Berita›Sukan

Debat Messi vs Ronaldo Bakal Berakhir Jika Argentina Juara Piala Dunia?
Debat Messi vs Ronaldo Bakal Berakhir Jika Argentina Juara Piala Dunia? Perdebatan siapa lagi hebat antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bagai tiada kesudahan, kerana kedua-dua mereka ada kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Kita sebagai peminat perlu akui Messi adalah bakat dan Ronaldo adalah kerja keras. Selepas perlawanan separuh akhir Argentina menentang Croatia awal pagi semalam, […]

Walau Kalah & Gagal Ke Final, Pemain Maghribi Tetap Sujud Tanda Syukur Pada Yang Maha Esa
Walau Kalah & Gagal Ke Final, Pemain Maghribi Tetap Sujud Tanda Syukur Pada Yang Maha Esa Kehadiran pasukan Maghribi ke pentas Piala Dunia kali ini menyajikan banyak kisah yang menyentuh hati peminat bola sepak di seluruh dunia. Bermula tularnya foto keakraban para pemain dengan ibu bapa mereka sehinggalah kejayaan mereka menumbangkan pasukan gergasi, Maghribi sentiasa […]

Separuh Akhir Piala Dunia: Polis Perancis Gerakkan 10,000 Anggota Persediaan Kemungkinan Rusuhan
PARIS, 14 Dis (Bernama)- Bimbang kemungkinan rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala Dunia antara Perancis dan Maghribi di Qatar pada Rabu, Perancis merancang menggerakkan 10,000 pegawai polis termasuk 5,000 khusus ditempatkan di Paris dan di kawasan sekitarnya, lapor Agensi Anadolu. Di Paris, polis akan ditempatkan di sekitar boulevard Champs-Elysees seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri […]

Malaysia Menang Bergaya 3-0, Tundukkan Maldives
Malaysia Menang Bergaya 3-0, Tundukkan Maldives Harimau Malaya berjaya menundukkan pasukan Maldives dalam Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras dengan keputusan 3-0. Skuad yang diterajui oleh jurulatih Kim Pan Gon dari Korea Selatan itu dengan garang telah berjaya menumpaskan pasukan Maldives dengan berkelebihan tiga jaringan gol pada secara keseluruhannya. Gol […]

Persekutuan Bola Sepak Morocco Belanja 13,000 Tiket “Game” Separuh Akhir Pada “Fans”
Persekutuan Bola Sepak Morocco Belanja 13,000 Tiket “Game” Separuh Akhir Pada “Fans” Persekutuan Bola Sepak Morocco telah mengumumkan akan memberi sebanyak 13,000 tiket percuma perlawanan separuh akhir Piala Dunia menentang Perancis, lapor Daily Mail. Tak hanya itu, syarikat penerbangan negara itu juga telah menambah 30 penerbangan tambahan untuk rakyatnya yang berminat untuk menyaksikan perlawanan separuh […]

Gambar Viral Kena Edit, Hannah Yeoh Terhibur Yang Ini Paling ‘Win’
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mempamerkan reaksi positif terhadap gambar-gambar yang telah disunting oleh warganet di laman Twitter miliknya, baru-baru ini. Sebelum ini, Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli telah membuat tinjauan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk melihat keadaan padang di fasiliti berkenaan. Namun aksi mereka berdua yang berdiri di atas […]

Tonton Piala Dunia Seminggu, Lelaki Alami Lumpuh Muka
Tidak dinafikan keterujaan peminat bola sepak untuk menonton Piala Dunia dapat dirasakan kerana perlawanan itu hanya berlangsung empat tahun sekali. Sudah jelas aksi-aksi hebat pemain, strategi perlawanan atau pertemuan pasukan lawan sudah menjadi salah satu ‘adegan’ yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak. Bagaimanapun, salah satu cabaran besar untuk menonton Piala Dunia adalah zon waktu yang […]

Messi Umum Bersara, “Final” Piala Dunia Bakal Jadi “Game” Terakhir Bersama Argentina
Messi Umum Bersara, “Final” Piala Dunia Bakal Jadi “Game” Terakhir Bersama Argentina Penyerang prolifik Argentina, Lionel Messi dilaporkan sah akan bersara dalam pentas antarabangsa. Bintang dan juga kapten pasukan Argentina itu mengesahkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang dijadual berlangsung di Qatar pada Ahad ini akan menjadi perlawanan terakhir baginya menyarung jersi Argentina. Pemain […]

Bekas Penyerang Indonesia Kongsi ‘Kunci’ Macam Mana Perancis Nak Tapau Maghribi
Bekas pemain sayap pasukan kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah, memberi menjangkakan bahawa Perancis tidak akan mengalami kesukaran untuk meraih kemenangan atas Maghribi pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt pada esok. Ketenangan adalah kunci kemenangan Perancis Menurut pemain Bhayangkara FC, Perancis boleh mendapatkan kemenangan dengan mudah ke atas satu-satunya negara yang mewakili […]

Niat Nak Jual Semula, Syarikat Kerugian Selepas Beli 18,000 T-Shirt ‘England Juara Piala Dunia’
Membeli 18, 000 Jersi Untuk England, Sebuah Syarikat Hadapi Kerugian Besar Sebuah syarikat berpangkalan di Dorset, England berdepan kerugian besar selepas membeli 18,000 helai t-shirt dengan cetakan ‘England Juara Piala Dunia’. Syarikat berkenaan, Wholesale Clearance UK dilapor membeli t-shirt berkenaan dalam jumlah yang besar selepas melihat prestasi memberansangkan England di Piala Dunia dan menjangkakan pasukan […]

Hannah Yeoh Mohon FAM Pertimbang, Turunkan Lagi Harga Tiket Tier Terbuka
Hannah Yeoh Mohon FAM Pertimbang, Turunkan Lagi Harga Tiket Tier Terbuka 24 Disember ini, Malaysia akan menghadapi kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 dan akan bertemu dengan pasukan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beberapa hari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan harga tiket untuk dua perlawanan di Bukit Jalil. Rata-rata penyokong Harimau […]

Tandukan Gol Pemain Morocco, En-Nesyri Setinggi 2.78 Meter Pintas Rekod Ronaldo Pada 2019
Tandukan gol kemenangan pemain Morocco, Youssef En-Nesyri pada aksi suku akhir menentang Portugal di Piala Dunia baru-baru ini berjaya memintas rekod Cristiano Ronaldo pada 2019 lalu, lapor Daily Mail. Difahamkan En-Nesyri membuat lompatan tinggi setinggi 2.78 meter untuk menanduk gol tunggal dalam perlawanan tersebut sekaligus melayakkan Morocco untuk mara ke peringkat separuh akhir. Namun siapa […]

Terpaksa Balik Sebab Duit Habis, Penyokong Argentina Terkedu Warga Qatar “Offer”Taja Tiket & Tempat Tinggal
Terpaksa Balik Sebab Duit Habis, Penyokong Argentina Terkedu Warga Qatar “Offer” Taja Tiket & Tempat Tinggal Seorang penyokong Argentina yang akan terpaksa menamatkan pengembaraan Piala Dunia di bumi Qatar kerana ketiadaan wang tak sangka bahawa pengembaraannya itu boleh disambung semula. Menurut The National News, lelaki yang bernama Gato Scheinaizen itu dilihat telah siap membawa beg […]

FIFA Siasat Insiden Kekecohan Babitkan Argentina & Belanda, Messi Berdepan Penggantungan
FIFA Siasat Insiden Kekecohan Babitkan Argentina & Belanda, Messi Berdepan Penggantungan Perlawanan peringkat suku akhir Piala Dunia antara Belanda dan Argentina telah menjadi perlawanan yang dipenuhi dengan pertengkaran, lisan mahupun fizikal bagi kedua-dua pasukan, lapor Marca. Pengadil dari Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz telah dikritik hebat oleh pemain bola sepak antaranya Emi Martinez dan Lionel Messi, […]

Menjelang Semi-Final Perancis vs Maghribi, #DimaMaghrib Jadi Trending, Apa Maksudnya?
Menjelang Semi-Final Perancis vs Maghribi, #DimaMaghrib Jadi Trending, Apa Maksudnya? Maghribi mencipta sejarah dalam Piala Dunia apabila menjadi pasukan pertama dari benua Afrika dan negara Arab yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir temasya tersebut. Lebih manis, mereka turut menewaskan gergasi-gergasi Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Portugal untuk mara ke peringkat tersebut. Setelah kemenangan Maghribi […]

Agong Adakan Lawatan Khas Ke Doha, Dapat Persilaan Peribadi Emir Qatar Tonton Semi-Final & Final Piala Dunia
YDP Agong Adakan Lawatan Khas Ke Doha, Qatar Selama 6 Hari Istana Negara memaklumkan keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ke Doha, Qatar untuk sesi lawatan khas selama enam hari yang bermula hari ini. Menurut kenyataan media, lawatan khas […]

Skuad England Bawa Pulang ‘Dave’ Si Kucing Qatar, ‘Ganti’ Trofi Piala Dunia
Setelah kalah menentang Perancis, pemain bola sepak England membuat keputusan untuk membawa kucing di Qatar pulang ke United Kingdom (UK) sebagai ganti kepada trofi Piala Dunia yang gagal dijulang mereka. Lapor Daily Mail, skuad Three Lions itu tidak akan meninggalkan Qatar dengan tangan kosong, sebaliknya mengambil peluang untuk menambah rakan ‘baharu’ dalam pasukannya setelah beramah […]

Penonton Arab Bersemangat Tengok Bola, Tak Henti Sebut ‘Allah’
Terdapat banyak kejutan yang berlaku dalam Piala Dunia FIFA 2022 pada kali ini dan tentunya tumpuan utama diberikan kepada penyokong berbangsa Arab. Umum mengetahui, pasukan bola sepak Morocco pada ketika ini paling menonjol antara semua pasukan, ekoran berjaya mengalahkan beberapa pasukan gergasi hingga memberi semangat kepada penyokong beragama Islam. Memang ramai yang meminati bola, tetapi […]

“This Time For Africa!”, Petikan Lagu ‘Waka Waka’, Tweet Shakira Rai Kemenangan Morocco Raih Perhatian
Penyanyi lagu Waka Waka (tema Piala Dunia pada 2010), Shakira kembali menjadi perhatian selepas dia turut serta meraikan kemenangan Morocco ke atas Portugal baru-baru ini. Difahamkan Shakira telah memuat naik di laman Twitter rasminya @shakira dengan ciapan ringkas bertulis “This time for Africa!! #WorldCup.” Ciapan ringkas tersebut adalah petikan daripada lagu nyanyiannya Waka Waka yang […]

Piala Dunia: Perjalanan 16 Tahun Tamat, Ronaldo Sebak Titip Kata-kata Akhir
Cristiano Ronaldo akhirnya menerima hakikat bahawa impiannya membawa Portugal menjuarai Piala Dunia FIFA 2022 terkubur selepas pasukannya tewas baru-baru ini. Pasukan Portugal tidak dapat melayakkan diri di separuh akhir selepas kalah ditewaskan gergasi dari Afrika, Morocco 0-1 pada Sabtu lalu. Semasa Piala Dunia berlangsung, Ronaldo diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan kedua berturut-turut selepas berjaya […]