Berita›Sukan

Klopp Tamatkan Era di Liverpool, Anfield Diselubungi Penuh Emosi
Klopp Tamatkan Era di Liverpool, Anfield Diselubungi Penuh Emosi Semalam adalah perlawanan terakhir Liverpool diuruskan oleh pengendali dari Jerman, Jurgen Klopp. Perlawanan yang berakhir awal pagi semalam menyaksikan stadium Anfield diselubungi rasa sebak dalam gembira apabila Klopp akhirnya mengakhiri eranya di Liverpool. Liverpool juga menghadiahkan kemenangan terakhir buat Klopp selepas membenam Wolves 2-0 dalam aksi […]

Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Faisal Halim Diedar Polis
Lakaran Wajah Suspek Simbah Asid Faisal Halim Diedar Polis SHAH ALAM — Lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), lapor Sinar Harian. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, butiran fizikal mengenai suspek turut disertakan selain lakaran lelaki tersebut. […]

Faisal Nyatakan Hasrat Nak Main Bola Semula – Shahril
Faisal Nyatakan Hasrat Nak Main Bola Semula – Shahril Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan Faisal Halim tidak sabar untuk bermain bola semula. Malah pemain itu juga menyatakan keinginan untuk membantu pasukan menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super malam ini. Memetik Sinar Harian, pemain itu menunjukkan semangat […]

Sebelum Julang Trofi EPL, Arteta Dapat Pingat Kebesaran Raja Sepanyol
Sebelum Julang Trofi EPL, Arteta Dapat Pingat Kebesaran Raja Sepanyol Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mendapat suntikan semangat tersendiri menjelang penentuan kejuaraan EPL selepas beliau dikurniakan pingat kebesaran oleh Raja Sepanyol. Berita gembira, khususnya buat para peminat The Gunners itu dikongsikan sendiri oleh majikannya, dalam satu hantaran di Facebook. Menurut Arsenal, The Royal Order of Isabella […]

EPL Sediakan Dua Trofi, Kalau-kalau Arsenal Yang Jadi Juara
EPL Sediakan Dua Trofi, Kalau-kalau Arsenal Yang Jadi Juara Pentadbir Liga Perdana Inggeris (EPL) dilapor menyediakan dua trofi kejuaraan menjelang perlawanan terakhir liga pada Ahad ini. Ia selepas penentuan gelaran juara liga, antara Arsenal dan Manchester City pada musim ini terpaksa ditentukan pada perlawanan ke-38 nanti. Berbaki satu perlawanan lagi, Man City dilihat lebih berpeluang […]

Raphael Varane Umum Berpisah Dengan United
Raphael Varane Umum Berpisah Dengan United MANCHESTER — Pemain pertahanan tengah Manchester United, Raphael Varane mengumumkan akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini selepas kontrak tiga tahunnya berakhir, lapor AFP. “Kepada kamu semua, penyokong Manchester United, terima kasih untuk beberapa tahun yang penuh bermakna untuk bermain dan menyarung jersi kelab istimewa ini. “Kali pertama […]

Man City Atau Arsenal Juara Liga Perdana Inggeris?
Man City Atau Arsenal Juara Liga Perdana Inggeris? Selepas kemenangan Manchester City ke atas Tottenham Hotspurs awal pagi tadi, drama juara liga hanya boleh dinobat selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL). Ketika ini, sudah tentu ia berpihak kepada Man.City dengan kelebihan 2 mata berbanding Arsenal sebagai pencabar terdekat. Man City bakal berdepan West Ham […]

Akhyar Rashid Kembali Jalani Latihan Ringan Di Padang
Akhyar Rashid Kembali Jalani Latihan Ringan Di Padang KUALA NERUS, 15 Mei (Bernama) — Pasukan Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega apabila pemain sayap lincah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau Akhyar Rashid, kembali menyertai rakan sepasukan menjalani latihan petang semalam. Pemain berusia 25 tahun yang hampir pulih sepenuhnya itu mula menjalani latihan ringan setelah […]

Dah Dipindahkan Ke Wad Biasa, Faisal Teringin Nasi Kandar
Dah Dipindahkan Ke Wad Biasa, Faisal Teringin Nasi Kandar Pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke wad biasa, lapor Astro Arena. Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam satu sidang media sebentar tadi. Bagaimanapun, katanya pelawat […]

Piala Belia: FAM Pandang Serius Insiden Gaduh Aksi Melaka, Sri Pahang
Piala Belia: FAM Pandang Serius Insiden Gaduh Aksi Melaka, Sri Pahang KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka, Ahad lepas. Setiausaha Agungnya Datuk Noor Azman Rahman berkata FAM sudah menerima laporan […]

Malaysian Tigress Belasah Vietnam Di Piala Asia 2024
Malaysian Tigress Belasah Vietnam Di Piala Asia 2024 KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini. Kemenangan itu sekali gus memberi tiga mata buat pasukan negara yang diberi julukan Malaysian Tigress dalam misi […]

“Air Terjun” Old Trafford Iringi Kekalahan United
“Air Terjun” Old Trafford Iringi Kekalahan United Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United terus menjadi bahan jenaka dunia bola sepak dunia selepas bumbung stadium rasmi Old Trafford mengalami bocor berikutan hujan lebat. Rakaman kebocoran bumbung gelanggang ikonik itu mendapat perhatian ramai selepas The Red Devils tewas 0-1 di tangan The Gunners dalam perlawanan liga […]

Prosedur Graf Kulit Faisal Halim Tunjuk Reaksi Positif
Prosedur Graf Kulit Faisal Halim Tunjuk Reaksi Positif KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) — Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif. Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC Datuk Seri Shahril Mokhtar […]

JDT Dinobat “Raja Asia Tenggara”
JDT Dinobat “Raja Asia Tenggara” Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobatkan sebagai kelab terbaik dalam pasukan di Asia Tenggara menerusi ranking yang dikongsikan oleh ASEAN Football. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Analyst pada 11 Mei lalu, pasukan tersebut kekal memegang gelaran sebagai “King of Asean” dengan memanjat 13 anak tangga berbanding sebelum […]

Gagal Layak Ke Olimpik 2024, Shin Tae-yong Azam Bawa Indonesia Ke Piala Dunia 2026
Gagal Layak Ke Olimpik 2024, Shin Tae-yong Azam Bawa Indonesia Ke Piala Dunia 2026 Jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menanam impian untuk mencipta sejarah baru dengan membawa Indonesia layak ke Piala Dunia 2026 selain menjulang trofi Piala AFF. Lapor Tribunnews, Tae-yong mendedahkan sasaran tersebut selepas pasukannya gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2024 di […]

Faisal Halim Teruja Jalani Fisioterapi Untuk Kembali Beraksi
Faisal Halim Teruja Jalani Fisioterapi Untuk Kembali Beraksi PELABUHAN KLANG, 12 Mei (Bernama) — Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala. Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat […]

Li Jane Raih Emas Kejohanan Boling Siri Jelajah PWBA
Li Jane Raih Emas Kejohanan Boling Siri Jelajah PWBA KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) — Pemain boling wanita negara Sin Li Jane ternyata masih berbisa apabila meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois, Amerika Syarikat pada Sabtu. Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi dominan sepanjang saingan […]

Jepun Raih Gelaran Sulung Piala Sultan Azlan Shah 2024
Jepun Raih Gelaran Sulung Piala Sultan Azlan Shah 2024 IPOH, 11 Mei (Bernama) — Jepun mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah ke-30 buat pertama kali dengan menewaskan Pakistan 4-1 menerusi penentuan penalti ‘shoot-out’ selepas terikat 2-2 pada aksi final di Stadium Hoki Azlan Shah di sini malam ini. Jepun, penampilan keenam sejak […]

“Terus Berjuang, Kami Bersama Anda”, Onana & Garnacho Titip Mesej Kepada Faisal Halim
“Terus Berjuang, Kami Bersama Anda”, Onana & Garnacho Titip Mesej Kepada Faisal Halim Berita pemain sayap lincah Selangor FC, yang menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad lepas ternyata mengejutkan banyak pihak. Ekoran kejadian itu, Faisal mengalami kelecuran tahap empat dan terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut. Di media sosial, insiden tersebut nyata memberi […]

Sivasangari, Eain Yow Mara Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Sivasangari, Eain Yow Mara Pusingan Kedua Kejohanan Skuasy Dunia KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangsari menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Kaherah, Mesir hari ini. Berbekalkan momentum muncul juara Kejohanan Skuasy Klasik London bulan lepas, atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah […]