Berita›Tragedi

Empat Maut Dalam Nahas Pertembungan Helikopter Di Australia
Empat orang dilapor terkorban dalam nahas pertembungan di udara antara dua helikopter berhampiran Sea World di Gold Coast, Australia kira-kira pukul 2 petang baru-baru ini. Susulan daripada itu, pihak polis Queensland berkata siasatan awal menunjukkan nahas tersebut berlaku apabila sebuah helikopter sedang melakukan pendaratan manakala sebuah lagi sedang berlepas. Difahamkan kesemua yang terkorban berada dalam […]

Kemalangan Motor: Terbaring Tepi Jalan Selama Enam Hari Disangka Mati
Seorang lelaki yang mengalami kecederaan dalam kemalangan motosikal dilaporkan selamat selepas terbaring selama enam hari di tepi jalan di wilayah Isaan Udon Thani, Thailand. Difahamkan mangsa, Witthawat Nanthapetch dilaporkan hilang pada 29 Disember tahun lalu selepas pergi ke bar untuk minum bersama-sama rakan-rakannya. Menurut rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Witthawat, 22 tahun dilihat berjalan keluar […]

Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat Kes Letupan Di Pandan Indah
Polis Berkas Pasangan Suami Isteri Disyaki Terlibat Kes Letupan Di Pandan Indah Polis berjaya memberkas pasangan suami isteri yang disyaki sebagai suspek dalam kejadian letupan di Pandan Indah pada Khamis lalu, lapor Sinar Harian. Kedua-dua suspek tersebut berjaya diberkas oleh polis di sebuah rumah di Kedah pada tengah malam tadi. Kedua-dua suspek dilaporkan telah dibawa […]

Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat
Tesla Terhumban 250 Kaki Dari Tebing, Semua Mangsa Dilapor Terselamat Dua orang dewasa dan dua lagi kanak-kanak berjaya terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta Tesla yang dinaiki terjunam kira-kira 250 kaki dari tebing Lebuhraya Pantai Pasifik California, lapor CNN. Insiden itu dilaporkan berlaku pada pagi Isnin di sebuah kawasan yang dipanggil sebagai Devil’s Slide, kira-kira […]

Kru Landasan Kapal Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat
Kru Landasan Kapal Terbang Maut, Tersedut Ke Dalam Enjin Pesawat Seorang pekerja kru darat sebuah syarikat penerbangan meninggal dunia pada hari Sabtu selepas disedut ke dalam enjin pesawat di Alabama, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB). Berdasarkan laporan Yahoo News, pekerja itu “tertelan” ke dalam enjin sebuah pesawat American Airline Embraer 170 yang diletakkan di […]

Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan
Air Disalurkan Tidak Berusik, Usaha Menyelamat Budak Lelaki Jatuh Dalam Lubang Konkrit Masih Diteruskan VIETNAM – Pihak berkuasa tempatan masih meneruskan usaha untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam lubang paip konkrit sedalam 35 meter di wilayah selatan Dong Thap pada Sabtu lalu. Memetik laporan AFP, walaupun selepas tiga hari kanak-kanak […]

Pekerja Warga Nepal Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Ketinggian 70 Meter Di Tapak Pembinaan
Pekerja Warga Nepal Maut, Dipercayai Terjatuh Dari Ketinggian 70 Meter Di Tapak Pembinaan PASIR GUDANG — Seorang pekerja warganegara Nepal dilaporkan maut dalam satu insiden selepas terjatuh dari tempat tinggi di sebuah tapak pembinaan semalam. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor dalam satu kenyataan berkata sepasukan penyiasat telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan […]

Empat Maut, Tiga Kritikal Selepas Dua Helikopter Bertembung
AUSTRALIA – Sekurang-kurangnya empat orang dilapor maut manakala tiga lagi cedera parah selepas dua helikopter bertembung sebelum terhempas di sebuah pantai di Australia. Memetik laporan CNN, perlanggaran tersebut berlaku berhampiran kawasan pelancongan popular di Pantai Gold Coast, selatan Brisbane sekitar jam 2 petang waktu tempatan. Menurut Inspektor Polis Queensland, Gary Worrell, pasukan perkhidmatan kecemasan mengalami […]

Kebakaran Kedua Wisma Jakel : Bomba Fokus Unsur Sabotaj, Sisa Bara Api
Kebakaran kedua Wisma Jakel : Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) — Unsur perbuatan bakar dan sisa bara api menjadi antara fokus utama siasatan bomba Selangor susulan kebakaran terbaru di bilik simpanan kain langsir Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia […]

Sembilan Terbunuh Dalam Tragedi Rempuhan Ambang Tahun Baru Di Uganda
Sembilan Terbunuh Dalam Tragedi Rempuhan Ambang Tahun Baru Di Uganda Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam satu kejadian rempuhan ambang Tahun Baru 2023 ketika orang ramai sedang bergembira di sebuah pusat beli-belah di ibu negara Uganda, lapor The Guardian. Sebahagian yang terkorban dalam insiden itu dilaporkan kanak-kanak dan remaja yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 20 […]

Wisma Jakel Terbakar Kali Kedua
Wisma Jakel Terbakar Kali Kedua SHAH ALAM, 3 Jan (Bernama) — Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya […]

Keluarga Terlibat Kebakaran Di Kampung Simpang Tiga Gombak Diberi Sumbangan
Keluarga Terlibat Kebakaran Di Kampung Simpang Tiga Gombak Diberi Sumbangan KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Keluarga terlibat dalam kebakaran tiga rumah di Kampung Simpang Tiga, Gombak yang meragut nyawa dua beradik awal pagi tadi menerima bantuan awal sebanyak RM1,000. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu disalurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Gombak serta Pejabat Tanah dan […]

Dua Dilapor Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Timur Laut Jepun
Dua Dilapor Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Timur Laut Jepun YAMAGATA – Dua orang dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh di timur laut Jepun yang berlaku sejak Sabtu lalu. Memetik laporan Kyodo News, tanah runtuh yang mempunyai ketinggian berukuran 20 hingga 30 meter dan 100 meter lebar itu berlaku di sebuah gunung di Tsuruoka, […]

Lelaki Dikhuatiri Lemas Di Tasik Gubir Dekat Sik
SIK, 2 Jan (Bernama) — Seorang lelaki berumur lingkungan 20-an dikhuatiri lemas di Tasik Gubir dekat sini pada petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sik Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.57 petang, yang kemudian terus menggerakkan anggotanya ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat. “Pusat Gerakan Operasi Kedah […]

Budak Lelaki 10 Tahun Dilapor Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter, Operasi Menyelamat Masih Berlangsung
Budak Lelaki 10 Tahun Dilapor Jatuh Dalam Lubang Sedalam 35 Meter, Operasi Menyelamat Masih Berlangsung HANOI — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan terjatuh dalam satu lubang sedalam 35 meter di sebuah tapak pembinaan sejak dua hari lalu di wilayah selatan Dong Thap, Vietnam, lapor AFP. Ratusan anggota penyelamat tempatan telah dikerahkan ke lokasi […]

Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air
Lelaki Dipercayai Mabuk Ditemukan Lemas Dalam Kolam Takungan Air KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Seorang lelaki tempatan yang dipercayai mabuk ditemukan lemas dalam sebuah kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang dekat sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden […]

Sambutan Tahun Baharu Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Lemas Di Pantai
Niat untuk menyambut sambutan tahun baharu bersama keluarga di pantai berubah menjadi peristiwa hitam apabila seorang kanak-kanak perempuan dipercayai lemas ketika mandi di pantai dalam kejadian di Thailand kelmarin. Difahamkan mangsa berusia 10 tahun itu mandi bersama dua lagi kanak-kanak yang lain di Pantai Chalathat pada petang Sabtu (31 Disember). Pada awalnya keluarga mangsa yang […]

Kapal Tentera Laut Thailand Karam: Misi Mencari Lima Anak Kapal Masih Diteruskan
Tentera Laut Diraja Thai masih meneruskan misi pencarian lima anak kapal perang HTMS Sukhothai yang masih hilang sejak Ahad, 18 Disember lepas. Menurut jurucakap tentera laut, Adm Pokkrong Monthatpalin, penggunaan bot-bot kecil dalam misi pencarian itu menjadi sukar ekoran daripada angin kencang dan ombak tinggi di sekitar lokasi kejadian. Namun, perkara tersebut tidak mematahkan semangat […]

Dua Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Gombak – Bomba
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. Mangsa yang maut ialah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan berusia tujuh tahun. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba […]

Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 Akan Digerak Esok
SHAH ALAM, 1 Jan (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor akan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) esok bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7 di sini. Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan dua ekor anjing pengesan […]