Berita›Politik

Saya Mohon Maaf, Tak Perasan Pakai Baju Berlogo Parti – Manogaran
Calon Pakatan Harapan daripada DAP, M. Manogaran memohon maaf kepada semua pihak berhubung pemakaian baju berlogo parti ketika masuk ke perkarangan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut pagi tadi. Manogaran, 61, mendakwa beliau tidak perasan memakai baju berlogo parti itu kerana telah menjadi kebiasaan memakai baju rasmi serta tiada niat untuk mencabar akta Suruhanjaya Pilihan […]

Sepupu Dakwa Lihat Gambar Altantuya Bersama Razak Baginda Dan Seorang Timbalan Perdana Menteri
Saksi pertama yang memberi keterangan pada perbicaraan kes saman sivil berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu memberitahu bahawa wanita Mongolia yang dibunuh itu menjalin hubungan dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda. Burmaa Oyunchimeg, 37, sepupu Altantuya memberitahu bahawa kali pertama dia bertemu Abdul Razak apabila Altantuya memperkenalkannya kepada Abdul Razak di sebuah hotel di Hong Kong pada akhir 2004. “Pada masa […]

Mahkamah Tetap Dua Hari Mulai 7 Feb Dengar Rayuan Najib
Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 7 Feb ini untuk mendengar tiga rayuan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan isu interlokutori berhubung pertuduhan kes jenayahnya melibatkan dana milik SRC International Sdn Bhd. Pendaftar Mahkamah Rayuan Datuk Norsharidah Awang menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan itu semasa prosiding pengurusan kes berkenaan yang berlangsung dalam kamar […]

Demi Islam, Lupakan Dendam Pas Terhadap UMNO – Nik Abduh
Lipis : Penyokong dan anggota PAS dinasihat lupakan persengketaan PAS dan UMNO dan menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Nik Mohamad Abduh yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan […]

Giliran Kelantan Sedia Wifi Percuma Untuk Rakyat
Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau wifi secara percuma di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pembangunan kemudahan bernilai RM225,000 itu disediakan melalui khidmat sosial Infra Quest Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). “Pelaksanaan wifi percuma ini salah satu pelan induk pembangunan mampan Kelantan pada […]

“Kepada DSN Saya Mohon Maaf,” Chef Wan Mohon Maaf Isu Mahu Tampar Mantan PM Itu
Tukang masak terkenal tanah air, Chef Wan melalui satu kemas kini di akaun Instagramnya tampil membuat permohonan maaf terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau DSN susulan kontrversi mahu menampar muka ahli politik tersebut berkaitan isu Felda. ”Kepada DSN pagi ini saya ingin memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar […]

Mat Sabu Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Khairy
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands. Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam peribadi kepada menteri pertahanan berkenaan akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada Anggota Parlimen […]

Jamuan Malam Dan Tari Sebahagian Tradisi Fraterniti Peguam – Hanipa
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) – Majlis jamuan malam dan tari menari adalah sebahagian daripada tradisi fraterniti perundangan di negara ini walaupun ia kelihatan agak kebaratan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin. Jelasnya, fraterniti peguam di Malaysia mempunyai banyak tradisi yang agak unik dan hanya ada dalam profesion itu sahaja, malah […]

Tiada Lagi ‘Bangsar South’, Selamat Kembali Kampung Kerinchi
Nama Bangsar South yang dulu dikenali sebagai Kampung Kerinchi dikembalikan selepas dirasmikan sendiri oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut berita, tindakan itu diambil bagi menunaikan janjinya pada penduduk setempat sebelum ini. Tambah beliau, nama itu dikembalikan seiring dengan sejarah yang berasal daripada namanya sendiri. Menurutnya lagi, ramai tokoh-tokoh hebat berasal dari Kampung Kerinchi. […]
Ilmuwan Agama Terkemuka Uyghur Meninggal Ketika Dalam Tahanan
Seorang ulama Islam terkemuka Uyghur telah meninggal dunia dalam tahanan, kira-kira 40 hari selepas dia ditahan di ibukota wilayah Xinjiang Urumqi, organisasi Uighur di luar negara pada hari Isnin. Muhammad Salih Hajim, 82, meninggal dunia dalam tahanan, kira-kira 40 hari selepas dia, anak perempuannya dan saudara-mara lain ditahan, kata Projek Hak Asasi Manusia Uyghur (UHRP) […]

Malaysia Tidak Akan Jadi Tuan Rumah Acara Babit Israel
PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Kabinet memutuskan Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah sebarang program atau acara termasuk sukan yang membabitkan penyertaan warga Israel, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. Pada mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, beliau berkata Jemaah Menteri juga memutuskan wakil Israel tidak dibenarkan masuk ke Malaysia untuk menghadiri sebarang acara dan program. […]

Abdul Azeez Tak Mengaku Terima Rasuah RM5.2 Juta, Pengubahan Wang Haram Hampir RM140 Juta
Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah dan sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta. Abdul Azeez, 52, yang memakai sut hitam dan kemeja putih membuat pengakuan […]

Nasi Goreng Strawberi Versi Ahmad Maslan Jadi Perhatian, Komen Syed Saddiq Dan KJ Buat Netizen Terhibur
Siapa tak kenal DS Ahmad Maslan yang sentiasa berkongsi resepi unik melalui medium sosial media untuk para pengikutnya. Terbaru, beliau berkongsi resepi berasaskan buah strawberi yang menjadi bahan utama hidangan nasi goreng. Macam manalah agaknya rasa nasi goreng ni? Nasi Goreng #Strawberry !! Asyik2 nasi goreng. Tak reti masak yg lain ke? Reti tapi ini […]

Datuk Bandar Kuala Lumpur Disaman DBKL
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan mendedahkan beliau pernah disaman oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan trafik minggu lepas. Katanya saman itu dikeluarkan ketika beliau memandu kereta sendiri untuk bertemu saudaranya di sebuah hotel sekitar ibu kota. “Pada ketika itu hujan lebat, oleh kerana saya mahu cepat saya […]

Teknik ‘Editing’ Gagal, Kasut Perdana Menteri Australia Jadi Bahan Lawak Netizen
Ia seharusnya menjadi potret ‘politik’ yang sempurna, menyaksikan perdana menteri yang sedang tersenyum bersama isteri dan anak-anaknya. Tetapi lain pula jadinya apabila imej di laman web Scott Morrison memaparkan kelemahan yang jelas. Potret tersebut menunjukkan pemimpin Australia kelihatan seperti mempunyai dua kaki kiri dan sepasang kasut yang disunting. #auspol story of 2019: our latest PM […]

”U-Turn Kali Ini Saya Sambut Baik”, Najib Sokong Kadar Sewa Kuaters Kerajaan Tidak Jadi Dinaikkan
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai keputusan Perbadanan Putrajaya yang mahu menaikkan sewa kuaters Blok F dan G di Presint 11 daripada RM 400 kepada RM 800. Antara pihak yang turut bercakap mengenai isu tersebut adalah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui perkongsian di facebook. Bagaimanapun, Perbadanan Putrajaya melalui satu kenyataan […]

Lim Lahir Simpati Terhadap Mat Sabu Berikutan Penahanan Anaknya
GEORGE TOWN, 6 Jan (Bernama) — Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini melahirkan rasa simpati terhadap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berikutan penahanan anak lelakinya kerana disyaki positif dadah dalam operasi polis di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, semalam. Beliau berkata Mohamad telah melakukan perkara yang tepat dengan secara terbuka menyerahkan kepada pihak berkuasa […]

Adakah PTPTN Wajib Membayar Zakat? Ini Jawapannya Serta Apa Kesan Kepada Peminjam
Zakat merupakan rukun Islam yang keempat yang wajib ditunaikan oleh mana-mana pihak yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Seperti yang kita semua, salah satu jenis zakat yang wujud adalah zakat perniagaan yang mana zakat ini wajib dibayar oleh perniagaan-perniagaan yang telah memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Bagaimana pula dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)? Adakah badan […]

”Surat Terbuka Tidak Sesuai”, Nurul Izzah Akhirnya Beri Respon Kepada Warkah Cordoba Dr Mujahid
Beberapa hari yang lalu, tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengutus Warkah Cordoba secara terbuka kepada bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendapat perhatian ramai pihak. Keunikkan gaya penulisan Dr Mujahid yang membahasakan dirinya sebagai kekanda dan Nurul Izzah sebagai Adinda mendapat reaksi lucu daripada netizen. Tidak cukup […]

Surat Terbuka Mujahid Memartabatkan Bahasa Melayu Klasik
GEORGE TOWN, 29 Dis (Bernama) — Penggunaan bahasa Melayu klasik dalam surat terbuka oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa kepada Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar bukan bersifat romantis sebaliknya untuk memartabatkan sastera Melayu. Mujahid berkata beliau sebagai seorang yang mencintai kesusasteraan Melayu tidak melihat isu penggunaan istilah […]