Berita›Politik

PAS Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin
Pas Tidak Ada Masalah Kerjasama Dengan Tun M – Takiyuddin Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berpandangan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Merujuk laporan Sinar Harian, parti tersebut secara terbuka memilih untuk melakukan kerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama. […]

‘PRN UMNO Bungkus’ – Khairy
‘PRN UMNO bungkus’. Demikian kata-kata ringkas bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terhadap ‘sekutu’ politiknya Hishammuddin Hussein malam tadi. Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata demikian menerusi komentar yang ditulis pada satu hantaran di laman Instagram Hishammuddin. Kata Hishamuddin, beliau meyakini bahawa rakyat ketika ini lebih merindui UMNO yang ‘dahulu’. “Saya pasti orang […]

Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih US$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan – AGC
Tuntutan Sulu Bayar Segera Lebih US$16 Bilion Melampau, Prosiding Kes Masih Berjalan – AGC PUTRAJAYA, 3 Jun (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar dengan tegasnya segala dakwaan dalam surat yang dihantar oleh Paul H. Cohen, peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut Kumpulan Sulu) yang membuat tuntutan melampau terhadap […]

PM, Presiden Parti Gabungan Kerajaan Perpaduan Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO
PM, Presiden Parti Gabungan Kerajaan Perpaduan Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesemua presiden parti politik gabungan Kerajaan Perpaduan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 10 Jun ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan ia sebagai […]

Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun
Isteri Mursyidul Am Pas Meninggal Dunia Pada Usia 77 Tahun Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) pada petang Khamis, 1 Jun semalam. Difahamkan, Allahyarhamah Datin Sarah Rejab telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 77 tahun, kira-kira 7.00 petang. Memetik Sinar Harian, pemergian Allahyarham adalah berpunca […]

Tun Mahathir Sedia Jalin Kerjasama Semula Bersama Muhyiddin
Tun Mahathir Sedia Jalin Kerjasama Semula Bersama Muhyiddin Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan dirinya bersedia untuk menjalinkan kerjasama bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin semula, jika mempunyai matlamat sama yang ingin dicapai, lapor Awani. Bekas perdana menteri itu kemudian menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu diketengahkan jika kerjasama itu terbentuk. Ujarnya, selain […]

Kenyataan MB Kedah, P.Pinang Milik Kedah Satu Hasutan – Ahmad Zahid
Kenyataan MB Kedah, P.Pinang Milik Kedah Satu Hasutan – Ahmad Zahid KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu juga menunjukkan, Menteri Besar Kedah itu daif […]

Satelit Pengintip Korea Utara Terhempas Dalam Laut, Cetuskan Panik Di Korea Selatan
Satelit Pengintip Korea Utara Terhempas Dalam Laut, Cetuskan Panik Di Korea Selatan Sebuah satelit pengintip Korea Utara dipercayai terhempas di dalam laut selepas mengalami kegagalan sewaktu dilancarkan, lapor AFP . Menurut laporan, tentera Korea Selatan telah mendapatkan serpihan satelit itu yang disyaki sebagai alat perisikan. Difahamkan, Korea Utara tidak mempunyai sebarang satelit yang berfungsi di […]

Azlinda Azman Dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Azlinda Azman Dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi PUTRAJAYA, 31 Mei (Bernama) — Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini. Azlinda, 55, yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni […]

KPKT Sasar Hapus 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram
KPKT Sasar Hapus 300 Tapak Pelupusan Sampah Haram SEKINCHAN, 31 Mei (Bernama) — Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan untuk menghapuskan kira-kira 300 tapak pelupusan sampah haram di seluruh negara tahun ini, sebagai salah satu usaha memastikan kebersihan dan memelihara kualiti alam. Menterinya Nga Kor Ming berkata KPKT telah melupuskan sebanyak 128 tapak pelupusan sampah haram dalam […]

Permohonan Muhyiddin Batal Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Didengar 11 Julai
Permohonan Muhyiddin Batal Empat Pertuduhan Guna Kedudukan Untuk Suapan Didengar 11 Julai KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 11 Julai untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membatalkan empat pertuduhan mendakwa beliau menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Hakim […]

Thailand: Gabungan Pimpinan Parti Move Forward Tubuh Jawatankuasa Peralihan
Thailand: Gabungan Pimpinan Parti Move Forward Tubuh Jawatankuasa Peralihan BANGKOK, 31 Mei (Bernama) — Gabungan pimpinan Parti Move Forward Thailand menubuhkan jawatankuasa peralihan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan besar dalam pilihan raya 14 Mei. Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri gabungan itu, Pita Limjaroenrat berkata wakil parti gabungan itu akan bersidang […]

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan – PM Anwar
Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan – PM Anwar KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) –– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah. Anwar berkata sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi seharusnya terikat dengan aspek perundangan dan […]

Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah
Sanusi Dakwa Pulau Pinang Milik Kedah ALOR SETAR — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah hak milik negeri tersebut, lapor Sinar Harian. Menurutnya, negeri Jelapang Padi itu hanya mempunyai sempadan dengan negeri Perak dan Perlis. “Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas […]

KPM Nafi Arah Penganjuran Tayangan Anwar: The Untold Story
KPM Nafi Arah Penganjuran Tayangan Anwar: The Untold Story Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan bahawa pihaknya mengeluarkan sebarang arahan berhubung penganjuran tayangan filem Anwar: The Untold Story seperti yang ditularkan. Maklum KPM, pihaknya menasihati orang ramai untuk menyemak kesahihan maklumat terlebih dahulu. Jika berasa ragu dengan maklumat tersebut elakkan untuk berkongsi kepada umum. “Kementerian Pendidikan […]

Menang Pilihan Raya, Erdogan Kekal Sebagai Presiden Turkiye
Menang Pilihan Raya, Erdogan Kekal Sebagai Presiden Turkiye ANKARA — Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengekalkan kepimpinannya sebagai Presiden negara berkenaan selepas mengalahkan pencabarnya dalam keputusan pilihan raya yang diumumkan hari ini, lapor AFP. Difahamkan, Erdogan menewaskan Kemal Kilicdaroglu dari parti pembangkang dengan perbezaan undian sebanyak empat peratus. Keputusan tersebut mengekalkan dirinya sebagai Presiden Turkiye […]

Rafizi Nafi PKR Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan
Rafizi Nafi PKR Tawar Pas Sertai Kerajaan Perpaduan ISKANDAR PUTERI, 28 Mei (Bernama) — Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Perpaduan. Sebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas […]

“Itu Asas Yang Saya Pilih,” Annuar Musa Jelaskan Sebab Sertai PAS
“Itu Asas Yang Saya Pilih,” Annuar Musa Jelaskan Sebab Sertai PAS KUALA LUMPUR — Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata beliau secara ikhlas memilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai wadah terbaharu dalam perjuangannya. Beliau berkata demikian dalam dalam satu siaran langsung yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi. Jelas bekas […]

Tiada Beg Plastik Setiap Sabtu Di Ipoh Bermula 1 Jun 2023
Tiada Beg Plastik Setiap Sabtu Di Ipoh Bermula 1 Jun 2023 IPOH, 28 Mei (Bernama) — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini. Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata keputusan pelaksanaan kempen itu bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali […]

HAWANA: “Pengumuman Penting” Anwar Dinanti Pengamal Media
HAWANA: “Pengumuman Penting” Anwar Dinanti Pengamal Media IPOH, 28 Mei (Bernama) — Hari yang dinanti-nantikan kira-kira 1,000 pengamal media yang berkampung di sini bermula Jumaat lepas bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, kini tiba dengan tumpuan semestinya kepada ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini. Pastinya ia detik yang dinantikan […]