Berita›Luar Negara
(Video) Perang Orang Kaya, Darah Orang Miskin, Warga Dunia Kecam AS-Iran, Seru Peperangan Dihentikan
Krisis antara kuasa besar Iran dan Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk dunia. Bahkan, sekutu AS dan negara-negara Arab turut mengambil jalan berkecuali dari terlibat dalam ketegangan itu. Tanda pagar “IranvsUSA” trending di laman Twitter di mana ramai warga maya meluahkan rasa kesal dengan konflik yang berlaku. ”Video paling sedih saya tonton hari ini. Kami […]
(Video) Disangkakan Jeritan Mangsa Culik, Polis Serbu Rupanya Suara Burung Kakak Tua Pandai Bercakap
Sepasukan polis Florida, Amerika Syarikat gelak besar apabila mendapati teriakan perkataan “Let me out!” seakan diculik itu rupa-rupanya datang daripada seekor burung kakak tua yang dibela oleh seorang lelaki di rumahnya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di kejiranan tersebut yang membuat panggilan kecemasan selepas terdengar teriakan yang disangkakan […]
Anak Derhaka, Gara-Gara Dilarang Tukar Nama, Remaja Ini Didakwa Sanggup Bunuh Ibunya Sendiri
Gara-gara permintaannya untuk menukar nama ditolak, seorang anak didakwa sanggup menjadi anak derhaka dengan mencekik, memukul dan menendang ibu kandungnya sehingga meninggal dunia. Kejadian ini berlaku di Kampung Pendem, Daerah Sumberlawang, Sragen. Wanita malang ini dijumpai mati berlumuran darah di dalam biliknya dipercayqai dibunuh oleh anak kandungnya sendiri, Hendriyanto 36 tahun. Hendriyanto didakwa telah mencekik, […]

“Semuanya Baik-Baik Saja, Kita Ada Tentera Paling Berkuasa Di Dunia” – Trump
Serangan yang dilancarkan dari Iran ke Pangkalan udara tentera Iraq telah menggemparkan dunia sejak awal pagi tadi lagi. Peluru berpandu yang dilancarkan telah mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan kakitangan tentera AS dan sekutu AS di Al-Assad dan Irbil. Dalam laporan yang lain, Iran telah memberi amaran keras bahawa mereka akan menyerang Haifa (Israel) […]

(Video) Detik-Detik Api ‘Serang’ Belukar Berhampiran Kawasan Rumah Di Australia
Kebakaran di Australia masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti dan ia semakin membimbangkan walaupun hujan telah turun beberapa hari yang lalu. Pelbagai pihak termasuk artis dan selebriti terkenal telah bersama-sama membantu penduduk di Australia untuk meneruskan kehidupan dan memberikan sokongan moral kepada mereka dalam menghadapi bencana yang tidak diingini itu. Media sosial menjadi medium […]
Pesawat Malaysian Airlines Dilapor Elak Ruang Udara Iran
Kuala Lumpur, 8 Jan – Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan ruang udara Iran lantaran konflik yang berlaku. Tindakan ini berikutan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) yang sedang berlaku di negara tersebut. Terbaru, Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas dua pangkalan AS di Iraq sebagai tindak balas pembunuhan komander […]
Iran Dilanda Dua Gempa Bumi Kuat Berhampiran Loji Kuasa Nuklear
Terkini, gempa bumi kuat dilaporkan melanda negara Iran. A 4.9 magnitude earthquake struck near #Iran's #Bushehr Nuclear Power Plant. The depth and epicenter indicate it was a natural event and unrelated to this evenings events. A similar earthquake struck in late December. USGS report enclosed. https://t.co/WcfNffwSOm — Strategic Sentinel (@StratSentinel) January 8, 2020 Difahamkan sebanyak […]
Harga Minyak Dilaporkan Naik Selepas Iran Serang Pangkalan AS Di Iraq
New York, 8 Jan – Harga minyak naik semalam selepas Iran menyerang dua pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Iraq. Serangan itu menyebabkan harga minyak mentah AS meningkat lebih 4% kepada AS$65.48 setong pada petang semalam berbanding AS$62.70 sebelumnya. Menurut CNN, Pentagon mendakwa Iran menggunakan peluru berpandu balistik ke atas pangkalan tentera Amerika di Iraq. Serangan […]

Pesawat Penumpang Ukraine Bawa 180 Penumpang Terhempas Di Iran
Terkini, pesawat penumpang milik Ukraine dipercayai terhempas di Iran. Pesawat penumpang yang dilaporkan membawa sekurang-kurangnya 180 orang penumpang dan anak kapal itu dikatakan dalam perjalanan dari Tehran menuju ke Kiev. Pesawat tersebut dilaporkan terhempas berdekatan dengan lapangan terbang Imam Khomeini. Tiada maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan. Menurut laporan China Daily yang memetik laporan berita tempatan, […]

Perang AS-Iran Masuk Gelombang Kedua, Malaysia Dijangka Terkena ‘Tempias’ – Laporan
Sejak awal pagi tadi, kita digemparkan dengan berita pangkalan udara tentara Iran yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) telah diserang. Serangan peluru berpandu itu dilaporkan dilancarkan dari Iran bagi mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan tentera AS dan sekutunya. Konflik yang dialami oleh AS dan Iran dilihat telah menjadi kebimbangan bagi komuniti setempat dan […]
35 Maut, 48 Cedera Semasa Majlis Pengebumian Soleimani Di Iran
MOSCOW, (Bernama) — Tiga puluh lima orang maut manakala 48 lagi cedera dalam insiden rempuhan membabitkan orang ramai yang bersesak di jalan-jalan di bandar Kerman, Iran bagi mengikuti majlis pengebumian Qasem Soleimani, komander tertinggi tentera elit Kor Pengawal Revolusi Islam Iran yang terbunuh dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas. Agensi berita […]
40 Bomba Malaysia Dijangka Ke Australia Bantu Padam Kebakaran
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 40 orang anggotanya untuk ditugaskan membantu memadam kebakaran hutan di Australia sekiranya diarah berbuat demikian. Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pemilihan anggota itu dibuat selepas mesyuarat penyelarasan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) semalam. “Saya percaya kita cukup bersedia kerana pemilihan anggota yang […]
(Video) Dakwa Serangan Pertama Ragut Lebih 30 Nyawa Warga AS, Iran Mulakan Serangan Gelombang Kedua
Terbaru, tentera Iran mendakwa bahawa kira-kira 30 nyawa warga AS telah terbunuh dalam serangan pertama peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengan jumlah kerosakan serta bilangan nyawa yang terkorban susulan daripada serangan tersebut. Reckless for MSNBC to mention Iran claiming 30 US service members […]
TERKINI: Iran Beri Amaran Serang Israel & UAE Jika AS Balas Serangan Peluru Berpandu
Iran memberi amaran keras bakal menyerang Haifa (Israel) dan Dubai (UAE) jika AS membalas serangan misil mereka di dua pangkalan tentera AS di Iraq baru-baru ini. “Kami beri amaran kepada AS yang dahagakan darah, tindakan jahat atau agresif terhadap Iran akan menyebabkan tindak balas yang lebih menyakitkan,” kata wakil Pengawal Revolusi Iran (IRGC). Iran menyerang […]
(Video) TERKINI: Jet Pejuang Iran Dan AS Dilapor Telah Berlepas Dari Pangkalan Tentera Masing-Masing
Susulan daripada hubungan yang menjadi tegang diantara Amerika Syarikat (AS) dan Iran sejak daripada pembunuhan komander tertinggi Iran yang berlaku tempoh hari, Iran pada hari telah dilaporkan bertindak balas dengan melancarkan puluhan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera yang menempatkan tentera AS di Iraq. Berikutan dengan itu, menerusi satu Tweet yang dimuat naik oleh Ranj […]
(Video) TERKINI: Iran Lancar Puluhan Peluru Berpandu Serang Pangkalan Tentera Amerika Syarikat
Pangkalan udara tentera Iraq yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah Al Anbar, Iraq telah dihujani dengan puluhan peluru berpandu balistik yang dikatakan dilancarkan daripada Iran, lapor Pentagon. “Sudah jelas bahawa peluru berpandu ini dilancarkan dari Iran yang mensasarkan dua pangkalan tentera Iraq yang menempatkan kakitangan tentera AS dan sekutu AS di Al-Assad dan […]

Seram, Kelibat Persis Budak Tapi Berjari Empat ‘Tumpang’ Gambar ‘Selfie’ Dalam Tandas
Cerita-cerita seram tidak pernah lekang menghiasi media sosial tidak kira di negara ini sendiri mahupun di luar negara dan ia akan sentiasa menjadi perhatian netizen walau terkadang kisah itu belum dipastikan kesahihannya. Mungkin tidak masuk akal namun kita harus percaya bahawa ada selain daripada manusia, ada makhluk lain yang menghuni dunia ini dengan izin yang […]
Indonesia Dilarang Guna Beg Plastik Bermula Pertengahan Tahun Ini
Ibu Negara Indonesia tersenarai sebagai wilayah kedua terburuk mencemari laut dengan plastik. Berikutan dengan perkara tersebut, larangan penggunaan beg plastik di pasar jalanan dan pusat beli-belah bermula pertengahan tahun ini telah dilaksanakan. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan menandatangani peraturan berkenaan pada 27 Disember lalu susulan langkah yang diambil Bali yang melarang penggunaan plastik di pulau berkenaan […]
Lelaki Ini Miliki 39 Isteri, 94 Anak Dan 33 Orang Cucu, Berniat Nak Kahwin Seorang Lagi Wanita
Seorang lelaki dari India, Ziona Chana yang sudah mempunyai 39 isteri, 94 anak dan 33 cucu merasakan bahawa keluarganya masih tidak lengkap. Kisah ini dipetik dari portal berita Reuters pada tahun 2011. Mungkin keluarga Ziona ini sudah semakin besar selepas 9 tahun berlalu Malah, Ziona Chana sangat terbuka jika diberi peluang untuk berkahwin lagi yang […]
Dari Hutan Hijau, Pulau Kangaroo Jadi ‘Kubur’ Ribuan Haiwan Rentung Terbakar
Foto-foto yang dikongsikan sangat luar biasa menunjukkan haiwan rentung terbakar dalam kebakaran hutan belantara yang sangat dahsyat sehinggakan ‘mencacatkan’ pemandangan Pulau Kangaroo. Pulau Kangaroo yang berada di pinggir Australia Selatan telah dimusnahkan dengan kebakaran sehinggakan menjadi padang yang luas tiada timbunan pokok menghijau. Sesetengah perkhidmatan telefon tidak dapat digunakan di pulau tersebut. Sebilangan tempat kediaman […]