Berita›Luar Negara

Berita
Tak Cukup Tuntut Cerai, Isteri Polis Dituduh Bunuh George Floyd Mahu Nama Keluarganya Pula Ditukar
Bekas isteri kepada bekas pegawai polis Minneapolis; Derek Chauvin yang dituduh membunuh George Floyd sehingga mencetuskan rusuhan di Amerika Syarikat, iaitu Kellie Chauvin memohon untuk tukar nama akhir (nama keluarga) serta penama kediaman mereka. Menurutnya dalam fail permohonan tersebut, dia mahu menukar nama akhirnya, selain daripada beberapa permintaan lain. Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan (setakat ini) […]
Luar Negara
Kes Covid-19 Di Uzbekistan Melepasi Angka 3,660
BAKU, 2 Jun — Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Uzbekistan pada Selasa meningkat sebanyak 56 menjadi 3,662, lapor Agensi Berita Trend memetik Kementerian Kesihatan. Sehingga kini seramai 2,859 pesakit sembuh manakala 15 lagi meninggal dunia. Sebagai langkah pencegahan Uzbekistan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu zon “merah”, “kuning” dan “hijau”. Tempoh kuarantin juga dilanjutkan sehingga 15 […]
Gaya hidup
Bengang Pernah Kena Kencing Dengan Kucing, Suami Ceraikan Isterinya Yang Tidak Henti Kutip Kucing Sejak Tahun 1997
Seorang lelaki berusia 70 taun di Singapura dilaporkan telah menceraikan isterinya kerana sikap obsesnya terhadap kucing. Mereka telah berkahwin pada bulan Mei 1975. Mereka telah dikurniakan 3 orang nak dan tinggal bersama di rumah teres dua tingkat, yang akhirnya menjadi rumah perkahwinan mereka. Namun, mereka tidak tinggal bersama sejak tahun 2006. Apa yang mengejutkan, Hakim […]
Sukan
Patah Tulang Tengkorak, Pemain ‘Skateboard’ Berusia 11 Tahun ‘Bertuah’ Masih Hidup Walaupun Parah
Permain skateboard Britain yang berusia 11 tahun sangat bertuah kerana masih hidup selepas mengalami kecederaan ketika jatuh semasa menjalani latihan di California. Dia memasang impian untuk menjadi pemain olimpik termuda di Britain dan di Tokyo. Dia telah mengalami patah tulang tengkorak dan pergelangan tangan dan tangan kirinya. Semasa dibawa menaiki helikopter dan tiba di hospital, […]
Luar Negara
India Luluskan Penggunaan Remdesivir Kecemasan Untuk Merawat Pesakit Covid-19
BENGALURU – Pemerintah India mengatakan pada hari Selasa (2 Jun) bahawa ia telah menyetujui ubat antivirus Gilead Sciences untuk penggunaan kecemasan dalam merawat pesakit Covid-19. Remdesivir adalah ubat pertama yang menunjukkan peningkatan pada pesakit Covid-19 dalam ujian klinikal formal. Ia diberikan kebenaran penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat bulan lalu dan telah […]
Berita
Kes Covid-19 Di Indonesia Kini Cecah 27,549 Dengan 1,663 Kematian
JAKARTA, 2 Jun – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 27,549 dengan angka korban akibat jangkitan virus itu kini berjumlah 1,663 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkaitan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 609 tambahan kes positif baharu manakala sebanyak 22 lagi kematian berlaku. […]
Kesihatan
Indonesia Batal Penghantaran Jemaah Haji Pada Tahun Ini
JAKARTA, 2 Jun (Bernama) — Indonesia, negara berpenduduk Islam terbesar di dunia, memutuskan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi tahun 1441H. Menteri Agama Indonesia Facrul Razi dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan pandemik COVID-19 ketika ini masih mengancam penduduk seluruh dunia, termasuk Indonesia dan Arab Saudi. Pada tahun lepas, kuota jemaah haji dari […]
Berita
(Video) Wanita ‘Korbankan’ Tubuhnya Dihempap Pintu Kaca Untuk Kurangkan Risiko Kecederaan Kepada Budak
Satu rakaman mendebarkan yang dipercayai berlaku di China memaparkan seorang wanita yang sanggup berkorban bagi membantu kanak-kanak daripada pintu kaca yang tiba-tiba terjatuh. Menerusi video yang dimuat naik oleh South China Morning Post (SCMP), wanita itu memberitahu kanak-kanak yang tidak dikenalinya tersebut agar tidak menyentuh pintu itu. Beberapa saat selepas itu, pintu tersebut tiba-tiba terjatuh […]
Berita
(Video) Tergantung Hampir 2 Minit, Budak Dipakaikan Tali Pengikat Keselamatan ‘Diseret’ Di Pintu Lif
Seorang kanak-kanak di China berjaya diselamatkan selepas tergantung selama hampir 2 minit di dalam sebuah lif di bandar Daye, Hubei, China. Rakaman yang memaparkan kanak-kanak itu sedang tergantung berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV yang terdapat di dalam lif terbabit. Menurut laman web People’s Daily China, insiden itu mula berlaku selepas kanak-kanak tersebut melangkah masuk ke […]
Berita
Padah ‘Permainkan’ Insiden Kematian George Floyd, Tiga Remaja Ditahan, Turut Terima Ancaman Bunuh
Remaja yang didakwa mempermainkan kematian George Floyd di video sebuah aplikasi sosial telah ditahan kerana disyaki melakukan jenayah kebencian. Dia dan keluarganya turut dilaporkan sedang berada di bawah lindungan pihak polis kerana menerima ancaman bunuh gara-gara perbuatannya itu. Ketiga-tiga mereka yang di dalam video tersebut masing-masing berusia di antara 18 dan 19 tahun. Mereka telah […]
Berita
Lima Kematian Akibat Wabak Ebola Terbaru Di Congo, Lapor UNICEF
United Nations Children’s Fund (UNICEF) melaporkan bahawa terdapat lima orang termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun telah meninggal dunia dalam kes wabak Ebola terbaru di Republik Demokratik Kongo dengan sembilan kes secara keseluruhannya telah dilaporkan, lapor CNN. “Empat orang tambahan telah dijangkiti virus tersebut. Semua kenalan mangsa termasuk anak dari salah satu kes kematian telah […]
Berita
Covid-19: Singapura Catat Satu Lagi Kematian, Jumlah Keseluruhan Cecah 24
Singapura: Singapura yang dijangka melonggarkan lagi langkah pemutus rantaian jangkitan esok, melaporkan satu lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat penyakit itu kini berjumlah 24. Kementerian Kesihatannya dalam satu kenyataan di sini berkata kematian terbaharu membabitkan seorang lelaki warga China yang meninggal dunia pada 31 Mei lepas di National University Hospital. Dikenali sebagai kes […]
Luar Negara
COVID-19 : Singapura Akan Bina Lebih Banyak Asrama Pekerja Asing Bagi Kurangkan Kepadatan
SINGAPURA, 1 Jun — Singapura akan memulakan program pembinaan besar-besaran asrama pekerja asing yang baru, dengan ruang untuk menempatkan 60,000 katil, sedia digunakan hujung tahun ini, menurut Menteri Pembangunan Nasional Lawrence Wong. “Sasaran kami ialah untuk mengurangkan kepadatan di asrama, dan juga penting untuk mereka bentuk asrama baru yang lebih baik kepada kesihatan awam, terutamanya kepada […]
Luar Negara
(Video) Pemandu Ditahan Cuba Pandu Trak Melalui ‘Himpunan’ Penunjuk Perasaan
Satu video yang menyaksikan sebuah trak yang cuba untuk ‘melalui’ laluan penunjuk perasaan di Minneapolis pada Ahad lalu telah tular di media sosial. Pegawai memaklumkan bahawa pemandu trak tersebut telah ditahan dan dibawa ke pusat perubatan setempat dengan kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Memandu dengan laju, rakaman menunjukkan bahawa trak tangki tersebut menghampiri orang ramai […]
Luar Negara
Abang Kelar Leher Adik Lepas Dapat Tahu Bercinta Dengan Lelaki 45 Tahun
Seorang gadis berusia 16 tahun maut dikelar di leher oleh dua orang abang kandungnya dipercayai untuk memberi pengajaran kepada mangsa yang bercinta dengan seorang lelaki berusia 45 tahun. Kejadian tragis ini berlaku di sebuah kampung di Tompobulu, Kabupaten Bantaeng, Sulawesi Selatan. Memetik daripada Daily Mail, suspek mengaku bahawa mereka melakukan perkara tersebut dalam keadaan marah […]
Berita
Rakyat Malaysia Diminta Hindar Kawasan Protes Di Amerika, Patuh Perintah Berkurung – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta menghindari kawasan protes dan patuhi perintah berkurung yang dikuatkuasa negara itu selepas ribuan penunjuk perasaan turun ke jalan raya berikutan insiden kematian George Floyd ketika ditahan polis, Isnin lepas. Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menggesa rakyat Malaysia di negara itu untuk berdaftar segera […]
Luar Negara
COVID-19: Thailand Lapor Sifar Jangkitan Tempatan Tujuh Hari Berturut-turut
BANGKOK, 1 Jun — Thailand melaporkan sifar jangkitan tempatan COVID-19 sepanjang tujuh hari lepas dengan hanya satu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu melibatkan wanita Thai yang menjalani kuarantin 14 hari di Chonburi selepas kembali dari Rusia. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thaweesilp Wissanuyothin berkata setakat ini, jumlah kes terkumpul COVID-19 di negara itu ialah […]
Berita
Dua Tahun Terpisah, Keluarga Ini Bertemu Semula Dengan Bapanya Lepas Ternampak Dalam Video TikTok
Satu video TikTok yang sebenarnya dibuat bagi memberi galakkan kepada orang ramai untuk membantu golongan miskin telah membantu seorang lelaki bersatu semula bersama keluarganya. R Venkateshwarlu yang telah hilang sejak dua tahun yang lalu dilihat di dalam video yang dirakam di bawah jambatan sejauh 2,000km dari rumahnya di Telangana. Seorang rakan memaklumkan kepada keluarga lelaki […]
Kesihatan
Sehingga 31 Mei, Vietnam Masih Tidak Catat Kes Baharu Covid-19
Vietnam masih tidak melaporkan sebarang kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah jangkitan setakat 31 Mei kekal 328, menurut Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Kawalan COVID-19. Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, negara itu juga tidak mencatatkan kes jangkitan tempatan selama 45 hari berturut-turut. Daripada 328 kes yang disahkan itu, 188 adalah kes import. Seramai 279 pesakit atau 85 peratus […]
Berita
Rusuhan Kian Memuncak, Perintah Berkurung Dikuat Kuasa Di Washington
WASHINGTON, 1 Jun (Bernama) — Perintah berkurung dikuat kuasa di Washington susulan ketegangan antara penunjuk perasaan dan polis yang kian memuncak di luar bangunan Rumah Putih. Datuk Bandar Muriel Bowser pada Ahad malam berkata perintah berkurung berkuat kuasa 11 malam Ahad (31 Mei) hingga 6 pagi Isnin (1 Jun), Pengawal Negara juga dikerahkan untuk membantu […]