BeritaSukan

Berita
(Video) ”Saya Akan Kembali”, Sidang Media Khas Datuk Lee Chong Wei
Lagenda Malaysia dan pemenang tiga kali pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei mengadakan satu sdiang media khas hari ini bagi mengumumkan beberapa perkara. Melalui sidang media berkenaan, beliau mengumumkan satu berita gembira dimana beliau belum membuat keputusan untuk bersara dan bakal kembali ke gelanggang secepat mungkin. ”Saya sayangkan sukan badminton dan negara. Saya akan […]
Berita
Harumkan Nama Negara Juarai Ninja Challenge League Di Perth, Tiada Penaja Mat Redho Terpaksa Pecah Tabung?
Ramai yang sudah mengenali dengan pemuda ini, iaitu Mohd Redha Rozlan, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Redho, yang tular pada tahun lalu. Yang mana pada bulan Ogos 2016 yang lalu, video yang memaparkan Mat Redho di dalam sebuah rancangan popular di Jepun iaitu Ninja Warrior, telah membuatkan rakyat Malaysia teruja, akan kemunculannya di dalam […]
Berita
”Kakitangan Silap Tempah”, MFL Jawab Kritikan Netizen Isu Trofi ‘Kartun’ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan
Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 yang sepatutnya menjadi malam gemilang buat pemain-pemain bola sepak liga tempatan bertukar menjadi bahan lawak netizen apabila trofi yang diberikan kepada pemenang dikatakan bertaraf ‘anugerah sekolah rendah’, malahan ada yang mendakwa lebih teruk. Beberapa portal berita turut melaporkan salah satu trofi yang dimenangai oleh pemain JDT, Safawi Rasid patah […]
Berita
(Video) Mutu Pengadilan Teruk Dikritik, Subkhiddin Letak Jawatan Exco FAM
Pengadil bola sepak lagenda tanah air yang pernah beberapai muncul di pentas Piala Dunia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh dilaporkan akan melepaskan jawatannya termasuk jawatan Exco serta merta bermula hari ini. Tindakkannya itu dipercayai ada kaitan dengan kritikan demi kritikan terhadap mutu pengadilan pengadil bola sepak Liga […]
Berita
Pemain Leicester City Turun Ke Thailand Bagi Penghormatan Terakhir
Bintang-bintang Leicester City tiba di Thailand bagi menghadiri upacara pengebumian pemilik kelab yang terbabit dalam nahas helikopter terhempas minggu lalu sebaik sahaja berlepas dari Stadium King Power Leicester, England. Selain Vichai Srivaddhanaprabha, Nusara Suknamai, Kaveporn Punpare, juruterbang, Eric Swaffer dan pasangan, Izabela Roza antara yang terkorban. Majlis itu dilaksanakan selama 7 hari dengan kehadian Foxes […]
Berita
(Video)Hafiz Syahrin Catat Sejarah, Jadi Rakyat Malaysia Pertama Duduki Senarai 10 Terbaik MotoGP Di Litar Sepang
Sebentar tadi, tamatnya perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang memberikan satu khabar gembira buat rakyat Malaysia khususnya buat peminat-peminat sukan lumba motor. Wakil tunggal negara yang beraksi dalam kelas perdana siri MotoGP, Hafizh Syahrin berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 biarpun memulakan perlumbaan daripada Petak ke-23. Ternyata, pencapaian luar biasa itu berjaya menempatkan namanya sebagai […]
Berita
(Video) ‘What a Performance’ – Aksi Atlet Luncur Ais Malaysia Bersama Mop Lantai Tarik Perhatian Dunia
Atlet luncur ais Malaysia, Julian Yee baru-baru ini tular di media sosial selepas memberikan persembahan terbaik sebagai ‘pencuci’ di Gala Exhibition at Skate America 2018. Persembahan memukau itu sekali gus telah berjaya menempatkannya sebagai atlet Malaysia pertama yang layak ke Olimpik Musim Sejuk tahun ini pada minggu lalu, 20 Oktober. Tanpa menggunakan prop yang sarat, […]
Berita
Pemilik Kelab Leicester City Dan Anak Perempuannya Disahkan Antara Lima Orang Berada Dalam Helikopter Meletup
Vichai Srivaddhanaprabha, Pengerusi dan pemilik kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Leicerster City disahkan antara penumpang yang menaiki sebuah helikopter yang terhempas berdekatan Stadium King Power semalam. Media antarabangsa juga menyebut bahawa anak perempuan Vichai, dua orang juruterbang dan seorang lagi individu yang tidak disahkan identitinya adalah antara mereka terlibat dalam kemalangan itu. Tiada maklumat […]
Berita
(Video) Helikopter Pemilik Leicester City Terhempas Sebaik Tinggalkan Stadium, Dikhuatiri Terkorban
Sebuah helikopter yang dipercayai membawa Vichai Srivaddhanaprabha, pengerusi Leicester City, terhempas di luar King Power Stadium. Identiti para penumpang masih tidak diketahui. Pun begitu, sumber mengatakan bahawa Srivaddhanaprabha berada di atas kapal, dan tidak jelas keadaannya samada terselamat atau tidak. Kejadian berlaku selepas perlawanan membabitkan Leicester City dan West Ham United yang berkesudahan seri 1-1. Helikopter […]
Berita
Isnin Cuti Umum Di Perak Jika ‘The Bos Gaurus’ Rangkul Piala Malaysia
Kerajaan negeri Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini (29 Okt) sekiranya pasukan bola sepak negeri berjaya merangkul Piala Malaysia pada perlawanan akhir menentang skuad Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata perkara itu telah diputuskan selepas perbincangan bersama Menteri Besar Ahmad […]
Berita
Fenomena Ulat Tiket Setiap Kali Musim Final Bola Sepak, Ini Pandangan Mufti Wilayah
Setiap kali adanya perlawanan akhir melibatkan dua buah pasukan, biasanya sukan bola sepak, antara isu yang berbangkit dan tiada kesudahan adalah isu penjualan tiket. Lebih tepat lagi, artikel ini mahu membincangkan mengenai kegiatan ulat tiket. Buat yang masih belum tahu, ulat tiket ini secara mudahnya adalah sekumpulan individu yang mahu cepat untung dengan membeli tiket […]
Berita
Tular Pemain TFC Jual Tiket Sehari Awal, Persatuan Bola Sepak Negeri Siasat Kes
Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2018 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Perak menentang Terengganu semakin hampir sampai ke kemuncak. Sehingga 72,000 tiket dilapor akan dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Tetapi sebaliknya berlaku di Terengganu, apabila tular satu video penyokong terpaksa berasak-asak hingga dilihat memijak dan memanjat antara satu sama lain demi mendapatkan […]
Berita
Penyokong Sanggup Pijak Dan Panjat Orang Hingga Pengsan Demi Tiket Final Piala Malaysia
Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2018 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Perak menentang Terengganu semakin hampir sampai ke kemuncak. Sehingga 72,000 tiket dilapor akan dikeluarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL). Tetapi sebaliknya berlaku di Terengganu, apabila tular satu video penyokong terpaksa berasak-asak hingga dilihat memijak dan memanjat antara satu sama lain demi mendapatkan […]
Berita
Hafizh Syahrin Lakar Sejarah, Raih Tempat Ke-10 Terbaik Di Jepun
Pelumba MotoGP dari Malaysia, Hafizh Syahrin yang mewakili pasukan Yamaha Monster Tech3 telah melakar sejarah baru apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 di Litar Twin Ring Motegi, Jepun. Hafizh yang bermula dipetak ke-16 berjaya mengharungi cabaran di negara matahari terbit itu dengan memintas satu per satu pelumpa dihadapan beliau termasuk Franco Morbidelli dan Bradley […]
Berita
Khabib Tolak Duit Kemenangan RM 62 Juta Untuk Pertarungan Semula Dengan McGregor
Juara lighweight UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran wang sebanyak USD 15 juta (RM 62.1 juta) untuk pertarungann semula dengan anak emas Presiden UFC, Dana White iaitu Connor McGregor Sebelum ini, Khabib yang menjalani pergantungan sementara susulan insiden kekecohan yang berlaku selepas menumbang McGregor awal bulan ini. Wang kemenangannya yang bernilai USD 2 juta juga dilaporkan telah […]
Berita
(Video) ”Hanya Ada Satu Raja Dalam Rimba” Khabib Cabar Mayweather ‘Bertumbuk’
Khabib Nurmagomedov dalam satu kenyataan dilaporkan mencabar petarung lagenda, Floyd Mayweather yang mempunyai rekod 50-0 untuk bertarung di dalam gelanggang dengan berkata, ”Hanya ada satu raja sahaja di dalam rimba” Terdahulu, Khabib yang sedang menjalani penggantungan sementara melebarkan rekod kemenangan tanpa kalah kepada 27-0 setelah menumbangkan Connor McGregor sebelum tercetus kekecohan diluar gelanggang selepas tamat pertarungan. […]
Berita
Dik Wan ‘Mengganas’ Lagi, Raih Lebih Banyak Pingat Dan Lebur Rekod Lagi
Ridzuan Puzi atau lebih mesra dikenali sebagai Dik Wan yang baru sahaja menggegar arena sukan negara apabila memecahkan rekod dunia di Sukan ParaAsia Jakarta, terus mengganas apabila meraih pingat emas ketiganya dan memecahkan rekod Asia. Jika sebelum ini dia memadam rekod milik atlet para Rusia dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 11.87 […]
Berita
”Siapa Pun Akan Lompat Keluar”, Presiden Rusia Sokong Tindakan Khabib ‘Mengamuk’ Serang Kem McGregor
Presiden Rusia, Vladimir Putin yang sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan petarung sensasi UFC, Khabib Nurmagomedov dan ayahnya, Abdulmanap untuk memberi ucapan tahniah secara terbuka menyokong tindakan Khabib menyerang kem McGregor baru-baru ini. Terdahulu, McGregor yang dilihat tidak berada di prestasi terbaik bergelut di dalam gelanggang sebelum tewas dengan submission kepada Khabib dalam kategori lightweight. […]
Berita
“Saya Pernah Pesan Pada Syed Saddiq, Beri Perhatian Serius Atlet OKU, Minta Naikkan Insentif Mereka,” – Mufti Wilayah Persekutuan
Kemenangan dua atlet negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Abdul Latif Romly mengharumkan nama negara selepas cemerlang dengan mencipta rekod baru dalam acara masing-masing di Sukan Para Asia 2018, di Stadium Utama Gelora Bung Karno, selasa lalu. Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu […]
Berita
Dua Atlet Para Negara, Ridzuan Dan Latif Cemerlang Pecahkan Rekod Dunia Di Sukan ParaAsia
Hari bertuah untuk rakyat Malaysia hari ini apabila atlit para negara, Ridzuan Puzi berjaya mengharumkan nama negara di pentas sukan Para Asian 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia ketika ini. Dia yang turun beraksi dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) bukan sahaja berjaya merangkul pingat emas, malah larian juaranya turut berjaya memecah rekod […]