BeritaPolitik

Berita
Pemimpin BN, PN Kunci Mulut Mengenai Pertemuan Pasca-PRU15
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Pertemuan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di ibu negara dipercayai berkaitan kebuntuan pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir kira-kira dua jam. Antara pemimpin BN yang hadir ialah Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Perdana Menteri yang juga Naib […]
Politik
Surat Sokong Anwar Jadi PM Bukan Keputusan Konsensus BN – MCA
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Surat mengenai Barisan Nasional (BN) memberi kepercayaan terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 bukan keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dalam kenyataan hari ini berkata sebaliknya, Dewan Tertinggi BN kekal dengan […]
Politik
Agong Titah GPS Pertimbang Penubuhan Kerajaan Perpaduan
KUCHING, 23 Nov (Bernama) — Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinasihatkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar mempertimbangkan penubuhan kerajaan perpaduan bagi mengakhiri kemelut politik negara yang berlaku sekarang. Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengetuai wakil GPS untuk menghadap Al-Sultan Abdullah pagi tadi […]
Berita
Pemimpin BN, PN Adakan Pertemuan Di Ibu Negara?
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — “Tidak tahu lagi” itu reaksi ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diajukan tujuan kehadirannya di sebuah hotel di sini hari ini. Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO tiba di hotel berkenaan sebelum 3 petang, dipercayai ada kaitan pertemuan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN). […]
Berita
Kerajaan Minoriti Jalan Terbaik Rungkai Kemelut Parlimen Tergantung – Pemerhati
Kerajaan Minoriti Jalan Terbaik Rungkai Kemelut Parlimen Tergantung – Pemerhati KUALA LUMPUR (Bernama) — Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada 19 Nov lepas mencatatkan pelbagai sejarah dalam pilihan raya negara ini termasuk pertama kali menyaksikan Parlimen tergantung atau hung Parliament. Ia berpunca daripada kegagalan parti-parti bertanding memperoleh majoriti mudah dan keengganan membentuk kerjasama sesama sendiri bagi menubuhkan kerajaan […]
Politik
Wakil Rakyat PH Tandatangan SD Sokong Wan Rosdy Sebagai MB Pahang
KUANTAN, 23 Nov (Bernama) — Lapan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar. Perkara itu disahkan Sim Chon Siang, yang memenangi DUN Teruntum. Beliau […]
Politik
Polis Terima 33 Laporan Nama, Kad Pengenalan Diguna Individu Lain
GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) — Polis menerima 33 laporan di negeri ini berhubung nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 28 kertas siasatan namun tiada sebarang tangkapan setakat ini. […]
Berita
PRU15: Dr Mahathir Mahu Parti Bentuk Kerajaan Pulih Masalah Negara
PRU15: DR MAHATHIR MAHU PARTI BENTUK KERAJAAN PULIH MASALAH NEGARA KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Selepas berdiam diri sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lepas, Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini tampil mengeluarkan kenyataan mahu pihak yang menang mendirikan kerajaan Persekutuan dan memulihkan segala masalah dihadapi negara. Mengakui sedih dengan kekalahan partinya di kesemua […]
Berita
“Pergi Tengok Wayang” – Anwar
“Pergi tengok wayang” – ANWAR KAJANG, 23 Nov (Bernama) — “Pergi tengok wayang”, itu reaksi berseloroh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diajukan soalan destinasi yang ditujunya selepas keluar dari rumahnya di Sungai Long di sini hari ini. Kenderaan yang membawa Presiden PKR itu kemudian meninggalkan kediamannya pada kira-kira 11.22 pagi. Isteri Anwar iaitu Pengerusi […]
Berita
Lantikan PM: Agong Titah Majlis Raja-Raja Melayu Bermesyuarat Di Istana Negara Esok
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara akan diadakan pada hari esok, 24 November bagi membuat keputusan pelantikan calon Perdana Menteri ke-10. Perkara itu dititahkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan Istana Negara menganjurkan perbincangan itu. Baginda YDPA bertitah sedemikian menerusi satu perutusan rasmi Istana […]
Berita
Menang Salah, Kalah Salah – FB Najib
Dalam tempoh pasca Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) ini, terdapat tanda tanya siapa yang akan memegang jawatan Perdana Menteri (PM), susulan tiada parti yang mendapat kerusi majoriti membuatkan parlimen tergantung sehingga hari ini. Teka-teki masih belum dapat diselesaikan, lantaran itu perkara tersebut turut membuatkan laman Facebook bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘bersuara’ […]
Berita
PRU15: Penamaan Calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman Esok
PRU15: Penamaan calon Parlimen Padang Serai, DUN Tioman esok KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang diadakan semula secara serentak esok. PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. […]
Politik
BN Mohon Tangguh Menghadap Agong – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok. “Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita […]
Politik
PN Nafi PAS & Bersatu Rebut Jawatan MB Perak
Parti Perikatan Nasional (PN) Perak menafikan dakwaan bahawa berlaku konflik antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam perebutan jawatan Menteri Besar Perak, lapor Sinar Harian. Setiausaha parti itu, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata PAS dan Bersatu di negeri itu tiada sebarang masalah berhubung jawatan menteri besar berkenaan. Tambahnya, musyawarah akan […]
Politik
Gabungan Dua Tokoh Menteri Besar Mampu Pacu Ekonomi Perak
IPOH, 22 Nov (Bernama) — Gabungan dua tokoh politik negeri yang pernah menjadi Menteri Besar mampu melicinkan pentadbiran kerajaan yang baru dibentuk, selain dapat memajukan ekonomi demi manfaat rakyat. Pensyarah Jabatan Sejarah, Fakuliti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Dr Ishak Saat berkata rakyat kini ingin melihat impak kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) itu […]
Politik
Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar
Rumit Sebab Ada Pihak Dari Awal Buat Pakatan Sulit Sejak Sebelum PRU Lagi, Dakwa Annuar Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan mendakwa proses pembentukan kerajaan menjadi sedikit rumit adalah disebabkan ada pihak dari awal membuat pakatan sulit sejak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) lagi. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan […]
Politik
Pengurusan Kes 10 Jan Bagi Rayuan Pendakwa Kes Bebas Ahmad Zahid
PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) — Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Jan depan untuk satu lagi pengurusan kes bagi rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Peguam bekas TImbalan Perdana Menteri itu, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, ketika dihubungi, berkata Timbalan […]
Berita
Agong Cadang Kerjasama Dengan PH: ‘Kami Sign Surat, Tapi Tak Setuju’ – Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa partinya masih tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Difahamkan, segalanya bermula selepas pihaknya menghantar surat akuan bersumpah (SD) ke Istana Negara pada semalam. Tegas Muhyiddin, jumlah kerusi yang dipersetujui adalah melebihi 112 kerusi dan meyakini bahawa kerajaan persekutuan di bawah PN […]
Berita
YDPA Titah 30 Ahli Dewan Rakyat BN Menghadap Pagi Esok
Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) untuk menghadap secara individu di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok. “Adalah dimaklumkan bahawa lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada jam […]
Berita
‘Jawatan PM Masih Ada Kosong, Terbuka Untuk Permohonan’ – Anwar
KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jawatan Perdana Menteri masih lagi ‘terbuka’ buat masa ini. “Sekarang ni masih ada kekosongan jawatan dan terbuka untuk permohonan,” katanya berseloroh. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah […]