BeritaTragedi

Berita
Wanita Hamil Lima Bulan Trauma Disamun Hampir RM30,000
PASIR PUTEH, 14 Sept (Bernama) — Seorang wanita mengandung lima bulan berdepan detik cemas apabila barangan kemas dan wang tunai miliknya yang keseluruhannya dianggar bernilai RM30,000 disamun oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampung Gong Mengkelih, di sini semalam. Siti Nur Rafeeqa Abdul Hamid, 29, berkata dia berada di dalam bilik tidur bersama anak lelakinya berusia lima tahun […]
Berita
Tular Rakaman Dipercayai Ejen Kosmetik Didakwa Dilarikan Tiga Lelaki
Seorang wanita dipercayai ejen produk kosmetik didakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan pada Selasa, 13 September 2022. Menurut laporan Kosmo, mangsa yang berusia 36 tahun itu didakwa dilarikan oleh tiga individu lelaki yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios semalam. […]
Tragedi
Dua Maut Dalam Kemalangan Babit Empat Kenderaan Di Pagoh
MUAR, 14 Sept (Bernama) — Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM134.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, di Pagoh, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata mangsa yang maut adalah pemandu lori kontena, K. Gunalan, 45, dan pemandu kereta Proton Wira, Senawi Jelani, 55. Beliau […]
Tragedi
Helikopter Black Hawk US Terhempas Semasa Latihan Tentera, 3 Maut
Tiga individu maut manakala lima lagi cedera selepas sebuah helikopter peninggalan Amerika Syarikat (US) yang digunakan untuk latihan ketenteraan Taliban terhempas dalam kejadian di Kabul, Afghanistan baru-baru ini. Jurucakap Kementerian Pertahanan Taliban, Enaytullah Kowrazmi mengesahkan, helikopter itu terhempas ekoran masalah teknikal yang dihadapi. “Masalah teknikal merupakan punca utama helikopter Black Hawk US yang digunakan ketika […]
Tragedi
Kereta Terbabas Jatuh Cerun 40 Kaki
Seorang individu cedera selepas kenderaan dinaikinya dilapor terbabas sebelum jatuh ke dalam cerun dengan ketinggian 40 kaki berdekatan Kampung Stungkor, Sarawak pagi tadi. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, pihaknya bergerak ke lokasi kejadian selepas menerima laporan nahas itu pada jam 6.29 pagi. “Kemalangan kendiri membabitkan sebuah Proton […]
Berita
Sel Bateri Rosak Punca 8 Maut Dalam Kebakaran Di Pameran Skuter Elektrik
Sel Bateri Rosak Punca 8 Maut Dalam Kebakaran Di Pameran Skuter Elektrik Kebakaran yang bermula di bilik pameran skuter elektrik di India telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang manakala 11 orang lagi cedera, kata polis pada Selasa, 13 September. Kejadian kebakaran e-skuter pada tahun ini telah membimbangkan kerajaan India yang sedang mempromosikan penggunaan kenderaan dua roda […]
Berita
Tahanan Kes Dadah Mati Ketika Terima Rawatan
IPOH, 13 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga emas yang ditahan berhubung kes dadah di Jalan Carey di sini pada Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata suspek berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis […]
Berita
Genap 50 Tahun, Kenang Tragedi Feri Karam Di Sungai Kerian Ragut 25 Nyawa Pelajar, Peristiwa Hitam Negara
Genap 50 Tahun, Kenang Tragedi Feri Karam Di Sungai Kerian Ragut 25 Nyawa Pelajar, Peristiwa Hitam Negara PARIT BUNTAR, 13 Sept (Bernama) — Hari ini genap 50 tahun tragedi feri karam di Sungai Kerian di sini, namun bagi waris mangsa yang terkorban serta mangsa yang terselamat, kejadian itu terus segar dalam ingatan bagai baru semalam berlaku. Tragedi pada […]
Tragedi
Kecederaan Kepala Punca Kematian Juruterbang Helikopter Nahas Di Bidor
IPOH, 13 Sept (Bernama) — Keputusan bedah siasat hari ini mendapati juruterbang warganegara Hong Kong, Tsz Kin Richard Chan yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Hutan Simpan Chikus Ahad lalu, disebabkan kecederaan pada bahagian kepala mangsa. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dalam kenyataan ringkas berkata kecederaan itu disebabkan kemalangan aviasi. Semalam […]
Tragedi
Anak Maut, Ayah ‘Tak Sengaja’ Langgar Ketika Memandu Treler
Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dilanggar ayahnya semasa bermain basikal bersama kakak dan sepupunya dalam kejadian di ladang desa di Efailwen, Pembrokeshire, Wales baru-baru ini. Wales News Service melaporkan, Ianto Jenkins terbunuh secara tragis apabila ayahnya, Guto Jenkins, 32, melanggar kanak-kanak itu dengan treler sepanjang lapan kaki yang dipenuhi tanah secara tidak sengaja selepas […]
Berita
Brek Gagal Berfungsi, Tiga Kenderaan Remuk Dirempuh Lori Di Lebuhraya Persekutuan
Brek Gagal Berfungsi, Tiga Kenderaan Remuk Dirempuh Lori Di Lebuhraya Persekutuan Masalah brek dilaporkan menjadi punca sebuah lori merempuh tiga buah kenderaan dalam satu kemalangan yang terjadi di Lebuhraya Persekutuan pada pukul 1.30 petang semalam, lapor Utusan TV. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamis berkata, mereka yang terlibat dilaporkan berada […]
Tragedi
Jatuh Laut Dengan Anak, Nelayan Jumpa Mayat Ibu Terapung
Seorang nelayan dilapor menemui mayat seorang ibu dalam keadaan terapung yang dikatakan terjatuh ke dalam laut bersama anaknya dalam kejadian di Johor Bahru baru-baru ini. Menurut laporan Awani, mayat wanita berusia 37 tahun itu ditemui nelayan berkenaan di Jalan Danga Bay berhampiran Country Garden dalam keadaan terapung pada pukul 1.40 tengah hari semalam. Maklum Ketua […]
Tragedi
Dua Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Dipercayai Dilanggar Lori
Dua Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Dipercayai Dilanggar Lori Perak – Dalam satu nahas ngeri yang berlaku di Parit 7A, Sungai Manik, Teluk Intan, dua orang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar oleh dua kenderaan selepas keluar dari simpang sewaktu menaiki motosikal, semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata kedua-dua […]
Tragedi
Rantau Kepulauan Filipina Digegar Gempa Bumi
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 magnitud telah melanda Rantau Kepulauan Filipina pada jam 4.14 petang tadi. Menurut Met Malaysia, pusat gempa itu difahamkan terletak di 6.4 darjah Utara dan 127.8 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer. Tambahan lagi, gegaran itu dapat dirasai sejauh 160 kilometer Barat Daya dari […]
Tragedi
Juruterbang Helikopter Maut, Bomba Dedah Foto-foto Lokasi Kejadian
Pihak bomba mendedahkan foto-foto bangkai helikopter jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta yang hilang dan ditemui semula di lokasi kejadian di Hutan Simpan Chikus hari ini. Foto-foto tersebut dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak menerusi Bernama di Twitter sebentar tadi. TAPAH: Bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta sewaktu pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat […]
Berita
Juruterbang Helikopter Hilang Sah Ditemui Mati Di Lokasi Kejadian – Ketua Polis Perak
TAPAH, 12 Sept (Bernama) — Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) sebelum dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang semalam, ditemukan mati di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri. Beliau berkata mayat juruterbang itu ditemukan di dalam kokpit helikopter tersebut oleh pasukan […]
Tragedi
Juruterbang Helikopter Hilang Ditemui Selamat Pagi Tadi – Wee Ka Siong
Sebuah helikopter jenis Eurocopter dan juruterbangnya yang dilaporkan hilang semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas di Bidor pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi kenyataan kepada pemberita serta hantaran ringkas di Facebook. Beliau berkata pertemuan juruterbang itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang ditugaskan untuk […]
Tragedi
Nahas Tiga Kenderaan: Ibu, Anak & Cucu Maut
Tiga beranak dilaporkan maut termasuk ibu, anak serta cucu dalam satu nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, Tangkak, Johor semalam, lapor Kosmo!. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.19 petang, pihak bomba menerima laporan kecemasan mengenai kejadian tersebut, kata Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) […]
Tragedi
Dua Hari Tak Keluar Rumah, Anak Temui Mayat Bapa ‘Sudah Berulat’
Seorang anak terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan ‘sudah berulat’ selepas pulang ke rumahnya di sebuah perumahan di Jinjang Utara, Kuala Lumpur hari ini, lapor Kosmo!. Mangsa yang berusia 77 tahun itu ditemui oleh anak perempuannya sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis sekitar jam 2.09 pagi, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner […]
Tragedi
Helikopter Swasta Dikhuatiri Hilang Sekitar Hutan Bidor Tengah Hari Tadi – Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan sebuah helikopter swasta dikhuatiri hilang di sekitar kawasan hutan Bidor, Perak tengah hari tadi, lapor AWANI. Dalam kejadian sekitar jam 12.16 tengah hari itu, helikopter jenis Eurocopter dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC), jelas Ka Siong menerusi AWANI. Maklumnya lagi, difahamkan pengangkutan […]