BeritaPolitik

Berita
Pakar Sahkan Muhyiddin Bebas Kanser, Cukup Sihat Untuk Jalankan Tugas PM
Putrajaya, 16 Jun – Beberapa pakar perubatan mengesahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas kanser dan cukup sihat untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Kenyataan tersebut dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, menafikan laporan Sarawak Report kononnya beliau ke luar negara untuk menjalani rawatan kanser. “Semasa menjalani tempoh kuarantin, YAB Perdana Menteri sentiasa mematuhi arahan tidak […]
Berita
Muhyiddin: Perdana Menteri Kurang Sangat Berpolitik
Dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat kurang sangat berpolitik dan jarang memberikan kenyataan politik. Sebaliknya, beliau menumpukan lebih banyak usaha dan masa dalam menangani pandemik COVID-19 dan mendepani cabaran ekonomi negara dalam tempoh itu. Dari segi politik, tindakannya kurang berpolitik sejak menjadi perdana menteri pada 1 Mac sehingga hari […]
Berita
Mohd Ali Anak Melaka Pertama Dilantik Yang Dipertua Negeri
MELAKA, 5 Jun — Tun Mohd Ali Rustam yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ketujuh hari ini merupakan anak jati Melaka pertama memegang jawatan itu. Seramai enam Yang di-Pertua Negeri Melaka sebelum ini, dua daripadanya berasal dari Perak dan masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang. Mohd Ali yang juga bekas Ketua […]
Luar Negara
Trump Nafi Menyorok Dalam Kubu Bawah Tanah, ‘Bunker’ Di White House Untuk Berlindung Dari Perusuh
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menafikan laporan media mendakwa beliau masuk ke kubu bawah tanah atau bunker untuk berlindung dari para perusuh di luar White House. Katanya, beliau ke ruangan tersebut adalah untuk pemeriksaan semata-mata. “Itu adalah laporan palsu. Saya ke bawah pada hari tersebut dan saya berada di sana seketika, sekejap sahaja. Dan ia lebih kepada […]
Berita
Dr Mahathir, Empat Lagi Pemimpin Bersatu Bukan Dipecat Tetapi Terhenti Keahlian
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi Ahli Parlimen Bersatu tidak dipecat daripada parti itu, sebaliknya terhenti keahlian mereka kerana melanggar perlembagaan parti. Hamzah berkata keahlian Dr Mahathir dan empat lagi iaitu Timbalan Presiden […]
Berita
‘Saya Masih Lagi Pengerusi’ – Dr M
Jawatan Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiada dalam perlembagaan parti dan tiada kuasa untuk memecat ahli, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, pemecatan beliau sebagai pengerusi parti dan empat lagi pemimpin parti semalam adalah satu perkara di luar kebiasaan dan menyifatkan keputusan itu tidak sah. “(Jawatan) setiausaha kerja tiada dalam perlembagaan parti dan dia […]
Berita
Perlis Lulus Belia 18 Tahun Boleh Mengundi Dan Jadi Calon Pilihan Raya
KANGAR, 21 Mei (Bernama) — Perlis menjadi negeri kedua selepas Sabah menurunkan had usia mengundi dan calon pilihan raya daripada 21 tahun kepada 18 tahun selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis meluluskan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan 2020), hari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata Rang Undang-Undang itu diluluskan selepas […]
Berita
Jadi Trending Di Media Sosial, Pemuda Kongsi Maksud “Kerajaan Beta” Digunapakai YDPA Hari Ini
Titah Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menarik perhatian orang ramai apabila baginda menggunakan istilah ‘kerajaan Beta’ dalam titah tersebut. “Kepada kerajaan Beta di bawah kepimpinan Memanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Yassin, Beta menaruh keyakinan bahawa usaha-usaha membawa negara untuk terus mendaki persada kejayaan […]
Perdana Menteri Tak Terlibat Dalam Persetujuan Lepas Tanpa Bebas Riza Aziz- JPM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menegaskan dirinya tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB. “Persetujuan tersebut dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara. “YAB Perdana Menteri […]
Berita
Dr Mahathir Diminta Tidak Letak Jawatan Tetapi Beliau Tetap Dengan Keputusannya – Agong
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mendedahkan bahawa baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Feb lepas. Namun beliau tetap dengan keputusannya, titah Seri Paduka dalam Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan […]
Berita
ADUN Jeneri Dilantik Menteri Besar Kedah Ke-14
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai menteri besar yang baharu. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata majlis angkat sumpah pelantikan menteri besar ke-14 itu akan diadakan pada 3.00 petang ini di Pejabat Sultan Kedah […]
Berita
Mukhriz Umum Lepas Jawatan MB Kedah Berkuatkuasa Serta Merta
ALOR SETAR, 17 Mei (Bernama) — Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini mengumum melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta. Mukhriz berkata ia susulan selepas beliau kehilangan kepercayaan oleh majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). “Pagi ini saya telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan (Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) […]
Berita
PRK DUN Chini Pada 4 Julai
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang diadakan pada Sabtu, 4 Julai depan. Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun turut mengumumkan hari penamaan calon pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal ialah pada 30 Jun. Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian […]
Berita
TERKINI: Tiada Sidang Dewan Rakyat Selepas Titah Diraja 18 Mei Ini- Speaker
Putrajaya, 13 Mei- Tiada sidang Dewan Rakyat akan dijalankan pada Isnin, 18 Mei hadapan. Berdasarkan kenyataan media dikeluarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusoff itu, pindaan tersebut dikatakan selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Menurutnya, beliau telah menerima surat ditandatangani YAB Perdana Menteri sebagai […]
Berita
Persidangan DUN Melaka Kecoh Isu Pelantikan Speaker
MELAKA, 11 Mei — Babak awal persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kecoh berikutan desakan anggota Perikatan Nasional (PN) diketuai Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) supaya Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar, digantikan dengan anggota PN. Persidangan sehari yang bermula jam 9.30 pagi itu menjadi kecoh kerana pertikaman lidah dan cabar mencabar antara wakil rakyat […]
Politik
Usul Tidak Percaya Terhadap PM Dibuat Tun Mahathir Diterima Speaker Dewan Rakyat
Putrajaya, 8 Mei – Usul Tun Dr Mahathir berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat diterima untuk dibawa ke Mesyuarat Dewan Rakyat. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima empat usul dari Ahli-ahli Parlimen sejak Notis Memanggil Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan […]
Politik
Nurul Hidayah Ahmad Zahid & Suami Didenda RM 800 Kerana Melanggar PKP
PUTRAJAYA, 5 Mei (Bernama) — Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, masing-masing didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 20 April lepas. Majistret Shah Wira Abdul Halim menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas anak dan menantu Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad […]
Berita
(Video) ”Nurse” Protes Depan White House Minta Kerajaan Sediakan PPE, Laung Nama 50 Jururawat Dah Terkorban
Beberapa jururawat daripada National Nurses United (NNU) menjalankan protes di hadapan bangunan White House, Amerika Syarikat (US) pada Selasa, mendesak agar kerajaan menyediakan alat perlindungan peribadi (PPE) dengan lebih banyak untuk kegunaan petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19 di negara itu. Seorang jururawat dari Pusat Hospital Washington, Erica Jones berkata, “Kami berada di sini kerana rakan […]
Berita
Tiga Kementerian Bekerjasama Pastikan Malaysia Proaktif Dapatkan Vaksin COVID-19
PUTRAJAYA, 21 April — Tiga kementerian iaitu Kementerian Luar, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bekerjasama untuk memastikan Malaysia mengambil langkah proaktif dalam mendapatkan vaksin bagi pandemik COVID-19. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata kerjasama itu bertujuan memastikan Malaysia berada di kedudukan terbaik untuk mendapat akses kepada pembangunan vaksin COVID-19 serta mampu terus mendapatkan vaksin […]
Berita
Trump Arah Amerika Syarikat Henti Salur Dana Kepada WHO
Presiden Amerika Syarikat (US), Donald Trump dilapor telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan dana kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam tweet oleh White House, kerajaan negara tersebut turut akan menilai semula peranan yang dimainkan oleh WHO dalam mengurus perebakan COVID-19. “Satu kajian akan dijalankan untuk menilai peranan WHO yang silap dalam percaturan serta menutup penyebaran […]