Berita›Sukan

Kenang Jasa, Ronaldo Hadiahkan Porsche Sempena Hari Lahir Ibu
Kenang Jasa, Ronaldo Hadiahkan Porsche Sempena Hari Lahir Ibu Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo menghadiahkan ibunya, Dolores Aveiro, 70, sebuah kereta Porsche baharu bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-69 pada malam Tahun Baru, lapor Daily Mail UK. Difahamkan, pemain bola berusia 39 tahun itu menyambut majlis itu bersama ahli keluarga di kampung halamannya di Madeira, Portugal. […]

Tunggakan Gaji Pemain KUFC Diselesaikan Secara Situasi Menang-Menang
Tunggakan Gaji Pemain KUFC Diselesaikan Secara Situasi Menang-Menang KOTA BHARU, 2 Jan (Bernama) — Kelantan United FC (KUFC) memaklumkan bahawa isu tunggakan gaji yang melanda pasukan itu sejak Ogos lepas, telah diselesaikan dengan situasi menang-menang antara pihak pengurusan kelab, pegawai, kejurulatihan dan barisan pemain. Ketua Pegawai Eksekutif KUFC Wan Zul Ikmal Wan Abdul Aziz berkata […]

Harimau Malaya Ada Peluang Layak Ke Pusingan Kalah Mati Piala Asia 2023
Harimau Malaya Ada Peluang Layak Ke Pusingan Kalah Mati Piala Asia 2023 Hanya tinggal sebelas hari lagi sebelum sepak mula Piala Asia 2023 dan 13 hari lagi Harimau Malaya bakal beraksi menentang Jordan. Seperti jadual yang dimuatnaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Malaysia bakal bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada 15 Januari 2024, jam […]

Kelantan FC Tak Layak Bertanding Dalam Liga Super Musim Depan – MFL
Kelantan FC Tak Layak Bertanding Dalam Liga Super Musim Depan – MFL Kelantan FC tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas gagal memperolehi Lesen kebangsaan. Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan berkata keputusan itu telah dibuat dalam Mesyuarat Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) yang diadakan secara dalam talian pada […]

TFC Gugur 12 Pemain Musim Depan
TFC Gugur 12 Pemain Musim Depan KUALA TERENGGANU, 31 Dis (Bernama) — Kelab Bola Sepak Terengganu FC (TFC) mengumumkan senarai 12 pemain yang tidak akan bersama pasukan itu lagi pada musim depan. Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas berkata enam tonggak import yang digugurkan termasuk Sony Norde, Sardor Kulmatov, Omid […]

Muhammad Safawi Tekad Balas Kepercayaan Pan Gon Di Qatar
Muhammad Safawi Tekad Balas Kepercayaan Pan Gon Di Qatar KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Pemain sayap kanan negara, Muhammad Safawi Rasid mahu membalas kepercayaan yang diberi ketua jurulatih Kim Pan Gon, selepas dipanggil memperkuatkan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi cabaran Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan. Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang […]

Liga Malaysia: 10 Pemain Tidak Lagi Bersama Sri Pahang Musim Depan
Liga Malaysia: 10 Pemain Tidak Lagi Bersama Sri Pahang Musim Depan KUANTAN, 29 Dis (Bernama) — Sepuluh pemain Sri Pahang FC dalam Liga Malaysia musim 2023 tidak lagi akan bersama skuad Tok Gajah itu bagi mengharungi liga tahun hadapan. Sri Pahang FC menerusi hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu memaklumkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva dan Sherzod […]

Daren Letak Jawatan Sebagai Pembantu Jurulatih Zii Jia
Daren Letak Jawatan Sebagai Pembantu Jurulatih Zii Jia KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren akan berpisah dengan Lee Zii Jia, selepas hampir dua tahun berkhidmat sebagai penolong jurulatih pemain nombor 11 dunia itu. Menurut pihak pengurusan Zii Jia, Team LZJ yang mengesahkan perkara itu menerusi Instagram hari ini, […]

Pemain Badminton Thailand Bangun Seawal 4 Pagi, Demi Berguru Dengan Misbun Sidek
Pemain Badminton Thailand Bangun Seawal 4 Pagi, Demi Berguru Dengan Misbun Sidek Demi menuntut ilmu dengan legenda badminton negara, Datuk Dr. Misbun Sidek, tiga pemain remaja asal Thailand gigih bangun berlatih sejak awal pagi. Perkara itu didedahkan oleh Kelab Badminton Nusa Mahsuri menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook kelab berkenaan. “Tiga pemain remaja […]

Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT
Hector Bidoglio Kembali Galas Tanggungjawab Ketua Jurulatih JDT JOHOR BAHRU, 29 Dis (Bernama) — Pengarah Teknikal Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan penasihat pasukan, Hector Bidoglio akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Esteban Solari. Ketua Pegawai Eksekutif JDT Alistair Edwards berkata Bidoglio akan dibantu Penolong Jurulatih Pablo Ricchetti dan penolong jurulatih baharu dari Argentina […]

Ivan Mamut Kekal Bersama TFC – CEO TFCSB
Ivan Mamut Kekal Bersama TFC – CEO TFCSB KUALA TERENGGANU, 29 Dis (Bernama) — Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas dalam kenyataan di laman sosial facebook rasmi Terengganu […]

Kapasiti Terlalu Besar Punca Stadium Nampak Kosong?
Kapasiti Sampai 40,000 Tapi Stadium Kosong Semalam, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu komentar di laman sosial menyatakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tak selalu dipenuhi penyokong JDT walaupun harga tiket hanya RM10. SK tertarik untuk mengulas sedikit isu kehadiran penyokong ke stadium dalam kempen Liga Malaysia. Ada […]

JDT Pasukan “Underdog” Musim Depan – TMJ
JDT Pasukan “Underdog” Musim Depan – TMJ JOHOR BAHRU — The Southern Tiger atau Johor Darul Ta’zim (JDT) akan tampil sebagai pasukan bukan pilihan dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, lapor Sinar Harian. Pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu komen hantaran memaklumkan perkara itu semalam. Menurut baginda, langkah penjimatan juga akan […]

Gol Kontroversi West Ham Malukan Arsenal Di Emirates
Gol Kontroversi West Ham Malukan Arsenal Di Emirates Arsenal terlepas peluang kembali ke puncak Liga Perdana apabila dimalukan oleh West Ham 0-2 di laman sendiri, lapor Eurosport. Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama The Gunners pada musim ini di Emirates selepas 19 perlawanan liga. Turun di Emirates, anak-anak buah Mikel Arteta nyata mendominasi sejak perlawanan bermula […]

Akhyar Rashid & Safawi Rasid Sah Akan Dipinjamkan
Akhyar Rashid & Safawi Rasid Sah Akan Dipinjamkan Pemain bola sepak sensasi negara, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid sah akan dipinjamkan ke kelab lain untuk saingan Liga Malaysia musim depan. Perkara itu diumumkan oleh JDT menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman X sebentar tadi. Antara beberapa nama lain yang turut akan dipinjamkan adalah Oscar […]

Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr
Akaun Instagram Benzema ‘Hilang’ Lepas Al Ittihad Dibenam Al Nassr Akaun Instagram milik Penyerang Al Ittihad, Karim Benzema ‘hilang’ dipercayai selepas pasukannya ‘dibelasah’ oleh kelab Al Nassr dengan skor 2-5 di laman sendiri. Memetik Daily Mail UK, akaun media sosial dengan lebih 76 juta pengikut itu didapati tiada dalam carian platform berkenaan. Meskipun tidak dipastikan […]

OCBC Cycle Kuala Lumpur 2024, Perkenal Kembali Acara Kayuhan Kategori Kanak-Kanak
OCBC Cycle Kuala Lumpur 2024, Perkenal Kembali Acara Kayuhan Kategori Kanak-Kanak KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) — Selepas kali terakhir mengadakan acara kayuhan untuk kanak-kanak pada 2011, OCBC Cycle Kuala Lumpur atau popular dengan nama ‘The City Ride’ sekali lagi tampil memperkenalkan kategori Kids Push Bike dalam edisi ketujuh penganjuran acara itu pada 3 Mac tahun depan. Pengarah […]

Legenda Bola Sepak Negara, Shaharuddin Abdullah Meninggal Dunia Akibat Asma
Legenda Bola Sepak Negara, Shaharuddin Abdullah Meninggal Dunia Akibat Asma IPOH, 28 Dis (Bernama) — Bekas pemain bola sepak yang mewakili negara dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Shaharuddin Abdullah meninggal dunia akibat penyakit asma pada usia 75 tahun di Hospital Taiping awal pagi tadi. Anak keduanya Shahrina Shaharuddin, 42, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di […]

Cipta Sejarah, Justin Hubner Pemain Indonesia Pertama Beraksi Di Liga Perdana
Cipta Sejarah, Justin Hubner Pemain Indonesia Pertama Beraksi Di Liga Perdana Pertahanan naturalisasi Indonesia, Justin Hubner mencipta sejarah baharu selepas menjadi pemain pertama Sang Garuda yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), lapor CNN Indonesia. Difahamkan, Hubner secara rasminya adalah pemain untuk pasukan kebangsaan Indonesia dan berstatus naturalisasi selepas kewarganegaraan Belanda ditukar kepada Indonesia […]

Pan Gon Gembira Dapat Skuad Idaman
Pan Gon Gembira Dapat Skuad Idaman PETALING JAYA, 26 Dis (Bernama) — Pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon gembira dengan pemilihan pemain dan menyifatkannya sebagai pasukan terbaik setakat ini, bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan. Menurut Pan Gon, beliau sangat berpuas hati kerana berjaya mengumpulkan semua pemain yang dimahukan kerana […]