Berita›Luar Negara

(Video) Netizen Terhibur, Penumpang Terkejut Atas Motor Muka ‘Sebiji’ Dengan ‘Rider’
Setiap orang di dunia ini dikatakan mempunyai tujuh orang yang mempunyai wajah yang mirip. Namun, jarak antara individu yang mempunyai wajah mirip ini tidak dapat ditentukan. Agak melucukan sekiranya dapat bertemu dengan orang-orang tersebut dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Melalui posting di Twitter baru-baru ini, terdapat video yang memaparkan dua orang menaiki motorsikal mempunyai […]

Mendarat 10 Meter Atas Kepala, Lima Lapangan Terbang Paling Merbahaya Dalam Dunia
Bagi yang sudah mempunyai pengalaman menaiki kapal terbang, sudah pasti anda sudah mempunyai pelbagai pengalaman mengerikan semasa kapal terbang yang anda naiki sedang berlepas dan mendarat. Namun, tahukah anda terdapat 5 lapangan terbang yang amat membahayakan di dunia? Anda sudah pasti akan berfikir panjang untuk menaiki kapal terbang dari lapangan terbang ini. 5 lapangan terbang […]

Pernah ‘Bunuh’ 1,100 Orang, Gunung Berapi Agung Meletus Lagi, Penerbangan Keluar-Masuk Bali Dibatalkan
Kira-kira sembilan buah kampung yang terjejas akibat daripada letusan Gunung Berapi Agung yang berlaku. Walau bagaimanapun, agensi berkaitan berkata ianya tidak meningkatkan tahap amaran untuk gunung berapi dan zon pengecualian kekal empat kilometer dari kawah gunung tersebut. Letusan tersebut yang berlaku selama empat minit 30 saat itu telah menyebabkan lava dan batu pijar mengalir sekitar […]

Prabowo Belun Mengaku Kalah Lawan Jokowi
Jakarta : Proses Pemilu 2019 atau Pilihan Raya Umum Indonesia, ternyata belum selesai, yang setakat ini berlangsung penuh cabaran dan tragedi. Tujuh perusuh terbunuh dan beratus cedera dalam insiden rusuhan selepas keputusan Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2019) diumumkan Selasa lepas. Sebelum ini, lebih 500 petugas Pemilu, dilaporkan meninggal dunia, kerana “kepenatan” dan serangan jantung, dalam […]

Beberapa Wilayah Dilanda Kebakaran Besar, Israel Mohon Bantuan Luar Untuk Padam Api
Gelombang panas telah menyebabkan beberapa kebakaran berlaku di seluruh kawasan Netanyahu, Israel. Penduduk di kawasan sekitar masih dalam keadaan yang berjaga-jaga selepas kebakaran hutan akibat cuaca yang kering dan lebih 20 kebakaran dicatat di negara tersebut. Puluhan rumah dicatatkan terbakar dan sekurang-kurangnya 3, 500 orang dipindahkan dari rumah mereka pada hari Khamis lalu di beberapa […]

Periksa Telefon Pasangan Adalah Satu Jenayah Di Arab Saudi, Boleh Didenda Lebih RM 500 Ribu
Tahukah anda bahawa di Arab Saudi, jika anda memeriksa telefon bimbit milik pasangan anda tanpa pengetahuan mereka kerana berasa was-was dengan kesetiaan mereka, anda boleh berdepan dengan hukuman penjara serta denda sebanyak 500,000 Riyal (RM 557,961.80). Di Arab saudi, suami ataupun isteri yang ditangkap mengintip ataupun memeriksa telefon bimbit pasangan mereka dengan tujuan untuk membuktikan […]

Media Dedah Amerika Syarikat Cuba Pujuk Korea Selatan Sekat Produk Huawei
Media antarabangsa, CNBC yang memetik laporan akhbar tempatan berkata, kerajaan Amerika Syarikat telah melobi pemerintah Korea Selatan supaya memboikot penggunaan produk keluaran Huawei di negara tersebut. Usaha yang dijalankan oleh kerajaan Uncle Sam itu dikatakan sebahagian daripada proses untuk mendapatkan lebih banyak sokongan antarabangsa dalam menolak penggunaan produk berteknologi tinggi daripada firma gergasi China itu. […]

Selepas Google, Giliran Microsoft Pula ‘Bertindak’ Terhadap Produk Huawei
Selepas Google, kini tiba pula giliran sebuah syarikat teknologi gergasi milik Amerika Syarikat untuk menjauhkan diri daripada Huawei. Syarikat yang dimaksudkan itu ialah Microsoft. Microsoft telah bertindak mengeluarkan produk komputer peribadi milik syarikat China iaitu Huawei daripada stor jualan atas talian milik syarikatnya itu. Segala carian untuk mana-mana peranti yang membabitkan produk Huawei di dalam […]

Walaupun Disekat, Solat Jumaat Ke-3 Ramadan Di Masjid Al-Aqsa Tetap Diimarahkan Ratusan Ribu Jemaah
Lebih 100,000 umat Islam mengerjakan solat di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqaddis hari ini pada Jumaat minggu ketiga Ramadan menurut satu ‘tweet’ di laman Twitter. Menurut Twitter Doamuslims, walaupun dalam keadaan sekatan daripada Israel, para jemaah tetap hadir untuk menunaikan solat Jumaat pada hari ini. Keadaan tempat tersebut dikawal ketat oleh pihak Israel, bagaimanapun ia […]

Kecewa Kempen ‘Brexit’ Tidak Berhasil, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan
Perdana Menteri UK, Theresa May hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa beliau akan mengundurkan diri daripada jawatan itu selepas tiga tahun berhempas pulas meyakinkan rakyatnya tentang Brexit. Menurut May, beliau akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif berkuatkuasa pada hari jumaat yang bersamaan dengan 7 Jun. Selepas usahanya dalam mendapatkan sokongan rakyat serta meyakinkan parlimen […]

Kerja Gila, Lelaki ‘Selamber’ Nyalakan Rokok Dalam Pesawat Buat Penumpang Lain Cemas
Seorang penumpang lelaki dalam sebuah penerbangan Spirit Airlines yang menuju ke Minneosta telah membuat ‘kerja gila’ apabila menyalakan sebatang rokok dalam pesawat yang dinaiki. Perbuatannya itu telah dirakam oleh seorang penumpang wanita yang duduk berhampiran dengan lelaki berkenaan semasa penerbangan itu. Lelaki itu didakwa mengganggu penumpang berhampiran yang lain sepanjang penerbangan itu. “Dia mengganggu penumpang […]

Pernah Jadi Kereta Roda Tiga Terlaris Di UK, Ini Info Menarik Tentang Kereta ‘Musuh’ Mr.Bean
Bagi generasi yang lahir pada tahun 90-an, pasti kenal dengan watak Mr. Bean, pelawak yang menghiburkan orang tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, tetapi mampu membuatkan orang tertawa dengan telatah lucunya. Selain watak teddy bear berwarna coklat, Mr. Bean sinonim dengan kereta kecil berwarna hijau pucuk pisang yang menjadi ‘kenderaan pelbagai guna’ Mr. Bean yang sering bertembung dengan […]

Bintang Lagak Ngeri Maut Jatuh Bangunan Tinggi Untuk Video, Keluarga Menang Saman RM18,000 Terhadap Aplikasi “Live Streaming”
Pada tahun 2017 yang lalu, seorang lelaki dari Beijing telah maut akibat terjatuh daripada bangunan 62 tingkat ketika sedang cuba merakamkan video aksinya itu untuk disiarkan secara langsung melalui satu aplikasi penstriman video. Mangsa yang berumur 26 tahun ketika itu memang dikenali ramai sebagai pelakon lagak ngeri serta ‘rooftopper‘ pertama China. Ketika kejadian, beliau sedang […]

Lelaki Dihukum Penjara 43 Tahun Kerana Membunuh, Tapi ‘Mangsanya’ Masih Hidup Sehingga Hari Ini
Membunuh merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh dihukum mengikut akta yang telah diperuntukkan bagi sesuatu kes. Hukuman yang diberikan adalah bertujuan bagi memberi pengajaran kepada orang ramai dan juga untuk membela nasib kematian mangsa yang dibunuh. Namun begitu, terdapat situasi apabila seorang lelaki dihukum penjara selama 43 tahun atas tuduhan membunuh tetapi mangsanya masih […]

Lelaki Hidup Bersama Ketumbuhan Otak Terbesar Dunia Selama 20 Tahun
Pakar bedah India berjaya mengeluarkan ketumbuhan otak yang didakwa sebagai ketumbuhan yang paling besar di dunia dicatatkan setakat ini. Seorang lelaki yang berusia 31 tahun telah dilaporkan hidup dengan ketumbuhan dikepalanya itu selama 20 tahun kerana takut dan kekurangan wang untuk membuangnya. Selepas doktor berjaya membuang ketumbuhan seberat 5kg itu, pihak doktor menyatakan bahawa ketumbuhan […]

Rakyat Singapura Dipenjara Di Las Vegas Kerana Berkahwin Kali Kedua
Seorang lelaki warga Singapura, berusia 58 tahun yang sudah berumah tangga ditangkap kerana cubaanya yang ingin berkahwin dengan seorang lagi wanita di Las Vegas tahun lalu. Mahkamah Singapura memberitahu bahawa lelaki terbabit telah berkahwin dengan isteri pertamanya, yang kini berusia 56 tahun sejak 32 tahun lalu. Sehingga kini, pasangan tersebut masih berkahwin dan kekal suami […]

Asteroid Dengan Bulan Mini Dijangka Hampiri Bumi Dalam Masa Terdekat – NASA
Sistem Asteroid Binari yang dikenali sebagai 1999 KW4 yang telah dilihat pada 20 tahun lepas akan kembali kelihatan pada 25 Mei ini. Ketika proses itu berlaku, jaraknya daripada Bumi adalah kira-kira 3 batu. Asteroid tersebut yang hadir sebagai dua objek yang berlainan iaitu batu angkasa besar yang berukuran 1.3 kilometer lebar dan sesuatu yang lebih […]

Selepas Huawei, Trump Anggap Syarikat Automobil Jepun dan EU Pula Beri Ancaman Kepada Amerika Syarikat
Menganggap pengimportan bahagian auto dari Jepun sebagai ancaman kepada keselamatan AS, Trump sekali lagi mengejutkan dunia apabila akan menghentikan hubungan dua hala perdagangan dengan syarikat automobil Jepun. Presiden Toyota Motor merangkap pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Akio Toyoda berkata, “Kami kecewa mendengar mesej yang menunjukkan bahawa sumbangan pelaburan dan pekerjaan kami selama ini di […]

(Video)Sup Meletup, Muka Pelayan Melecur Ketika Mencari Pemetik Api Terjatuh Dalam Sup
Seorang pelayan di restoren Haidilao di Beijing, China mengalami mimpi buruk apabila wajahnya melecur akibat terkena sup panas yang sedang menggelegak baru-baru ini. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada sebuah pemetik api milik pelanggan yang terjatuh di dalam seperiuk stimbot yang sedang menggelegak. Ia didakwa terjatuh ketika pelanggan terbabit mahu menyerahkan pemetik api itu kepada seorang […]

Tragedi Christchurch, Suspek Akhirnya Secara Rasmi Didakwa Melakukan Aktiviti Keganasan
Setelah dua bulan menjelang tragedi pembunuhan jemaah solat Jumaat di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, suspek akhirnya disabitkan dengan 51 tuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh dan satu dakwaan melakukan keganasan buat kali pertama, kata jurucakap polis New Zealand pada Selasa. Berdasarkan laporan CNN, Brenton Tarrant, 28 yang sebelum ini menulis manifesto anti-imigran dan […]