Berita›Luar Negara

Berpantang Maut Sebelum Ajal, Seorang Lelaki Terjatuh Dalam Gunung Berapi Ditemui Masih Hidup
Setiap tahun, beribu-ribu pelancong berduyun-duyun ke Kilauea Volcano Hawaii untuk melihat sendiri gunung berapi yang paling aktif di dunia itu. Namun, seorang pelancong yang melawat tapak itu minggu lepas telah mendapat pengalaman yang pastinya tidak akan dilupakannya apabila dia terjatuh ke dalam kaldera gunung berapi tersebut. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu telah memanjat pagar […]

Dapat Tentangan Hebat Dari Masyarakat Antarabangsa, Brunei Batal Hukuman Rejam Sampai Mati
Sultan Brunei telah menyatakan bahawa negaranya itu tidak akan menguatkuasakan hukuman mati yang dikenakan ke atas golongan penzina LGBT selepas mendapat tentangan daripada masyarakat antarabangsa. Sultan Brunei itu telah membuat keputusan untuk membuat pusingan U sekali gus ianya telah menjadi berita baik buat golongan LGBT serta beberapa selebriti yang berjuang untuk menentang rancangan yang dibuat […]

Seri Dengan Huddersfield, United Sah Terlepas Slot Liga Juara-Juara Eropah
Selepas seri dengan Huddersfield malam semalam, Manchester United akhirnya terpaksa akur terlepas slot automatik ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Layak ke UCL musim hadapan menjadi sasaran utama Ole Gunnar Solksjaer selepas dilantik sebagai pengurus tetap United baru-baru ini. Namun, prestasi terumbang-ambing United sejak tewas kepada Barcelona dalam saingan suku akhir UCL musim ini bagaikan memberi […]

Nahas Superjet Rusia: Angka Korban Meningkat Kepada 41 Orang, Dua Kanak-Kanak Turut Terkorban
Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Negara, Elena Markovskaya menyatakan bahawa empat puluh satu orang terkorban apabila pesawat penumpang Rusia membuat pendaratan ‘kecemasan’ di lapangan terbang Moscow. Tambah memilukan apabila mengetahui bahawa dua daripadanya adalah kanak-kanak. Agensi berita Interfax melaporkan bahawa Aeroflot Flight SU1492 kembali ke Lapangan Terbang Sheremetyevo Moscow dengan pendaratan yang sukar disebabkan kebakaran yang telah […]

Serangan Israel Ke Atas Bumi Palestin, Lebih 20 Orang Terkorban Termasuk Kanak-kanak Dan Wanita Hamil
Pertempuran antara Israel dan Gaza menyebabkan lebih 20 orang meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Manakala, lebih kurang empat orang meninggal dunia di Israel disebabkan oleh serangan roket dari Gaza. Menurut jurucakap Jihad Islam Gaza, lapan orang anggota sayap bersenjata Jihad Gaza terkorban atas kejadian berlaku. Lebih menyedihkan menurut pegawai kesihatan di Gaza mengatakan bahawa […]

Terkini: (Video) Pesawat Terbakar Buat Pendaratan Cemas, Video Rakam Keadaan Panik Dalam Pesawat Ketika Api Marak
Moscow – Sebuah pesawat membuat pendaratan cemas dalam keadaan terbakar dalam kejadian yang berlaku di Moscow sebentar tadi. Beberapa video kejadian dikongsi di media sosial yang memaparkan bagaimana pesawat itu mendarat ketika ekornya berapi dan beberapa video lagi memaparkan penumpang-penumpang di dalam pesawat itu turun menggunakan gelongsor untuk menyelamatkan diri. RAW VIDEO: Burning Russian plane […]

Demonstrasi Terlalu Bising, Pelajar Taekwondo Dan Pekerja Gimnasium Pamer Kehebatan Masing-Masing
Seni mempertahankan diri, Taekwondo sangat terkenal di serata dunia dan tidak terlepas juga negara Malaysia. Seni mempertahankan diri itu mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tujuan Taekwondo dipelajari adalah untuk mempertahankan diri. Namun, lain pula yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di China apabila pelajar Taekwondo dengan berpakaian lengkap Taekwondo terlibat dalam pergaduhan. […]

Fenomena Unik Gunung Berapi Mayon Diteduhi ‘Payung Putih’, Buat Netizen Kagum
Gunung berapi Mayon di Filipina dikagumi di seluruh dunia kerana menjadi gunung berapi paling sempurna dengan keunikan serta kecantikannya. Ribuan orang melawat pulau Luzon setiap tahun hanya untuk menyaksikan keindahan Gunung Mayon, yang juga diselubungi mitos dan misteri bagi penduduk tempatan. Seorang nelayan telah menjadi saksi satu fenomena unik yang telah berlaku di gunung berapi […]

(Video) Duit ‘Cashier’ Tiba-Tiba Hilang, CCTV Rakam Kelibat Toyol?
Kejadian aneh atau mistik ini masih sukar dipercayai bagi segelintir individu. Ini kerana perkara atau kejadian yang melibatkan penglibatan makhluk halus atau entiti, tak dapat dilihat dengan mata kasar. Walau bagaimanapun, dalam Al-Quran ada menyatakan kewujudan makhluk ini atau hal-hal ghaib seperti jin yang sememangnya tidak pernah terlihat susuk fizikalnya. Video cctv ini dirakam apabila […]

“Kenapa Mama Tak Tidur Di Sebelah Saya” Gambar Budak Lelaki Peluk Keranda Buat Netizen Sebak
Bagi kanak-kanak amat sukar untuk mereka memahami konsep kematian dan tidak memahami mengapa orang yang mereka cintai sanggup meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Seperti anak kecil ini yang mempersoalkan mengapa ibunya tidak tidur di sampingnya tetapi tidur di dalam peti mati sebaliknya. Khayne Kheian Naelgas Castro yang berusia 5 tahun baru sahaja kehilangan ibunya Katherine Naelgas Castro […]

Gara-Gara Dimarahi Putuskan Wayar ‘Headset’ Tuan, Kucing Bawa Pulang Anak Ular Sebagai Ganti
Mungkin kedengaran agak lucu, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing ‘menghadiahkan’ tuannya dengan seekor ular sebagai ganti setelah memutuskan wayar atau kabel alat dengar telefon. Insiden itu dikongsi oleh tuannya, Haryanto Pherwhirra Ramadhani di salah satu group pencinta kucing di Facebook dan mendapat reaksi netizen yang rata-rata geli hati dengan gelagat haiwan peliharaannya. Melalui […]

Taufan Fani ‘Serang’ Gunung Everest, 20 Khemah Diterbangkan
Sekurang-kurangnya 20 buah khemah yang didirikan di Everest Base Camp ditiup angin kencang Saiklon Fani pada jumaat lepas. Pihak kerajaan tempatan Nepal telah mengeluarkan amaran supaya semua agensi pelancongan dan kakitangan untuk memastikan keselamatan para pelancong. Menurut Mira Acharya, Pengarah Hotel dan Mountaineering di bawah Jabatan Pelancongan, mereka telah menerima laporan beberapa khemah telah rosak […]

Tiket Tak Wujud, Duit Melayang, Peminat Fanatik Westlife Kempunan Saksikan Kumpulan Idamannya
Kumpulan terkenal antarabangsa yang terkenal dengan lagu My Love bakal mengadakan konsert mereka di Shah Alam pada bulan Ogos akan datang. Penjualan tiket sudah dimulakan dan rata-rata peminat sudah mula mendapatkannya. Namun, nasib malang menimpa seorang wanita apabila hasratnya untuk menyaksikan konsert itu secara langsung terkubur dek kerana ditipu ketika proses pembelian tiket. Perkara ini […]

‘Ibu Pejabat Avengers’ Dibina Lebih Besar, ‘Thor’ Sedia Ambil Alih, Saiz Bersamaan Sebuah Lapangan Terbang
Peminat-peminat Avengers pastinya mengetahui tentang ibu pejabat Avengers yang menjadi pengkalan bagi wira-wira Avengers untuk berkumpul. Tanpa disedari, terdapat ‘ibu pejabat’ lain yang sedang dibina mungkin lebih besar daripada saiz banggunan ibu pejabat Avengers itu. Bintang filem Avengers, Chris Hemsworth sedang membina rumahnya yang direnovasikan seakan-akan berbentuk ibu pejabat Avengers dimana struktur dan saiznya sama […]

Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Jarak Dekat Ke Arah Laut Jepun
Seoul : Korea Utara pada Sabtu telah melancarkan peluru berpandu jarak dekat yang tidak dikenali ke arah Laut Timur, atau lebih dikenali sebagai Laut Jepun, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS). Menurut kenyataan itu, Korea Utara “telah melepaskan tembakan peluru berpandu yang tidak dikenali itu secara bertalu-talu dari pekan Wonsan yang […]

NASA Buat Persiapan Lintasan Asteroid Gergasi 1,100 Kaki Pada 2029, Benarkah Ia Sebahagian Kacau-Bilau Akhir Zaman?
Sebuah asteroid gergasi dengan kelebaran 1,100 kaki bersamaan kira-kira 335 meter dijangka melintasi bumi pada jarak 19,000 batu dari permukaan bumi. 99942 Apophis, yang membawa maksud Dewa Kacau Bilau dijangka dapat dilihat dengan mata kasar di langit Hemisfera Selatan, bermula dari semenanjung timur Australia. Dalam tempoh satu jam, ia akan merentasi Lautan India, Afrika dan […]

Anak Kapal Lari Selamatkan Diri, Kapal Terbang Dinaiki Tergelincir Dalam Sungai Akibat Ribut Petir
Sekurang-kurangnya 136 orang penumpang dan anak kapal cemas dan bertindak melarikan diri setelah kapal terbang yang dinaiki tergelincir ke dalam sebuah sungai di Florida, Amerika Syarikat. Pesawat Boeing 737 itu terbabas dari landasan dan memasuki sebuah sungai yang cetek dan tidak menenggelamkan keseluruhan badan kapal. Pesawat Miami Air International itu dipercayai disewa oleh tentera AS […]

Netizen Seriau Tengok Bayi Baru Lahir Terlepas Pegangan , Alami Pendarahan Gred 1 Otak Kiri
Baru-baru ini, gempar di laman sosial apabila tersebar video kakitangan hospital terlepas bayi yang baru dilahirkan daripada genggamannya. Rata-rata pengguna media sosial menyalahkan kecuaian kakitangan tersebut atas perbuatannya yang boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi itu. Sekiranya anda memerhatikan dengan teliti, jururawat itu merangkul selimutnya sehingga membuatnya jatuh. Mereka terlalu kasar. Tak perlu kasar untuk bayi […]

Baru Berusia 10 Tahun, Budak Ini Jadi Kanak-Kanak Paling Gemuk Di Dunia Dengan Berat Mencecah Lebih 190kg
Seorang budak lelaki yang baru sahaja berusia 10 tahun telah menjadi kanak-kanak paling gemuk di dunia kerana mencatatkan berat sebanyak 196.8kg. Mohammed Arbrar yang berasal daripada Pakistan itu dijadualkan akan menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya demi menyelamatkan nyawanya. Dengan memiliki berat badan yang tidak normal, dia terpaksa bergelut dengan beratnya setiap kali dia hendak […]

Kenapa Dr.Strange Tunjuk Tanda ‘1’ Kepada Iron Man, 2 Teori Rekaan Peminat Marvel Ini Mungkin Logik Untuk Difikirkan
PENAFIAN: Sebelum korang teruskan bacaan, artikel ini mempunyai spoiler yang sangat jelas dan pada sesiapa yang belum menonton filem Avengers: Endgame dinasihatkan supaya tidak teruskan bacaan dan pada yang sudah menonton teruskan bacaan dengan aman. 24 April lalu menamatkan keresahan peminat filem Marvel apabila Endgame muncul di layar pawagam. Hampir setahun kita ditinggalkan dengan persoalan […]