Berita›Luar Negara

Tuan Rumah Tidur Tak Tenang, Ular Sawa 6 Meter ‘Tumpang’ Atas Bumbung Rumah
Inilah seperti mimpi buruk bagi sesiapa sahaja yang mempunyai ophiofobia (ketakutan ular). Python enam meter yang sangat besar ditemui tidur di atas bumbung sebuah rumah di Bangkok pada waktu malam, Jumaat lalu. Gambar ular itu segera menjadi viral hujung minggu lalu selepas jabatan bomba Bang Na Bangkok memuatnaik proses penangkapan melalui Facebook rasmi mereka. “Kami menerima […]

(Video)Momen-Momen Mengejutkan Seorang Penyelam Nyaris Ditelan Ikan Paus
Seorang penyelam dan juga jurugambar bawah air berkongsi pengalamannya yang nyaris-nyaris ditelam oleh ikan paus gergasi. Ketika kejadian, Rainer Schimpf, 51, yang merupakan Pengarah Dive Expert Tours berada di perairan Pelabuhan Elizabeth, Cape Town di Afrika Selatan bersama-sama pasukannya untuk merakam aktiviti ikan sardin. Bagaiamanpun, tanpa disedari seekor ikan paus jenis Bryde dianggarkan sepanjang 13 meter menghampirinya daripada […]

Kepulangan Semula Zidane Untuk Selamatkan Raja Eropah Yang Sedang ‘Tempang’
Kepulangan semula bekas pemain lagenda Real Madrid dan jurulatih yang membawa pulang hatrik Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Zinedine Zidane ke pangkuan kelab gergasi La Liga itu seperti diumumkan awal pagi Isnin (waktu tempatan) adalah langkah tepat untuk menyelamatkan Raja Eropah yang sedang tenat ketika ini. Dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan El Classico di tangan Barcelona […]

Selepas 25 Tahun Berlalu, Gaun Hospital Yang Dipakai Kurt Cobain Kini Dilelong Dengan Harga £40,000
Gaun hospital yang dipakai oleh bintang rock terkenal Kurt Cobain semasa konsert terakhirnya di England bakal dilelong dengan harganya dibuka bermula dari £40,000 (RM 212,069.46). Vokalis kumpulan rock yang terkenal dengan lagu hit seperti ‘Smells like teen spirit’, ‘Come as you are’ dan banyak lagi telah memilih gaya pemakaian yang pelik itu dengan tujuan untuk mengusik pihak media […]

Kampung ‘Misteri’ Terkaya, 2000 Penduduk Diberi RM1 Juta Dalam Akaun Dengan Syarat Tak Keluar Dari Situ
Apa yang dahulu menjadi komuniti pertanian pada tahun 1950-an, Huaxi, sebuah kampung yang terletak di timur pusat bandar Jiangyin, di Provinsi Jiangsu, dilaporkan telah diubah menjadi tempat yang berkembang dan memberikan kekayaan kepada penduduknya. Ditubuhkan oleh bekas setiausaha Jawatankuasa Komuniti Huaxi, Wu Renbao, kampung berukuran 240 ekar telah disebut-sebut sebagai kampung terkaya China. Wu dikreditkan untuk […]

Enjin Terbakar Di Udara, Airbus A380 Milik Air France Terpaksa Berpatah Balik
Sebuah pesawat jenis Airbus A380 milik Ai France dilaporkan terpaksa berpatah balik dan mendarat kecemasan di Abidjan, Ivory Coast selepas salah satu enjinya terbakar di udara, semalam. Ketika kejadian, pesawat berkenaan dilaporkan membawa lebih 500 orang penumpang dan anak kapal. Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika pesawat berkenaan mendarat. ”Saya melihat bebola api pada bahagian […]

Nahas Ethiopian Airlines: Boeing Janjikan Bantuan Teknikal
Gergasi pembuatan pesawat Amerika Syarikat (AS), Boeing, pada Ahad berjanji untuk menawarkan bantuan teknikal kepada Ethiopia susulan nahas pesawat milik Ethiopian Airlines yang terhempas sejurus berlepas, lapor agensi berita China Xinhua. “Satu pasukan teknikal Boeing akan berlepas ke lokasi nahas untuk memberikan bantuan di bawah arahan Biro Penyiasatan Kemalangan Ethiopia dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional […]

Rekod Sempurna Ole Gunnar Solskjaer Lebur Di Tangan The Gunners
Ole Gunnar Solskjaer, pengendali sementara gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengalami kekalahan pertamanya di tangan Arsenal awal pagi tadi sejak mengambil alih jawatan pengurus pasukan yang ditinggalkan oleh Jose Mourinho. Satu gol daripada Granit Xhaka di separuh masa pertama dan sepakkan penalti daripada penyerang Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang di separuh masa kedua sudah cukup untuk […]

“Aku Mahu Putus”, Lelaki Sanggup Sewa ‘Billboard’ Besar Kecewa Dicurangi Kekasihnya
Dah jadi lumrah dalam percintaan, ada suka, duka, tangis dan tawa. Bercinta itu sememangnya mudah namun apa yang sukar adalah untuk mempertahan dan menjaga sesuatu hubungan. Ada yang sampai ke jinjang pelamin dan ada pula yang terkandas dan terputus dipertengahan jalan. Bagi yang ikhlas dan saling menyayangi, sudah tentu segala ujian dan dugaan dapat dilalui. […]

Fenomena Tahun 2000 Mungkin Berulang, Jutaan Peranti GPS Dijangka ‘Musnah’ 6 April Ini – Pakar
Sistem GPS bakal mengalami gangguan bulan hadapan disebabkan kesilapan digit kalendar komputer, kata pakar keselamatan maklumat. Seorang pakar di Persidangan Keselamatan RSA 2019 di San Francisco minggu ini mengatakan bahawa dia meramalkan Y2K ataupun pepijat digital yang akan ‘membunuh’ sistem GPS pada 6 April ini. Ramalan yang sama, pernah dibuat mengenai Y2K pada tahun 1999 apabila […]

Kesemua 157 Penumpang Dan Anak Kapal Ethiopian Airlines Disahkan Tekorban
Jurucakap syarikat Penerbangan Ethiopia dalam satu kenyataan mengesahkan kesemua 149 penumpang dan 8 orang anak kapal yang terlibat dalam kemalangan awal pagi semalam telah terkorban. Pesawat jenis Boeing 737 MAX8 yang berlepas daripada Addis Ababa, Ethiopia pada pukul 8.38 pagi waktu tempatan menuju ke Nairobi, Kenya dilaporkan terputus hubungan kira-kira enam minit kemudian. Kemalangan berkenaan […]

Pesawat Boeing 737 Ethiopian Airlines Terhempas, Nasib 157 Penumpang Dan Anak Kapal Tidak Diketahui
Pesawat Boeing 737-800 MAX milik Ethiopian Airlines dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan daripada Addis Ababa ke Nairobi, kira-kira 8.44 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut, pesawat dengan kod pendaftaran ET-AVJ itu dilaporkan berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Ababa kira-kira pukul 8.38 pagi. Ketika kejadian, pesawat berkenaan […]

Kereta Api Tergelincir Di Bogor, 17 Cedera
Jakarta : Sebuah kereta api penumpang dari Jakarta menuju ke Bogor, Indonesia, tergelincir menyebabkan 17 dilaporkan cedera setakat ini. Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat, selepas melepasi stesyen Cilebut, kira-kira 10km dari Bogor. Syarikat pengendali kereta api itu, PT Kereta Commuter Indonesia dalam satu kenyataan berkata mangsa yang cedera dihantar ke […]

Pesawat Malang Terhempas, Sekurang-Kurangnya 12 Orang Dilaporkan Terkorban
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian kapal terbang terhempas di Bogota, tengah Colombia, lewat petang semalam. Menurut jurucakap Jabatan Pernerbangan Awam Columbia, pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan ketika dalam perjalanan menuju ke bandar Villavicencio. Kesemua 12 orang penumpang disahkan terkorban. Pesawat berkenaan dikatakan dikendali oleh Perkhidmatan Penerbangan Laser dan berlepas daripada San Jose del Guaviare. […]

”Saya Menyesal,” Vokalis Lagu Hits ‘Aisihiteru’ Boleh Berdepan Hukuman Mati
”Walau raga kita terpisah jauh.. namun hati kita selalu dekat..,” ingatkah lagi anda rangkap lagu hits ‘Aishiteru’ nyanyian Zivilia di corong radio yang pernah meniti di bibir anak muda suatu ketika dahulu. Keunikan suara dan lagu yang dibarisi oleh 4 orang anggota kumpulan ini menjadi siualan dan kegilaan remaja zaman itu. Namun, memetik laporan daripada Tribunnews, volkalis […]

Kisah Menyentuh Hati Ibu Kucing Ulang-Alik Selamatkan 5 Ekor Anaknya Terperangkap Dalam Kebakaran
Seorang anggota bomba menjadi saksi kepada peristiwa yang membuktikan bahawa haiwan juga mempunyai sifat pengasih dan penyayang, dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Brooklyn, Amerika Syarikat, pada 2007. Ketika itu, sepasukan anggota bomba dikejarkan ke sebuah rumah yang sedang terbakar. Dalam saat mereka bertungkus-lumus memadam api yang sedang marak, salah seorang anggota bomba berkenaan, David Gianelli melihat […]

Satu Dalam 200 Ribu Kelahiran, Derita Bayi Berisiko Mati Jika Disentuh
Satu dalam 200 ribu kelahiran, seorang bayi dilahirkan dengan keadaan fizikal yang tidak seperti ‘bayi’ apabila tubuh badannya dipenuhi dengan tompokan putih dan merah beserta kulit muka yang menegang. Malah, apa yang lebih mengejutkan, ibu kepada bayi berkenaan dimaklumkan oleh doktor bahawa dia tidak dibenarkan menyentuh anaknya itu kerana berisiko untuk mati jika disentuh. Jennie […]

20,000 Orang Guru Dipecat Kerana Tidak Boleh Jawab Soalan Peperiksaan Murid Darjah 4
Lebih daripada 20,000 guru di Nigeria dibuang selepas gagal ujian kecekapan yang disediakan khas untuk kanak-kanak berusia 10 tahun. Presiden Nigeria Muhammadu Buhari telah menyokong keputusan itu dan berkata, “Ini adalah situasi yang sangat serius apabila guru tidak boleh lulus peperiksaan yang sepatutnya mereka ajar kanak-kanak itu untuk lulus. Ia sangat menyedihkan.” Kaduna Gabenor Mallam […]

Seorang Balu Bertindak Membakar Perogolnya Sampai Mati
Seorang wanita warga India yang menjadi mangsa rogol bertindak membakar perogolnya hidup-hidup dalam kejadian yang berlaku di Kolkata, India pada hari rabu lalu (MAC 6) Wanita itu terselamat dan hanya melecur pada bahagian muka dan juga tangan sementara lelaki yang merogolnya itu mati ketika di hospital akibat kecederaan parah. Balu yang berusia 35 tahun itu […]

Terperangkap Lama Dalam Pesawat, Juruterbang Baik Hati ‘Order’ Pizza Hantar Terus Depan Pintu
Terkandas selama beberapa jam akibat salji, semua penumpang pesawat Air Canada mula berasa resah dan tertekan dengan keadaan tersebut. Tetapi juruterbang kapal terbang itu tahu bagaimana meredakan ketegangan tersebut. Caranya adalah dengan menghantar 23 kotak piza terus ke pintu pesawat. Kejadian tersebut berlaku pada malam isnin lalu apabila penerbangan Air Canada 608 meninggalkan Toronto menuju Halifax, […]