Berita›Luar Negara

Indonesia Digegar Gempa Kuat Kali Kedua Dalam Jarak Masa Beberapa Jam
Rantau Sumba Indonesia sekali lagi dilanda gempa bumi, kali ini gempa kuat berukuran 6.5 pada skala Richter pada pukul 1.10 tengah hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi kali kedua itu dengan kedalaman 48km berlaku 233km selatan dari Kota Bima, Indonesia. Kawasan berkenaan sebelum ini dilanda gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter pada pukul 7.59 pagi. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. — BERNAMA

‘Aquaman’ Dalam Kehidupan Sebenar, Pecah Rekod Dunia Selam Dasar Kolam Paling Dalam Dengan Satu Nafas Tanpa Bantuan
Dengan satu nafas, Guillaume Nery berjaya menyelam sehingga dasar kolam paling dalam di dunia, sepanjang 40 meter, bersamaan 140 kaki di Itali. Menurutnya, paru-paru perlu dikosongkan daripada udara sebelum penyelaman itu dijalankan. Kaedah itu membolehkan Nery tenggelam dengan lebih cepat. Berusia 35 tahun, Nery sebelum ini pernah memecahkan 4 rekod dunia dalam membebaskan dirinya yang […]

(Video) China Guna Lebih 1 Bilion ‘Tentera’ Lipas Untuk Musnahkan Sampah Sisa Makanan
Lipas adalah haiwan perosak yang menggelikan tetapi di China, lipas tetap mempunyai kebaikkan apabila dimanfaatkan sebagai ‘angkatan bersenjata’ untuk berlawan dengan sampah sarap. Setiap hari di tapak pelupusan sampah di Jinan ini, dianggarkan sebanyak 1 bilion ekor lipas digunakan untuk melupuskan 50 tan sampah domestik. Lebih tepat lagi, sampah-sampah ini digunakan sebagai sumber makanan kepada […]

(Video) Rakyat Palestin Kibar Bendera Malaysia Hargai Keputusan Kerajaan Halang Atlet Israel Masuk Malaysia
Keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penyertaan atlet daripada Israel daripada menyertai 2019 World Para Swimming Championships yang dirancang untuk diadakan di Kuching, Sarawak ,Julai dan Ogos ini telah mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah di peringkat dunia. Malah, ada pemimpin daripada negara tersebut menuduh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik kerana keputusan tersebut. […]

Terbeli Penguin Curi Zoo Yang Dijual Di Facebook, Lelaki Pengumpul Haiwan Eksotik Buat laporan Polis
Seorang penggemar haiwan eksotik membuat laporan polis apabila dia menyedari dua ekor penguin yang dibelinya itu rupanya hasil curian dari Zoo South Lakes Safari, Cumbria. Reece Oliver, 27 membeli dua ekor haiwan tersebut di Facebook yang dijual oleh seorang lelaki berusia 23 tahun. Bagaimanapun, dia mula menyedari kedua penguin itu milik zoo apabila membawa mereka […]

Lelaki Maut Gara-Gara Terlebih Makan Durian
Seorang pemandu van mini ditemui mati di Curug, Tangerang dekat Jakarta, Indonesia, Ahad lalu kerana didakwa terlebih memakan durian. Ketua unit siasatan jenayah polis Tangerang Selatan, Alexander Yuriko memberitahu kompas.com pada Ahad bahawa pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Adie, 53, menghidap darah tinggi. Sehari sebelum meninggal dunia, mangsa sebelum itu didakwa telah memakan sejumlah besar durian pada jumaat […]

Spesis Semut Baru Ditemui Dinamakan Sebagai Mo Salah
Fenomena bintang bola sepak ternama yang beraksi bersama-sama gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool ini terus menjadi sebutan apabila spesis semut baru yang ditemui dinamakan bersempena namanya. Jika Zlatan Ibrahimovic mempunyai burgernya tersendiri manakala nama Johan Cryuff disemadikan pada asteroid, maka Mohammed Salah mempunyai semut sebagai ‘legasinya’. Meranoplus mosalahi adalah spesis semut baharu yang ditemui di […]

Gua Ais Memukau Iceland, Pengalaman Sekali Seumur Hidup Fenomena Ais Mencair Bentuk Landskap Unik Setiap Tahun
Siapa je tak pernah dengar keindahan iceland? Negara ais dengan ciri landskap unik membentuk pulau, gunung berapi dan glasier. Vatnajökull merupakan glasier yang paling besar di Eropah dengan ketebalan ais mencecah 1,000 meter. Meneroka sepanjang terowong gua menjadikan ia pengalaman yang paling indah kebiru-biruan. Pernah menjadi latar kepada filem James Bond pada tahun 1985, A […]

Tak Kisah Ditinggalkan Tepi Jambatan Semasa Lahir, Wanita Ini Tetap Mahu Ibu Bapa Kandung Hadiri Perkahwinan
Seorang wanita di China yang pernah ditinggalkan di atas jambatan sewaktu kecil mencari kedua orang tua kandungnya dan menginginkan mereka menghadiri perkahwinannya pada Jumaat akan datang. Zhang Xiaoying, 20, menghubungi syarikat penyiaran Fuyang dan stesen televisyen di negara tersebut bagi membantu mengesan keberadaan kedua ibu bapanya. Tujuan wanita ini mencari orang tuanya adalah untuk mengetahui […]

Hanya Kerana Berbeza ‘Kasta’, Anak Usung Jenazah Ibu Berkaki Ayam, Gali Dan Tanamnya Sendirian Di Hutan
Seorang remaja lelaki, 17 tahun terpaksa membawa mayat ibunya di atas basikal apabila jiran sekeliling tidak mahu membantu kerana berada pada kasta yang rendah. Gambar remaja ini tersebar ketika dia sedang berjalan kaki menolak jenazah ibunya dengan berkaki ayam sejauh 5km. Dia lantas membawa ibunya ke sebuah hutan dan menggali kubur serta menanamnya sendirian. Ibunya, […]

(Video) Hebat, Lelaki Ini Hasilkan Sut Terbang Seperti Iron Man Dan Boleh Dibeli Pada Harga RM 1.7 Juta
Sut Iron Man yang dipakai Tony Stark dalam MCU mungkin menjadi realiti satu hari nanti apabila seorang pereka cipta berbangsa British berjaya membangungkan sut terbang sedemikian. Dinspirasikan daripada watak adiwira dunia tersebut, Richard Browning berjaya terbang buat seketika hasil thruster yang dipasang pada bahagian belakang dan tangan sut. Ingin memilikinya? Ya, jika anda cukup kaya kerana […]

Lelaki Tertua Dunia, Nonaka Meninggal Dunia Di Usia 113 Tahun
Masazo Nonaka, lelaki berusia 113 tahun dari Jepun yang mendapat pengiktirafan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai lelaki tertua di dunia ini, meninggal dunia pada Ahad, lapor media Jepun. Nonaka, dilahirkan pada 25 Julai 1905 di bandar Ashoro, Hokkaido iaitu pada tahun yang sama Albert Einstein menerbitkan teori khusus tentang relativiti. “Kami terkejut dengan kehilangan figura penting ini. […]

(Video) Alami Ketumbuhan Aneh, Lelaki Ini Digelar ‘Manusia Pokok’ Kerana Keadaan Fizikalnya
Abul Bajandar yang berasal daripada Bangladesh ini terpaksa bertarung dengan satu penyakit aneh apabila ketumbuhan yang berlaku pada bahagian tangan dan kakinya membesar semula walaupun pernah menjalani pembedahan. Ketumbuhan yang sama seolah-olah bahagian pokok yang menjalar menyebabkan orang ramai memanggil Abul sebagai ‘Manusia Pokok’. Penyakit yang jarang berlaku dikenali sebagai Epidermodysplasia verruciformis ini diketahui hanya pernah […]

(Video) Walaupun Baru Berumur Enam Tahun, Budak Lelaki Ini Dah Jadi Pendandan Rambut Profesional
Walaupun baru berusia enam tahun, seorang kanak-kanak di China memiliki kemampuan untuk menggunting dan mendandan rambut pelanggan di salun milik keluarganya. Salun yang terletak di Suining dekat wilayah Sichuan, China diusahakan oleh ibu bapanya enam tahun lalu. Jiang Hongqi dipercayai membesar di salun tersebut kerana mengikuti kedua ibu bapanya pergi bekerja dan membuatkan dirinya mula […]

Jepun Lancar Satelit Hasilkan Pancuran Hujan Meteor Tiruan Terangi Ruang Angkasa Hiroshima
Agensi ruang angkasa Jepun telah melancarkan roket yang membawa satelit yang mampu menyampaikan pancuran meteor tiruan ke atmosfer bumi. Jepun dalam usaha untuk menjadi syarikat pertama dalam sejarah menghasilkan hujan meteor tiruan yang akan menerangi langit lebih terang daripada peristiwa alam semesta semula jadi. Objektif utama pelancaran itu adalah untuk menghasilkan percikan bintang yang hebat dalam saiz yang sangat besar […]

Bayi 2 Tahun Jatuh Terperangkap Dalam Lubang 250 Kaki Selama Seminggu, Pasukan Penyelamat Berharap Dia Masih Hidup
Ini gambar pertama seorang bayi lelaki dari Sepanyol berusia dua tahun yang telah terperangkap di kedalaman jarak 250 kaki selama hampir seminggu. Bayi ini dipercayai terjatuh ke dalam lubang tersebut, sebelum disedari hilang. Jurutera yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat, Angel Garcia, berkata mereka berharap dapat sampai kepada bayi tersebut sebelum perkara tak diingini terjadi. Garcia […]

Cabaran ’10 Year Challenge’ Didakwa Dibina Untuk Bantu Teknologi Pengecaman Wajah?
Seorang penulis dunia teknologi terkenal, Kate O’Neill mendakwa fenomena ’10 Year Challenge’ yang menjadi trend ketika ini mungkin boleh diguna untuk membantu teknologi pengecaman wajah di masa depan, seperti dilaporkan CTV News. Walaupun tidak dapat dipastikan secara tepat tarikh cabaran ini bermula, ’10 Year Challenge’ atau turut disebut sebagai ”How Hard Did Aging Hit You” dan […]

Tak Pernah Makan Sarapan, Gemar Makan Organ Dalaman Haiwan, Wanita Menderita 2,000 Batu Karang Dalam Hempedu
Seorang wanita berasal dari Guiyang, Guizhou dikejarkan ke hospital pada 15 Januari lallu selepas mengalami sakit perut teruk dan terpaksa dibedah. Sumber memberitahu bahawa, mangsa mengalami ketidakselesaan perut yang maksima membuatkan para doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan. Apa yang mengejutkan para doktor apabila bahagian yang dibedah terdapat ribuan batu bersaiz kurang 1cm menyeliputi pundi hempedu […]

Kucing Dan Anjing Dah Tak Serasi Tinggal Bersama, Lelaki Sewakan Apartment Mewah Untui Haiwan Peliharaan
Gara-gara kucing peliharaan anak perempuannya tidak serasi tinggal bersama dua ekor anjing yang lain di dalam rumah mereka, seorang lelaki sanggup menyewakan sebuah apartment studio mewah untuk didiami oleh kucing-kucing tersebut. Troy Good menyewakan sebuah apartment di Silicon Valley di California untuk kedua-dua kucing peliharaan anak perempuannya dengan kadar sewa AS$1,500 (RM6,164) sebulan. Victoria, 18 anak […]

Gara-Gara Tak Bagi ‘Password’ Telefon, Isteri Bakar Suami Hidup-Hidup
Lombok Timur: Seorang lelaki cedera parah sebelum meninggal dunia selepas dibakar oleh isterinya sendiri di rumah mereka di Desa Pandawangi, Kecamatan Jerowaru, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Dedi Purnama, 26, dipercayai disiram dengan minyak petrol sebelum dibakar hidup-hidup oleh isterinya, Ilham Cahyani yang marah kerana tidak diberi kata laluan telefon bimbit milik Dedi. Ketika kejadian, […]