Berita›Politik

Muhyiddin Optimis Perikatan Nasional Jadi Pilihan Rakyat Pada PRU15
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis gabungan berkenaan akan menjadi pilihan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-50 di sini, beliau berkata ini kerana PN menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti selari dengan nilai dan aspirasi majoriti […]

Elak Politik Remeh Ketika Pandemik, ADUN Cadang Peruntukan Sama Rata
GEORGE TOWN, 30 Nov (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pulau Pinang berharap kerajaan negeri mengelakkan politik remeh dalam mendepani pandemik COVID-19 dan mencadangkan agar peruntukan yang sama rata diberikan kepada semua ADUN tanpa mengira parti. Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bersatu-Bertam) berkata peruntukan sama rata itu sangat perlu menyedari kesukaran dihadapi rakyat pada […]
RM80 Juta Peruntukan Elaun JKKK Sarawak
MIRI, 25 Nov – Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Sarawak. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jemaah Kabinet pada 19 November lalu memutuskan elaun Setiausaha JKKK, elaun pengendalian mesyuarat dan elaun kehadiran mesyuarat JKKK di Wilayah Sarawak dibayar oleh Kerajaan […]
Mohamaddin Ketapi Sah Jadi Ahli Bersatu
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Segama Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini secara rasmi menjadi ahli Bersatu yang baharu. Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata permohonan keahlian Mohamaddin diperaku dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu malam ini yang dipengerusikan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Bersatu menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja […]

Tak Sampai Beberapa Jam Dilantik, PM Wanita Pertama Sweden Letak Jawatan
Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Sweden, Magdalena Andersson dilapor meletak jawatan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas menggalas jawatan tersebut, lapor BBC baru-baru ini. Menurut laporan itu, Magdalena yang juga dari Parti Demokrat Sosial tekad meletak jawatan selepas parti gabungan, Greens Party menarik diri daripada gabungan kerajaan campuran. Malah dalam masa yang sama, belanjawan […]
KPLB Lancar Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025
PUTRAJAYA, 24 Nov. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan untuk tempoh lima tahun sebagai ‘Blueprint’ kementerian itu dengan kos RM28 juta. Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelan strategik 2021-2025 itu merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar […]
Pelan Kerajaan Sokong Keselamatan Persaraan Rakyat Antara Tumpuan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) kepada Menteri Kewangan ketika sesi pertanyaan lisan. Turut […]

PRN Melaka: Lim Guan Eng Ucap Tahniah Kepada BN, Akui Kelemahan PH
GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan mengakui terdapat kelemahan dari segi jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata tiada kempen secara bersemuka merupakan antara faktor yang menjejaskan kempen dan kelemahan pada jentera pilihan raya PH harus diperbetulkan terutamanya […]

Sulaiman Fokus Laksanakan Manifesto BN
MELAKA, 22 Nov (Bernama) — Meneruskan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat seperti yang dijanjikan menjadi antara fokus utama Datuk Seri Sulaiman Md Ali apabila kembali memulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka. “Pada saya ini bukan satu tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan, amanahnya lebih berat bermakna tugasan yang menanti pasukan saya juga besar. […]

Sulaiman Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13
MELAKA, 22 Nov (Bernama) — Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini. Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat […]

Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13
MELAKA, 21 Nov (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri […]

PRN Melaka: Taruhan PN Lantik Wanita Jadi Ketua Menteri Tidak Menjadi
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Tawaran Perikatan Nasional (PN) untuk melantik wanita sebagai Ketua Menteri, ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau memberi mandat kepada gabungan parti itu untuk memerintah negeri. Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 45, yang menjadi taruhan PN kecundang dalam persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan […]

Exco Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman
MELAKA, 21 Nov (Bernama) — Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali […]
Pengundi Positif COVID-19, Saluran Mengundi Di Alor Gajah Ditutup Sementara Kira-kira 2.30 Petang Tadi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Satu saluran mengundi di sebuah pusat pengundian di daerah Alor Gajah di sini ditutup sementara kira-kira jam 2.30 petang tadi, ekoran kejadian seorang pengundi disahkan positif COVID-19, ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pihak Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah menerima […]
Pusat Mengundi Ditutup, Proses Kira Undi bermula
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas 217 pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini. Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua […]
Kerajaan Sarawak Rancang Perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat – Abang Johari
JULAU (Sarawak), 20 Nov (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak bercadang mewujudkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri itu demi masa depan generasi akan datang. Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Open berkata kertas cadangan penubuhan dana tersebut sudah disiapkan oleh kumpulan pakar dan hanya akan dilaksanakan selepas dibentangkan untuk kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada […]
PRN Melaka: 57 Peratus Keseluruhan Keluar Mengundi Setakat 3 Petang – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa sehingga jam 3 petang ini, peratus keseluruhan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai sebanyak 57 peratus. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang. 🕘 Peratus keseluruhan: 57% Sumber: SPR — […]
Proses Pengundian Di Pusat Mengundi Lancar, Pematuhan SOP Tinggi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Pelaksanaan prosedur pengundian berjalan lancar setakat ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan pengundi, bertepatan dengan norma baharu ketika perang melawan COVID-19 masih belum selesai. Tinjauan Bernama mendapati Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini sempat melawat dua pusat pengundian bagi meninjau kelancaran prosedur mengundi […]
PRN Melaka Catat Pelbagai Peristiwa, Situasi ‘Pertama Kali’
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan beberapa situasi ‘pertama kali’ berlaku, bermula pada hari penamaan calon 8 Nov lepas. Melaka melakar sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan ia negeri pertama mengikuti langkah Sabah yang bertukar ketua menteri sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. Selain itu, bumi Hang Tuah itu juga […]
Hujan Renyai Tak Halang Orang Melaka, Calon Keluar Awal Mengundi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Hujan renyai di beberapa kawasan pagi ini tidak menghalang pengundi keluar seawal 7.30 pagi, beratur di luar pusat mengundi merangkumi antaranya sekolah dan dewan bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Tinjauan Bernama di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar di Alor Gajah mendapati rata-rata yang keluar […]