Berita›Luar Negara
Hartawan Kalimantan Barat Bersatu Kumpul Dana, Beli Kelengkapan Perubatan Bantu Kerajaan Indonesia
DALAM beberapa hari ini jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia semakin meningkat, termasuklah di Kalimantan Barat. Ekoran itu, beberapa ahli perniagaan yang bergabung di bawah Kamar Dagang Indonesia (KADIN) Kalimantan Barat (Kalbar) bertindak melancarkan kutipan sumbangan untuk memantu Pemerintah daerah dalam menangani penyebaran virus tersebut. “Jumlah penyumbang setakat ini ada 200 lebih. Ada atas nama peribadi, […]

Suspek Tembakan Rambang Masjid Christchurch Mengaku Salah Atas Semua Pertuduhan
Serangan yang melibatkan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada Mac 2019 yang lalu telah menyebabkan 51 orang terkorban. Selepas setahun berlalu, suspek tersebut mengaku bersalah atas semua pertuduhan. Lelaki berusia 29 tahun itu merupakan warga Australia mengaku bersalah cubaan membunuh mangsa yang terkorban. Sebelum ini, menurut BBC, suspek menafikan dakwaan tersebut dan bakal […]
Selepas Itali, Giliran Sepanyol Atasi China Selepas Catat 3,434 Kematian Angkara COVID-19
Angka korban keseluruhan angkara COVID-19 dicatatkan di Sepanyol mengatasi China apabila mencatatkan sebanyak 3,434 kematian pada Rabu, lapor Channel News Asia. Kerajaan negara dalam Kesatuan Eropah itu berkata, sebanyak 738 kematian baru dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam. Sepanyol kini memasuki hari ke 11 perintah berkurung bagaimanapun masih bergelut untuk mengawal jangkitan wabak berkenaan yang […]
Dipercayai Langgar Perintah Berkurung, Seorang Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing
Seorang lelaki di Rwanda dipercayai telah melanggar perintah berkurung dilaporkan maut dibaham buaya semasa memancing, lapor Datuk Bandar daerah Kamonyi kepada BBC. Alice Kayitesi berkata bahawa, insiden pada pagi Rabu itu berlaku di sungai Nyabarongo. “Lelaki itu telah melanggar perintah berkurung, dia adalah segelintir orang yang tidak memberi kerjasama dengan perintah yang dilaksanakan untuk membendung […]
COVID-19: Singapura Catat 73 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan 631, 160 Pulih
SINGAPURA, 25 Mac (Bernama) — Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini melaporkan tambahan 73 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 38 adalah kes import. Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah 631. MOH dalam kenyataan hari ini berkata 38 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan beberapa negara Asia. Salah satu kes import melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia […]
Indonesia Berduka Pemergian Ibu Jokowi, Hanya Mampu Berdoa Di Rumah
JAKARTA, 25 Mac (Bernama) — Rakyat Indonesia berduka atas pemergian ibu kepada Presiden Joko Widodo, dan hanya mampu berdoa dari rumah, ekoran penularan pandemik COVID-19, yang tidak membolehkan sebarang perhimpunan atau berkumpul di mana-mana majlis berskala besar. Jenazah ibu Jokowi, Sudjiatmi Notomihardjo dijadual dikebumikan di Pemakaman Keluarga Mundu, Selokaton, Gondangrejo, Karanganyar, tengah hari esok. Jokowi dalam […]

COVID-19: 105 Kes Baharu Di Indonesia, Jumlah Kematian 58
JAKARTA, 25 Mac — Indonesia mencatatkan 105 kes baharu positif COVID-19 hari ini menjadikan keseluruhan 790 kes dengan tiga lagi kematian direkodkan. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto dalam sidang akhbar petang ini berkata ia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 58 kes. “Dengan tambahan 105 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes di Indonesia kini 790. Jumlah keseluruhan […]
COVID-19: Thailand Isytihar Perintah Darurat Dengan Langkah-Langkah Ketat
Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha hari ini mengisytiharkan perintah darurat yang akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini sehingga 30 April dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 di negara itu. Langkah-langkah lebih keras dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 selepas negara itu mencatat sejumlah 934 kes dengan empat kematian setakat ini. Bermula tengah malam ini, […]
Ibu Jokowi Meninggal Dunia, PM Ucap Takziah Dan Titip Doa Buat Jokowi Sekeluarga
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi laman Twitter rasminya mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo ke atas pemergian ibunya, Sujiatmi Notomiharjo. Saya baru sahaja menerima khabar dukacita bahawa Ibu Sujiatmi Notomiharjo (Ibunda kepada Bapak Joko Widodo @jokowi , Presiden Republik Indonesia) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. — Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 25, […]

Putera Charles Disahkan Positif COVID-19
Clarence House mengesahkan bahawa Putera Charles telah didiagnosis dengan penyakit Covid-19 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi ini. Pewaris takhta itu dikatakan telah menunjukkan ‘gejala ringan’ tetapi ‘sebaliknya kekal dalam keadaan baik’ dan telah mengasingkan diri di Scotland dengan Duchess of Cornwall, Camilla yang telah diuji negatif Covid-19. “Putera Wales telah diuji positif koronavirus. Dia […]
Keluarga Nekad Bawa Pulang Jenazah Disyaki Positif Covid-19 Ke Rumah
Sebuah video yang memaparkan jenazah Pesakit dalam Pengawasan (PDP) Covid-19 di Daerah Kolaka, Indonesia telah tular di laman media sosial. Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Bahteramas di Sulawesi Tenggara, Isnin lalu. Dalam video tersebut, kedengaran teriakan tangisan semasa jenazah wanita itu sampai di rumah pengebumian. Jenazah PDP telah dibawa […]
59 Maut Di Afrika Selatan, Dipercayai Diberi Minum Dettol Didakwa Boleh Cegah COVID-19
MALANG. Seorang paderi di Afrika Selatan, didakwa memberi jemaah gerejanya meminum cecair Dettol, dipercayai untuk mencegah jangkitan COVID-19. Kira-kira 59 orang disahkan meninggal dunia manakala empat lagi dilaporkan kritikal dan kejadian tersebut masih dalam siasatan pihak polis. Menurut polis, pengikut yang mudah terpedaya itu telah percaya bahawa dengan meminum cecair Dettol tersebut akan mengelakkan mereka […]
Kekurangan Sumber, Indonesia Diramal Jadi Pusat Penularan COVID-19 Seterusnya- Pakar
Jakarta, 25 Mac- Kekurangan katil, fasiliti kesihatan dan staf perubatan mendedahkan Indonesia kepada risiko menjadi pusat penularan COVID-19 yang baru. Menurut Channel News Asia, pakar kesihatan menyatakan Indonesia menghadapi peningkatan kes koronavirus berikutan tindakan kerajaannya yang lambat membuatkan skala penularan wabak itu tidak jelas. Setakat ini, Indonesia merekodkan 686 kes, namun data itu dipercayai tidak […]
Polis Temui 64 Mayat Dalam Kontena Di Mozambique
Ankara, 24 Mac- Sebanyak 64 mayat dipercayai migran dari Ethiopia telah ditemui dalam kontena di Mozambique, lapor agensi berita Anadolu. Menurut agensi itu, kontena tersebut telah disambung pada sebuah trak yang ditahan polis tempatan. Pagi semalam, pihak polis tempatan telah menahan trak berkenaan yang dalam perjalanan dari Malawi, berhampiran sempadan Zimbabwe. Hasil penahanan telah menemukan […]
(Video) Jordan Agih Roti Guna Bas Kepada 10 Juta Rakyatnya Yang Diarah Berkurung
Sejak perintah berkurung bermula 21 Mac lalu di seluruh negara, kerajaan Jordan mula mengedarkan barangan keperluan termasuk roti kepada kira-kira 10 juta rakyatnya bermula semalam. Kerajaan telah bekerjasama dengan majlis-majlis perbandaran untuk memastikan barang keperluan seperti air, tong gas, roti dan ubatan asas mencukupi untuk dihantar ke seluruh negara sepanjang minggu, lapor Al-Arabiya. Tindakan tersebut […]
Ronaldo Hulur Duit Bantu Hospital Wujudkan Wad ICU 15 Katil Rawat COVID-19
LISBON, 25 Mac (Bernama) — Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan ahli perniagaan Jorge Mendes menyumbang dana untuk menjadikan sebahagian bangunan di Hospital Santo Antonio di Porto menjadi unit rawatan rapi (ICU), lapor agensi berita Xinhua pada Selasa. “Ia membolehkan 15 katil disediakan, dilengkapi ventilator, monitor dan peralatan lain,” menurut Centro Hospitalar Universitario do […]
Lebih 100,000 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Di Seluruh Dunia Dalam Masa Beberapa Hari
Dalam tempoh kurang seminggu, angka kes positif COVID-19 naik di seluruh dunia kepada 422,584 kes daripada 311, 198 kes beberapa hari lalu. Menurut data Worldometer, sebanyak 43,815 kes dicatatkan semalam dengan 11,089 kes daripadanya melibatkan penduduk Amerika Syarikat (AS). Angka itu mengatasi pertambahan kes di negara Eropah paling teruk dilanda wabak, Itali yang mencatatkan peningkatan […]

Terdesak Jumlah Kes Bertambah, Washington Guna Padang Bola Bina Hospital Pesakit Covid-19
Padang bola di King County, daerah di Seattle, Washington, kini diubahsuai menjadi sebuah hospital bagi menampung pesakit Covid-19 yang semakin bertambah, lapor Daily News. The Shoreline Temporary Field Hospital yang akan dibina dapat memuatkan sehingga 200 katil untuk menempatkan pesakit Covid-19 dan individu yang disyaki positif jangkitan, menurut pihak berkuasa King County. ”Pada dasarnya ia […]

Suruhanjaya Tinggi British Di Malaysia Gesa Pelancong Kembali Ke UK Secepat Mungkin
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia pada Selasa mencadangkan rakyatnya untuk pulang ke United Kingdom (UK) secepat mungkin, susulan nasihat perjalanan terkini yang dikeluarkan negara itu berikutan pandemik COVID-19. Pesuruhjaya Tinggi Charles Hay, dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam media sosial Suruhanjaya Tinggi itu, menggesa warga UK berbuat demikian sementara perkhidmatan penerbangan […]
TERKINI: Gempa Bumi Kuat Berukuran 7.8 Magnitud Gegar Pulau Di Rusia, Amaran Tsunami Dikeluarkan
United States Geological Survey dalam satu kemas kininya di Twitter sebentar tadi memaklumkan satu kejadian gempa bumi bermagnitud 7.8 melanda kawasan pantai di Pulau Kuril di Rusia. Susulan gempa berkenaan, beberapa media turut melaporkan amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan berdekatan termasuk di Hawai. Berita lanjut menyusul. Large quake about 20 minutes ago in Kuril Islands […]