Berita›Luar Negara

Tunjuk Perilaku Pelik Di Lapangan Terbang, Lelaki Ditahan Mengaku ‘Selit’ 6 Keping Emas Dalam Dubur
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur kerana didakwa cuba menyeludup emas ke negara itu dengan menyembunyikannya di rektumnya, kata seorang pegawai Kastam pada hari Selasa. Pankaj Saduwani ditahan di lapangan terbang Ahad malam selepas seorang kakitangan Kastam mengesyaki suspek berkelakuan pelik sebaik turun daripada penerbangan Thai Airways. Sepanjang proses penahanan, […]

Ini Adalah Ikan Koi Hidup Termahal Di Dunia, Nilainya Boleh Beli 4 Buah Supercar Mewah
Diberi nama S Legend, ikan koi yang mempunyai warna merah dan putih diternak di Jepun ini diangkat menjadi ikan yang masih hidup termahal di dunia yang pernah dijual. Ikan koi tersebut berjaya dibeli oleh seorang wanita pada harga 203 juta Yen (RM 7.5 juta), lebih RM 5.43 juta daripada rekod sebelumnya. Mempunyai panjang 101 cm, […]

Letupan Bom Lokasi Pelancongan Popular Di Songkla
SONGKLA, 27 Dis (Bernama) — Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di sini malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia. Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan. Gabenor Wilayah Songkla Wiranan […]

Akibat Jual Buah Pinggang Demi Beli iPhone, Lelaki Ini Menderita Lumpuh Seumur Hidup
Anda mungkin pernah mendengar jenaka atas talian yang menyuruh anda menjual buah pinggang jika mahu membeli sebiji telefon bimbit premium berjenama iPhone. Ini disebabkan harga peranti tersebut memang tak masuk akal dan biasanya hanya menjadi pilihan mereka yang berkemampuan. Jual buah pinggang untuk iPhone mungkin jenaka di Malaysia, tetapi tidak di China kerana memang ada […]

(Video) Kembar Kahwin Sesama Sendiri, Ibu Bapa Percaya Mereka Pasangan Kekasih Di Kehidupan Lalu
Sepasang adik beradik kembar di Thailand telah dikahwinkan sesama sendiri mengikut upacara agama Buddha oleh kedua-dua ibu bapanya baru-baru ini. Guitar dan pasangan kembar perempuannya, Kiwi, masing-masing berusia 6 tahun dikahwinkan orang tua mereka yang percaya pasangan kembar itu merupakan sepasang kekasih dalam ‘kehidupan’ yang lalu. Kedua-duanya diraikan dalam majlis persandingan yang meriah dan mewah. […]

Seram, Pantulan Wajah Gadis Ini Tidak Sama Di Cermin Ketika Namanya Dipanggil
Apa yang terjadi kepada gadis ini persis daripada adegan filem M. Night Shyamalam apabila pantulan cermin dihadapannya berbeza ketika kawan menyebut namanya. Melalui klip video yang tersebar di Facebook dimuat naik oleh Stomper Rashid, seorang gadis berpakaian warna monokrom dilihat sedang mencuci tangannya di hadapan cermin. Mungkin nampak normal pada awalnya, namun, ia bertukar ngeri […]

Hartawan ‘Pemurah’ Taja Majlis Kahwin Beratus-Ratus Pengantin Wanita Setiap Tahun, Termasuk Pengantin Muslim
Beratus-ratus orang pengantin wanita yang tidak mempunyai ayah berkahwin dalam satu majlis perkahwinan mega bersama-sama pasangan masing-masing yang ditaja oleh hartawan barang perhiasan yang dermawan, di India. Mahesh Savani yang sudahpun menaja perkahwinan lebih 3000 pengantin wanita sejak lapan tahun lalu percaya meringankan beban pengantin wanita tidak berayah ini adalah rahmat daripada Tuhan. Tahun ini, […]

Lelaki Bunuh Isteri Dan Kemas Kini Status Facebook Mangsa Selama 7 Bulan Elak Disyaki Polis
Seorang pakar bedah membunuh isterinya dengan menolak mangsa dari tebing dan selama 7 bulan selepas itu, suspek telah mengemas kini profil media sosial isterinya untuk mengelakkan kecurigaan terhadap pembunuhan yang dibuat. Dr Dharmendera Pratap Singh kini ditahan selepas didakwa membunuh mangsa dengan memberikannya dadah. Suami barunya merupakan suspek awal kes tersebut, namun pegawai polis menahan […]

Thailand Luluskan Penggunaan Ganja Perubatan Sebagai Hadiah Tahun Baru Buat Warga Thai
Kerajaan Thailand pada Selasa meluluskan penggunaan ganja dalam perubatan dan untuk tujuan kajian, negara pertama di rantau Asia Tenggara yang terkenal dengan undang-undang ketat berhubung penggunaan dadah. Thailand yang dipimpin kerajaan tentera hari ini pernah membenarkan penggunaan ganja dalam dunia perubatan sehingga tahun 1930, mengundi setuju untuk menghapuslan Akta Narkotik 1979 dalam sesi perbahasan parlimen […]

‘Kantoi’ Tangkap Gambar Gadis Dalam Train, Warga Emas Pura-Pura Diserang Sakit Jantung Elak Dipukul
Selepas ‘kantoi’ mengambil gambar seorang gadis muda di dalam train, seorang lelaki emas membuat helah dengan cuba berlakon mengalami serangan jantung bagi mengelak diserang oleh orang awam. Rakaman video mengenai kejadian yang berlaku di Buenos Aires, Argentina itu tersebut diambil oleh penumpang keretapi yang turut berada di situ sebelum dimuat naik ke laman Facebooknya. Selepas […]

Seorang Rakyat Malaysia Antara Mangsa Tsunami Selat Sunda
Seorang rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian tsunami di Selat Sunda, Sabtu lepas. Menurut kenyataan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia ( Basarnas), rakyat Malaysia terbabit dikenali sebagai Khairul Umam Masduki ,31, mengalami kecederaan di kaki dalam kejadian tsunami itu. “Basarnas mendapat maklumat jam 11 pagi tadi berkenaan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara […]

Pakar Jangka Kemungkinan Akan Berlaku Tsunami Susulan Ekoran Gunung Anak Krakatau Masih Aktif
Sejumlah pakar luar negara dalam satu laporan menjangkakan kemungkinan akan berlaku tsunami susulan di wilayah Selat Sunda. Jangkaan tersebut dikeluarkan sehari selepas gelombang tsunami tinggi menerjang kawasan Selat Sunda yang telah mengorbankan ratusan nyawa akibat daripada letusan Gunung Anak Krakatau. Richard Teeuw, seorang pakar tsunami dari Universiti Portsmouth menjelaskan berkemungkinan munculnya tsunami susulan ekoran keaktifan […]

UK Haram Kedai Haiwan Peliharaan Jual Anak Kucing Dan Anjing Tahun Depan
Semua kedai haiwan di United Kingdom bakal diharamkan daripada menjual anak kucing dan anjing bagi mengekang orang awam ‘menternak’ kedua-dua haiwan tersebut. Selain itu, peraturan yang sama turut berkuatkuasa untuk pihak ketiga yang menjual kucing dan anjing di bawah usia 6 bulan. Ini bermakna, orang ramai yang berminat untuk membeli kucing atau anjing di bawah […]

Badan Meteorologi Indonesia Keluar Amaran Awal Gelombang Tinggi Mulai Hari Ini Sehingga 31 Disember Di Semua Pantai
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia meminta penduduk berwaspada terhadap cuaca dan gelombang tinggi pasca terjadinya tsunami pada Sabtu lalu. Pihak BMKG menasihati agar masyarakat setempat tidak leka dengan sambutan Hari Natal yang sedang berlangsung. Peringatan awal gelombang tinggi tersebut dikeluarkan di kebanyakkan wilayah tinggi pantai Indonesia. Gelombak setinggi 1.25 hingga 2.5 meter berpeluang […]

Jurugambar Rakam Klip Bola Api Seperti Ingin ‘Menghentam’ Bumi, NASA Beri Penjelasan
Beberapa hari lalu laman media sosial media dikejutkan dengan rakaman bola api seperti ingin menghentam bumi. Howard Gowan, seorang juru gambar amatur berjaya menangkap klip tersebut dan berkongsi di internet. “Saya selalu keluar mencari matahari terbit dan terbenam. Saya sudah ada di sini sekitar jam 7 pagi sambil melihat matahari naik. Bila saya berpaling dan […]

“Kamu Paling Suka Jika Kita Pakai Baju Sama,” Luahan Ifan Seventeen Selepas Isterinya Sah Terkorban
Rakaman klip video menyaksikan kedatangan tsunami meruntuhkan panggung konsert band pop terkenal Indonesia, Seventeen yang sedang membuat persembahan di sebuah resort di Tanjung Lesung, Indonesia memberi impak kepada orang ramai. Detik-detik cemas itu sempat dirakam menunjukkan gelombong air tinggi telah meruntuhkan pentas itu daripada belakang. Vokalis utama kumpulan itu, Riefan Fajarsyah turut berkongsi kesedihan dan […]

Lesen Kereta Kena Gantung, Pelajar Ambil Keputusan Beli Jeep Barbie Pandu Ke Kampus
Setelah ‘digantung’ daripada membawa kenderaan, Tara Monroe, seorang pelajar dari Universiti Teknologi Texas beralih kepada kenderaan berbeza, Jeep Barbie berwarna merah jambu. Tara Monroe yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan telah digantung lesennya selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk semasa pulang dari konsert. Bapanya yang memandu dari rumahnya di Kingwood ke San Marcos untuk mengambil kenderaannya […]

Anggota Penyelamat Terkejut Budak Lelaki 5 Tahun Masih Hidup Selepas 12 Jam ‘Dihempap’ Runtuhan Tsunami
Korban bencana tsunami Selat Sunda semakin meningkat dari masa ke semasa. Terbaru, kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai masih hidup selepas ditarik keluar daripada sebuah kereta yang terkandas dan dipercayai terperangkap lebih 12 jam. Ali, 5 tahun bagaimanapun terselamat apabila salah seorang ahli penyelamat terdengar sayu suaranya daripada bawah timbunan bangunan yang runtuh. Polis lantas mengeluarkan […]

Langit Indonesia Gelap 3 Hari, Gegar Hingga Ke Australia, Ini Sejarah ‘Ibu’ Krakatau Letusan 1883 10 Ribu Lebih Dahsyat Dari Bom Hiroshima
Badai tsunami yang melanda Banten pada Sabtu lalu telah mengorbankan beratus nyawa penduduk tempatan yang masing-masing tidak menjangkakan ombak tinggi itu adalah tsunami yang datang dalam sekelip mata. Ahli tsunami dari Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi, Widjo Kongko dalam pada itu telah merumuskan bahawa kedatangan gelombang tinggi tsunami tersebut disebabkan oleh letusan gunung berapi Anak […]

(Video)’Anakku, Hari Ini Ibu Hutang Biskut Dengan Kamu’, Kesusahan Hidup Buat Neymar Berjaya
Bintang bola sepak Brazil dengan rekod perpindahan dunia ketika berkelana daripada Barcelona ke Paris Saint Germain (PSG) pada tanda harga 198 juta pound (RM 1.01 billion) dikagumi dengan skill gelecekkannya di atas padang, tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau sendiri pernah mengharungi satu tempoh yang getir ketika kanak-kanak seperti yang didedahkannya baru-baru ini. Kisah […]