Berita›Politik

Anwar Minta Maaf Beberapa Janji Manifesto Ditangguhkan
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana beberapa janji dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) terpaksa ditangguhkan buat masa ini sehingga kewangan negara kembali kukuh. Katanya semasa manifesto berkenaan dibuat, HARAPAN tidak menjangkakan hutang negara mencecah sehingga RM1 trilion. “Sekarang ini bila lihat, kenyataan dia berbeza, oleh demikian itu saya minta maaf kerana […]

“Lebih Baik Diwakili Calon Tempatan Walau Sukar Menang,” – KJ
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah disahkan akan bertanding di Parlimen Port Dickson sekali gus membuatkan penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal meletak jawatan. Danyal dikatakan membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar khas di ibu pejabat PKR yang dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Susulan berita […]

Terkini: Anwar Ibrahim Sah Akan Bertanding di Port Dickson
Kuala Lumpur, 12 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di Parlimen Port Dickson, lapor portal The Star Online. Penyandang kerusi tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah juga dilaporkan meletak jawatan berkuat kuasa serta merta dan surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi. Perkara tersebut diumum dalam satu sidang akhbar […]

Najib Akhirnya Dedah Dokumen Derma RM 2.6 Bilion Dari Arab Saudi
Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melalui satu perkongsian di laman facebooknya memuat naik beberapa keping dokumen yang dinyatakan sebagai bukti derma RM 2.6 bilion daripada kerajaan Arab Saudi. Dokumen-dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz itu dimuat naik bersama-sama dengan satu kenyataan. Salah […]

China Anggap Islam ‘Penyakit Berjangkit’, Kuarantin Lebih Sejuta Penduduk Muslim?
China adalah antara sebuah negara yang mempunyai etnik tunggal terbesar di dunia, iaitu etnik Han mencakupi 91 peratus masyarakatnya. Walau bagaimanapun, Parti Komunis China yang menguasai tampuk pemerintahan menganggap kesamarataan dan penyatuan antara etnik sebagai tonggak kepada kekuatannya (pada masa yang sama memungkinkan dikriminasi dan penindasan kepada etnik minoriti). Viral di media sosial dan laporan […]

Pengendali Kedai Makanan, Minuman Bakal Nikmati Dua Pengecualian SST
GEORGE TOWN, 9 Sept (Bernama) — Kerajaan akan memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melibatkan penyewaan warung kecil dan penjualan rokok kepada para pengendali kedai makanan dan minuman. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata selepas menerima pelbagai maklum balas daripada para peniaga kedai makanan dan minuman, pengecualian cukai SST ini harus diberikan kepada sewaan […]

Kepimpinan Tertinggi PKR Belum Bincang Kerusi Parlimen Untuk Anwar – Zuraida
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Kepimpinan tertinggi PKR belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerusi Parlimen yang akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin. Malah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui media massa. “Saya ada baca […]

”Mengapa Gaji Minimum Tak Boleh Terlalu Tinggi?”, Baca Penjelasan Tun Mahathir
Keputusan kerajaan yang menetapkan gaji minimum baru pada kadar RM1,050 sebulan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak rabu lalu telah menimbulkan pelbagai maklum balas ramai. Tampil memberi penjelasan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penetapan itu dibuat bersandarkan kedudukan kewangan negara. Menerusi satu portal berita, Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari hakikat bahawa pelbagai pihak menyuarakan supaya kadar […]

Kejam, Budak 11 Tahun Dikurung 5 Hari Dan Dirogol 8 Lelaki
Kehilangan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya akhirnya terjawab apabila polis menemui mangsa di salah sebuah rumah kosong selepas 5 hari. Apa yang menyedihkan, dalam kejadian yang berlaku di Blitar Indonesia itu, mangsa ditemui dalam keadaan trauma kerana dikurung dan diperkosa oleh lapan lelaki dalam tempoh tersebut. Lebih malang, hasil siasatan […]

”Dr Maszlee Letak Jawatan Atau Kami Buat Bantahan Besar-Besaran” – Mahasiswa Malaysia
Perlantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketujuh Rabu lalu telah menimbulkan pelbagai reaksi ramai. Beliau yang disifatkan sebagai calon ideal untuk memegang jawatan tersebut kerana merupakan seorang bekas pensyarah UIAM, selain pernah mengetuai Persatuan Staf Akademik UIAM dalam memperjuangkan hak-hak dan menjamin kebajikan para pensyarah. Namun, gabungan Mahsiswa Islam Se-Malaysia […]

4 Orang Aktivis Pelajar Buat ‘Demo’ Depan Kementerian Pelajaran Bantah Perlantikan Maszlee Depan Kementerian Pelajaran
Seramai 4 orang aktivis pelajar dilihat berada dihadapan Kementerian Pelajaran pagi ini sambil memegang kertas yang bertulis ‘Hormat Autonomi Universiti’ dan ‘Univeresiti Milik Mahasiswa Bukan Kaum Borjuis’. Gerakan demonstrasi ini adalah bertujuan untuk membantah perlantikan Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ketujuh selepas di beri perkenan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Ahmad […]

”Langgar Je Palang Tol Tu Tuan-Tuan”, Saranan Ahmad Maslan Buat Netizen Geli Hati
Ahmad Maslan kembali lagi, kali ini dengan saranan yang cukup membuatkan rakyat Malaysia geli hati. Menerusi satu portal berita, anggota Parlimen Pontian itu menyarankan para pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong yang tidak berpuas hati dengan kegagalan Pakatan Harapan menghapuskan tol bertindak dengan tidak membayar caj tol yang dikenakan kepada mereka. Mungkin ramai yang terfikir […]

“Bukan Kami Yang Lepaskan”, SPRM Terkejut Dengan Pembebasan Lim Guan Eng
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui satu kenyataan media sebentar tadi telah menafikan pihak mereka telah menarik balik kes dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari tuduhan rasuah yang masih berada dalam siasatan. SPRM telah menyatakan mereka amat terkejut dengan perkembangan terbaru ini di mana menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah […]

Mahathir Akur Serah Kuasa Kepada Anwar
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Katanya, beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh yang disebut adalah dua tahun. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pada sesi perjumpaan dengan rakyat Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Brunei Darussalam, di sebuah hotel di sini malam ini. Mengenai kebimbangan sekiranya sejarah akan berulang apabila beliau (Dr Mahathir) tersilap memilih penggantinya untuk menerajui negara, Dr Mahathir berkata sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan penggantinya, maka rakyat boleh membuat pendirian pada pilihan raya umum. Menurut, sebelum ini banyak usaha dilakukan seperti demonstrasi, failkan […]

SST Berjalan Lancar, Hanya Aduan Berkaitan Harga Makanan Diterima
KULIM, 1 Sept (Bernama) — Pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang bermula hari ini secara keseluruhannya berjalan lancar, kecuali berkaitan aduan harga makanan di restoran-restoran di seluruh negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun aduan berkenaan telah ditangani dengan baik oleh pegawai kementerian berkenaan dan […]

Subjek Pendidikan Islam Di Tadika, Sekolah Akan Diubah – PM Mahathir
KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Subjek pendidikan agama Islam di tadika serta sekolah akan diubah supaya mampu membentuk keperibadian rakyat mengikut nilai-nilai murni berlandaskan Islam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata penyemaian nilai murni sejak dari kecil mampu mewujudkan budaya masyarakat yang lebih baik pada masa depan. Beliau berkata ibu bapa pada […]

Kuala Lumpur Akan Dapat Datuk Bandar Baru?
Spekulasi sama ada Datuk Bandar Kuala Lumpur sedia ada bakal digantikan kini terus bertambah hangat. Hal ini kerana Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dikatakan bakal bersara awal pada penghujung bulan depan. Mhd Amin Nordin, 63, sepatutnya bersara pada 18 Julai 2017 namun perkhidmatannya disambung kerajaan terdahulu secara kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2019. Menurut sumber, […]

Bantuan BRIM Akan Dikurangkan Sedikit Demi Sedikit Sebelum Dihapuskan – Tun M
Kerajaan akan mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedikit demi sedikit, sebelum dimansuhkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi satu portal berita hari ini. Memetik laporan dari The Malaysian Insight (TMI) dalam wawancara bersama Mahathir melaporkan langkah itu dilakukan supaya rakyat tidak bergantung kepada kerajaan. Proses ini akan dilakukan secara beransur-ansur sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan […]

Musa Aman Sah Ditahan Pagi Tadi, Permohonan Reman Ditolak
Polis hari ini menahan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di sebuah hospital di Kuala Lumpur di mana dia sedang menjalani rawatan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din. “Ya, dia (Musa) ditangkap, jam 10 pagi. (Walau bagaimanapun, permohonan untuk) reman ditolak oleh majistret, “katanya kepada Bernama. Musa, yang dilaporkan mencari rawatan perubatan […]

Perdana Menteri Belarus Dan Puluhan Pegawai Kanan Dipecat Skandal Rasuah Jutaan Dolar
Pemimpin Belarus Alexander Lukashenko pada hari Sabtu lalu telah memecat perdana menteri dan ahli-ahli utama kerajaan berikutan skandal rasuah yang menyaksikan pegawai tertinggi turut ditangkap. Perdana Menteri Andrei Kobyakov akan digantikan dengan bekas Ketua Bank Pembangunan, Sergei Rumus. Beberapa orang naib perdana menteri serta menteri di jabatan ekonomi dan industri juga akan dipecat, katanya dalam […]