Berita›Luar Negara

Redah Banjir 350 Kilometer, Pelajar Malaysia Di Indonesia Akhirnya Pulang Ke Tanah Air Malam Ini
Seramai 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang terkandas susulan banjir besar di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia dijangka pulang malam ini dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.20 tengah malam (2 Feb). Jurucakap Wisma Putra berkata mereka yang terdiri daripada 10 pelajar wanita dan dua lelaki itu berada di kawasan berkenaan bagi menjalani latihan perindustrian dalam sektor […]

Cuaca Sejuk Suhu Bawah Sifar Di Midwest, Pelajar Malaysia Selamat
EDUCATION Malaysia Chicago mengesahkan kesemua pelajar Malaysia di sekitar Midwest, Amerika Syarikat selamat berikutan keadaan cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku di wilayah tersebut, dikenali sebagai fenomena Vorteks Kutub. Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata Education Malaysia Chicago akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan menasihatkan para pelajar supaya sentiasa berada […]

Hidup Terlalu Susah Sehingga Ada Mangsa Perang Perlu Makan Sampah Untuk Isi Perut
Akibat perang yang berlarutan, penduduk-penduduk di bandar pelabuhan, Hodeidah di Yaman dikatakan mengalami kesempitan hidup yang melampau sehingga terpaksa makan sampah untuk mengisi perut. Selain menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan, ramai pelarian perang ini turut mempunyai akses yang terhad terhadap perkhidmatan kesihatan seperti yang didedahkan oleh Dr. Ashwaq Moharram yang berkhidmat di bandar tersebut. Katanya, secara […]

“Dia Cakap Ada Kerja, Dia Minta Saya Tunggu,” 10 Tahun Berlalu, Lelaki Masih Setia Menanti Anak Perempuannya Tepi Jalan Tempat Dia Ditinggalkan
Beberapa hari lalu, gambar seorang lelaki menunggu di sebuah tembok jalan di Thailand mendapat perhatian orang ramai. Gambar yang dikongsi oleh Poramet Misomphop melalui Facebook miliknya berserta catatan yang menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya. Kalau kau masih hidup, tahukah kau lelaki yang kau tinggalkan beberapa tahun lalu hampir separuh gila menunggu kau setiap hari […]

Kasih Ibu, Sempat Selamatkan Empat Anak Sebelum Maut Dalam Runtuhan Bangunan Rumah Kedai
Seorang wanita dan juga ibu berusia 27 tahun berjaya menyelamatkan empat orang anaknya sebelum terperangkap dan meninggal dunia dalam runtuhan bangunan yang berpunca daripada kebakaran Khamis lepas, di India. Mangsa, Fatima, ketika kejadian dilaporkan sedang hamil 8 bulan sempat mengeluarkan anak-anaknya melalui tingkap dan melepaskan mereka ke jalan. Bagaimanapun dalam usahanya untuk menyelamatkan diri sendiri, […]

20 Orang ‘Tergantung’ Kepala Kebawah Selepas Roller Coaster Tiba-Tiba Berhenti
Sekurang-kurangnya 20 orang pelancong yang menaiki roller coaster, Gravity Max di Taiwan berdepan detik cemas apabila permainan yang dinaiki berhenti di puncak secara tiba-tiba. Gravity Max direka dengan ketinggian 35 meter di atas tanah dan akan berhenti secara tiba-tiba pada ketinggian kemuncak sebelum perlahan-lahan memecut laju ke bawah. Namun sebaliknya terjadi apabila roller coaster yang […]

Canggih, Samsung Patenkan Baju Pintar Berupaya Kesan Dan Pantau Penyakit Paru-Paru
Gergasi teknologi dari Korea Selatan, Samsung ketika ini sedang melabur dan membangunkan baju pintar yang dilengkapi dengan sensor maju yang berupaya untuk memantau keadaan kesihatan si pemakai. Maklumat kesihatan yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar itu berupaya untuk menilai kesihatan termasuklah penyakit pneumonia, bronkitis, asma dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Dilengkapi dengan pelbagai sensor, termasuklah […]

Israel Pernah ‘Haramkan’ Atlet Palestin Hadiri Acara Olimpik
Pada tahun 2012, Israel telah melarang atlet Palestin lumpuh yang ditaja oleh Britain untuk menyertai sambutan pra-Olimpik di Baitulmaqdis. Khamis Zakout pada ketika itu memberitahu media bahawa konsulat British telah menjemputnya bersama lima lagi orang atlet Palestine untuk meraikan sambutan tersebut, sebaliknya dia antara satu-satunya atlet diharamkan untuk hadir. Tentera Israel mengatakan Zakout telah dihalang […]

(Video) Ibu Tergamak ‘Belasah’ Anak Usia 7 Tahun Gara-Gara Minta Air
Gara-gara terlalu mengikut perasaan, seorang ibu kehilangan hak penjagaan tiga anak perempuannya selepas dia dirakam ‘membelasah’ anak bongsunya itu kerana meminta secawan teh. Wanita berkenaan, Daniela Galarza dikatakan hilang sabar apabila anaknya yang berusia tujuh tahun memintanya membuat minuman ketika berada di rumah di Caodoba, Argentina. Kejadian itu sempat dirakam oleh anak sulungnya yang berusia […]

Murninya Hatimu Anak, Baru Berusia 4 Tahun, Anak ‘Istimewa’ Ini Gigih Jaga 3 Abang Kelainan Upaya
Dia mungkin dilahirkan dalam keadaan ‘istimewa’ tetapi kekurangan itu tidak menjadi penghalang dari membantu menjaga tiga adik-beradiknya yang kurang upaya. Kegigihan Simon Clark, seorang kanak-kanak Sindom Down yang berusia 4 tahun ini ternyata menyentuh hati ramai. Dia yang berasal dari Bulgaria dan masih belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris, diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga […]

Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung Dan Nadi, Teknologi Terbukti Pecah Evolusi 500 Juta Tahun
Pada 10 Mac 2011, dua pakar bedah, Billy Cohn dan Bud Frazier melakukan pembedahan jantung terhadap Craig Lewis yang menghidapi masalah jantung sehingga menyebabkan beberapa organ rosak termasuk buah pinggang dan hati. Keadaan yang berlaku ke atas dirinya membuatkan Lewis tidak dapat bertahan lama. Craig Lewis merupakan manusia yang pertama menerima teknologi ini dengan mengambil […]

Kanak-Kanak 12 Tahun Tak Sedar Hamil Anak Abang Tiri Sendiri Berusia 14 Tahun
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun disahkan hamil anak hasil perhubungan dengan abang tirinya yang berusia 14 tahun, dalam kejadian yang berlaku di Australia. Kanak-kanak yang tidak didedahkan namanya itu dilaporkan melahirkan bayi di Perth awal bulan ini sebelum dipindahkan ke Hospital Memorial Raja Edward bersama-sama dengan bayinya. Menurut petugas kesihatan yang membantu proses kelahiran […]

Amerika Syarikat Bakal Jadi Negara Pertama Benarkan Abu Mayat Dijadikan Baja Tanaman
Penduduk di Washington, Amerika Syarikat mungkin menjadi yang pertama di dunia untuk mengguna pakai abu mayat sebagai baja kompos untuk tanaman sekiranya satu bil yang diusahakan kerajaan tempatan mendapat kelulusan majoriti. Undang-undang berkenaan yang sedang menanti kelulusan daripada dewan perundangan negeri direncana sebagai alternatif ‘mesra alam’ untuk kaedah pengebumian mayat. Malah, sebuah syarikat baru yang […]

Dinding Hotel Runtuh Ketika Majlis Perkahwinan, Sekurang-Kurangnya 15 Tetamu Maut
LIMA, Peru- Dinding sebuah hotel runtuh di Peru ketika majlis perkahwinan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang tetamu terbunuh. Dalam kejadian yang berlaku ahad lalu, puluhan tetamu sedang menari di bahagian tengah dewan hotel sebelum dinding dan bumbung hotel tersebut runtuh secara tiba-tiba mengakibatkan kematian dan kecederaan. Seramai kira-kira 15 orang tetamu disahkan maut manakala 30 lagi cedera […]

Harga Boleh Beli Motor ‘Cash’, Durian J-Queen Laku Dijual Dengan Harga RM4,000 Sebiji, Hanya Sebatang Pokok Ditanam
Buah durian dengan harga yang sangat mahal tular di media sosial baru-baru ini. Kalau korang rasa harga durian ‘Musang King’ antara yang termahal di Malaysia, korang mungkin terkejut dengan harga buah durian yang dijual di Indonesia ini. Buah durian yang digelar ‘J-Queen’ dijual dengan harga 14 Juta Rupiah bersamaan dengan lebih RM4,000 sebiji telah menjadi […]

Kanak-Kanak 11 Tahun Tulis Surat Desak Kerajaan Haramkan PUBG, Dakwa Promosi Buli Siber
Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Maharashtra, India dilaporkan telah menulis surat kepada kerajaan dan memohon permainan popular, PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG supaya diharamkan. Ahad dalam surat empat halaman itu antara lain memberi alasan bahawa permainan video itu didapati menjadi alat untuk mempromosikan keganasan dan buli atas talian. Melalui surat yang sama juga Ahad menyebut […]

Tiada Lagi Hiburan Dalam Pesawat, Pakistan Airlines Perdengarkan Alunan Ayat Suci Al-Quran Dalam Penerbangan
Syarikat Penerbangan Pakistan (PIA) mengambil keputusan untuk menggantikan hiburan lagu dalam pesawat dengan ayat suci Al-Quran dan hadis bagi semua penerbangan yang membawa jemaah haji ke Jeddah dan Madinah. ”Keputusan tersebut dibuat untuk kesemua penerbangan ke Jeddah dan Madinah atas dasar sentimen penumpang,” kata jurucakap syarikat penerbangan, Mashhood Tajawar. Jurucakap berkenaan dalam kenyataan yang sama juga […]

Rumah Murah, Anda Boleh Memiliki Rumah Di Itali Ini Yang Dijual Dibawah 1 Euro
Memiliki rumah di kawasan pergunungan, tenang daripada kesibukkan dunia dan mengadap laut adalah impian setiap orang. Namun begitu, untuk memenuhi angan-angan itu tak semudah disangka. Bagi anda yang berada dalam kelas pertengahan khususnya di Malaysia, anda sendiri sudah sedia maklum dengan harga rumah di sini kan? Jangankan nak beli rumah di kawasan seperti disebut di […]

Amerika Syarikat Diselubungi Cuaca Paling Sejuk Pertama Kali Dalam 50 Tahun, Jutaan Penduduk Terancam Suhu Bawah Sifar
Amerika Syarikat menghadapi musim sejuk yang paling tinggi sepanjang 50 tahun ini sehingga menyebabkan kawasan di Chichago, Detroit dan Michigan diselaputi ribut salji yang boleh mengancam nyawa dalam masa 48 jam akan datang. Midwest Atas di Amerika Syarikat mengalami kejatuhan suhu di bawah -45F, mengalahkan rekod sebelum ini pada tahun 1966 dengan -36F. Sekurang-kurangnya 55 […]

Ramai Penghidap Penyakit Bawa Maut Pilih Mati Secara Bermaruah Di Korea Selatan – Kajian
Lebih 35,000 pesakit yang menghidap penyakit yang membawa maut memilih untuk tidak menjalani rawatan bagi memanjangkan hayat sejak Korea Selatan membenarkan hak untuk mati secara bermaruah, lapor agensi berita Yonhap memetik data kerajaan pada Rabu. Undang-undang itu berkuat kuasa pada 4 Feb tahun lepas, membenarkan pesakit untuk tidak menjalani empat rawatan “bagi memanjangkan hayat yang […]