Berita›Sukan

Piala FA: Pemain Muslim Dibenar Rehat Seketika Semasa Iftar
Piala FA: Pemain Muslim Dibenar Rehat Seketika Semasa Iftar England – Pemain bola sepak beragama Islam yang terlibat dengan Perlawanan Piala FA pusingan kelima minggu ini diberi kelonggaran untuk berehat seketika. Ia bagi memberi laluan kepada mereka untuk berbuka puasa, lapor ESPN. Persatuan Bola Sepak Inggeris mengumumkan perkara tersebut menerusi lembaran fakta pusingan tersebut. “Pemain […]

Tikus Jengah Padang Old Trafford Sebelum Perlawanan Man United
Tikus Jengah Padang Old Trafford, Buat Kemunculan Sebelum Perlawanan Man United United Kingdom – Seekor tikus dirakam merentasi padang di Stadium Old Trafford sebelum perlawanan pasukan bola sepak Manchester United menentang Ipswich berlangsung semalam, lapor The Sun. Tikus tersebut berjaya ditangkap dan dibawa keluar oleh salah seorang petugas. Kemunculan tikus di stadium berkenaan bukan kali […]

Samu Castillejo Sah Sertai JDT
Samu Castillejo Sah Sertai JDT Pasukan bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penambahan ahli pasukan dengan kehadiran bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo, lapor Stadium Astro. Pengumuman tersebut dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi JDT sebentar tadi. Selain Serie A, Castillejo juga pernah menyertai kelab-kelab La Liga iaitu Valencia, Villareal dan Malaga. Pemain berasal […]

‘Jodoh’ Qaseh Rania Dengan VFL Wolfburg
‘Jodoh’ Qaseh Rania Dengan VFL Wolfburg Pemain wanita negara Bawah 15 Tahun (B-15) Qaseh Rania Khairul Najib secara rasmi menyertai kelab Jerman, VFL Wolfburg, petik Stadium Astro. Perkara itu disahkan selepas Rania melepasi sesi percubaan selama lima minggu bersama skuad belia kelab itu tahun lalu. Difahamkan, Rania bakal mengikat kontrak selama tiga tahun selepas urusan […]

Manchester United Bakal ‘Terbang’ Ke Malaysia
Manchester United Bakal ‘Terbang’ Ke Malaysia Media sukan United Kingdom, Stretford Paddock, mencuri perhatian apabila berkongsi berita menarik menerusi laman rasmi X, malam tadi. Menurut laporan tersebut, Manchester United merancang untuk mengadakan jelajah pascamusim di Asia sebaik sahaja Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir pada Mei nanti. Pasukan yang digelar “The Red Devils” itu juga dijangka mengadakan […]

FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan
FA ‘Gantung’ Pengurus Liverpool Dua Perlawanan Pengurus Liverpool, Arne Slot, dilaporkan telah dikenakan penggantungan dua perlawanan. Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau menerima kad merah dalam perlawanan derby Merseyside menentang Everton di Goodison Park awal bulan ini. Difahamkan, Slot, bersama penolong ketua jurulatih, Sipke Hulshoff, telah dihukum selepas didapati bertindak secara tidak wajar. Mereka juga menggunakan […]

Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan”
Manchester United Hadapi Perubahan Besar Sebagai “Langkah Penjimatan” Manchester United kini sedang menjalani proses penstrukturan semula bagi mengukuhkan kestabilan kewangan kelab dan perlu menghadapi perubahan besar. Langkah ini termasuk pemberhentian pekerja dalam jumlah yang besar serta ‘pemotongan’ beberapa manfaat pekerja, termasuk makan tengah hari percuma di Old Trafford. Pemberhentian sehingga 200 pekerja Menurut kenyataan rasmi […]

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati Pecah Rekod Kebangsaan, Mara Ke Separuh Akhir
ATC 2025: Nurul Izzah Izzati Pecah Rekod Kebangsaan, Mara Ke Separuh Akhir NILAI, 22 Feb (Bernama) — Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berada di prestasi terbaik untuk menghadiahkan pingat buat Malaysia menerusi acara pecut individu selepas mencipta rekod kebangsaan baharu acara itu 10.685 saat (s) pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal […]

ACLE: Shandong Taishan Tarik Diri
ACLE: Shandong Taishan Tarik Diri Kelab bola sepak China, Shandong Taishan mengumumkan penarikan diri daripada perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) bertemu Ulsan HD FC, lapor Stadium Astro. Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan penarikan diri kelab tersebut. Menurut AFC, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut berhubung perkara tersebut. Sementara itu, Shandong Taishan dalam satu […]

Khabar Angin Status CEO MFL Cetus Tanda Tanya
Khabar Angin Status CEO MFL Cetus Tanda Tanya KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Di tengah-tengah kemelut yang melanda saingan Liga Malaysia (Liga-M), timbul spekulasi mengenai kemungkinan perubahan dalam struktur kepimpinan tertinggi Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Ia susulan khabar angin bertiup kencang hari ini yang mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif badan pengelola Liga-M itu Giorgio Pompili Rossi yang dilantik pada […]

Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo
Arif Aiman ‘Hampir’ Setanding Cristiano Ronaldo Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, terus mencuri tumpuan dalam dunia bola sepak apabila berjaya mencatatkan lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini. Prestasi cemerlang pemain muda berusia 22 tahun itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan, […]

“Meremang bulu roma”, Ini Ucapan TMJ Dalam Bilik Persalinan
“Meremang bulu roma”, Ini Ucapan TMJ Dalam Bilik Persalinan “Tiada waktu untuk pandang kebelakang, kita berikan apa yang kita ada. Perlawanan ini adalah milik kita, kita perlu mencipta sejarah!” ucap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Mahkota Ismail kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika dalam bilik persalinan. Momen sewaktu di bilik persalinan itu dikongsikan oleh […]

‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat
‘Gagal’ Dalam Tiga Pentas Final, Di Maria Dedah Terpaksa Ambil Ubat Pemain kebangsaan Argentina, Angel Di Maria, mendedahkan dirinya sehingga kini terpaksa mengambil ubat bagi membendung tekanan dan kekecewaan selepas tiga kali tewas dalam pentas akhir di dua kejohanan berbeza, lapor Stadium Astro. Jelasnya, dalam tempoh tiga tahun, dia terpaksa melepaskan tiga trofi iaitu Copa […]

Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo
Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo Siapa sahaja yang tak kenal Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak dunia yang kini bermain di kelab Arab Saudi, Al-Nassr. Dalam kontrak baharu yang ditandatangani bersama kelab itu, Ronaldo memperoleh sejumlah 167.9 juta pound (RM923 juta) setahun, sekali gus mengekalkan statusnya selaku pemain bola sepak paling […]

Alia Sazana Cipta Rekod Asia Acara 25m Pistol Wanita
Alia Sazana Cipta Rekod Asia Acara 25m Pistol Wanita KUALA LUMPUR, Feb 16 (Bernama) — Penembak berpengalaman negara Alia Sazana Azahari bukan sahaja membidik emas malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita pada Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok hari ini. Pada pusingan final di Lapang Sasar Menembak SAT, Alia […]

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM
Fitri Jadi Pengadil Pertama Dipecat FAM KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat keputusan tegas dengan memecat pengadil Fitri Maskon daripada semua tugasan susulan prestasi lemah dalam aksi Piala MFL 2024/2025 antara Negeri Sembilan FC dan Selangor FC, Khamis lepas. Timbalan Presiden FAM Datuk S. Sivasundaram berkata keputusan yang pertama kali dibuat itu diambil […]

Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker
Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Mahu Jual Meja Snuker “Saya nak jual table ini, sebab dekat atas table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulans sampai,” luah bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha, lapor Astro Gempak. Luah Zaquan, dia berhasrat untuk menjual meja snuker itu yang menjadi lokasi […]

Mohd Joehari Presiden FAM Baharu
Mohd Joehari Presiden FAM Baharu SUBANG JAYA, 15 Feb (Bernama) — Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baharu hari ini bagi menggantikan Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang tidak mempertahankan jawatan disandangnya sejak 2018. Mohd Joehari yang sebelum ini menggalas tugas sebagai naib presiden badan induk itu, menang tanpa […]

Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’
Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’ Bintang bola sepak Perancis, Antoine Griezmann mencuri perhatian selepas membantu Atletico Madrid meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Getafe, Selasa lalu. Dalam sebuah video yang kini tular, Griezmann dilihat menukar jersi perlawanan bernilai sekitar £1000 (RM5,538.80) dengan dua kotak kad Pokémon edisi ‘rare’. Griezmann tidak menyembunyikan […]

Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar
Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar Liga Perdana Singapura atau Singapore Premier League (SPL) kini terbuka untuk mana-mana kelab termasuk dari luar bagi pencarian kelab di liga berkenaan, lapor Stadium Astro. Perkara itu diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Rabu lalu untuk menyambung semula pencarian kelab. Jelas FAS, mana-mana pihak yang berminat […]