Berita›Tragedi

Lelaki Maut Dihempap Jentolak Di Tenom
Lelaki Maut Dihempap Jentolak Di Tenom KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut dihempap jentolak ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan, dekat Tenom, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 10 pagi, mangsa berusia lingkungan 60-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan […]

‘Air Terjun’ Tangki Pecah Rosakkan Enam Kenderaan Di Sepang
‘Air terjun’ tangki pecah rosakkan enam kenderaan di Sepang SEPANG, 28 Okt (Bernama) — Sebuah tangki air berketinggian 18.3 meter (60 kaki) di sebuah blok apartment di Taman Mas di sini pecah sehingga mengakibatkan enam kenderaan rosak teruk. Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata serpihan tangki air yang jatuh telah […]

Detik Ngeri, Penerjun Udara Maut Ketika Buat Persembahan
Detik ngeri tercetus apabila seorang penerjun udara maut ketika terjun 1,000 kaki di udara untuk membuat persembahan sebelum perlawanan bola sepak di hadapan penonton, lapor The Sun. Mangsa berusia 55 tahun itu mengambil bahagian dalam pertunjukan aksi profesional terjunan udara sebelum perlawanan di Tennesse berlangsung pada hari Jumaat lalu. Kejadian berlaku semasa penerjun udara berpengalaman […]

Remaja Ditemui Lemas Selepas Memancing Bersama Ayah, Adik Tiri
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Remaja lelaki yang dihanyutkan oleh arus deras sewaktu cuba menyeberangi sungai selepas memancing bersama bapa dan adik tirinya di Sungai Gong, Rawang dekat sini, Selasa lepas, ditemukan lemas. Mayat Muhammad Alif Fahmi Abdullah, 16, ditemui di perangkap sampah Fruit Valley di Bestari Jaya, dekat sini pada pukul 2.30 petang, kira-kira 10 kilometer […]

Api Marak & Asap Menjulang, Saluran Paip Di Kompleks Bersepadu Pengerang Dilapor Meletup
Api Marak & Asap Menjulang, Saluran Paip Di Kompleks Bersepadu Pengerang Dilapor Meletup Paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) dilaporkan telah meletup dan terbakar pada Khamis, 27 Oktober 2022, lapor Sinar Harian. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, pada jam lebih kurang 4.12 […]

Budak Perempuan Nyaris Maut, Leher Tertusuk Besi Panjang
Budak Perempuan Nyaris Maut, Leher Tertusuk Besi Panjang Seorang budak perempuan dilapor terselamat selepas terbabit kemalangan yang menyebabkan sebatang tiang besi menembusi leher dan mulutnya dalam kejadian di Bhulanpur, di daerah Kheri di Uttar Pradesh, India, lapor Mirror UK. Doktor bedah berjaya mengeluarkan batang besi pada leher gadis yang berusia lapan tahun dalam pembedahan yang mengambil […]

Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian
Wanita Dilapor Maut Dalam Kemalangan Di Pontian PONTIAN — Seorang wanita maut apabila motosikal yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 1.2 Jalan Pontian-Kukup pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pontian, Superitenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian tersebut sekitar jam 10.40 pagi. Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati, […]

Viral Detik Cemas Enjin Pesawat Penumpang Lion Air Indonesia Terbakar, Terpaksa Mendarat Cemas
Viral Detik Cemas Enjin Pesawat Penumpang Lion Air Indonesia Terbakar, Terpaksa Mendarat Cemas Enjin sebuah pesawat penumpang Lion Air Boeing 737-8GP dilaporkan telah mengalami kebakaran ketika dalam penerbangan menuju ke Palembang dari Jakarta pada Rabu, 26 Oktober 2022. Ekoran kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Soekarno-Hatta, lapor portal berita tempatan, Kumparan. […]

Wanita Bawa Pistol Cuba Ceroboh Istana Merdeka, Nak Jumpa Jokowi & Dakwa Indonesia Di Jalan Yang Salah
Wanita Bawa Pistol Cuba Ceroboh Istana Merdeka, Nak Jumpa Jokowi & Dakwa Indonesia Di Jalan Yang Salah Seorang wanita ditahan selepas cuba menceroboh Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia sambil membawa pistol, dipercayai untuk bertemu dengan Joko Widodo, lapor Kompas.com. Hasil siasatan polis mendapati tujuan wanita berkenaan mahu bertemu dengan Jokowi adalah untuk menyampaikan perkhabaran […]

30 Kru Filem Terperangkap Di Belakang Gua Tempurung Berjaya Diselamatkan
IPOH, 26 Okt (Bernama) –– Seramai 30 kru penggambaran filem antarabangsa yang terperangkap di belakang Gua Tempurung di Gopeng, dekat sini, selepas laluan keluar gua itu dinaiki air berikutan hujan lebat petang tadi, selamat dan berjaya di bawa keluar. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata, jumlah kru yang terlibat dalam aktiviti penggambaran di kawasan itu adalah […]

Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut
Sekolah Cacat Penglihatan Terbakar, 11 Kanak-Kanak Dilapor Maut UGANDA – Sekurang-kurangnya 11 orang kanak-kanak dilaporkan telah terbunuh dalam kebakaran yang berlaku di sebuah sekolah cacat penglihatan di Mukono, timur bandar Kampala, semalam. Memetik laporan BBC News, insiden kebakaran itu dipercayai melibatkan 27 orang kanak-kanak di asrama sekolah terbabit pada awal pagi. Difahamkan, punca kebakaran itu […]

CAAM Terima Maklumat Kemalangan Udara Babitkan Sebuah Helikopter Di Cameron Highlands
PUTRAJAYA, 26 Okt (Bernama) — Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kemalangan udara membabitkan sebuah helikopter berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang pada pukul 1.03 tengah hari hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Chester Voo dalam satu kenyataan berkata helikopter jenis Airbus AS 355 F2 itu dikendalikan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd, membawa seorang juruterbang dan lima […]

Helikopter Terhempas Di Brinchang: Kesemua Mangsa Dilapor Selamat – Ketua Polis Pahang
Helikopter Terhempas Di Brinchang: Kesemua Mangsa Dilapor Selamat – Ketua Polis Pahang Sebuah helikopter yang membawa enam individu termasuk juruterbang dipercayai terhempas di Brinchang, Cameron Highlands sebentar tadi, lapor Bernama. Menurut sumber yang dihubungi Astro Awani, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia […]

Seorang Kanak-Kanak Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Gelang Patah
ISKANDAR PUTERI, 26 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan maut, manakala dua individu cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Gelang Patah di sini, malam tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar berkata mangsa S. K. Chiara Dakhshakanya David, 9, […]

‘Arwah Pemurah, Suka Belanja Makan’ – Rakan Aznarawi
‘Arwah Pemurah, Suka Belanja Makan’ – Rakan Aznarawi Sering belanja rakan dan tidak kedekut semasa berkonvoi, itulah sifat pemurah yang dimiliki pasangan suami isteri yang terlibat dalam nahas kemalangan di Lenggong, Perak baru-baru ini. Menurut rakan mangsa yang dikenali sebagai Gee, 49, beliau menekankan bahawa pasangan terbabit, iaitu Azranawi Radzi, 42, dan Rosnah Ahmad, 44, mempunyai […]

‘Ingat Rakan Bergurau, Lepas Dia Hantar Gambar Saya Terkedu, Saya Cam Motor Ayah’
Anak pasangan suami isteri yang kemalangan ketika konvoi di Lenggong baru-baru ini menyangka rakannya bergurau tentang tragedi itu. Sangkaan rakan bergurau tentang ibu ayah yang terlibat dalam kemalangan hingga meninggal dunia bertukar pilu selepas melihat sendiri gambar tragedi tersebut. Demikianlah detik hiba anak pasangan suami isteri, Azranawi Radzi, 42, dan Rosnah Ahmad, 44, yang terlibat […]

Lelaki Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaan Ketika Beri Makan
Lelaki Maut Dipatuk Ular Tedung Peliharaan Ketika Beri Makan Seorang lelaki dilaporkan maut selepas dipatuk ular tedung selar sewaktu hendak memberi makan kepada reptilia berbisa tersebut di Jawa Timur Trenggalek, Indonesia. Memetik DetikJatim, kejadian malang itu berlaku sewaktu mangsa mahu memberi makan dua ekor ular peliharaannya yang masing-masing berukuran 4.5 meter dan 2.5 meter. Bagaimanapun, […]

Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Mindanao Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter telah dikesan berlaku di Mindanao, Filipina dalam kejadian pada pukul 9.20 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada 8.1 darjah utara dan 126.6 darjah timur dengan kedalaman 87 kilometer. Dalam pada itu, gegaran tersebut turut dikesan berada sejauh […]

Tak Sempat Sambut Perayaan, 15 Orang Dilapor Maut Dalam Kemalangan Bas
Tak Sempat Sambut Perayaan, 15 Orang Dilapor Maut Dalam Kemalangan Bas INDIA — Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 40 lagi cedera selepas sebuah bas persiaran yang membawa penumpang merempuh sebuah trak di lebuh raya di daerah Rewa, negeri Madhya Pradesh, tengah India sekitar jam 10.30 hingga 11 malam waktu tempatan pada Jumaat lalu. Memetik Metro […]

Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan
Makan Malam Romantis Bertukar Tragedi, Lelaki Maut Terkena Bilah Kipas Pesawat Ringan Seorang pelajar dilapor maut apabila bilah kipas pesawat jenis Cessna 172 terkena kepalanya ketika pulang dari makan malam romantis bersama wanitanya pada Ahad 16 oktober lalu di Lapangan Terbang Statesboro-Bulloch County di Georgia, lapor Daily Star. Kemalangan ngeri itu dilaporkan berlaku pada 10.30 […]