Berita›Luar Negara

Sehingga 200,000 Diramal Maut Akibat COVID-19 Di Amerika Syarikat
WASHINGTON, 30 Mac — Amerika Syarikat mungkin menyaksikan sehingga 200,000 orang maut akibat wabak COVID-19 dan berjuta-juta lagi dijangkiti, kata seorang pegawai penyakit berjangkit pada Ahad. “Melihat kepada keadaan sekarang, kita dijangka menyaksikan antara 100,000 hingga 200,000 kematian,” kata pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci kepada CNN. “Kita juga bakal menyaksikan […]
Pelawak Veteran Jepun Meninggal Dunia Akibat Covid-19
Seorang pelawak veteran Jepun yang bernama Ken Shimura dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat dijangkiti wabak Covid-19 di usia 70 tahun. Shimura telah dimasukkan ke hospital pada 20 Mac selepas mengalami gejala demam dan radang paru-paru yang teruk. Beliau telah disahkan positif dijangkiti virus tersebut pada 23 Mac. Difahamkan, beliau juga merupakan penggiat seni […]
COVID-19: Itali Rekod 10,779 Kematian, 97,689 Kes Jangkitan
Wabak COVID-19 di Itali kini meragut 10,779 nyawa dengan jumlah kumulatif kes mencecah 97,689, menurut data dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam pada Ahad. Sejumlah 756 pesakit COVID-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu, lapor agensi berita Xinhua. Jumlah pesakit yang dirawat dalam unit rawatan rapi pula seramai 3,906 orang. Sumber: BERNAMA
(Video) Lapan Maut, Pesawat Lionair Bawa Pasukan Perubatan Covid-19 Meletup Sebelum Terbang Di Filipina
Sebuah pesawat Lionair meletup terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) semasa berlepas pada Ahad (8 malam) di Filipina, membunuh semua lapan penumpang dan anak kapal, menurut laporan media tempatan. Pengurus Besar lapangan terbang Manila, Ed Monreal, berkata pesawat yang membawa enam anggota krew dan dua penumpang yang masing-masing merupakan anggota […]
Ibu Meninggal & Negara Diserang Wabak, Netizen Indonesia Luah Rasa Simpati Dengan Jokowi
SIAPA yang tidak sedih, apabila jika memegang tanggungjawab sebagai pemimpin namun diuji dengan ujian yang bertalu-talu. Apatah lagi jika bergelar seorang pemimpin negara. Seperti yang kita maklum, Indonesia kini sedang ‘bertarung’ dengan wabak jangkitan COVID-19 sehingga menjadikan negara itu mencatat kematian tertinggi di Asia Tenggara. Namun siapa sangka, di tengah-tengah kemelut ini, ibu kepada Presiden […]
(Video) Pelik Tapi Cantik, Salji Turun Di Jepun Walau Bukan Musim Sejuk
Biarpun bukan musim sejuk, salji dilaporkan turun di Tokyo dan kawasan sekitar hari ini. Menurut laman Japan Today, Jabatan Meteorologi Jepun melaporkan suhu di kawasan Kanto-Koshin serta wilayah Yamanashi dan Nagano turun sehingga kurang 1°C pada pagi tadi. Agensi tersebut menjangkakan salji setebal 20 cm bakal turun di kawasan bergunung dalam tempoh 24 jam hingga […]
Kapal Persiaran 1,800 Penumpang Terkandas Di Lautan, 4 Meninggal Dunia Dikhuatiri Dijangkiti COVID-19
Seramai 1,800 penumpang kapal persiaran, Zandaam yang terkandas di Panama mengalami detik merisaukan setelah empat daripada mereka meninggal dunia dikhuatiri akibat COVID-19. Dua penumpang disahkan positif manakala sekurang-kurangnya 130 penumpang kapal mewah Zaandam menunjukkan simptom seakan flu dalam pelayaran tersebut. Berikutan pandemik COVID-19, beberapa negara mengambil keputusan untuk menolak kapal yang dalam perjalanan ke Florida […]
Belanda Tarik Balik 600,000 Topeng Muka Diimport Dari China
AMSTERDAM, 29 Mac (Bernama) — Pihak berkuasa Belanda menarik balik 600,000 topeng muka yang diimport dari China kerana tidak memenuhi piawaian ditetapkan, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Sabtu. Kementerian Kesihatan menarik balik topeng muka jenis FFP2. Belanda mengimport 1.3 juta topeng muka dari China, dalam usahanya untuk membendung wabak COVID-19, menurut stesen […]
Angka Kematian Akibat COVID-19 Di Itali Kini Lebih 10,000
ITALI melaporkan sebanyak 889 kes kematian terbaharu COVID-19, menjadikan keseluruhan kematian berjumlah 10,023, tertinggi di dunia. Manakala angka kes positif pula meningkat sebanyak 6,000 sehari, mencatat 92,742 kes keseluruhan terkini. Menurut laporan Independent, daripada jumlah itu, seramai 3,856 pesakit berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 26,000 lagi dirawat di hospital. Dalam pada itu, hampir […]
Amerika Syarikat Lapor Kematian Bayi Pertama, Umur Tak Sampai Setahun Akibat COVID-19
Amerika Syarikat, 29 Mac- Jabatan kesihatan Illinois telah mengesahkan kematian bayi pertama akibat COVID-19 di negari itu semalam. Menurut The Guardian, ujian sedang dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa yang berusia kurang satu tahun itu mempunyai penyakit lain. Pengarah Jabatan Kesihatan Illinois, Dr Ngozi Ezike berkata, “Penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan bagi menentukan punca kematian. “Kita […]
COVID-19: 102 Kematian Dilaporkan, Indonesia Catat Kematian Tertinggi Asia Tenggara
JUMLAH kematian pesakit COVID-19 di Indonesia setakat ini berjumlah 102, menjadikan negara itu menduduki kedudukan kematian COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara. Sementara itu, jumlah pesakit yang disahkan positif pula terus bertambah. Jurucakap Pemerintah, Achmad Yurionto berkata, terdapat pertambahan 109 kes positif terkini sehingga Sabtu, 28 Mac (semalam). “Peningkatan 109 kes itu menjadikan keseluruhan kes di […]
Sekurang-Kurangnya 50 Doktor Di Itali Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Sekurang-kurangnya 50 orang doktor maut di Itali akibat koronavirus COVID-19, dedah Persatuan Doktor dan Dentist Kebangsaan Itali, (FNOMCeO). Dari jumlah tersebut, 17 doktor terkorban adalah dari bandar Bergamo, lokasi paling teruk terjejas COVID-19 di negara itu. Jumaat lalu, Itali mencatatkan kematian dalam tempoh 24 jam tertinggi di dunia dengan 969 kematian menjadikan jumlah kematian di […]
Polis Lepaskan Tembakan Peluru Getah Kepada Pembeli Di Pasar Raya Kerana Berhimpit, Tak Patuh Arahan ”Social Distancing”
SEKUMPULAN pasukan polis dilaporkan terpaksa melepaskan tembakan rambang kepada ratusan pembeli di sebuah pasar raya yang didapati mengingkari arahan social distancing ketika keluar membeli barangan, baru-baru ini. Kejadian tembakan yang menggunakan peluru getah itu berlaku di Johannesburg, Afrika Selatan dan ia disebabkan tanggungjawab pihak polis untuk memastikan orang awam patuh dengan arahan bagi mengekang penyebaran […]
(Video) Gunung Merapi, Indonesia Meletus Lagi, Asap Setinggi 5,000 Meter
GUNUNG Merapi, Indonesia dilaporkan kembali meletus lagi pada Jumaat, 27 Mac (semalam) sekitar pukul 10 pagi. Berdasarkan laporan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yokyakarta (BPPTKG Yogyakarta), letusan tersebut berlaku dalam masa tujuh minit. Asap yang meledak daripada letusan tersebut mencapai ketinggian hingga kira-kira 5,000 meter dari kawah gunung. BPPTKG Yogyakarta masih dalam proses […]
Media Antarabangsa Lapor Seekor Kucing Di Belgium Dijangkiti Koronavirus
Media antarabangsa melaporkan seekor kucing peliharaan di Belgium positif koronavirus setelah dijangkiti daripada pemiliknya. Menurut Jakarta Post, jangkitan dari manusia kepada haiwan adalah jarang berlaku. Sebelum ini, dua ekor anjing di Hong Kong turut didakwa positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan ke atas haiwan peliharaan pesakit. Jangkitan itu dilapor berpunca daripada kontak rapat antara haiwan […]
COVID-19: Brunei Catat Kematian Pertama
BRUNEI melaporkan kematian pertama COVID-19 di negara itu, kata Menteri Kesihatan pada Sabtu. Berdasarkan menteri tersebut, pesakit merupakan lelaki berusia 64 tahun yang baru pulang ke Brunei dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi Xinhua. Lelaki yang meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Isolasi Kebangsaan di wilayah Tutong itu adalah kes COVID-19 […]
Remaja Perancis Dipercayai Jadi Pesakit Termuda Meninggal Dunia Di Eropah Akibat COVID-19
Daripada batuk biasa dan simptom ringan, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Perancis menjadi pesakit termuda yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada Khamis lalu. Menurut Metro UK, yang hanya dikenali sebagai Julie A dilaporkan mula menunjukkan simptom jangkitan kurang seminggu lalu dan dipercayai tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum ini. “Ia tak dapat ditanggung, ia […]
(Video) “Ibu Baru Meninggal Dunia, Ayah Rindukannya”, Sebak, Anak Kongsi Video Ayah Tenung Gambar Isterinya Dalam Telefon
Perpisahan yang paling menyakitkan adalah perpisahan antara dua dunia, kita tak lagi dapat bertemu mereka yang tersayang walau rindu macam mana sekalipun. Inilah yang dihadapi seorang lelaki warga emas selepas kehilangan isterinya yang tersayang. Terlalu rindu, namun hanya mampu menatap gambar di telefon. “Ibu saya baru meninggal dunia. Dan ayah saya rindukannya,” tulis si anak […]
Virus Kuda Afrika Ditemui Di Thailand, Lebih 40 Ekor Kuda Disahkan Mati
SEKURANG-kurangnya 42 ekor kuda lumba dilaporkan mati, disyaki akibat jangkitan penyakit Kuda Afrika, lapor seorang doktor veterinar di Nakhon Ratchasima, Thailand baru-baru ini. Kematian haiwan itu ditemui semasa pemeriksaan di sebuah kandang di wilayah Pak Chong, kata doktor veterinar tersebut, Pasawee Somjai di pejabat Jabatan Pembangunan Penternakan. Bagaimanapun, dia tidak memberikan maklumat terperinci mengenai lokasi […]
Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak COVID-19, Catat Lebih 100,000 Kes Positif
Washington, 28 Mac- Menurut data terkini, Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan lebih 104,142 kes COVID-19 setakat ini. Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID-19 selepas Itali, Sepanyol dan China. Semalam sahaja, sebanyak 18,691 kes terbaru dalam tempoh 24 jam dengan 400 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat. Sehingga kini, sebanyak 1,695 kematian […]