Berita›Luar Negara

Kesihatan
COVID-19: 5 Lagi Doktor Di Itali Meninggal Dunia, Lebih 2,600 Staf Kesihatan Disahkan Positif
Seramai lima lagi doktor di Itali meninggal dunia akibat koronavirus, menjadikan jumlah kematian dalam kalangan staf kesihatan sebanyak 13 kes. Setakat ini, seramai 2,629 petugas kesihatan disahkan positif COVID-19, lapor Daily Mail. Jumlah petugas kesihatan yang positif virus itu adalah bersamaan 8.3 peratus kes jangkitan negara itu. Angka tersebut menyebabkan kerisauan terhadap keselamatan petugas barisan […]
Luar Negara
Kumpulan Gajah ‘Terlelap’ Di Kebun Teh, Dipercayai Mabuk Selepas Terminum 30kg Wain Jagung
SEJUMLAH 14 ekor gajah ditemui terbaring bergelimpangan di sebuah ladang teh di wilayah Yunan, China, dipercayai akibat terminum 30 kilograms wain jagung. Lebih menarik lagi, minuman tersebut telah memabukkan kumpulan gajah berkenaan sehingga didapati ‘terlelap’ dalam keadaan senyum. Menurut perkongsian di Epicalyptic, difahamkan gajah-gajah itu berada di kawasan kebun berkenaan untuk mencari jagung dan makanan-makanan […]
Kesihatan
“Seakan Ada Batu Timpa Dada,” Gadis Positif Covid-19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid-19. Sehingga kini, virus yang mula tercetus di China itu telah menjangkiti lebih 200 ribu manusia serta membunuh hampir sembilan ribu nyawa. Sungguhpun pengisytiharan wabak ini sebagai pandemik oleh WHO serta perintah kawalan pergerakan telah dilakukan pihak kerajaan bagi membendung wabak ini, namun masih […]
Luar Negara
COVID-19: Thailand Mungkin Laksana Perintah Larangan Keluar Masuk Kawasan
BANGKOK, 19 Mac — Thailand tidak menolak kemungkinan mengenakan perintah tidak dibenarkan keluar atau masuk kawasan bagi membendung penularan COVID-19 susulan kes yang meningkat di negara ini. Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha berkata, Thailand masih berada pada fasa kedua penularan dan tidak menolak kemungkinan ia akan merebak hingga meningkatkan jumlah kes jangkitan COVID-19. “Penularan jangkitan itu di […]
Berita
Covid-19: Kes Kematian Di Indonesia Kini 25 Orang
Jakarta: Jumlah kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 25 orang hari ini. Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, sebanyak enam lagi kes kematian dicatatkan hari ini, berbanding jumlah kematian setakat semalam 19 orang. “Setakat jam 12 tengah hari ini, kes positif meningkat kepada 309, tambahan 82 kes baharu (semalam jumlah kes […]
Luar Negara
Dakwa Cuma Parodi, Lelaki Jilat Jari, Sapu Pada Pemegang Dalam Tren Undang Kemarahan
Penularan Covid-19 membuatkan masyarakat di dunia pada masa ini mengambil langkah bagi membendung jangkitan virus tersebut dengan menjaga kebersihan dan tidak keluar di kawasan yang dikerumuni orang ramai. Jangkitan virus tersebut sememangnya tidak boleh dianggap remeh kerana ia merebak dengan pantas tanpa kita sedari. Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tidak […]
Luar Negara
(Video) Sunyi, Gambaran Sebenar ‘Lockdown’ Di Bandar-Bandar Utama Seluruh Dunia
Hampir di seluruh dunia pada ketika ini diselubungi dengan kebimbangan dan kegusaran terhadap jangkitan Covid-19 sehingga mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat. Menurut laporan AFP, sekitar 500 juta orang di seluruh dunia telah dikenakan perintah berkurung oleh pemerintah masing-masing. Perintah berkurung adalah sangat penting bagi menghalang orang ramai untuk berkumpul di kawasan awam dan seterusnya dapat […]
Kesihatan
20 Ribu Askar Bersedia Ditempatkan Sekitar Britain, Kawal Penularan Wabak Covid-19
Ketua-ketua tentera meletakkan 20,000 askar bersiap sedia untuk ditempatkan di jalan-jalan, hospital dan laman utama lain di Britain untuk membantu mengatasi pandemik. Sebagai sebahagian daripada pakej sokongan, beribu-ribu tentera akan digerakkan atau diterbangkan ke rumah dari program luar negara dan bersedia untuk bergerak sebagai sebahagian daripada Pasukan Sokongan Covid yang baru. Orang yang paling penting […]
Berita
Tiga Bayi Di UK Dijangkiti Covid-19 Setakat Ini, Dua Antaranya Baru Lahir
Tiga bayi, termasuk dua yang baru lahir di UK telah disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19, lapor Metro. Bayi kedua yang baru sahaja dilahirkan di Norfolk telah disahkan dijangkiti dengan virus maut itu pada Rabu. Difahamkan, seorang ibu bersama bayinya yang baru lahir telah diuji positif virus tersebut pada hujung minggu lalu. Bayi tersebut dipercayai merupakan […]
Kesihatan
China Laporkan Tiada Kes Covid-19 Domestik Buat Pertama Kali
Tanah Besar China telah melaporkan sifar jangkitan Covid-19 dalam negeri buat pertama kali sejak wabak itu bermula. Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata ia juga merupakan kali pertama di wilayah Hubei di mana jangkitan pertama kali muncul dan tidak merekodkan sebarang kes baru sama ada di dalam negeri atau dari luar negara. Di seluruh negara, terdapat 34 […]
Kesihatan
“Seakan Sedang Rentas Medan Perang,” Jururawat Gambarkan Keadaan ‘Genting’ Di Itali
Itali merupakan negara yang mempunyai salah satu fasiliti kesihatan terbaik di dunia barat. Dengan memiliki kepakaran dalam perubatan serta doktor-doktor yang terlatih, mereka merasakan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini di negara mereka sebelum wabak tersebut melanda negara mereka. Namun begitu, selepas virus ini sampai ke negara mereka, keadaan berubah apabila […]
Luar Negara
Tiada Pelan B, Doktor Di Itali Berharap ‘Lockdown’ Jadi Penyelesaian Tangani Covid-19
Lebih daripada 60 juta orang hidup di bawah perintah berkurung yang semakin tidak tertanggung dan semakin ketat di Itali. Kedai-kedai yang masih terbuka ditutup sebelum ini dan polis sedang melakukan rondaan dalam jumlah yang lebih besar, mengejar keluarga yang keluar dan ‘menghalau’ mereka untuk kembali pulang ke rumah serta memastikan tiada siapa yang berada di […]
Berita
Covid-19: Singapura Batalkan Bazaar Ramadhan Dan Bazaar Aidilfitri
Bazaar Ramadan yang popular di Singapura iaitu Bazaar Di Geylang Serai, Woodland tidak akan beroperasi seperti tahun yang lepas sebagai langkah berjaga-jaga berikutan dengan wabak pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia. Dalam satu kenyataan Persatuan Rakyat (PA) berkata mereka tidak akan menganjurkan apa-apa jenis bazaar perayaan serta pameran perdagangan yang berkuat kuasa ada 18 […]
Kesihatan
(Video)China Buka Hospital Khas Covid-19 Bagi Kuarantin Orang Pulang Dari Luar Negara
China dilaporkan telah membuka hospital yang dibina khusus untuk virus Covid-19 bagi mengkuarantin orang yang datang dari luar negara. Sekumpulan pelancong pertama yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing telah dibawa ke hospital Xiaotangshan hari ini, lapor media China. Fasiliti tersebut telah dibina semula daripada pusat perubatan yang dibina untuk SARS. Pembinaan tersebut hanya mengambil […]
Kesihatan
Covid-19: Sekitar 500 Juta Orang Jalani Perintah Berkurung Di Seluruh Dunia
Sebanyak 500 juta orang dikenakan langkah lockdown di seluruh dunia kerana wabak koronavirus yang bermula di China dan dengan cepat merebak ke seluruh dunia. Menurut AFP, dari China ke Republik Czech hingga ke Venezuela, pemerintah telah memaklumkan kepada rakyat mereka untuk tinggal di dalam rumah untuk mencuba dan memperlambatkan penyebaran pandemik. Wilayah Hubei dan ibu […]
Luar Negara
Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Bali
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Selatan Bali, Indonesia pada 1.45 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan gempa pada kedalaman 45 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 305km selatan dari Denpasar, Indonesia. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi kuat […]
Luar Negara
COVID-19: 47 Kes Baharu Dilaporkan Di Singapura
SINGAPURA, 18 Mac — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan 47 kes positif baharu COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan 313 kes. Daripada 313 kes keseluruhan itu, 33 adalah kes dari luar melibatkan 30 penduduk Singapura yang dijangkiti virus berkenaan di luar negara dan kembali ke negara itu, kata Pengarah Perkhidmatan Perubatan MOH, Profesor Madya Kenneth Mak, […]
Luar Negara
Warga Emas Pernah Ancam Mahu Sebar COVID-19 Meninggal Dunia
PADA awal Mac lalu, gempar satu kejadian di Jepun tentang seorang lelaki tua berusia 57 tahun yang dijangkiti COVID-19 membuat ancaman untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain. Menurut laporan media tempatan yang terdahulu, lelaki itu memberitahu kepada ahli keluarganya bahawa dia mahu ke dua bar bagi tujuan tersebut. “Saya mahu sebarkan virus,” demikian ungkapannya […]
Kesihatan
Foto Petugas Kesihatan Di Hubei Gembira Selepas Tiada Lagi Kes COVID-19 Dilaporkan
Wuhan, 18 Mac – Selama dua hari berturut-turut, suruhanjaya kesihatan Hubei mengesahkan tiada kes suspek jangkitan baru COVID-19 dicatatkan di wilayah itu. Menurut Xinhua, wilayah yang menjadi pusat permulaan penularan wabak itu juga bebas kes disyaki pada hari ini. Berdasarkan laporan itu, tiada kes baru COVID-19 dicatatkan di 16 bandar selain Wuhan dalam tempoh 13 […]
Berita
841 Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara- Wisma Putra
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Setakat ini seramai 841 warga Malaysia dilaporkan terkandas di 20 negara berikutan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak COVID-19. Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata semua rakyat Malaysia yang terkandas itu telah diberikan bantuan konsular oleh Perwakilan Malaysia di luar negara meliputi nasihat […]