Berita›Luar Negara
Sayu, Viral Kanak-Kanak Dipercayai Kelaparan Intai Rakan Sebaya Menjamu Selera Dari Luar Kelas & Tunggu Sisa Makanan
Sayu hati melihat sekeping gambar yang tular mengenai seorang kanak-kanak perempuan dipercayai kelaparan memegang bekas kosong sedang mengintai ke dalam kelas yang dipenuhi pelajar sedang makan tengah hari untuk diisi sisa makanan. Seorang lelaki telah tampil untuk membantu kanak-kanak tersebut setelah melihat gambar yang tular itu bagi mendapatkan pendidikan di sekolah tersebut. Kanak-kanak perempuan yang […]
Dipercayai Tangan Tercucuk Kulit Udang Ada Kuman Berbahaya, Lelaki Temui Ajal Kena Jangkitan
Xiaoshan, China – Seorang lelaki warga emas maut akibat jangkitan bakteria yang dipercayai berpunca daripada luka akibat tercucuk udang yang dibelinya tiga hari sebelum dimasukkan ke hospital. Wang, 60 telah mengalami demam, bengkak kaki dan lebam berwarna ungu kehitaman sebelum dibawa ke hospital setelah tidak sedarkan diri. Berikutan keadaannya yang tidak stabil serta mengalami kegagalan […]
(Video)Lelaki Cipta Rekod, Sertai 196 Marathon Di Seluruh Dunia Dalam Tempoh 22 Bulan, Jumlah Kalori Dibakarnya Mengejutkan
Seorang pegawai bank yang bertukar menjadi atlit marathon telah mencatatkan satu rekod dunia baharu selepas menyertai 196 pertandingan marathon yang diadakan di seluruh pelusuk dunia dalam masa hanya 22 bulan. Nick Butter, 30, nekad berhenti daripada dunia perbankan dan memulakan ekspedisinya itu pada Januari tahun lalu selepas diinspirasikan oleh seorang rakannya yang menghidap kanser. Sebanyak […]

(Video) Hadapi Krisis Kemanusian Hingga Kurus-Kering, Kanak-Kanak Yaman Dilaporkan Terpaksa Makan Daun Elak Kebuluran
Mungkin disebabkan desakkan hidup akibat peperangan yang sedang melanda dalam negara, tular beberapa keping gambar kanak-kanak di Yaman dalam keadaan kurus-kering dan dilaporkan terpaksa makan daun. Menurut laporan Elites Reader, penduduk-penduduk di perkampungan Al-Mashrada, selatan negara berkenaan terpaksa mengumpul daun-daun dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai halas, dalam kalangan penduduk tempatan, sebelum direbus dan dijamah […]
Universiti Anjur Program Baring Dalam Kubur, Elak Pelajar Tertekan Dengan “Exam”
Sebuah universiti telah memperkenalkan satu kaedah yang luar biasa untuk membantu pelajarnya menghadapi tekanan semasa minggu peperiksaan. Ramai yang telah berusaha untuk menawarkan pelbagai terapi alternatif bagi membantu pelajar mengalami gangguan keresahan (anxiety) semasa minggu peperiksaan berlangsung. Ada yang pernah menawarkan sesi terapi menggunakan anjing serta tempat senyap yang direka khas, namun lain pula ceritanya […]
Didakwa Cemburu Isteri Minat Hrithik Roshan, Suami Tikam Isteri Sampai Mati Sebelum Gantung Diri
Seorang lelaki bertindak diluar kawalan apabila didakwa menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara cemburukan bintang Bollywood, Hrithik Roshan. Isterinya dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan hingga menyebabkan suaminya berang dan cemburu. Menurut kenalan mangsa yang merupakan seorang penyanyi karaoke di lounge tempat mangsa bekerja sebagai pelayan bar, wanita berkenan sememangnya […]

‘Craving’ Nasi Lemak, Mat Salleh Sanggup Menggembara 9,600 KM Dari Greece Ke Kuala Lumpur
Malaysia sememangnya dikenali dengan pelbagai jenis makanan yang juga menjadi ‘syurga’ kepada food hunter bukan sahaja dari negara ini sendiri malahan dari luar negara juga. Negara kita juga dipengaruhi oleh tradisi kepelbagaian budaya yang menambahkan lagi keunikan dan ‘rencah’ dalam makanan tersebut. Salah satu makanan di negara ini yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi lemak […]

Dunia Bersiap Sedia Terima 5G, China Pula Mulai Teroka 6G
Ketika seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menggunakan perkhidmatan kelajuan internet 5G, China sudah memandang lebih kehadapan dengan memikirkan rangkaian penyambungan tanpa wayar terbaru iaitu 6G. Kementerian Sains dan Teknologi China mengumumkan pada 6 November lalu bahawa ia telah membentuk dua pasukan untuk melakukan penyelidikan dan kajian 6G. Satu pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan yang […]
Gadis Terpedaya Kekasih Minta Keluarkan ‘Sel Darah Putih’
Perbuatan ‘dewasa’ diluar perkahwinan sememangnya perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan ekoran mendatangkan pelbagai implikasi kepada pelaku. Perbuatan ini bukan hanya disebabkan oleh keinginan seorang pasangan, malah turut membabitkan satu pihak yang terpedaya. Perkara ini dapat digambarkan dengan jelas menerusi kejadian seorang remaja perempuan yang mengaku berhubungan intim bersama kekasih tanpa disedari dirinya telah diperdaya. Menerusi […]

Rangup Umpama Ikan Bilis, Nasi Cicak Goreng Makanan Popular Di Vietnam
Jika melancong ke luar negara, pasti ramai yang ingin mencuba makanan ‘wajib’ yang menjadi kegemaran rakyat di negara berkenaan. Orang kata dari situlah kita akan merasai keunikan negara itu terutamanya negara Asia yang memang terkenal dengan ‘street food’. Tapi, jika anda melancong ke Vietnam, mungkin satu hidangan ini sedikit berbeza dan membuatkan ramai dari kita […]
(Video) Pelik, Ikan Berwajah Manusia Jelas Hampiri Tebing Tasik
Sememangnya kita dikelilingi dengan pelbagai perkara pelik yang boleh terjadi pada setiap hari. Walau bagaimanapun, perkara pelik yang dihadapi dapat memberikan pengalaman baru kepada setiap orang. Seperti yang berlaku di China, pengunjung di sebuah tasik menjumpai seekor ikan yang menyerupai wajah manusia. Menurut laporan media tempatan, ikan luar biasa itu ditemui oleh pengunjung di Miao […]
Bengang Ayam Tak Pernah Bertelur, Pemilik Sembelih Dan Terkejut Jumpa ‘Harta Karun’
Seorang lelaki bertindak menyembelih ayamnya ekoran haiwan itu tidak pernah menghasilkan telur. Namun, apa yang dia dapati selepas menyembelih ayamnya sangat mengejutkan. Setelah menyembelih ayam, ternyata terdapat objek yang dikatakan harta karun dan lantas membuatkan lelaki dari China itu menjadi seorang yang kaya. Apa tidaknya, harta karun itu dilaporkan bernilai melebihi RM20 ribu yang selama […]

Sedih Tengok Kawan Baik Kematian Ibu, Lapan Sahabat Hadiahkan Kunci ‘Spare’ Rumah Masing-Masing
Kehilangan ibu bapa meninggalkan luka yang mendalam kepada seseorang dan kehidupan juga tidak akan lagi sama seperti sedia kala namun perlu diingat bahawa kita tidak berseorangan, masih ada yang prihatin dan menyayangi kita walaupun tanpa disedari. Seorang gadis dari Cumbria, Olivia Mahone, 18, telah kehilangan ibunya kerana menghidapi kanser dan membuatkannya tiada tempat untuk bergantung […]

Didakwa Kerana Mahu Staf Kelihatan Sempurna, Beberapa Syarikat Jepun Dilapor Tak Benarkan Staf Wanita Pakai Cermin Mata
Jepun merupakan sebuah negara yang maju dan canggih dengan teknologi, namun begitu satu kenyataan telah dikeluarkan dimana pekerja wanita tidak dibenarkan memakai cermin mata. Perkara tersebut telah mendapat tentangan daripada masyarakat disana. Beberapa berita tempatan telah menyatakan bahawa terdapat beberapa syarikat telah “mengharamkan” penggunaan cermin mata bagi pekerja wanita di negara tersebut. Perkara itu dilakukan […]

Kekuatan Badai Kategori Lima, Taufan Halong Paling Kuat Dunia Dijangka Hampiri Vietnam, India
Taufan Gergasi Halong merupakan salah satu daripda ribut terkuat yang direkodkan di mana-mana lautan di Bumi sejak Dvorak dimasuki pada tahun 1970-an. Taufan ini juga merupakan taufan ketujuh terbesar pada tahun ini dan kini merupakan salah satu daripada sistem tropika terkuat yang diperhatikan sejak liputan satelit bermula pada tahun 1970-an, dan menjadikannya salah satu ribut […]

Budak 7 Tahun Hampir Buta, Tulang Kepala Ternganga Diserang Anjing
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun hampir buta dan sebahagian tengkoraknya ternganga kerana diserang anjing. Sophie Evans, 7, berasal dari Wombwell, South Yorkshire, ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah dan mengalami luka di bahagian muka dan kepalanya akibat di gigit anjing Gembala Jerman pada bulan Januari. Ibu Sophie, Lyndsey, 34, tidak dapat menggambarkan ketakutannya ketika mendapat tahu […]

Microsoft Jepun Buktikan Produktiviti Syarikat Naik Lepas Laksana Kerja Empat Hari Tapi Bayar Gaji Lima Hari
Bagi yang bekerja sepenuh masa, anda pasti menginginkan cuti yang panjang dan ‘lari’ sebentar daripada kesibukan dan tekanan kerja namun apalah daya kebiasaannya cuti yang diperoleh hanya selama dua hari. Lain pula dengan syarikat Microsoft di Jepun yang melakukan ‘eksperimen’ terhadap cuti pekerjanya dan berjaya membuktikan bahawa bekerja selama 4 hari menjadikan lebih produktif selain […]

Fenomena Cuaca Pelik, Ribuan ‘Telur’ Penuhi Pesisir Pantai Finland
Beberapa keping gambar yang diambil oleh seorang jurugambar amatur, Risto Mattila, memperlihatkan satu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu ribuan bola ais yang berbentuk telur menghiasi pinggir pantai Finland. Pakar mengatakan bahawa proses yang jarang berlaku ini disebabkan oleh kepingan-kepingan kecil ais yang dibawa oleh angin dan air. Mattila yang berasal dari pinggir bandar Oulu berkata […]
2 Lelaki Terkejut, Burger Yang Didakwa Disimpan Hampir 25 Tahun Bagaikan Baru Dibeli Semalam
Sebiji burger dari sebuah restoran makanan segera yang didakwa dibeli pada tahun 1995 dan disimpan dalam sebuah bangsal di Australia selama bertahun-tahun dipercayai masih lagi kelihatan elok, nyata dua lelaki yang kini menganggap burger berusia 25 tahun itu sebagai “mate” atau kawan mereka. Casey Dean, 39, dan Eduards Nits, 38, mendakwa bahawa mereka telah membeli […]

Doktor Buang Satu ‘Keluarga’ Lipas Lepas Tak Tahan Ada ‘Benda’ Menyucuk Dalam Telinga
Satu insiden mengejutkan berlaku apabila doktor mengesan sebuah keluarga lipas yang ‘menginap’ di dalam telinga seorang lelaki. Semuanya bermula ketika lelaki berkenaan mengadu telinganya berasa sangat sakit ketika sedang tidur. Keadaan tersebut telah membuatkan dirinya berasa tidak selesa. Selepas pemeriksaan dibuat, terdapat serangga lipas yang dikesan di dalam telinga kanan lelaki berkenaan. Malah, menurut pakar […]