Berita›Politik

Ahli Politik India Ditahan, Didakwa Hina Nabi Muhammad
Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Selasa lalu telah menggantung keahlian seorang ahlinya selepas individu terbabit ditahan atas dakwaan membuat komen yang hina Nabi Muhammad S.A.W, yang mana telah mencetuskan protes di Hyderabad. Om Pathak, Setiausaha bagi Jawatankuasa Disiplin Pusat BJP mengatakan bahawa tertuduh, juga seorang penggubal undang-undang menyatakan pandangan yang bertentangan dengan pendirian parti, sekali […]

Najib Tinggalkan Nota Terakhir Atas Meja Buat Keluarga
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meninggalkan mesej berupa ‘nota terakhir’ buat keluarga di atas meja. Peninggalan mesej nota terakhir tersebut dikongsikan di laman Facebook rasminya sebentar tadi yang dipercayai ditulis semula oleh pihak pentadbir (admin). Dalam mesej panjang tersebut, Najib mengimbas kembali jatuh bangun perjalanannya dalam dunia politik sejak lebih […]

“Maafkan Saya Daddy” – Najwa
“Maafkan saya daddy”. Itulah ungkapan yang mampu diucapkan oleh anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Nooryana Najwa binti Najib selepas mahkamah memutuskan ayahnya kekal dengan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta. Menerusi sebuah foto yang dimuat naik di Instagram, hantaran itu memaparkan dua tangan yang dipercayai tangan ayahnya yang digenggam erat bersama. […]

Najib Dakwa Badan Kehakiman Bersikap Tidak Adil Terhadapnya
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya. Dari kandang tertuduh di Mahkamah Persekutuan hari ini, ahli politik berusia 69 tahun itu berkata sepanjang minggu lepas, beliau menyaksikan peluangnya untuk berjaya dalam rayuan itu terhakis secara perlahan-lahan. “Bukan kerana ketiadaan merit tetapi kerana saya […]

Rasmi, Najib Dipenjara 12 Tahun Bermula Hari Ini
PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjalani hukuman penjara 12 tahun mulai hari ini. Ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta. Ketua Hakim Negara Tun […]

Perkembangan Ringkas Berhubung Perhimpunan Ketua-Ketua UMNO Di PWTC
Dalam satu perhimpunan di bangunan PWTC pagi tadi, seluruh ketua-ketua UMNO di seluruh Malaysia berhimpun bagi menyatakan perkembangan ringkas berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, pihaknya dikejutkan dengan panggilan malam tadi yang menuntut semua ketua-ketua UMNO Malaysia untuk hadir ke PWTC bagi satu pertemuan […]

Kalau Saya Perasuah, Pasti Sumbangan Wang Dibuat Atas Nama Saya – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan di Mahkamah Tinggi hari ini sekiranya beliau seorang perasuah, pastinya wang RM2 juta yang diterima daripada seorang pengarah syarikat akan dibuat atas nama beliau sendiri dan bukan ditandakan sebagai ‘sumbangan politik’. Katanya beliau menerima wang RM2 juta dalam tiga cek daripada pengarah […]

UMNO Adakan Mesyuarat Tergempar Babit Ketua Bahagian
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — UMNO mengadakan mesyuarat tergempar melibatkan Ketua-ketua Bahagian di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Mesyuarat yang dipercayai bermula 12.30 tengah hari itu dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disertai Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. […]

Aku Tidak Pernah Tahu Dana RM42 Juta Itu Datang Daripada Syarikat SRC Secara Langsung Atau Tidak – Sumpah Mubahalah Najib
Aku Tidak Pernah Tahu Dana RM42 Juta Itu Datang Daripada Syarikat SRC Secara Langsung Atau Tidak – Sumpah Laknat Najib Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan sumpah mubahalah menjelang prosiding rayuan akhir kes beliau di Mahkamah Rayuan Selasa ini. Memetik laporan Astro Awani, Najib telah melafazkan sumpah tersebut di Masjid Kampung […]

Najib Luah Rasa Sedih, Rasa Diri Keseorangan
Bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak meluahkan rasa sedih yang terpendam di sudut hatinya, di mana dirinya kini bagaikan keseorangan. Menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook rasmi, Najib Razak memaparkan beliau dipercayai mengambil air wuduk dengan ekpresi wajah sedih di sebuah tempat dipercayai surau. “Perjalanan hidup setiap insan berbeza. […]

Tular Video Menari & Berparti, Perdana Menteri Finland Jalani Ujian Saringan Dadah
Tular Video Menari & Berparti, Perdana Menteri Finland Jalani Ujian Saringan Dadah Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, memaklumkan bahawa dirinya sudahpun menjalani ujian saringan dadah, susulan tersebarnya video yang menunjukkan dirinya menari di sebuar parti, lapor BBC. Walaupun menganggap tuntutan memintanya melakukan ujian saringan dadah sebagai tidak adil, namun Marin bersetuju untuk melakukannya. ”Saya tidak […]

Rayuan Kes SRC Bertukar Dramatik, Peguam Utama Najib Mohon Tarik Diri, Perlu Lebih Banyak Masa
PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) — Pendengaran rayuan kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bertukar dramatik apabila peguam Hisyam Teh Poh Teik memohon untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu. Peguam itu berkata beliau memerlukan lebih banyak masa kerana beliau tidak bersedia untuk membawa kes itu. Hisyam yang dilantik […]

Gotabaya Rajapaksa Bakal Kembali Semula Ke Sri Lanka Minggu Depan
Gotabaya Rajapaksa Bakal Kembali Semula Ke Sri Lanka Minggu Depan Setelah berminggu-minggu melarikan diri, bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dilaporkan bakal kembali semula ke negara itu pada 24 Ogos ini. Memetik laporan Tamil Guardian, perkara tersebut dimaklumkan oleh bekas duta Sri Lanka, Udayanga Weeratunga. Rajapaksa telah melarikan diri pada Julai lalu selepas protes besar-besaran […]

Elon Musk Umum Beli Manchester United?
Pengarah syarikat Tesla dan pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk mengumumkan dia membeli kelab gergasi Eropah, Manchester United (MU). Dalam satu ciapan di Twitter pagi tadi, pada awalnya Elon menjelaskan tentang prinsipnya dalam memberi sokongan secara adil kepada dua haluan parti politik. Dalam masa sama, dia juga memaklumkan dipercayai akan memiliki The Red Devils hingga pengumuman […]

Rayuan Terakhir Najib Didengar Khamis Ini – Ketua Hakim Negara
Rayuan Terakhir Najib Didengar Khamis Ini – Ketua Hakim Negara PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangguhkan pendengaran rayuannya bagi mengetepikan sabitan serta hukuman terhadapnya dalam kes berkaitan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang […]

Ketua Hakim Ketuai Panel Lima Hakim Dengar Rayuan Najib, Kemukakan Bukti Baharu Kes Dana SRC
PUTRAJAYA, 15 Ogos (Bernama) — Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan empat hakim lain sedang mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan bukti tambahan dalam kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya bagi membatalkan perbicaraan yang menyaksikan dia disabitkan kesalahan serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 […]

Najib, Arul Kanda Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1MDB Untuk Lindungi Diri – Saksi
Najib, Arul Kanda arah pinda laporan akhir audit 1MDB untuk lindungi diri – Saksi KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Arul Kanda Kandasamy telah mengarahkan supaya laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipinda bagi melindungi diri mereka daripada sebarang tindakan sivil atau […]

Pas Lawatan Dah ‘Expired’, Rajapaksa Terpaksa Tinggalkan Singapura & Kini Di Thailand
Pas lawatan yang digunakan sudah sampai masa tamat tempoh atau ‘expired’, akhirnya Gotabaya Rajapaksa terpaksa tinggalkan Singapura dan kini berada di Thailand. Bekas Presiden Sr Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah meninggalkan Singapura pada Khamis semalam selepas memasuki negara tersebut sebulan yang lalu dengan menggunakan pas lawatan jangka masa pendek. “Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura […]

China Dakwa US ‘Penghasut Utama’ Perang Ukraine
Duta China ke Rusia, Zhang Hanhui dakwa Amerika Syarikat (US) sebagai ‘penghasut utama’ dalam perang yang berlaku di Ukraine dan menuduh bahawa Washington berusaha untuk menghancurkan Rusia, lapor Al Jazeera. “Sebagai pencetus dan penghasut utama krisis Ukraine, Washington mengenakan sekatan komprehensif yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap Rusia. “Amerika terus membekalkan senjata dan peralatan […]

Rombakan Kabinet: Kerajaan Jepun Dibubarkan, Letak Jawatan Sepenuhnya
Seluruh kabinet kerajaan Jepun telah dibubarkan, Sputnik melaporkan berdasarkan kenyataan daripada laporan agensi akhbar Kyodo. Satu mesyuarat khas kabinet bermula pada pukul 11.30am waktu tempatan (10:30 am waktu Malaysia). Kerajaan baharu Jepun di bawah pimpinan Perdana Menteri Fumio Kishida dijangka akan diumumkan kemudian. Asalnya, rombakan kabinet akan dijalankan pada awal bulan September, tetapi disebabkan terdapat seruan […]