Berita›Luar Negara

(Video)’Montenegro Water Tree’, Fenomena Aneh Air Keluar Dari Batang Pokok Umpama Sebuah ‘Water Fountain’
Pernah tular di Malaysia tidak lama dahulu mengenai pokok petai yang dikatakan telah ‘menangis’. Fenomena berkenaan sempat menarik perhatian penduduk sekitar dan menjadi bualan di alam maya apabila segelintir individu meminum ‘air mata’ pokok petai tersebut kerana percaya ia mujarab merawat pelbagai penyakit, sedangkan ianya terhasil dari air kencing sejenis serangga. Jika di negara kita […]

Kanak-Kanak OKU Usia Enam Tahun Hero Mangsa Gempa Lombok
Lombok : Sewaktu gegaran pertama berukuran 5.8 magnitud terjadi di kawasan Air Terjun Tiu Kelep di Senaru di sini, Taufik berlari ke arah rombongan pelancong Malaysia yang berada di tepi air terjun itu, manakala Tomy meluru ke arah kumpulan yang sedang leka mandi-manda. “Saya bersama rakan-rakan terus mengikuti Taufik menuju ke arah jalan keluar manakala […]

“Cermin Pecah Dan Air Meluru Masuk Ke Dalam Kapal” Detik Cemas Kapal Mewah Hampir Karam Terkandas Di Tengah Laut
Kira-kira 1,300 orang terpaksa dipindahkan dari kapal persiaran MV Viking Sky menggunakan 5 helikopter dan beberapa buah kapal lain. Menurut pihak berkuasa Norway, kapal itu mengalami masalah dibahagian enjin. Lebih menakutkan, kejadian yang berlaku (enjin mati) itu terjadi sewaktu angin bertiup kencang dan menyebabkan ombak naik begitu tinggi. Hal ini ternyata menimbulkan perasaan panik penumpang. Viking Sky […]

Mak Ikut Anak ‘Pergi’, Wanita Hadir Majlis Pengebumian Anak Meninggal Dunia Sebelum Sempat Anak Disemadikan
Seorang wanita berketurunan Arab yang terbang daripada Jordan ke New Zealand bagi menghadiri majlis pengebumian anaknya yang terkorban dalam serangan keganasan di Christchurch dilaporkan meninggal dunia sebelum jenazah anaknya sempat dikebumikan, akibat serangan jantung, Jumaat lepas. Media tempatan melaporkan wanita berkenaan yang berusia 64 tahun yang tiba di negara itu beberapa jam sebelum majlis pengebumian […]

Mahu Dijadikan Haiwan Peliharaan, Anak Orang Utan Diberi Dadah Dan Disumbat Dalam Beg Pakaian Oleh Pelancong
Gara-gara mahu menjadikan anak orang utan sebagai haiwan peliharaan, seorang pelancong Rusia ditahan kerana disyaki memberi dadah kepada haiwan itu bagi menyeludupnya keluar. Suspek, Andrei Zhestkov, 27, didakwa dalam perjalanan untuk pulang ke Rusia dari Bali semasa dia ditahan ketika melalui pemeriksaan keselamatan. Apabila pegawai polis membuka beg pakaiannya, mereka terkejut apabila mendapati seekor anak […]

Wilayah Sulawesi Digegar Lagi Dengan Kejadian Gempa Bumi Sebentar Tadi
Gempa bumi berkekuatan 5.4 mangnitud dilaporkan melanda Kepulauan Sulawesi, Indonesia sebentar tadi, lapor Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Titik gempa bumi berkenaan di kesan berada pada 129 kilometer tenggara Bandar Palu dengan kedalaman 10 kilometer. Data awal USGS mendedahkan bahawa gempa berkenaan berkekuatan 5.8 magnitud dengan kedalaman gempa 36 kilometer. Hingga kini, tiada sebarang […]

Sebagai Restoran Makanan Segera Paling Popular Di Dunia, Ini Beberapa Buah Negara Yang Tidak Mempunyai Outlet McDonald’s
Restoran makanan segera adalah antara tempat yang menjadi pilihan orang ramai untuk menjamu selera atau berbelanja ‘makan sedap-sedap’ sekurang-kurangnya sekali sebulan. Di Malaysia, tidak sukar sebenarnya untuk mencari restoran-restoran makanan segera ini. Tambah-tambah jika anda tinggal di kawasan-kawasan bandar. Deretan kedai-kedai sama ada jenama tempatan mahupun luar negara, ada sahaja di mana-mana. Salah satunya adalah […]

NASA Dedah Gambar Meteor Yang Tak Pernah Orang Nampak, Ledakkannya 10 Ganda Lebih Besar Dari Bom Atom Hiroshima
Semalam (jumaat), pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mendedahkan beberapa keping gambar dari satelit. Gambar tersebut memaparkan sebuah meteor yang tiba-tiba muncul di atas Lautan Bering pada 18 Disember yang lalu. Namun perkara itu tidak disedari mahupun dimaklumkan kepada umum (masyarakat) sehinggalah 22 Mac 2019. The MISR instrument, also on Terra 🛰, saw the large […]

Ledakan Loji Kimia China, Angka Korban Meningkat 64 Orang, Ratusan Cedera
Jumlah kematian akibat letupan besar di sebuah kilang kimia di timur China telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 64 orang, dengan beratus-ratus lagi yang cedera, 90 orang daripada mereka berada dalam keadaan serius. Jumlah kematian mungkin meningkat lagi dari semasa ke semasa dengan 28 lagi yang masih tersenarai hilang, kata agensi berita Xinhua News. Hanya 26 orang […]

“Kami Dah Bersedia,” Dua Masjid Di Christchurch Dibuka Pertama Kali Selepas Serangan Berdarah Pengganas
Masjid Al Noor, di mana 42 orang mangsa terkorban dalam serangan pengganas terburuk New Zealand, telah dibuka semula hari ini. Laporan media memberitahu bahawa polis telah menyerahkan masjid itu sepenuhnya kepada komuniti dan membuka tali keselamatan selepas tengahari. Cat putih masjid seperti baru, permaidani yang sebelum ini dilumuri darah telah diganti namun, beberapa bilik masih […]

Dr. Mahathir Terima Anugerah Awam Tertinggi Pakistan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi ‘Nishan-e-Pakistan’ atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alivi. Anugerah itu diberikan atas sumbangan beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN. Majlis penganugerahan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berlangsung di Istana Presiden Aiwan-e-Sadr dan bermula dengan […]

Ingatkan ‘Hantu’ Yang Kemas Meja Setiap Hari, Rupanya Tikus ‘Cinderella’ Punya Kerja
Lelaki British, 72 tahun, Stephen Mckears mula mempersoalkan ‘kewarasannya’ apabila menyedari objek atau alatan tukang yang dibiarkan bersepah, kelihatan kemas keesokkan harinya. Mckears mula tertanya-tanya adakah ia kerja makhluk halus yang bersembunyi di dalam garaj rumahnya itu? Dia kemudian memutuskan untuk menyelesaikan misteri itu dengan memasang kamera cctv untuk menjejaki ‘hantu’ tersebut. Dengan bantuan seorang […]

Saya Amat Bangga Menjadi Rakyat New Zealand Serta Seorang Penganut Islam – Sonny Bill Williams
Pemain bintang pasukan ragbi New Zealand yang juga merupakan seorang penganut agama islam, Sonny Bill Williams, ditemui hari ini hadir ke upacara perkabungan serta solat jumaat untuk menenangkan saudara mara serta kenalan mangsa yang terlibat dalam serangan di masjid Christchurch pada minggu lalu. Menurut Sonny, solat jumaat yang diadakan di Hagley Park ini telah mempamerkan […]

Kereta Terlalu Kotor, Pemandu Boleh Disaman Sebanyak RM1,800
New South Wales: Pemandu yang gagal membasuh kereta dengan betul boleh dikenakan denda sebanyak $450 (RM1800) dan kehilangan tiga titik demerit jika plat lesen mereka tidak dipaparkan dengan jelas. Menurut Klausa 25 Peraturan dalam Perkhidmatan NSW Roads and Maritime, plat kereta mestilah jelas, bersih dan tidak boleh dikotori. Walaupun undang-undang dan penalti berbeza di setiap negeri, […]

Singapura Lancar Straw Diperbuat Dari Beras
Singapura pada hari ini telah melancarkan straw yang diperbuat daripada beras dalam usaha kerajaan di negara itu mengurangkn penggunaan plastik. Straw ini pertama kali digunakan di acara Cafe Asia 2019 dan Restoran Asia 2019 yang berlangsung sehingga 23 Mac. Sebelum ini, pesaingan terdekat pengganti straw plastik ialah straw yang diperbuat daripada besi namun atas […]

“Kau Yang Seterusnya,” Perdana Menteri New Zealand Terima Ugutan Bunuh
Terbaru, pihak polis sedang menyiasat mesej ugutan bunuh yang dihantar kepada Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand menerusi medium media sosial. Status Twitter ‘You are next’ (kamu seterusnya) dengan gambar sepucuk senjata telah di hantar kepada perdana menteri tersebut. Media melaporkan bahawa mesej itu sempat disiarkan selama 48 jam sebelum akaun penghantar berkenaan disekat pada […]

Singapura Uji Kenderaan Tanpa Pemandu Untuk Sapu Jalan Tahun 2020
Pada tahun 2020, Singapura rancang untuk menguji kenderaan tanpa pemandu dengan tujuan pembersihan jalan raya, demikian yang didedahkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang dinyatakan pada media pada khamis, 21 Mac. Hal ini adalah berikutan dengan Permintaan Cadangan yang dikeluarkan pada tahun 2017. Dua konsortium dipilih untuk melakukan rekaan, membangunkan dan […]

Dulunya Seorang DJ, Kini Jacinda Ardern Pemimpin Wanita Pertama Di Dunia Pada Usia 37 Tahun
Merupakan pemimpin termuda di dunia, Jacinda Ardern mengambil alih New Zealand sebagai perdana menteri pada usia 37 tahun. Ketika ini, beliau antara ahli politik yang paling dihormati dunia. Namun, sebelum Jacinda Ardern memimpin New Zealand melalui tragedi paling buruk yang mereka hadapi kebelakangan ini, beliau hanyalah wanita biasa yang meminati dunia muzik dengan kariernya sebagai […]

Sekurang-Kurangnya 93 Maut Feri Karam Di Mosul
BAGHDAD, 22 Mac (Bernama) — Seramai 93 maut dalam kejadian feri karam di Sungai Tigris, utara bandar Mosul pada Khamis petang, yang turut mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk Iraq, lapor agensi berita Xinhua. Kemalangan dipercayai akibat paras air tinggi ketika feri malang itu menyeberangi sungai menuju ke sebuah pulau pelancongan kecil Um al Rabeein di utara Mosul, kira-kira 400 kilometer […]

(Video) Laungan Azan Di Christchurch, Lautan Manusia Penuhi Setiap Pelusuk Hagley Park
Sekurang-kurangnya 50,000 orang telah datang berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa serangan pengganas Chritchurch sebentar tadi. Orang ramai telah hadir sebelum solat Jumaat hari ini tepat seminggu selepas 50 mangsa disahkan terbunuh dalam serangan dua buah masjid di New Zealand. Sesi bertafakur selama dua minit turut dijalankan di sekitar pusat Hagley di Chritchurch sebelum solat […]