Berita›Luar Negara

Kesihatan
Kanak-Kanak Lima Tahun Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Covid-19 Termuda Di UK
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di England meninggal dunia selepas disahkan positif Covid-19. Kanak-kanak itu merupakan antara 637 orang yang telah terkorban disebabkan oleh Covid-19 di England dalam jangka masa 24 jam. NHS England berkata 212 kematian pesakit akibat Covid-19 adalah di Midlands, 127 di London, 97 di North West,73 di North East dan Yorkshire, […]
Luar Negara
51 Tahun Jalani Hidup Bersama, Pasangan Ini Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Selang Enam Minit
Pasangan suami isteri yang telah berkahwin selama 51 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19. Mereka meninggal selang enam minit pada Ahad lalu. Pasangan yang dikenali sebagai Stuart Baker, 74, dan Adrian Baker, 72, itu tinggal di Boynton Beach, Florida dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius namun mula jatuh sakit pada pertengahan Mac […]
Berita
Ribuan Pakaian Dalam Wanita Ditemui, Polis Singapura Tahan Lelaki Berusia 41 Tahun
Seorang lelaki berusia 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian seluar dalam seorang wanita di Tampines Avenue 9, kata polis pada Khamis (2 April) Menurut pihak polis, mereka telah menerima panggilan berkenaan perkara tersebut pada 15 Mac lalu sekitar jam 3.30pm dan telah mengenal pasti lelaki tersebut melalui siasatan yang dijalankan serta bantuan […]
Berita
(Video)Penduduk Setempat ‘Berkurung’, Kambing Gunung Jelajah, ‘Ambil Alih’ Bandar Utama
Ketika penduduk sedang menjalani perintah berkurung bagi mengekang jangkitan Covid-19, sekumpulan kambing gunung keluar untuk ‘menakluki’ bandar di Wales. Produser video bagi Manchester Evening News, Andrew Stuart, memuatnaik himpunan gambar dan video yang memaparkan kambing-kambing gunung tersebut berkeliaran di bandar tersebut. They know exactly what they’re doing. Have some lunch from a bush and then […]
Kesihatan
Dilahirkan Ketika Tempoh ‘Lockdown’, Bayi Kembar Di India Dinamakan Corona Dan Covid
Sepasang bayi kembar yang baru dilahirkan di India ketika tempoh ‘lockdown’ telah dinamakan dengan nama Corona dan Covid oleh kedua ibu bapanya, lapor media tempatan. Menurut laporan berita NDTV India, pasangan kembar itu telah dilahirkan di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu. Kedua ibu bapa pasangan kembar yang berasal dari Chhattisgarh menyatakan […]
Berita
Tak Tahan Dicemuh Jiran, Ahli Keluarga Pesakit Covid-19 Ancam Bakar Rumah Sendiri
Dalam detik-detik yang sukar ini muncul satu stigma atau pandangan negatif dalam sesetengah masyarakat kepada pesakit yang telah dijangkiti dengan virus maut itu. Stigma ini akhirnya boleh membuatkan si pesakit ini menjadi sedih dan dipandang hina oleh masyarakat. Demikianlah yang terjadi kepada sebuah keluarga yang positif Covid-19 di Bandar Lampung, Indonesia. Difahamkan, keluarga itu juga […]
Berita
Gambarkan Situasi Covid-19 Secara Berlebihan, Angkatan Tentera Laut AS Lucut Jawatan Kapten Kapal
Pentagon telah melucutkan jawatan kapten kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt yang sebelum ini memohon bantuan bagi kelasi kapal tersebut yang dijangkiti Covid-19. Mereka berkata bahawa wujud salah faham dalam komunikasi berkaitan dengan penularan pandemik di dalam kapal tersebut. Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly berkata bahawa kapten tersebut melakukan kesilapan kerana mengedarkan salinan surat […]
Berita
Covid-19: Indonesia Sahkan 11 Kematian Lagi, Jumlah Meningkat Kepada 181 Kes Kematian
JAKARTA, 3 April – Jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 181 orang, sejak kematian pertama direkodkan pada 11 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 11 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 196 kes positif […]
Hiburan
Salman Khan Bantu Bayar Gaji 25,000 Pekerja Di Bollywood
PELAKON terkenal Bollywood, Salman Khan berikrar mahu membantu kewangan kira-kira 25,000 pekerja gaji harian daripada industri perfileman di Bollywood semasa tempoh Perintah Berkurung COVID-19 dilaksanakan di India. Merujuk Presiden Persatuan Pekerja Cine India Barat (FWICE), B N Tiwari, Salman menerusi yayasannya, Being Human Foundation telah melancarkan organisasi mereka untuk membantu golongan pekerja yang terkesan. “Salman […]
Kesihatan
Masih Ada Harapan, Pesakit COVID-19 Berusia 93 Tahun Dengan Hipertensi Dan Diabetes Dilaporkan Sembuh
Umum percaya bahawa warga emas mempunyai risiko komplikasi yang tinggi jika dijangkiti COVID-19. Hal ini kerana mereka tergolong dalam kumpulan yang memiliki imuniti yang lemah. Walaubagaimanapun, dalam beberapa kes, ada pesakit COVID-19 warga emas yang dilaporkan berjaya pulih. Antaranya adalah seorang pesakit berusia 103 tahun di Iran dan dua warga emas China yang masing-masing berusia […]
Berita
(Video) Individu Disyaki Guna Kapak ’Bantai’ Anjing Dalam Guni Undang Kemarahan Ramai
Haiwan juga merupakan makhluk Tuhan yang perlu disayangi dan dijaga. Pun begitu, ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menganiayai mahkluk tersebut tanpa rasa belas kasihan. Terbaru, tular satu video yang dimuatnaik di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia yang memaparkan seorang individu didakwa memukul haiwan disyaki seekor anjing berulang kali. Menerusi rakaman yang berdurasi 23 saat […]
Luar Negara
(Video) Ibu Meninggal Dunia, Kanak-kanak Jerit “Mama” Ke Arah Langit, Dipercayai Ingin Bercakap Dengan Ibunya
Menghibakan. Seakan tidak memahami hakikat sebenar, seorang anak kecil memanggil ibunya yang telah meninggal dunia di langit. Dalam video dikongsikan di media sosial, kanak-kanak tersebut melihat ke arah langit dan menjerit ‘Mama’ berulang kali. Menurut sebuah portal Sepanyol, video tersebut dirakam di Salvador, dimana kedua-dua beradik di dalam video itu telah kehilangan ibu mereka. “Lihat […]
Kesihatan
COVID-19: Palestin Lanjut ‘Lockdown’ Sebulan Lagi
BAITULMAQDIS, 3 April — Palestin pada Jumaat mengumumkan melanjutkan perintah “lockdown” selama sebulan lagi untuk membendung penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Presiden Mahmoud Abbas melanjutkan tempoh lockdown selama sebulan, kata setiausaha agung Pertubuhan Pembebasan Palestin Saeb Erekat di Twitter. Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh sebelum ini berkata, tempoh lockdown bermula 10 pagi hingga 5 […]
Berita
(Video)Tidak Lagi Rasa Terancam, Ribuan Obor-Obor Merah Jambu Banjiri Persisir Pantai
Dikenali sebagai destinasi pelancongan, pantai-pantai di Palawan, Filipina kini sunyi tanpa jejak orang ramai yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang sedang melanda pada ketika ini. Namun, keadaan tersebut membolehkan alam semula jadi berkembang di sepanjang pantai itu. Ahli-ahli biologi telah menyaksikan ribuan obor-obor merah jambu di lautan itu yang dikatakan telah hilang bertahun lamanya disebabkan […]
Kesihatan
(Video) Rakaman ‘Food Rider’ Lindungi Pesanan Pelanggan Dari Bahan Nyah Kuman Bikin Sebak
Satu video penghantar makanan yang melindungi makanan dari terkena semburan daripada lori penyembur nyah kuman telah menjadi tular di media sosial. Penghantar makanan tersebut telah bertindak menutup makanan itu dengan memeluknya agar makanan itu tidak tercemar dan basah. Menurut portal Tribunnews, pesanan yang didakapnya itu merupakan 2 kotak pizza yang dipesan oleh pelanggan. Dia berbuat […]
Kesihatan
COVID-19: Arab Saudi Kuat Kuasa Perintah Berkurung 24 Jam Di Makkah, Madinah
Arab Saudi pada Khamis mengenakan perintah berkurung 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak, sebagai langkah terbaru memerangi penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). Mengikut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri, hanya orang dewasa dibenarkan keluar rumah untuk tujuan mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan, dari 6 pagi hingga 3 petang. […]
Kesihatan
China Dedah Lebih 1,300 Kes COVID-19 Tanpa Sebarang Gejala Di Negaranya
China pada Rabu mendedahkan negara itu mempunyai kira-kira lebih 1,300 kes COVID-19 tanpa bergejala, kali pertama data itu dikeluarkan berikutan kebimbangan orang awam yang disahkan positif tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom. Pihak kesihatan juga melaporkan kes import pertama dari luar negeri di Wuhan – lokasi pusat penularan virus tersebut bermula pada hujung tahun lalu – […]
Kesihatan
Cuba Halang Pesakit Covid-19 Larikan Diri, Jururawat Menderita Muka Digigit Pesakit
Seorang jururawat di Guangzhou didakwa telah diserang oleh seorang pesakit dari Nigeria selepas dia cuba menghalang pesakit itu melarikan diri dari hospital. Menurut portal Mothership.sg yang memetik laporan Global Times, pesakit itu enggan menjalani kuarantin perubatan. Dia didakwa telah memukul dan dan menggigit muka jururawat tersebut. Pesakit yang berusia 47 tahun itu dikatakan telah tiba […]
Kesihatan
(Video) Sama-Sama Lincah, Peninju ‘Beraksi’ Dengan Ibu Di Rumah Ketika ‘Lockdown’
Seorang peninju warga Sepanyol terpaksa berlatih bersama ibunya di rumah susulan daripada perintah ‘Lockdown’ yang dilaksanakan oleh kerajaan Sepanyol untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin memburuk di negara tersebut. Walaupun negara Sepanyol itu sedang dalam perintah berkurung, ianya bukanlah alasan untuk peninju muda dari Sepanyol ini untuk tidak mengekalkan kecergasannya. Menerusi satu video yang […]
Luar Negara
(Video) Gelagat Orang Utan Basuh Tangan Lepas Lihat Semua Penjaga Zoo Lakukan Berulang Kali
Jangkitan Covid-19 di seluruh dunia pada ketika ini semakin memuncak dengan melebihi satu juta kes telah direkodkan secara keseluruhan. Pelbagai inisiatif dan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa setiap negara bagi membendung penularan pandemik ini. Pun begitu, orang ramai juga perlu lebih peka dan mengikuti saranan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19. Seperti yang […]