Berita›Tragedi

DASH Catatkan Kemalangan Maut Pertama Libatkan Penghantar Makanan
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) — Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang dibuka pada Jumaat lepas, mencatat kemalangan maut pertama melibatkan seorang penghantar makanan apabila motosikal ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu, tengah malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Fhakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang […]

Rumah, Sekolah Rosak Dilanda Ribut Di Besut
JERTIH, 20 Okt (Bernama) – Penghuni lebih 60 rumah di tujuh kampung di sini, berhadapan detik cemas apabila kawasan mereka dilanda ribut sehingga merosakkan kediaman mereka petang semalam. Kampung terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Pusu Tinggi, Bukit Puteri, Dengir, Tok Has, Lay Out Tok Has, Gong Penaga dan Air Terjun, manakala […]

Lelaki Maut Dihempap Kereta Didakwa Ketika Curi Tabung Ekzos
SHAH ALAM, 20 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut selepas dihempap kereta setelah alat ‘jack” yang digunakan tergelincir ketika sedang mengeluarkan tabung ekzos kenderaan tersebut di tepi jalan Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku antara […]

Api Marak, Kubah Masjid Di Jakarta Runtuh
Jakarta Islamic Centre di Jakarta Utara, Indonesia mengalami kebakaran marak sehingga menyebabkan struktur kubahnya runtuh dalam satu kejadian pada Rabu, lapor Kompas. Kejadian kebakaran yang melanda institusi yang turut berfungsi sebagai masjid dan Lembaga Kajian dan Perkembangan Islam itu turut sempat dirakam oleh orang awam berhampiran. Menurut Kompas, berdasarkan maklumat daripada Pusat Kawalan Pemadam Kebakaran […]

Lelaki Ditemui Maut, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat Tiga
Lelaki Ditemui Maut, Dipercayai Jatuh Dari Tingkat Tiga Seorang lelaki dilapor ditemui maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga sebuah perumahan flat di Taman Sri Muda, Shah Alam pada Rabu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata mangsa dijumpai di tingkat bawah blok perumahan flat dalam keadaan tidak sedarkan diri dan […]

Berang Adik Makan Mi Segeranya, Pemuda Tergamak Bakar Kaki Ibu Kandung Sendiri
Berang Adik Makan Mi Segeranya, Pemuda Tergamak Bakar Kaki Ibu Kandung Sendiri Seorang anak tekad membakar kaki ibunya disebabkan tindakan adiknya memakan mi segeranya bertempat di Kota Medan, Sumatera Barat pada 16 Oktober 2022. Suspek, yang didakwa sedang dalam keadaan mabuk disebabkan pengambilan minuman keras ketika kejadian tersebut berlangsung, telah ditahan oleh pihak polis Medan […]

Percutian Bertukar Tragedi, Dua Pelancong Dilapor Maut Terlibat Insiden Belon Udara Panas Di Cappadocia
Percutian Bertukar Tragedi, Dua Pelancong Dilapor Maut Terlibat Insiden Belon Udara Panas Di Cappadocia Dua pelancong Sepanyol dilaporkan maut di Ankara, Turki manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan belon udara panas yang berlaku di Cappadocia pada Selasa semalam, lapor Hurriyet Daily News. “Belon udara panas milik syarikat swasta yang berlepas dari lokasi runtuhan Zelve di […]

Rempuh Belakang Treler, Pemandu Lori Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Bentong
Rempuh Belakang Treler, Pemandu Lori Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Bentong BENTONG — Seorang pemandu lori dilaporkan maut dalam satu kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan, lori dan treler di Kilometer 42 lebuhraya di Kuala Lumpur menghala ke Karak (arah barat) sekitar jam 12.50 malam tadi. Difahamkan, mangsa yang maut merupakan pemandu lori yang membawa […]

Murid Tahun 2 Patah Jari, Kipas Siling Bilik Darjah Tiba-Tiba ‘Roboh’
Murid Tahun 2 Patah Jari, Kipas Siling Bilik Darjah Tiba-Tiba ‘Roboh’ Jari seorang pelajar perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama dilapor patah selepas terkena bilah kipas yang tiba-tiba terjatuh dari siling bilik darjah dalam kejadian yang berlaku pada Selasa, lapor Sinar Harian. Kejadian yang difahamkan berlaku pada sekitar jam 10 pagi itu telah mengakibatkan […]

Semakin Membimbangkan, Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Setinggi 12 Meter Diramal Tenggelamkan Kediaman
Semakin Membimbangkan, Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Setinggi 12 Meter Diramal Tenggelamkan Kediaman Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam satu tinjauan ke kawasan banjir di tenggara Victoria memberi amaran bahawa air setinggi 12 meter diramal menenggelamkan ribuan kediaman, lapor CNN. Dalam lawatan perdana menteri tersebut ke bandar Bendigo dan Rochester menaiki helikopter, mayat seorang […]

Jet Tentera Rusia Terhempas Di Bangunan Kediaman, 13 Orang Dilapor Terkorban
Jet Tentera Rusia Terhempas Di Bangunan Kediaman, 13 Orang Dilapor Terkorban Sebuah jet pejuang milik Rusia dilaporkan terhempas di kawasan kediaman Yeysk, sebuah bandar di barat daya Rusia berhampiran sempadan Ukraine menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terkorban, lapor pihak berkuasa Rusia, lapor AFP. “Operasi menyelamat dan menggali runtuhan tersebut telah selesai. Secara keseluruhan, 13 orang maut […]

Wanita Maut, 7 Cedera Kemalangan Libatkan Bezza, Persona, Saga & Triton Di Jengka
Wanita Maut, 7 Cedera Kemalangan Libatkan Bezza, Persona, Saga & Triton Di Jengka Seorang wanita dilaporkan maut dalam nahas yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Utama Felda Jengka 19, Pahang malam tadi. Dalam pada itu, tujuh indivudu yang turut terlibat dilaporkan cedera. Memetik Astro Awani, mangsa maut merupakan seorang wanita dewasa manakala dua lagi yang […]

Kereta Rempuh Treler 18 Tayar Semasa Pusingan U, Ahli Perniagaan Maut
Chon Buri – Seorang ahli perniagaan maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah treler 18 tayar yang sedang membuat U-turn di lebuh raya di daerah Bang Lamung pada malam Khamis baru-baru ini. Menurut Bangkok Post, kemalangan itu berlaku kira-kira pada jam 7:30 malam di Lebuhraya 331 antara penanda Kilometer 23-24 di Tambon Pong Bang Lamung. Pemandu treler […]

Remaja Maut Dihempap Almari, Sangka ‘Almari’ Itu Pintu Tandas
Seorang remaja warga Britain maut dihempap almari pakaian pada tengah malam selepas menyangka ia sebagai pintu tandas dalam kejadian di Hotel Adelphi, Liverpool di United Kingdom, lapor Metro UK. Perkhidmatan keselamatan bergegas ke tempat kejadian selepas dilaporkan oleh rakan mangsa sebelum mangsa ditemui mati di dalam bilik hotelnya pada jam 6.30 pagi. Menurut ibunya, almari […]

Motosikal Bergesel Sesama Sendiri Ketika Berlumba, Dua Remaja Maut
Dua remaja lelaki dilaporkan maut dalam nahas di Kilometer 111.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala Selatan, Sungai Petani awal pagi tadi selepas motosikal mereka bergesel sesama sendiri ketika berlumba, lapor Awani. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian yang berlaku pada 1 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 16 dan […]

Awas, Ribut Petir & Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang bakal melanda sehingga 6 petang ini. Antara lokasi yang bakal dilanda ribut petir di Perak adalah daerah Kinta dan Kampar. Beberapa kawasan seperti Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu juga turut diramalkan […]

“Tahu Jarak Dengan Kawasan Sasaran…” Ini 9 Cara Lindungi Diri Ketika Serangan Nuklear
Apakah yang anda lakukan untuk terus hidup sekiranya perang nuklear berlaku secara tiba-tiba? Jangan risau, anda tidak bersendirian jika anda bimbang semasa menonton berita atau mendengar apa-apa isu semasa berkaitan serangan nuklear. Sesetengah pihak berkata risiko perang nuklear tidak boleh digambarkan, tetapi dengan pengetahuan yang ada perkara ini akan boleh memberi pendedahan kepada anda untuk […]

Pendaki Terperangkap Di Air Terjun Telaga Tujuh Berjaya Diselamatkan
ALOR SETAR, 16 Okt (Bernama) — Seramai 41 pendaki dan tiga malim gunung yang terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh dekat Langkawi akibat kejadian kepala air, pagi tadi telah berjaya diselamatkan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah. Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata kesemua mangsa yang berumur antara 30 hingga 50 tahun itu telah dibawa […]

Tular Rakaman Keadaan Air Deras, Langkawi Dibadai Banjir
Tular Rakaman Keadaan Air Deras, Langkawi Dibadai Banjir Beberapa kawasan di Langkawi, Kedah dipercayai telah dilanda banjir selepas hujan lebat berterusan yang melanda sejak pagi tadi. Malah, tular himpunan gambar dan video di media sosial yang menyaksikan keadaan air deras di sana. Difahamkan, hujan lebat berterusan itu menyebabkan beberapa kawasan jalan raya dan kediaman dilimpahi […]

Nurul Nazihah Sempat Capai Hasrat Tunai Umrah
KOTA TINGGI, 16 Okt (Bernama) — Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan malam tadi, baru kembali daripada menunaikan umrah bersama suami dan ibu bapanya minggu lepas. Bapa Allahyarham, Kamalul Arifin Ahmad, 66, yang masih terkejut dengan pemergian anak keempatnya itu, berkata arwah merancang untuk turut pergi menunaikan ibadah itu setelah mengetahui […]