Berita›Luar Negara

(Video) Digelar Budak Serigala Kerana Lahir Dengan Wajah Ditumbuhi Rambut, Remaja Ini Akui Alami Kesukaran Untuk Berkawan
Seorang remaja di India dilahirkan dengan sindrom aneh, Warewolf Syndrome yang menyebabkan tubuh badannya ditumbuhi bulu lebat dan kelihatan umpama seekor serigala. Lalit Patidar, 13, berasal dari India berkata keadaan fizikal tersebut menyebabkannya sering menjadi mangsa buli dan digelar sebagai monyet. Lalit juga mengakui dia sukar untuk diterima oleh rakan-rakan. Dengan tangan, muka, kaki dan […]

(Video) Kreatif, Remaja Kudung Ini Berjaya Hasilkan Tangan Prostetik Mampu Milik Dari Blok Lego
Dilahirkan dengan sempurna dan tiada kecacatan fizikal adalah antara nikmat paling besar untuk seseorang. Dengan tubuh badan yang sihat dan cukup sifat, banyak perkara yang dapat dilakukan untuk memudahkan kehidupan seharian. Begitupun, bukan semua dilahirkan dengan tuah yang sama. Ada yang kedunia ini tanpa tangan atau kaki, seterusnya perlu menyesuaikan diri dengan sebaik mungkin dalam […]

(Video)Terbangkan GoPro Dengan Belon Ke Angkasa, Lelaki Ini Berjaya Rakam Pemandangan Menakjubkan
Setiap orang pasti mempunyai impian untuk melihat dunia daripada pandangan mata burung. Paling tidak pun, ingin menjadi angkasawan supaya dapat melihat keindahan Bumi dari atas. Tak perlu susah-susah, tonton sahaja eksperimen sekumpulan pemuda daripada Amerika Syarikat ini. Apa yang dilakukan mereka adalah sangat unik apabila menambat kamera aksi, GoPro pada belon yang diisi helium sebelum […]

Gigihnya Belajar, Profesor Ini Miliki Lebih 100 Gulung Ijazah Sarjana Yang Diiktiraf
Ketika ini antara isu hangat dalam negara adalah isu membabitkan taraf pendidikan atau ijazah segelintir pemimpin-pemimpin yang dipertikaikan ketulenannya. Namun begitu, ada seorang individu yang harus anda beri tunduk hormat kepada seorang individu kerana dedikasinya dalam menuntut ilmu membolehkan beliau memiliki bukan satu atau dua, sebaliknya 145 ijazah akademik dalam pelbagai bidang. Paling penting, kesemua […]

Arab Saudi Lancar Aplikasi Benarkan Suami Kesan Lokasi Isteri, Dimuat Turun Lebih Sejuta Kali
Arab Saudi baru-baru ini telah melancarkan satu aplikasi telefon pintar, Absher yang membolehkan lelaki untuk memantau lokasi isteri atau wanita dibawah jagaan mereka. Walaupun baru sahaja dilancarkan, media antarabangsa melaporkan bahawa aplikasi berkenaan sudah pun dimuat turun lebih daripada sejuta kali. Antara lain fungsi aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan adalah untuk membolehkan penjaga lelaki menetukan […]

Kisah Cinta 7 Dekad, Pasangan Veteran Perang Dunia Ke-2 Ini Ditakdirkan Meninggal Dunia Hari Yang Sama
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan ikatan yang tidak terlerai sehingga ke hari tua, kalau boleh sehingga nyawa berpisah daripada badan. Biarpun kisah romantik sebegitu sering dipersembah dalam drama, namun di dunia nyata, kisah pasangan ini mungkin boleh dijadikan contoh. Bercinta, kemudian Perang Dunia Ke-2 meletus, menyertai tentera dan berjuang bersama-sama menentang musuh […]

Giliran Bandung Dilanda Gempa Bumi, Pelajar Malaysia Turut Terkesan
Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada Skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini. Gempa berpusat di 17 Km Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 minit waktu Indonesia Barat. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung . Felt #earthquake (#gempa) M4.0 strikes […]

(Video)Momen-Momen Sayu Ibu Kucing Beri Kucupan Terakhir Sebelum ‘Tanam’ Sendiri Anaknya Dibunuh Manusia
Tiada ibubapa yang tidak sayangkan anak dan frasa ini turut terpakai dalam dunia haiwan. Ini dibuktikan dengan perkongsian video oleh netizen daripada negara jiran di laman sosial yang pernah tular satu ketika. Perkongsian yang dibuat di laman Twitter oleh pemilik akaun Chunga pada pertengahan tahun lepas mendakwa seekor ibu kucing terpaksa ‘mengebumikan’ anaknya sendiri kerana […]

Anjing Jadi Hero, Kena Tikam Di Kepala Ketika Selamatkan Tuannya Dari Penyamun
Seekor anjing mendapat kecederaan parah selepas ditikam pada bahagian kepala ketika cubaan haiwan tersebut menyelamatkan tuannya daripada menjadi mangsa samun, dalam kejadian yang berlaku di Afrika Selatan. Menurut Gene Wensel, 40, ketika kejadian dia membawa anjing baka German Shepherd yang diberi nama Duke keluar bersiar-siar sebelum dihampiri seorang lelaki yang bersenjatakan pisau. Ketika itu, Duke bertindak […]

Temui Bom Tangan Menyerupai Kentang Yang Dieksport Ke China
HONG KONG: Sebutir bom tangan menyerupai kentang ditemui dalam longgokan kotam kentang yang diimport dari Perancis ke sebuah kilang makanan ringan di Hong Kong. Bahan letupan yang dipercayai dari era Perang Dunia Pertama Dunia buatan Jerman itu berjaya di musnahkan oleh pihak polis tempatan sebaik sahaja ditemui. Bom tangan tersebut ditemui dalam kotak yang berisi […]

Campak Duit Syiling Ke Dalam Enjin Pesawat Untuk Elakkan Kecelakaan, Wanita Ditahan Polis Selepas Penerbangan Terpaksa Ditunda
ANHUI – CHINA. Akibat tindakannya mencampak duit syiling ke dalam enjin sebuah pesawat, seorang penumpang warga emas ditahan polis selepas penerbangan Lucky Air tersebut terpaksa ditunda sehari untuk pemeriksaan enjin. Insiden tersebut berlaku di lapangan terbang Anqing, Anhui melibatkan penerbangan ke Kunming. Menurut laporan Shanghaiist, suspek yang dikenali sebagai Fang, 76, dilihat membaling sesuatu ke […]

Identiti Wanita Bertudung Dalam Video Latihan Kelab Liverpool Dijejak Netizen
Sebelum ini tular video latihan pasukan Liverpool menyaksikan seorang wanita bertudung membuat pemeriksaan keatas Joe Gomez dalam minit 5.10 saat video tersebut. Rata-rata netizen cuba menjejaki latar belakang wanita berkenaan dan ternyata, beliau merupakan seorang rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran sebagai Doktor Falsafah PHD dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores. […]

Viral Bakar Jalur Gemilang, Netizen Mahu Kerajaan Filipina Ambil Tindakan
Bagi mengelakkan insiden membakar bendera sesebuah negara berulang, Yayasan Perpaduan Malaysia meminta kerajaan Filipina mengambil tindakan tegas terhadap Elly Pamatong yang mencetuskan kontroversi membakar Jalur Gemilang di Filipina pada 19 dan 21 Jan lepas. Anggota Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata tindakan tegas itu perlu sebagai pengajaran kepada semua. “Bendera adalah simbol, identiti serta kebanggaan sesebuah negara. Bendera harus dihormati dan […]

Wanita Dapat Durian Runtuh, Tak Sangka Beli Cincin Dekat Pasar Karat Berharga RM52 Rupanya Bernilai RM3.9 Juta Sebentuk
Siapa sangka cincin yang dibeli di pasar karat dengan harga RM52 sebentuk pada 33 tahun lalu, kini menunjukkan nilainya yang sebenar. Debra Goddard memiliki cincin berharga itu daripada ibunya yang selama ini menyimpannya sebagai kenangan. View this post on Instagram This Superb Fancy light pink diamond will tonight go up for auction in […]

(Video) Rakaman Detik Cemas Pesawat British Airways Bergelut Untuk Mendarat, Netizen Puji Juruterbang
Video menunjukkan sebuah pesawat British Airlines yang bergeluat untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow menjadi tular selepas angin kencang yang memaksa pesawat itu membatalkan percubaan pendaratan pertama. We are live now on our Elite Channel from #Heathrow and witnessed this insane #TOGA ! Well done pilot! @British_Airways #BA276 #StormErik pic.twitter.com/WMEvJ4P387 — BIG JET TV (@BigJetTVLIVE) […]

10 Tahun Hilang, Balik Rumah Tembak Mati Bekas Isteri Dan Ibu Mertua Gara-Gara Cemburu
Selepas menhilangkan diri dan tidak pulang ke rumah selama 10 tahun, seorang lelaki didakwa menembak mati bekas isteri dan ibu mertuanya dalam kejadian rabu lalu. Suspek didakwa bertindak sedemkian kerana berang bekas isterinya itu telah berkahwin lain. Menurut polis, kejadian tembakan tersebut berlaku di rumah wanita itu, Na-ua Jajoo, di Kampung Ban Muang Noi di daerah Wiang […]

(Video) Rakaman Menyayat Hati, Terjun Jambatan Bersama Anak, Orang Awam Menangis Kerana Gagal Pujuk
Tragis, apabila seorang ibu bertindak melompat terjun dari sebuah jambatan bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun dalam pelukan. Kejadian itu berlaku ketika perkhidmatan kecemasan cuba memujuk wanita itu dari terjun. Video mengerikan yang sempat dirakam oleh orang awam dari jambatan itu menunjukkan detik-detik terakhir wanita itu sebelum terjun sewaktu polis dan orang ramai memujuknya untuk […]

(Video) Padah Tampar Pegawai Imigresen Di Bali Tahun Lalu, Wanita Ini Dipenjara 6 Bulan
”Angkat tangan awak dari saya,” demikian jerit seorang wanita ketika dua orang pegawai polis memegang tangannya ketika berada di mahkamah. Wanita tersebut, Auj-E Taqaddas yang tidak dapat menahan marah turut dilihat melemparkan kata-kata kesat gara-gara tidak dapat menerima kenyataan dia dijatuhkan hukuman penjara setelah menampar seorang pegawai imigresen enam bulan lalu. Dalam kejadian yang berlaku […]

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektik Akibat Guna Earphone Yang Disambung Dengan Telefon Bimbit Sedang Dicas
Seorang pekerja kilang ditemui mati dalam rumah sewanya dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan earphone yang disambung kepada telefon bimbit yang sedang dicas., di Chonburi, Thailand. Kritsada Supol ditemui terbaring atas katil di dalam biliknya sambil memegang telefon yang bersambung dengan pengecas dipercayai tiruan. Jasad mangsa berusia 24 tahun ditemui oleh tuan rumah dengan kesan […]

Dituduh Sebagai Ahli Sihir, Sekeluarga Mati Dibunuh
Odissa, India: Polis memberkas enam orang suspek atas kesalahan membunuh seorang wanita berserta empat orang anaknya sebelum membuang mayat mangsa ke dalam sebuah perigi. Motif kejadian dilaporkan berpunca dari tuduhan dan desas-desus yang mengatakan mangsa yang dikenali sebagai Mangri Munda adalah seorang ahli sihir di kampung tersebut. Kegiatan memburu ahli sihir dikatakan menjadi kebiasaan di […]