebahagian silo tersebut berlaku hanya beberapa hari sebelum bangunan tua berusia 50 tahun itu menyambut ‘ulang tahun’ tragedi letupan Beirut yang berlaku dua tahun lalu. Menurut The Guardian, kebakaran pada […]

Tiga Rakan Karib Maut, Motosikal Bertembung Kereta Yang Dipercayai Gagal Potong Kenderaan Lain
DUNGUN, 1 Ogos (Bernama) — Tiga rakan karib maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di Kilometer (KM) 80 Jalan Jerangau-Jabor di Bukit Besi dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata Muhammad Hafiqzie Mohd Zukri; Muhammad Salman Faris Samsu; dan Muhammad Faris […]

Kanak-Kanak Lelaki Hilang, Ditemukan Lemas Di Sungai Plentong
JOHOR BAHRU, 31 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan hilang di Taman Plentong, Masai pada Jumaat lepas, ditemukan lemas dalam Sungai Plentong di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima maklumat penemuan mayat kanak-kanak itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun […]

Remaja Maut Selepas Tertidur Atas Telefon Yang Sedang Dicas
Seorang remaja dilaporkan maut apabila terkena renjatan elektrik selepas tertidur di atas telefon bimbitnya ketika sedang dicas sejurus mandi baru-baru ini, lapor Mirror UK. Mangsa, Khonrn Srey Pov yang merupakan seorang penterjemah Bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas, Sing Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja ditemui mati atas telefon miliknya pada 27 Julai. Difahamkan, mangsa […]

Asrama Lelaki SMKA Di Pedas Terbakar
SEREMBAN, 31 Julai (Bernama) — Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Izwan Md Said berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di […]

Guru Maut Terjatuh Dari Ketinggian 45 Meter, Gara-Gara Cari Kolam Viral Di TikTok
Seorang guru yang merupakan ibu kepada dua anak maut selepas terjatuh dari ketinggian 45 meter ketika mencari kolam viral di Snowdonia, Wales, lapor Mirror UK. Difahamkan, mangsa, Victoria, 47, seorang guru pendidikan khas pada awalnya tersesat sewaktu mencari kolam tersebut bersama pasangannya, Radnor serta dua orang lagi di sekitar Llanberis Pass. Pada awalnya, Radnor telah […]

Gempa Bumi Filipina: 10 Maut, Lebih 300,000 Penduduk Terjejas
MOSCOW, 31 Julai (Bernama) — Gempa bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC) pada Ahad. Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar dan majlis perbandaran mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik. Gempa berukuran tujuh pada skala Richter […]

Wanita Maut Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing
KINABATANGAN, 31 Julai (Bernama) — Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini. Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan […]

Agensi Angkasa Malaysia Lapor Serpihan Roket Milik China Jatuh Di Laut Sulu
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) melaporkan bahawa sisa serpihan (debris) roket Long March 5B (CZ-5B) milik China jatuh terhempas di Laut Sulu awal pagi tadi. MYSA dalam satu kenyataan berkata, pemantauan berterusan dilakukan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST) melalui MYSA sendiri, selain kenyataan dirujuk pada Agensi Angkasa China. “Kemasukan semula serpihan roket Long March […]

Tular Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Langit Sarawak Awal Pagi Tadi
Penduduk Sarawak dikejutkan dengan kelibat beberapa serpihan roket China yang ‘turun’ ke Bumi melalui ruang udara negeri itu kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi, memetik kenyataan Info Sibu. Menurut Info Sibu, siaran Youtube The Launch Pad turut melaporkan perkara tersebut secara ‘live’ dan meminta agar penduduk Sarawak yang terjumpa dengan sisa itu untuk menjauhinya demi […]

Dua Hilang, Perahu Karam Ketika Lalui Jeram Di Kawasan Pelagus, Kapit
SIBU, 30 Julai (Bernama) — Dua lelaki hilang apabila perahu yang dinaiki karam semasa melintasi salah satu jeram di kawasan Pelagus, Batang Rajang, Kapit dekat sini, semasa dalam perjalanan untuk menjala ikan, petang semalam. Ketua Bomba Zon 4 Sibu Janggan Muling berkata panggilan kecemasan kejadian yang melibatkan Ngalang Demong, 73, dan Richelles Seli Lasu, 21, itu diterima […]

Pemandu Ekskavator Maut Tertimbus Runtuhan Batu Di Pokok Sena
ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) — Seorang pemandu ekskavator maut selepas tertimbus runtuhan batu di tapak pembinaan di Jalan Padang Tembak, dekat Pokok Sena, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Nasir Awang Ali yang berusia 40 […]

Dua Juru Terbang Maut Pesawat Tentera Udara India Terhempas
NEW DELHI, 29 Julai (Bernama) — Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan pada Khamis. “Pada 9.10 malam sebuah pesawat IAF MiG 21 terhempas ketika membuat latihan. Kedua-dua juruterbang terkorban. “IAF amat kesal dengan insiden itu dan siasatan telah diarahkan untuk kenal pasti punca nahas,” menurut IAF. Pesawat itu dilaporkan berlepas […]