Berita›Tragedi

Guru Maut, Tercampak Keluar Dari Kereta Di Kota Kinabalu
Seorang guru disahkan meninggal dunia selepas tercampak keluar dari kereta berikutan kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di KM14, Jalan Lama Papar, Kota Kinabalu pada Ahad baru-baru ini. Mangsa, 56 tahun merupakan penumpang bersama dua orang lagi masing-masing berumur 42 tahun (pemandu) dan seorang lagi penumpang berumur 31 tahun. Menurut Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin […]

Harta Benda Rosak Teruk Susulan Ribut, Hujan Lebat Di Johor Bahru, Iskandar Puteri
Harta benda rosak teruk susulan ribut, hujan lebat di Johor Bahru, Iskandar Puteri JOHOR BAHRU, 30 Nov (Bernama) — Sejumlah rumah, kedai serta harta benda seperti kereta dilaporkan rosak teruk susulan ribut dan hujan lebat yang melanda Johor Bahru dan Iskandar Puteri, petang tadi Tinjauan Bernama mendapati antara yang terjejas ialah beberapa rumah penduduk di Kampung Pasir, […]

Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air
Banjir Kilat Landa Semenyih, Penduduk Dakwa Perumahan Eco Majestic Dinaiki Air Banjir kilat dilapor melanda beberapa kawasan di sekitar Kajang ekoran hujan lebat yang berterusan pada petang ini hingga beberapa kawasan perumahan ditenggalami air. Kebiasannya fenomena banjir akan berlaku di kawasan-kawasan tertentu yang mungkin pernah mengalaminya sebelum ini, namun kali ini ia dikatakan berlaku di […]

Usahawan Matawang Kripto & Billionaire Rusia Maut Helikopter Dinaiki Terhempas
Usahawan Matawang Kripto & Billionaire Rusia Maut Helikopter Dinaiki Terhempas Seorang billionaire Rusia, Vyacheslav Taran, 53, dilapor meninggal dunia apabila helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan Monaco ketika cuaca cerah. Memetik laporan Dailymail, helikopter yang dinaikinya terhempas berdekatan bandar resort Villefranche-sur-Mer selepas berlepas dari Lausanne, Switzerland. Mendiang dilapor bertolak dari Lausanne bersama seorang juruterbang yang berpengalaman […]

Cemas Anak Terlibat Kemalangan, Sharifah Shahirah Tak Henti Doa
Seorang pelakon berkongsi detik cemas apabila mendapat tahu anak lelakinya terlibat dalam kemalangan sebuah bas merempuh treler, semalam. Mangsa dikenali sebagai Airell Zulkifli, 18 tahun iaitu anak kepada pelakon, Sharifah Shahirah dikatakan menaiki bas tersebut untuk menuju ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, keadaan anaknya dilaporkan berada dalam keadaan baik, biarpun mengalami cedera ringan di muka, kaki […]

Seorang Kanak-Kanak Lelaki Maut Dipercayai Dihempap Tiang Elektrik
Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dihempap tiang elektrik ALOR SETAR, 29 Nov (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala dua lagi rakannya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dihempap longgokan tiang elektrik di Kampung Belukar Changlun di Bukit Kayu Hitam dekat Kubang Pasu hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah […]

Dua Lelaki Termasuk Warga Emas Cedera Selepas Tabung NGV Meletup
Dua lelaki termasuk warga emas cedera selepas tabung NGV meletup JOHOR BAHRU, 29 Nov (Bernama) — Dua lelaki termasuk seorang warga emas cedera dalam kejadian dipercayai berpunca daripada letupan tabung gas asli untuk kenderaan (NGV) pada lori, di sebuah stesen minyak di Jalan Langkasuka, kawasan perindustrian Dato Onn di sini, tengah hari tadi. Penolong Kanan Penguasa […]

Pesawat Ringan Rempuh Pencawang Elektrik, Dua Mangsa Dilapor Cedera Parah
MARYLAND – Dua orang dilapor telah terperangkap selama 7 jam dalam sebuah pesawat ringan yang ‘tersangkut’ pada pencawang elektrik di Maryland pada petang Ahad. Menurut laporan New York Post, pesawat tersebut dipercayai bertembung dengan wayar pencawang elektrik voltan tinggi antara Goshen Road dan Rothbury Drive ketika ia sudah bersiap sedia untuk mendarat di Montgomery County […]

Pengasas Syarikat Kripto Bernilai RM 13 Bilion Di Hong Kong Ditemui Meninggal Dunia
Pengasas Syarikat Kripto Bernilai RM 13 Bilion Di Hong Kong Ditemui Meninggal Dunia Tiantian Kullander (30), pengasas syarikat matawang kripto, Amber Group ditemui meninggal dunia dalam tidur, kata jurucakap syarikat dalam kenyataan. Memetik laporan People, mendiang dilapor meninggal dunia pada Ahad lepas. “Dengan kesedihan yang mendalam, kami dengan berat hati ingin memaklumkan kepada anda mengenai […]

Tiga Maut, Lima Cedera Nahas Dua Kenderaan
Tiga Maut, Lima Cedera Nahas Dua Kenderaan KLUANG, 28 Nov (Bernama) — Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan sebuah van di Kilometer 15, Jalan Kluang – Teck Wah Hing di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata dua yang meninggal dunia di tempat kejadian […]

Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun
Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun HONOLULU — Gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan meletus buat pertama kali sejak tahun 1984, lapor CNN News. Menurut Balai Cerap, letusan gunung berapi itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan semalam di Moku’āweoweo, […]

38 Terkorban, 2 Cedera Dalam Kebakaran Kilang
Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, dua cedera dan dua orang lagi hilang dalam kebakaran di sebuah kilang di bandar Anyang, Henan di China baru-baru ini. Difahamkan, kejadian berlaku di Kaixinda Trading Co Ltd di daerah Wenfeng di bandar tesebut yang dikenali sebagai zon berteknologi tinggi. Syarikat tersebut dikatakan telah disenaraikan sebagai firma yang memborong pelbagai jenis […]

Bayi Baru Lahir Terbunuh Di Ukraine Dalam Serangan Rusia
Seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan terbunuh di hospital di Ukraine semasa serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia pada Rabu, lapor CBS News. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine, bayi tersebut yang baru berumur dua hari dilahirkan di sebuah hospital di Vilnyansk yang terletak di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine. Bagaimanapun, serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia menyasarkan […]

Lelaki Maut Ketika Panjat Pokok Kelapa
Seorang lelaki warga Thailand maut ketika cuba memanjat pokok kelapa di rumahnya di Samut Sakhon, Thailand pada Selasa, lapor Thaiger. Mangsa yang berusia 45 tahun dari wilayah Roi Et itu dikatakan mempunyai penyakit kronik menyebabkan dia terpaksa berada di rumah. Disebabkan itu, mangsa pernah meminta isterinya untuk berhenti bekerja dan duduk di rumah untuk menjaganya. […]

Mangsa Sempat Minta Tolong, Terkapai-Kapai Sebelum Lemas
SHAH ALAM, 27 Nov (Bernama) — Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan lemas di sungai berhampiran Pandamaran Jaya, Klang, tengah hari tadi. Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.34 pagi daripada seorang individu yang memberitahu ternampak seorang lelaki terkapai-kapai meminta tolong sebelum tenggelam di sungai berkenaan. Beliau […]

Seorang Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Atlanta
Seorang Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kejadian Tembakan Di Atlanta ATLANTA – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembakan yang berlaku di Market Street berhampiran stesen Atlantik di barat laut Atlanta pada malam Sabtu. Menurut laporan CNN, sekumpulan remaja telah dibawa keluar dari stesen Atlantik oleh pegawai polis Atlanta kira-kira jam 8 malam […]

Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan
Tak Puas Hati Dasar “Lockdown”, Ratusan Orang Awam Di China Lakukan Protes Terhadap Kerajaan XINJIANG — Ratusan orang awam termasuk sekitar 100 pelajar melakukan protes terhadap dasar lockdown COVID-19 yang dilakukan oleh pemimpin negara itu, Xi Jinping. Ia juga susulan daripada insiden yang mencetuskan kebakaran di sebuah pangsapuri di Urumqi, China, lapor BBC News. Difahamkan, kumpulan […]

Helikopter Terhempas Di Korea Selatan, Dua Dikhuatiri Maut
SEOUL, 27 Nov (Bernama) — Sebuah helikopter terhempas berhampiran kuil Buddha di daerah Yangyang di wilayah Gangwon, Korea Selatan, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap. Dua dikhuatiri maut dalam nahas yang berlaku kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan (01:50 GMT) pada Ahad, memetik pegawai bomba. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan. Sumber: Bernama

Menteri Luar Belarus Meninggal Dunia Pada Usia 64 Tahun
MINSK, 27 Nov (Bernama) — Menteri Luar Belarus Vladimir Makei meninggal dunia pada usia 64 tahun, umum Kementerian Luar pada Sabtu, lapor Xinhua. Jurucakap Anatoly Glaz mengumumkan perkara itu tanpa memberikan butiran lanjut. Makei memegang jawatan menteri luar sejak 2012. Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai pembantu kepada Presiden Alexander Lukashenko dan ketua kakitangan presiden. Lukashenko mengucapkan takziah […]

Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut
Dipercayai Rempuh Belakang Lori Tunda, Penunggang Motosikal Dilapor Maut Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah lori tunda (Tow Truck) dalam satu kejadian di kilometer 76.2 Lebuhraya Kuala Lumpur menuju ke Karak sekitar jam 4.50 petang semalam di Bentong, Pahang. Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan berkata […]