Berita›Luar Negara
(Video) Kesian Tengok Kaki Kebas, Suami Jadi ‘Bangku’ Tampung Isteri Sarat Mengandung
Umum tahu, wanita mengandung cepat letih akibat perubahan hormon yang berlaku keatas diri mereka terutama di awal kehamilan. Oleh itu wajar sekiranya kita menghormati mereka dengan memberikan beberapa kelebihan kepada mereka terutama ketika berada di tempat-tempat yang sesak. Masyarakat yang mempunyai sifat prihatin dalam diri akan mendahului wanita hamil terutama apabila berada di tempat awam. […]
“Jiwa, Fikiran Dan Hidupku Dirampas”, Pelajar Kejuruteraan Terjun Dari Menara Setinggi 187 Meter Di Kaherah
Kaherah, Mesir – Seorang pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Helwan dilaporkan terjun dari puncak menara Kaherah hujung minggu lalu. Nader Mohamed, 20, didakwa mempunyai krisis psikologi dan pernah memberitahu rakannya niat untuk membunuh diri. Video yang tersebar di internet menunjukkan pemuda berkenaan memanjat tembok di tingkat 187 menara berkenaan sebelum terjun. Seorang lelaki dilihat cuba […]
(Video) Penyamun Melambung Di Atas Jalan, Tewas Kemalangan Langgar Kereta Polis Ketika Cuba Lari
Satu video yang tersebar di media sosial menunjukkan kejadian jenayah yang didakwa terjadi di Argentina menjadi tular di media sosial. Video yang berdurasi selama 1 minit 32 saat itu memaparkan 3 orang yang dipercayai penjenayah telah menyamun seorang pejalan kaki di sebuah kawasan yang didakwa berlaku di San Martin. Penjenayah itu kemudiannya bertindak melarikan diri […]
Mangsa Rogol Dibelasah Dan Dibakar Lima Lelaki, Terpaksa Berjalan Lebih 1 Km Cari Bantuan
Seorang mangsa pemerkosaan sekali lagi melalui mimpi ngeri apabila dibelasah dan dibakar lima lelaki di sebuah perkampungan di Sindupur, India. Mangsa telah dibelasah, ditikam dan dibakar hidup-hidup sehingga mengakibatkan kecederaan lecur 90 peratus pada badannya Khamis lalu. Berpantang maut sebelum ajal, wanita itu berjalan sejauh lebih satu kilometer untuk meminta bantuan sebelum menemui seorang penduduk […]
(Video) Viral Video Beruang Berdiri, ‘Tepuk’ Bahu Wanita Macam Nak Minta Makanan
Seekor beruang menarik perhatian orang ramai apabila berkelakuan seperti seorang manusia dengan berdiri menggunakan dua kaki belakangnya dan ‘menepuk’ bahu seorang wanita seakan-akan ingin meminta makanan. Kejadian itu didakwa berlaku di Monterrey, Mexico. Dalam satu video yang tular, kelihatan dua ekor beruang berwarna hitam berkeliaran di lokasi berkenaan berhampiran sekumpulan orang ramai di sana. Salah […]
(Video) Buka Pintu Masjid Selamatkan Pelajar AS Bertempiaran Lari Dipercayai Dari Ditembak, Muslimah Ini Jadi Viral
Satu kejadian tembakan telah berlaku di Oshkosh West High School pada Selasa lalu, membuatkan para pelajar terpaksa melarikan diri dan berlindung di sebuah masjid berdekatan. Seorang pegawai polis yang bertugas di sekolah berkenaan telah menembak seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang menikamnya dalam satu perbalahan di sekolah tersebut Selasa lalu. A school shooting took […]

Pakar Beri Amaran Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS
Sama ada anda perasan atau tidak, tahun ini memperlihatkan perubahan iklim yang sangat ketara di seluruh dunia sehingga pakar-pakar memberi amaran bahawa bumi akan musnah jika tidak dipelihara dengan sebaiknya. Terbaharu, satu kajian yang dijalankan oleh Brunel University di London mendapati bahawa pada 22 Disember 2018 lalu, gelombang ombak setinggi 150 meter telah tercetus akibat […]
‘Umpan’ Barangan K-Pop Untuk Puaskan Nafsu, Abang Tergamak Nodai Adik Kandung
Seorang remaja berusia 18 tahun di Singapura mengaku bersalah di mahkamah atas perbuatannya mencabul adik kandung yang baru berusia 12 tahun. Perbuatan terkutuk remaja berkenaan dikatakan telah bermula pada bulan Januari tahun ini dan berulang sehingga April. Insiden pertama berlaku ketika adik perempuan itu ke bilik abangnya untuk bertanyakan soal kerja sekolah. Pada ketika itu, […]

Lelaki Penggal Kepala Wanita, Jadikan Otak Sebagai ‘Hidangan’ Makan Dengan Nasi
Seorang lelaki dilaporkan ditahan kerana memenggal kepala seorang wanita dan memakan otaknya dengan nasi pada Khamis semalam di daerah Misamis Oriental yang berada di utara Mindanao, Filipina. Lelaki yang berusia 21 tahun itu menjadi suspek utama dalam pembunuhan tersebut yang memperlihatkan mangsanya adalah seorang wanita yang tidak dapat dikenalpasti identitinya. Mayat wanita tanpa kepala dan […]

Filipina Dijangka Berada ‘Bawah Air’ Dalam Tempoh 30 Tahun – Kajian
Satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa negara Filipina dijangka akan ‘tenggelam’ dalam tempoh masa 30 tahun lagi. Kajian itu juga memberi amaran mengenai masa depan alam sekitar yang sangat membimbangkan. Menurut penulisan itu, dalam tiga dekad, kawasan-kawasan pantai termasuk di Manila Bay akan tenggelam disebabkan oleh kesan daripada perubahan iklim. Kajian yang dijalankan oleh Organisasi Sains […]

Demam Campak Ragut Nyawa Lebih 60 Kanak-Kanak Di Samoa
Bilangan kanak-kanak yang kehilangan nyawa akibat campak meningkat di Samoa. Elsie, seorang ibu turut sedih kerana terpaksa kehilangan anak perempuannya disebabkan wabak campak ini. Sejak Oktober, lebih 60 orang kanak-kanak meninggal. Kebanyakan daripada mereka berusia bawah dari 4 tahun. Di negara yang seramai 200,000 penduduk itu sudah terdapat 4000 kes yang melibatkan campak. Perdana menteri […]
Bapa Meninggal Beberapa Jam Sebelum Misi Raih Emas Sukan SEA, Edgar ‘Sarungkan’ Pingat Pada Jenazah
Cabaran Sukan Sea 2019 yang diadakan di Filipina sememangnya menjadi medium para atlet untuk meraih pingat dan kemenangan pada negara. Begitu juga bagi seorang atlet dari Indonesia, Edgar Marvelo yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara Wushu. Namun, kejayaannya itu tidak berpanjangan ekoran berita kematian ayahnya. Dikhabarkan menerusi halaman Facebook 2019 SEA Games, bapa […]

Mujur Ada Patung ‘Baby Shark’, Budak Nyaris Terkena Peluru Sesat
Satu peluru sesat nyaris sahaja terkena seorang kanak-kanak di sebuah rumah di Wisconsin namun dia bernasib baik kerana peluru tersebut menembusi anak patung ‘baby shark’ yang dipegang olehnya semasa tidur. Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu itu menunjukkan kanak-kanak itu sedang tidur sambil memeluk anak patungnya. Jabatan Polis Madison berkata, mereka menemui beberapa sarung peluru […]
Dipercayai Tertekan Hidup Miskin, Remaja Lengkap Berpakaian Sekolah Ditemui Mati Gantung Diri Dalam Rumah
Seorang remaja yang masih bersekolah di Ternate ditemui mati tergantung di rumahnya dipercayai kerana tertekan dengan masalah kemiskinan yang dihadapi keluarganya itu. Mangsa yang berusia 16 tahun ditemui masih lengkap berpakaian sekolah dalam keadaan tergantung oleh adiknya,11 tahun yang baru pulang ke rumah setelah selesai bermain. Menurut adik mangsa lagi seorang, AM, mangsa ada bersuara […]
Dipercayai Perjalanan Terjauh Pernah Direkodkan, Harimau Ini Berjalan Beribu KM Cari Pasangan Hidup
Seekor harimau di New Delhi telah melakukan pengembaraan sejauh 1300 KM dalam masa 5 bulan perjalanan yang dipercayai perjalanan paling panjang dicatatkan oleh harimau menurut penyelidik. Harimau yang dikenali sebagai T1-C1 ini dipercayai berjalan sejauh itu untuk mencari pasangan hidup. Sepanjang perjalanannya selama lima bulan itu, T1-C1 telah merentas di kawasan hutan dan kawasan bandar […]
(Video) Pakcik Berdiri Tengah Jalan Nyaris Maut, Gigih Elak Kereta Terbabas Dipercayai Akibat Jalan Licin
Satu video yang tersebar di media sosial memaparkan kejadian kemalangan didakwa berlaku di sebuah jalan raya di Korea Selatan telah menjadi tular di media sosial. Kejadian tersebut dipercayai berpunca kerana salji cair di permukaan jalan sehingga menyebabkan jalan menjadi licin. Dalam video tersebut, beberapa kereta dilihat merempuh penghadang jalan serta kenderaan kerana tidak dapat mengawal […]
Terbelit Dengan Rambut Bersepah Atas Lantai, Bayi Nyaris Kehilangan Jari Kaki
Bayi 10 bulan hampir kehilangan jari kakinya selepas mendapati rambut terbelit di beberapa jari kakinya selama 12-14 jam sehingga menyebabkan darah tidak dapat mengalir. Alex Upton, ibu kepada bayi berkenaan tertanya tanya apakah punca sebenar anaknya menangis tidak henti-henti. Akhirnya Alex mendapati terdapat sehelai rambut terbelit di kaki bayinya,Ezra selama 12 hingga 14 jam sehingga […]
(Video) Setiap Hari Menanti Dipantai, Kisah Ibu Tua Setia Tunggu Anaknya ‘Tenggelam’ Dilaut Kembali
Seorang ibu tua di Aceh menyentuh hati orang ramai apabila setia menanti si anak setiap hari di tepi pantai mengharapkan anaknya yang hanyut kembali pulang. Sejak siang hingga malam, si ibu menatap Pantai Ujong Batee Lhokseumawe yang luas tanpa jemu walau angin laut cukup kuat menerpa tubuh tuanya. Anak yang dinantinya, Sadikul Akbar, 16, dikhabarkan […]
Misi Dijalankan Secara Rahsia, Jongkong Emas Seberat 100 Tan Berjaya Dikeluarkan Dari Negara Ini Tanpa Dikesan
Misi memindahkan jongkong emas yang bernilai 4 billion pound (RM21.87 bilion) yang disembunyikan di London semasa perang Dunia Kedua telah berjaya dilakukan secara rahsia. 8000 bar Jongkong emas yang seberat 100 tan telah berjaya dipindahkan secara rahsia dengan menggunakan pesawat, helikopter, lori dan pasukan khas polis. Menurut Bloomberg, jongkong emas ini dibawa pulang adalah untuk […]
Kecewa Dah Kahwin Lama Tapi Tak Dapat Anak, Lelaki Didakwa Bakar Isteri Sendiri Tak ‘Mampu’ Mengandung
Kaherah, Mesir – Seorang lelaki bertindak kejam membakar isterinya yang didakwa tidak mampu hamil selepas tiga tahun perkahwinan. Menurut Midle East Monitor, lelaki itu mengikat isterinya sebelum menuang cecair mudah terbakar dan membakar wanita itu. Dia tanpa serba salah meninggalkan rumah mereka dan menuju ke rumah ibu bapanya di dalam bangunan yang sama tanpa membuat […]