Berita›Luar Negara

Bayi Perempuan Patah Hidung Jatuh Ditangga Pesawat Terlepas Dari Pegangan Pramugara
Seorang bayi perempuan menderita patah tulang hidung selepas terjatuh dari buaian mudah alihnya dan terkena pada tangga pesawat di Russia. Bayi berusia lima bulan itu dikatakan terjatuh disebabkan pramugara pesawat berkenaan yang cuai ketika membawanya turun dari kabin. Akibat dari insiden itu, dia disahkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah tulang hidung sebaik sahaja […]

Kanak-Kanak Dijual Oleh Ibu Dan Ayah Kandung Sendiri Selamat ‘Dipulangkan’ Semula Kepada Datuk Dan Neneknya
Seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang dijual oleh ibu bapa kandungnya berjaya dikembalikan semula ke pangkuan datuk dan neneknya di wilayah Fujian, China. Pegawai polis di Jinjiang mengembalikan kanak-kanak itu kepada datuknya selepas dia ditemui bersama pasangan yang membelinya ketika dijual oleh ibu bapa kandungnya. Kanak-kanak lelaki itu dijaga oleh datuk dan neneknya sebelum […]

Pengaruh Iklan Susu Formula Terlalu Kuat Punca Hanya Tinggal Segelintir Ibu Yang Masih Beri Anak Susu Badan
Kekuatan pengaruh iklan susu formula di China telah menyebabkan tinggal 30 peratus bayi di sana menerima susu badan yang asli tanpa sebarang campuran, menurut kajian yang dilakukan oleh Institusi Kajian yang menginginkan iklan susu fomula dikurangkan. Pusat Organisasi Kesihatan Dunia menyarankan bayi enam bulan kebawah diberikan air susu ibu bagi menjana sistem imunisasi badan mereka […]

(Video) Juruterbang Tentera India Ditawan Pakistan Puji Layanan Baik Yang Diterimanya
Tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan juruterbang Tentera Udara India (IAF) yang pesawatnya ditembak jatuh oleh Pakistan memberi kenyataan mengenai layanan yang diterimanya sebagai seorang tawanan. Menurut juruterbang yang dikenali sebagai Abhi Nandan berkata, dia dilayan dengan baik oleh Pakistan dan berikrar untuk tidak mengubah kenyataan tersebut biarpun sudah kembali ke India satu […]

Hanya Kerana Berebut Sepit Ketam Di Restoran, Dua Pelanggan Di Reman Polis
Dua orang pelanggan terdiri daripada lelaki dan wanita ditahan pihak polis selepas didapati bergaduh hanya kerana rebutkan sepit ketam di sebuah restoran di Alabama. John Chapman dan Chequita Jenkins dilaporkan menggunakan alat penyepit makanan sebagai senjata untuk mereka berkelahi. Ketika kejadian, kedua-dua mereka sedang beratur dalam barisan sementara menunggu hidangan sepit ketam itu sampai namun […]

Ngeri, 2 Bulan Batuk Berdarah Rupanya Lintah Gergasi Huni Tekak
Selepas menderita batuk berdarah dan tekak gatal selama dua bulan, kemusykilan seorang lelaki berusia 60 tahun mengenai penyakitnya itu terungkai apabila ianya disebabkan oleh seekor lintah gergasi yang menghuni tekaknya. Pesakit berkenaan, yang hanya dikenali dengan nama Li, sebelum itu telah cuba mencari rawatan bagi merawat masalah kesihatannya, tetapi setiap kali itulah pegawai perubatan tidak dapat mengesan […]

Sebab Mata Tak Cantik, Wanita Sanggup Hantar Kucing Peliharaan Jalani Pembedahan Plastik
Seorang pemilik kucing di timur China menerima kritikan hebat dari orang awam apabila membawa kucingnya untuk menjalani pembedahan plastik kerana dia tidak suka dengan bentuk mata haiwan tersebut. Wanita yang berasal dari Janjing, China itu menghabiskan wang lebih RM4000 untuk membawa kucingnya ke pusat pembedahan plastik haiwan. Kucing itu menjalani pembedahan pembesaran kelopak mata untuk […]

India Tuntut Pakistan Bebaskan Juruterbangnya Yang Ditawan
India dalam satu kenyataan menuntut Pakistan untuk segera membebaskan juruterbangnya yang ditahan dalam insiden dua pesawat tempur Tentera Udara India yang ditembak jatuh dalam Kashmir, baru-baru ini. Sejak semalam, tular video di atas talian yang menunjukkan juruterbang berkenaan ditawan dan ditutup mata sambil diiringi oleh anggota tentera Pakistan untuk tujuan penahanan. India yang memberi respon […]

13 Jam Main ‘Call of Duty’ Lelaki Tekad Pergi Syria Tentang ISIS
Ramai yang percaya bahawa permainan video hanyalah semata-mata merugikan masa kerana tidak memberi sebarang faedah kepada pemainnya. Walau bagaimanapun, John Duttenhofer membuktikan telahan itu apabila masa 13 jam yang dihabiskan untuk bermain ‘Call of Duty’ dipersembahkan di atas ‘medan perang’ yang sebenar. Berusia 24 tahun, Duttenhofer membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaannya di Amerika Syarikat dengan […]

Berang Tak Beritahu Siapa Yang Telefon Pada Tengah Malam, Wanita Tembak Suami Hingga Cedera Parah
Seorang lelaki di utara Thailand cedera parah akibat ditembang isterinya yang berang kerana dia enggan memberitahu siapa yang menelefonnya sewaktu mereka sedang menikmati makan malam pada malam sambutan hari Valentine. Isterinya yang berusia 44 tahun berang pada awal pagi hari kejadian kerana pertanyaanya tidak dijawab dan menghalau suaminya keluar dari rumah. Enggan mengikuti arahannya, wanita […]

Bayi Lelaki Terkecil Berjaya ‘Berjuang’ Untuk Hidup, Punyai Berat Sama Seperti Sebiji Bawang
Seorang bayi yang dilahirkan di Tokyo, Jepun mempunyai berat sama dengan sebiji bawang mencatat rekod apabila berjaya keluar daripada hospital dalam keadaan sihat. Dengan berat 268 gram, bayi ini dilahirkan ke dunia melalui pembedahan pada usianya 24 minggu selepas doktor mendapati dia berhenti membesar ketika di dalam kandungan. Ketika dilahirkan, bayi ini dikatakan bersaiz lebih […]

Jet Pejuang Israel Lancar Serangan Udara Di Semenanjung Gaza
Gaza : Jet pejuang Israel telah melancarkan satu serangan udara di selatan Semenanjung Gaza pada awal Khamis, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan saksi. Serangan udara itu dilaporkan terkena sasaran milik Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas, di barat Khan Yunis. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, kata saksi. Setakat ini, Kementerian Kesihatan […]

Mangsa Culik Di China Kembali Ke Pangkuan Keluarga Setelah 31 Tahun Terpisah
Seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa culik di China kembali ke pangkuan keluarganya selepas 31 tahun terpisah. Majlis menyambut kepulangannya diadakan secara meriah dan dihadiri ratusan orang yang terdiri dari ahli keluarga dan rakan-rakan di wilayah Sichuan, China. Rakaman video mengenai sambutan kepulangannya tular di media sosial menampakkan Cheng Xueping meletut dan menangis teresak-esak ketika […]

Wanita Lumpuh Tinggal Bersama Mayat Ibu Yang Disimpan Selama 30 Tahun
Seorang wanita Ukraine didapati tinggal bersama mayat ibunya yang disimpan selama 30 tahun di pangsapurinnya dekat bandar Mykolaiv, di sini selepas dia diselamatkan oleh pihak polis kerana mengalami lumpuh separuh badan dan tidak dapat bergerak. Bagaimanapun, mayat ibunya yang lengkap dengan pakaian putih, stoking hijau serta kasut biru ditemui pihak polis dalam sebuah bilik terkunci […]

Alami Masalah Pernafasan Dua Tahun Tak Sembuh-Sembuh, Rupanya Ada Gigi Yang Tumbuh Dalam Hidung Lelaki Ini
Setelah mengalami masalah pernafasan dan hidung tersumbat selama dua tahun, akhirnya seorang lelaki mengetahui rupanya terdapat sebatang gigi yang tumbuh hidungnya. Lelaki berusia 59 tahun itu pergi ke hospital dan mengadu kesakitan yang dialaminya selama dua tahun tak sembuh-sembuh. Menurutnya, lubang hidung sebelah kirinya tersumbat, berair tanpa henti dan juga hilang deria bau. Doktor yang […]

Menteri Pelancongan Nepal Maut Nahas Helikopter Terhempas
Kathmandu: Menteri pelancongan Nepal antara tujuh mangsa yang maut dalam nahas helikopter di kawasan berbukit di wilayah Taplejung, Nepal pada Rabu lalu. Rabindra Adhikari bersama tujuh orang yang maut termasuk juruterbang sedang dalam perjalanan menuju ke tapak pembinaan lapangan terbang di timur negara itu sebelum terhempas di kawasa berbukit dengan ketinggian 3,900 meter dari paras […]

Remaja Lelaki Maut Dihempap Bapa Sendiri Yang Jatuh Dari Bumbung Rumah
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut apabila dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung ketika sedang membaiki atap kediaman mereka. Pasquale meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala yang serius. Ketika kejadian, bapanya, Gabrielle, 55 sedang membaiki atap sebelum ditiup angin kencang di wilayah Rome dan jatuh menimpa anaknya sendiri. Gabrielle yang […]

Suruhanjaya Tinggi Di New Delhi Siap Siaga Pindah Rakyat Malaysia Jika Perlu
New Delhi : Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi bersiap siaga untuk memindahkan rakyat Malaysia jika keadaan memerlukan, susulan ketegangan yang semakin memuncak antara India dan Pakistan. Misi Diplomatik Malaysia menasihati rakyat Malaysia agar mengelak melakukan perjalanan tidak perlu ke negeri Jammu dan Kashmir kerana jet pejuang tentera India dan Pakistan terlibat dalam pertempuran pada […]

Situasi Tegang, Rakyat Malaysia Diminta Tinggalkan Azad Jammu, Kashmir Segera
Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India dikehendaki meninggalkan buat sementara wilayah atau kawasan tersebut dengan serta-merta. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad (STMI) menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan, situasi keselamatan di kawasan sempadan India-Pakistan, terutama di ‘line of control (loc)’, kini tegang dan semakin membimbangkan berikutan beberapa insiden melibatkan angkatan tentera kedua-dua […]

Berang Dijatuhkan Hukuman Penjara 47 Tahun, Lelaki Tumbuk Peguam Belanya Sendiri Hingga Pengsan
Seorang banduan yang bergari menumbuk peguam belanya sendiri selepas berang kerana dijatuhkan hukuman penjara hampir 50 tahun. Lelaki itu menumbuk peguam tersebut hingga jatuh rebah ke lantai sebaik sahaja hukuman terhadapnya dibacakan oleh hakim di mahkamah. Rakaman video kejadian tular di laman sosial dimana kelihatan banduan yang berbaju jingga secara tiba-tiba berpusing ke arah peguamnya […]