Berita›Luar Negara

“Palestin Bukan Untuk Dijual,” Rakyat Palestin Berhimpun, Tidak Mahu Israel Terus Takhluk Semenanjung Gaza
Rakyat Palestin di Semenanjung Gaza telah berkumpul dan berarak sambil membawa poster dan sepanduk sebagai tanda protes kepada keputusan sidang kemuncak “Peace to Prosperity” di Bahrain yang membincangkan aspek ekonomi yang diumpamakan sebagai ‘Perjanjian Terhebat Abad Ini’. Disebabkan itu, semua kedai, bank mahupun restoran telah menutup operasi mereka untuk ‘memberi laluan’ kepada perhimpunan tersebut. Persidangan […]

Miliki Rumah Harga Setengah Bilion, Umur Jutawan Ini Pasti Buat Anda Terkejut
Pada umur 22 tahun, kebanyakan daripada individu lain di seluruh dunia masih lagi belajar atau baru mahu membina kehidupan, lain pula ceritanya bagi seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong ini. Matthew Cheung Siu-woon, seorang jutawan muda dilaporkan telah berjaya membeli sebuah rumah mewah bernilai HK$916 juta atau lebih kurang RM485 juta di negara itu, […]

Usaha Terbitkan ‘Buku Biru’ Perlu Libatkan Pakar, Ahli Akademik Malaysia-China – DBP
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan hasrat kerjasama penerbit dari China untuk menerbitkan ‘Buku Biru’ mengenai sejarah dan pembangunan Malaysia perlu dilakukan secara bersama dengan penglibatan pakar dan ahli akademik kedua-dua negara. Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata ini bagi memastikan penerbitan yang dihasilkan […]

Kebakaran Mercu Tanda Perancis Notre Dame, Pihak Berkuasa Jelas Tiada Unsur Jenayah
Pihak berkuasa Perancis menjelaskan bahawa mereka percaya tiada alasan untuk mana-mana individu membakar bangunan bersejarah, Notre Dame tersebut. Oleh itu, pihak berkuasa menolak sebarang unsur jenayah dalam tragedi yang menggemparkan seluruh masyarakat dunia ketika itu. Walaupun begitu, punca sebenar kebakaran bangunan ikonik berkenaan masih lagi belum diketahui namun penyelidik berpendapat bahawa insiden berkenaan mungkin disebabkan […]

(Video) Dari 1000 Tahun Kepada 1 Hari, Ini Cara Singapura ‘Hilangkan’ Sampah Plastik Mereka
Ke mana perginya sampah sarap di Singapura? Tidak. Ia tidak dibawa ke Malaysia sepertimana negara-negara maju seperti Amerika dan Kanada yang menghantar sampah mereka ke negara kita. Ini apa yang dilakukan oleh Singapura untuk melupuskan sampah mereka di negara kecil tersebut. Dengan keluasan hanya 50 kilometer (km) dari timur ke barat, 27 km utara ke […]

Pasangan Popular Korea, Song Joong Ki Dan Song Hye Ko Bakal Bercerai
Peminat drama dan program realiti Korea pastinya tahu mengenai pasangan ideal Song Joong Ki dan Song Hye Ko yang mengikat ikatan perkahwinan pada 2017 lalu. Perkahwinan mereka diadakan secara besar-besaran dan disambut umpama wedding of the year ketika itu. Manakan tidak, mereka mengumumkan perkahwinan ketika drama Descendants of the Sun ditayangkan layar kaca. Oleh itu, […]

Huawei Masih ‘Gergasi’ Dalam Industri, Punyai Kontrak 5G Yang Membabitkan 50 Negara Di Dunia
Semua pengendali rangkaian tanpa wayar masih merancang untuk membeli teknologi 5G dari Huawei meskipun setelah isu sekatan dari Amerika Syarikat baru-baru ini. Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Huawei. Mereka juga menjelaskan bahawa telah menandatangi lebih banyak kontrak 5G komersial daripada mana-mana vendor global yang lain. Menurut Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, setakat ini […]

Anak Datang Jumpa Dalam Mimpi Rupanya Petanda Suruh ‘Jenguk’ Mayatnya Di Rumah
Seorang bapa terpaksa menanggung rindu terhadap anak perempuannya yang sudah lama tidak bersua. Perkara ini kerana anak perempuannya telah meninggal dunia di kediamannya sendiri dan tidak disedari oleh sesiapa pun dalam tempoh yang agak lama. Thiphaphat Phaksuk, 46 yang tinggal seorang diri telah dijumpai di hadapan pintu tandas di tingkat bawah rumah dua tingkat yang […]

Nak Anak Jadi Orang Berguna, Suami Isteri Sepakat Bagi Anak Nama ‘Google’
Menamakan anak dengan nama yang baik merupakan amalan yang dipercayai dapat mempengaruhi sikap dan masa depan anak tersebut. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa akan memilih nama-nama yang mempunyai makna yang baik untuk dinamakan kepada anak mereka. Samalah seperti sepasang ibu bapa di Indonesia yang menamakan anak mereka dengan nama perisian terkenal di dunia iaitu […]

“Dia Tunjuk Langit Sambil Menangis,” Tulisan Misteri Wanita Selepas 27 Minit Hidup Semula Jadi Tanda Tanya
Seorang wanita disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan telah cuba disedarkan sebanyak enam kali. Namun, setelah dibawa ke hospital, wanita tersebut berjaya ‘dihidupkan’ menggunakan alat rawatan khas selama 27 minit meninggal dunia. Walau bagaimanapun, setelah dihidupkan semula wanita tersebut tidak dapat bercakap dan perkara pertama yang dia lakukan adalah meminta pen. Wanita tersebut yang […]

Penemuan Minyak Terbesar, ‘Georgetown’ Bakal Diiktiraf Jadi Bandar Terkaya Di Dunia
Bercakap mengenai Georgetown, pastinya ramai sudah mengetahui tentang bandar yang terdapat di Pulau Pinang itu. Bandar yang mempunyai pembangunan yang pesat dan juga pantai-pantai yang boleh dikunjungi itu menjadi tarikan pelancong ke bandar tersebut. Namun, lain pula bagi bandar Georgetown yang terdapat di Guyana, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai bandar terkecil dan kedua termiskin di […]

Mengadu Sakit Kepala Selama 5 Tahun, Doktor Jumpa Serpihan Kayu Dalam Otak Pesakit
Seorang lelaki warga China telah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami sakit kepala yang berpanjangan selama lebih kurang lima(5) tahun. Lelaki yang berusia 41 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital apabila menyedari kelopak matanya mula membengkak dan sakit kepala semakin kerap dialami serta kesakitannya semakin meningkat. Selepas menerima rawatan di sebuah hospital dekat […]

(Video) Detik-Detik Seluar Tersangkut Pada Eskalator, Remaja Maut Jatuh Dari Ketinggian 50 Kaki
Malang menimpa Partiv Shah, seorang remaja berusia 13 tahun apabila seluar yang dipakainya tersangkut antara belt dengan bahagian pemegang eskalator di Nucleus Mall, Ranchi, Timur India. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat bermain-main di sekitar eskalator dan cuba menghentikan pergerakan susuran tangan eskalator yang bergerak dengan menekan bahagian tersebut ketika tiba-tiba seluarnya tertarik […]

Awas Jika Gunakan Sinki Jenis Ini, Kanak-Kanak Cedera Parah Akibat Sinki Runtuh
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah apabila sinki di bilik air rumahnya runtuh dan pecah mengenainya pada Jumaat lepas di Yongkang, Tainan. Kanak-kanak tersebut dikatakan menekan struktur sinki berkenaan ketika menggunakannya. Akibat ditekan, sinki ‘tergantung’ yang tidak mempunyai sokongan di bahagian bawah itu runtuh lalu pecah dan mencederakan kanak-kanak tersebut. Setelah terdengar jeritan […]

Bapa Tergamak Tinggalkan Anak OKU Sendirian Sehingga Mati Kelaparan
Seorang bapa berusia 46 tahun telah ditahan polis atas tuduhan membunuh anak perempuannya berumur 21 tahun yang juga merupakan orang kelainan upaya(OKU). Kejadian ini dilaporkan berlaku di Arizona, Amerika Syarikat. Anaknya meninggal dunia pada Julai tahun lalu, dan selepas siasatan dijalankan, lelaki itu dikatakan gagal memberi penjagaan sepatutnya kepada anaknya yang dipercayai lumpuh seluruh badan. […]

Wilayah Rusia Digegar Gempa Bumi Kuat Dua Kali Dalam Tempoh 24 Jam
Wilayah Semenanjung Kamchatka, Rusia telah digegarkan dengan dua gempa bumi kuat dalam tempoh 24 jam, yang terbaru berlaku lebih kurang jam 10.18 pagi tadi waktu Malaysia. Gegaran awal telah berlaku petang semalam dengan kekuatan 6.6 skala Ritcher dan terjadi pada kedalaman 33 km manakala gegaran besar kedua pada pagi tadi mempunyai kekuatan 6.3 skala Ritcher. […]

Ratusan Ribu Perkahwinan Bawah Umur Dicatatkan Di Amerika Syarikat Dalam Tempoh 15 Tahun
Sebelum ini, kita menyangkakan rakyat negara maju seperti Amerika Syarikat tidak mengamalkan perkahwinan dengan golongan bawah umur. Namun, statistik sejak tahun 2000 sehingga 2015, seramai lebih 250,000 kanak-kanak dikahwinkan di Amerika Syarikat (AS) di mana 87 peratus merupakan kanak-kanak perempuan mengahwini lelaki yang lebih tua daripada mereka. Sebahagian daripada kanak-kanak ini masih belajar di peringkat […]

San Fransisco Jadi Bandar Pertama Haramkan Rokok Elektronik Di Amerika Syarikat
San Francisco bakal menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat yang mengharamkan jualan e-rokok. Ia berikutan undian yang dilakukan oleh Lembaga Penyelia Bandar sebulat suara pemihak kepada keputusan berkenaan. Ordinan tersebut menjelaskan bahawa tidak ada orang yang boleh menjual atau mengedarkan rokok elektronik kepada sesiapa pun di San Francisco kecuali produk yang telah menjalani kajian […]

‘YouTuber’ Terkenal Ditemui Mati, Wasiat Mahu Dikebumikan Di Hadapan Ibu Pejabat YouTube
Seorang lelaki yang juga “YouTuber” terkenal, Etika telah ditemui mati oleh pihak polis pada Selasa. Beliau yang sering melakukan penstriman permainan video di channel-nya, Hactos, mempunyai lebih dari 54,000 pengikut. Berita tentang kematiannya telah disahkan sendiri oleh pihak polis New York melalui satu kiriman yang dimuatnaik di laman Twitter @NYPDnews awal pagi tadi. We regret […]

(Video) Ibu Tonton Konsert, Tinggalkan Anak 3 Jam Dalam Kereta Sampai Bibir Jadi Biru
Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 1-2 tahun diselamatkan oleh pihak polis selepas ditinggalkan dalam kereta sementara ibunya pergi menghadiri konsert. Perkara ini dilaporkan oleh beberapa orang awam yang lalu di kawasan tersebut di daerah Shangdong. Paling menyedihkan sewaktu mangsa ditinggalkan, suhu di negara tersebut mencecah 32 darjah Celcius. Ibunya yang gagal dikesan dan polis meminta […]