Berita›Sukan

Berita
Ronaldo Mahu Kekal Di Manchester United Tetapi Dengan Syarat
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo mahu kekal di Manchester United tetapi dengan syarat, dia hanya akan kekal sekiranya jurulatih, Erik Ten Hag masih memerlukannya, lapor The Sun UK. Penyerang 37 tahun itu mahu beraksi bersama rakan sepasukanya dengan baki kontraknya di Old Trafford walaupun pasukan itu gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL) tahun depan. Kegagalan […]
Sukan
Sukan SEA: Pesilat Negara Raih Emas Ketujuh Buat Malaysia
HANOI, 11 Mei (Bernama) — Aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini. Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem […]
Berita
Piala Thomas: Skuad Tanpa Bintang Malaysia Tewaskan AS Untuk Ke Suku Akhir
BANGKOK, 10 Mei (Bernama) — Tiada bintang, tiada masalah. Skuad badminton Malaysia melayakkan diri ke suku akhir Final Piala Thomas 2022 di sini, terima kasih kepada skuad tanpa bintang negara yang menewaskan Amerika Syarikat (AS) 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D hari ini. Ketiadaan pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu Malaysia […]
Berita
Sukan SEA: Yan Yee Butirkan Emas Kelima Negara
HANOI, 10 Mei (Bernama) — Malaysia terus mendominasi sukan terjun pada Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Hari ini giliran Ng Yan Yee pula menyumbangkan kilauan pingat emas kelima kontinjen negara menerusi final 3 meter (m) papan anjal wanita. Ia adalah pingat emas kedua peribadi Yan Yee di temasya […]
Berita
Penyerang Muda Berbakat, Erling Haaland Sah Ke Manchester City
Penyerang muda berbakat yang diramal bakal menjadi pemain terbaik di dunia di masa depan, Erling Haaland dilaporkan sah berpindah ke kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City. Berita perpindahan berkenaan dimaklumkan oleh seorang wartawan sukan terkemuka berasal dari Itali, Fabrizio Romano di laman Twitter sebentar tadi. Melalui tweetnya, beliau memaklum kedua-dua belah pihak sudahpun […]
Berita
Malaysia Ucap Selamat Tinggal Pada Piala Uber 2022
BANGKOK, 9 Mei (Bernama) — Satu lagi kekalahan. Satu lagi penyingkiran pada peringkat kumpulan. Cabaran Malaysia pada Piala Uber 2022 berakhir selepas mereka ditunjukkan jalan keluar awal oleh tuan rumah, Thailand, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan kedua Kumpulan C di Impact Arena, di sini hari ini. Walaupun membuat beberapa ‘kejutan’ dalam skuad selepas mereka tewas […]
Berita
Sukan SEA: Yan Yee & Ker Ying Sumbang Pingat Emas Keempat Negara
HANOI, 9 Mei (Bernama) — Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di […]
Sukan
Thomas Cup: Malaysia Benam England 5-0
BANGKOK, 9 Mei (Bernama) — Skuad badminton lelaki Malaysia memulakan kempen pusingan Akhir Piala Thomas 2022 dengan penuh bergaya setelah membenam England 5-0 dalam saingan peringkat pembukaan Kumpulan D di Impact Arena, di sini, hari ini. Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya mendahului dengan selesa 8-0 […]
Berita
Sukan SEA: Tze Liang Butir Emas Ketiga Negara, Ke-12 Peribadi
HANOI — Skuad terjun kebangsaan meneruskan momentum cemerlang di Sukan SEA ke-31 apabila atlet negara Ooi Tze Liang membutirkan pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Tze Liang menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam […]
Sukan
Gagal Layak Ke Liga Juara-Juara Eropah, Gaji Pemain Man United Dipotong
Kegagalan gergasi Eropah, Manchester United (MU) untuk layak ke Liga Juara-Juara bakal menyaksikan gaji pemain-pemainnya akan dipotong sebanyak 25 peratus, lapor Daily Mail UK. Angan-angan skuad Red Devils untuk pergi lebih jauh nampaknya musnah selepas kelab itu tewas ‘teruk’ dengan kekalahan memalukan 0-4 kepada Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini. Kekalahan besar tersebut […]
Berita
Sukan SEA: Yi Wei-Tze Liang Pertahan Emas 3M Papan Anjal Seirama
HANOI, 8 Mei (Bernama) — Seperti dijangka, pasangan negara Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang tidak berdepan masalah menghadiahkan pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA ke-31 selepas mengungguli final acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Kejayaan itu menyaksikan Yi Wei-Tze Liang berjaya mempertahankan pingat […]
Sukan
Sukan SEA: Nur Dhabitah Hadiahkan Pingat Emas Sulung Malaysia
HANOI, 8 Mei (Bernama) — Persembahan cemerlang atlet terjun negara Nur Dhabitah Sabri dalam saingan final acara 1 meter (m) papan anjal individu wanita menghadiahkan Malaysia pingat emas pertama Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Ia juga adalah acara yang menawarkan pingat emas pertama sebelum upacara pembukaan rasmi yang […]
Sukan
Cristiano Ronaldo, Pasangan Umum Nama Anak
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo telah mengumumkan nama bayi perempuannya yang baru dilahirkan pada 18 April lalu. Memetik laporan Mirror, Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez menamakan bayi mereka sebagai Bella Esmeralda. Pengumuman itu dilakukan beberapa minggu selepas pemergian bayi lelaki, yang juga kembar kepada bayi perempuan mereka itu. Difahamkan, bayi lelaki mereka itu meninggal […]
Berita
Chelsea Dapat Pemilik Baharu, Dijual Kepada Billionaire Amerika Lebih RM 21 Bilion
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC sah dijual kepada sebuah konsortium yang diterajui oleh billionaire Amerika Syarikat, Todd Boehly. Menurut kenyataan rasmi kelab, konsortium berkenaan membayar sebanyak USD 5.24 bilion (RM 21 bilion) bagi merealisasikan pengambilalihan tersebut. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM 13.48 bilion digunakan bagi membeli saham-saham kelab dan akan disalurkan ke sebuah […]
Sukan
Lee Zii Jia Juara BAC, Tundukkan Indonesia Di Final
Pemain badminton negara, Lee Zii Jia merangkul juara dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) hari ini setelah berjaya menumpaskan Indonesia sebentar tadi. Menurut laporan ringkas Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lee Zii Jia menumpaskan lawannya, Jonatan Christie dengan kedudukan 21-17 dan 23-21. “Inilah kemenangannya. Zii Jia mengakhiri penantian enam tahun Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki di BAC […]
Sukan
Mohd Azizulhasni Semakin Pulih Selepas Jalani Pembedahan Jantung
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) — Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung terbuka setelah disahkan mengalami masalah jantung yang jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi yang janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne. Atlet berusia 34 tahun, yang juga harapan pingat emas […]
Berita
Kapten Kesayangan MU, Harry Maguire Dilapor Cedera, Mungkin Disisihkan Hingga Habis Musim
Kapten kepada pasukan utama Manchester United, Harry Maguire dilapor mengalami kecederaan lutut dan mungkin disisihkan hingga habis musim ini. Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh jurulatih sementara, Ralf Rangnick dalam sidang media sebelum turun menentang Chelsea pagi tadi. Kecederaan yang dialami Maguire menyaksikan MU kini hanya memiliki 14 orang pemain utama yang cergas untuk menghabiskan baki […]
Berita
Liverpool Ubah Jadual Latihan, Benarkan Pemain Muslim Pulang Awal & Puasa Dengan Selesa
Bintang Liverpool, Sadio Mane mendedahkan bahawa kelabnya telah mengambil langkah yang istimewa dan sangat bertolak ansur dengan pemain Muslim ketika Ramadan ini. Menurutnya, kapten pasukan, Jordan Handerson telah bertemu dengan Jurgen Klopp dan mengemukakan cadangan kepada pengendali Liverpool itu supaya kelab mengubah jadual latihan sedia ada dan memberi ruang kepada pemain yang beragama Islam berpuasa […]
Sukan
Blackburn Rovers Anjur Solat Hari Raya Dalam Stadium Syawal Ini
Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Blackburn Rovers bakal menganjurkan program solat hari raya Aidilfitri di stadium utama mereka, Ewood Park pada Syawal ini. Difahamkan, ia akan menjadi kelab bola sepak Inggeris pertama di UK yang membenarkan penganut beragama Islam mendirikan solat hari raya di stadium utama mereka sendiri. Memetik kenyataan dari laman rasmi, […]
Sukan
Pemain Man United, Marcus Rashford Cari Budak Lelaki Nak Beri Jersi Baru
Pemain Manchester United, Marcus Rashford mencari budak lelaki yang menerima jersi miliknya untuk diberikan jersi baharu yang lain. Menurut Manchester Evening News, pada asalnya Rashford memberikan jersi yang dipakainya kepada seorang budak lelaki di tepi padang selepas perlawanan menentang Arsenal awal pagi tadi. Namun difahamkan, jersi tersebut dicuri oleh seseorang. Justeru, pemain itu mahu mencari […]