Berita›Sukan

Kontrak Baharu Sehingga 2025, Mo Salah Kini Penerima Gaji Tertinggi Liverpool, RM 1.86 Juta Seminggu
Bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila bersetuju untuk menandatangani kontrak baharu bersama gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool sehingga 2025. Menerusi kontrak tersebut, Salah dilaporkan akan menerima gaji yang sangat lumayan iaitu 350,000 pound atau kira-kira RM 1.86 juta seminggu. Dengan gaji baharu tersebut, beliau kini merupakan penerima gaji tertinggi […]

Kejohanan Dunia: Pandelela-Dhabitah Raih Gangsa 10m Platform Seirama
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Gandingan penerjun wanita Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menambah koleksi pingat kem terjun negara apabila meraih pingat gangsa menerusi acara 10 meter (m) platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia 2022, lewat malam tadi. Gandingan Pandelela-Dhabitah di Arena Duna di Budapest, Hungary berjaya mengumpul 298.68 mata selepas melakukan lima terjunan […]

Dulu Jadi ‘Rumah’ Harimau Malaya , Kini Terbiar Usang, Ini Sejarah Stadium Shah Alam
Sejarah Stadium Shah Alam yang pernah menjadi ‘rumah’ skuad Harimau Malaya Jika mendengar nama ‘Stadium Shah Alam’, memang tidak disangkal lagi ianya adalah sebuah stadium yang cukup gah di Malaysia. Lebih-lebih lagi, buat peminat tegar bola sepak negara terutamanya penyokong skuad “The Red Giants”. Sebaik sahaja ada desas-desus mengatakan Stadium Shah Alam hendak dirobohkan, pelbagai […]

Kedah & Kuala Lumpur Cipta Sejarah, Berjaya Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala AFC
Kedah & Kuala Lumpur Cipta Sejarah, Berjaya Mara Ke Pusingan Kalah Mati Piala AFC Dua kelab Liga Super Malaysia, Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuala Lumpur City (KLC) berjaya mencipta sejarah apabila berjaya melangkah ke pusingan kalah mati Piala AFC. Menurut catatan tweet AFC, KDA mara selaku juara Kumpulan G selepas berjaya menumbangkan kelab dari […]

Status ‘Nasib’ Stadium Shah Alam Bakal Terjawab Tak Lama Lagi
Status pembangunan semula Stadium Shah Alam di Selangor yang semakin menjadi bualan hangat akhir-akhir ini bakal terjawab tidak lama lagi. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan penilaian semasa yang dijalankan. “Keputusan pembangunan semula Stadium Shah Alam bakal diumumkan dalam masa terdekat. “Pembangunan keseluruhan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam termasuk […]

Tak Setuju Roboh Stadium Shah Alam, Zamsaham Ada Cadangan Lebih Baik
Baru-baru ini, hangat dikatakan di media sosial desas-desus mengenai isu Stadium Shah Alam yang dikatakan bakal diroboh dan digantikan dengan stadium baharu. Khabar angin tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi berbeza daripada segenap peminat bola sepak tanah air, ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Mungkin ada yang berpendapat, tindakan meroboh dan membina semula stadium baharu adalah […]

Indonesia Mahu Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023
Jakarta – Kerajaan Indonesia telah membenarkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menyediakan kertas cadangan bagi membida hak tuan rumah Piala Asia 2023. Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Zainudin Amali berkata, “Kerajaan telah membenarkan PSSI menghantar kertas cadangan tersebut kepada AFC.” Sama ada hari Selasa (28 Jun) atau Rabu (29 Jun) PSSI yang akan diwakili […]

Badminton Beregu Lelaki Negara Layak Ke Peringkat Seterusnya, Tundukkan Beregu Jepun
Pada kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022, beregu lelaki negara layak ke peringkat seterusnya selepas tundukkan beregu dari Jepun dalam pusingan 32. Dalam perlawanan yang jelas didominasi beregu negara itu, Goh Sze Fei dan Nir Izzuddin menang mudah ke atas pemain negara matahari terbit itu dengan skor 21-12, 21-12 untuk kedua-dua set. Kemenangan itu sedikit […]

Kejohanan Dunia: Pandelela Rangkul Gangsa Di Budapest
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) — Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong Pamg terus mengharumkan nama Malaysia di pentas tertinggi selepas meraih pingat gangsa 10 meter (m) platform wanita Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary, pagi ini. Kejayaan itu menyaksikan Pandelela menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia 2015 di Kazan, Rusia dan memperbaiki kedudukan kelima yang […]

“Saya Sanggup Mati Untuknya,” Mat Don Dedah Menangis Digugurkan Dari Harimau Malaya
Tidak tersenarai pada kempen kelayakan Piala Asia 2023, pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi (Mat Don) meluahkan bahawa dia merasa sedih dan menangis ketika mengetahui mengenainya. Memetik laporan Utusan, pemain yang mesra dipanggil Mat Don itu bagaimanapun tetap yakin bahawa peluang untuknya beraksi dalam skuad Harimau Malaya masih ada. Menerusi kenyataan di Instagram Story miliknya, Mat […]

Perenang Profesional Alami Detik Cemas, Pengsan Dalam Air Di Kejohanan Dunia
Kejohanan akuatik dunia yang berlangsung di Budapest pada Rabu lalu menyaksikan satu detik cemas yang dialami oleh seorang perenang artistik dari pasukan Amerika Syarikat apabila dia dipercayai telah pengsan dalam air. Memetik laporan NBC News, Anita Alvarez tidak sedarkan diri dan terapung ke dasar kolam selepas menyelesaikan rutin bebas solonya. Melihat keadaan tersebut, jurulatihnya, Andrea […]

FIFA Iktiraf Malaysia Antara 4 Negara Paling Meningkat Naik Dalam Ranking Bola Dunia
Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) baru-baru ini mengiktiraf Malaysia antara 4 buah negara yang paling meningkat naik atau ‘The Biggest Climbers’ dalam carta ranking bola sepak dunia bagi Mei. Menurut tweet berkenaan, Malaysia yang berjaya mendaki 7 anak tangga kini berada pada ranking 147 dunia. Selain itu, tiga buah negara lain yang turut tersenarai adalah […]

Malaysia Lonjak Tujuh Anak Tangga, Kini Di Ranking Ke-147 Dunia
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Kejayaan skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia 2023 membantu melonjakkan Malaysia tujuh anak tangga untuk menduduki tempat ke-147 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini. Skuad Harimau Malaya sebelum ini menduduki tangga ke-154 dunia pada ranking sebelum ini yang dikeluarkan Mac lepas. Pasukan kendalian Ketua […]

Zii Jia Lupakan Sukan Komanwel, Fokus Kejohanan Dunia
Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dilaporkan telah menarik diri daripada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England. KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Peminat sukan tanah air terpaksa melupakan hasrat melihat jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia beraksi pada Sukan Komanwel 2022, selepas beliau sah menarik diri daripada temasya di Birmingham, England, yang […]

Bugatti RM9 Juta Milik Ronaldo Yang Dipandu Pekerjanya ‘Barai’, Tak Sengaja Rempuh Dinding
Sebuah kereta mewah jenama Bugatti milik bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan di Sa Coma, Majorca, Sepanyol, semalam. Memetik laporan Economic Times, kereta Bugatti Veyron yang dibeli pada 2018 itu telah dipandu oleh pekerja Ronaldo. Difahamkan, pekerja itu telah merempuh tembok di pusat peranginan pantai timur Sa Coma. Dia yang […]

Status Terbuka Malaysia Setanding All England Mulai Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) — Terbuka Malaysia adalah antara kejohanan peringkat teratas dalam kalendar Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mulai tahun depan hingga 2026. BWF mengumumkan bahawa status Terbuka Malaysia telah dinaik taraf daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000, sekali gus menyertai kelab elit seperti Kejohanan All England, Terbuka China dan Indonesia. Selain itu, Terbuka India […]

Skuad Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia 2023: Imbuhan Dibincang Minggu Depan – PM
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Perbincangan berkenaan pemberian imbuhan kepada skuad Harimau Malaya mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diadakan minggu hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setakat ini imbuhan yang bakal diberi masih belum diketahui sama ada secara terus kepada pemain ataupun kepada FAM. Ismail Sabri berkata Presiden […]

Rakyat Malaysia Dipuji, Hadir Stadium Sokong Pasukan Indonesia Menentang Nepal Di Kuwait
Hadir sokong Indonesia Menentang Nepal, rakyat Malaysia di Kuwait dapat perhatian dan dipuji netizen Indonesia Selain pasukan bola sepak negara kita yang berjaya ke Piala Asia 2023, rakyat Indonesia juga turut meraikan pasukan mereka yang juga layak selepas menumpaskan Nepal dengan jaringan 7-0 pada Rabu. Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Jaber Al-Ahmad, Kuwait itu, […]

Meremang Bulu Roma, Ini Apa Yang Berlaku Dalam ‘Locker Room’ Sebelum Menentang Bangladesh
Rupanya ini yang berlaku dalam ‘locker room’ sebelum perlawanan skuad Harimau Malaya menentang Bangladesh pada selasa lalu. Walaupun dua hari telah berlalu, bahang kehangatan kemenangan skuad Harimau Malaya pada Selasa lalu masih lagi dirasai. Manakan tidak, akhirnya negara kita layak untuk ke Piala Asia 2023 selepas ‘kempunan’ selama 43 tahun. Dalam kempen kali ini, aksi […]

Kejayaan Skuad Kebangsaan Layak Ke Piala Asia 2023 Amat Bermakna Buat Johor
JOHOR BAHRU, 15 Jun (Bernama) — Kejayaan skuad bola sepak kebangsaan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2023 setelah mengalahkan Bangladesh 4-1, pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi, amat bermakna buat negeri Johor. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kejayaan itu membawa 1001 makna kepada […]