Berita›Luar Negara

Gaya hidup
Bayi Hampir Meninggal, Terlantar Di ICU 5 Minggu Akibat Tertelan Air Berkuman Ketika Lahir Secara “Waterbirth”
Minggu lepas, dunia dihangatkan dengan kematian seorang bayi bernama Herlow di Australia, berpunca daripada ajaran Lotus Birth yang diamalkan ibunya. Fahaman pelik tersebut ‘mengajar’ ibunya untuk tidak memotong tali pusat bayi berkenaan sejurus dilahirkan serta dibiarkan ia kekal terikat di perut sehingga membusuk serta dijangkiti kuman. Difahamkan, ajaran Lotus Birth adalah salah satu daripada fahaman […]
Luar Negara
Gempa Bumi Bermagnitud 7.4 Gegar Mexico
NEW YORK, 24 Jun (Bernama) — Gempa bumi berkekuatan 7.4 pada skala Richter menggegar Santa Maria Zapotitlan, Mexico pada 15:29:05 GMT, Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat gempa, dengan kedalaman 26.25 kilometer, pada 16.0291 darjah utara dan 95.901 darjah barat. — BERNAMA
Gaya hidup
(Video)Menyingkap Kehidupan Seharian Muna, Kanak-Kanak Di Yaman Tunjuk Cara Mereka Kekal Selamat Ketika Pandemik Covid-19
Bagi yang masih tidak tahu, Yaman pada ketika ini sedang dilanda krisis kemanusiaan yang terburuk sejak tahun 2016 dan ia ditambah lagi dengan penularan pandemik Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih dengan sepenuhnya, lapor YorkRegion.com. Krisis tersebut telah memberikan impak yang sangat besar kepada rakyat di negara tersebut terutama kanak-kanak yang kebanyakannya tidak dapat […]
Berita
(Video)“Saya Lega Kecederaannya Tidak Serius,” Rakaman Budak 4 Tahun Rempuh Pintu Kaca Ketika Bermain
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun terpaksa ditahan di hospital selepas merempuh pintu kaca di rumahnya sewaktu bermain bersama dengan rakannya. Menurut Daily Mail, insiden menakutkan yang terjadi di Hat Yai, Thailand pada 22 Jun lalu itu berjaya dirakam oleh kamera CCTV di rumah tersebut. Ketika kejadian, terdapat seorang daripada jiran penghuni rumah itu yang […]
Gaya hidup
Dikirimkan Pada Tahun 1966, Wanita Terkejut Terima Surat Selepas 54 Tahun Dikirimkan
Seorang warga emas berusia 74 tahun dilaporkan telah menerima sepucuk surat dari kakaknya yang dihantar dari puncak Menara Pejabat Pos di London pada tahun 1996. Apa yang menariknya, surat tersebut baru diterimanya selepas 54 tahun surat itu dihantar. Pesara berkenaan bahkan terkejut apabila dia menerima surat itu. Dia dan suaminya berasa hairan dan tertanya bagaimana […]
Berita
Novak Djokovic Dan Isteri Sah Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Croatia
Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic yang berasal dari Serbia ini telah disahkan dijangkiti Covid-19 selepas beraksi dalam satu perlawanan pertunjukkan di Croatia pada minggu lalu. Menurut laporan AP News berkata, pertunjukkan tersebut dikatakan tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain. Bagaimanapun, Djokovic telah menjalani ujian Covid-19 pada Isnin yang lalu setelah […]
Luar Negara
COVID-19: Thailand Catat Lima Kes Baharu, Tiada Jangkitan Tempatan
BANGKOK, 23 Jun — Thailand melaporkan lima kes baharu jangkitan COVID-19, semuanya melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara, dan tiada kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan penyakit itu berjumlah 3,156 kes dengan jumlah kematian 58. Ini merupakan hari ke-29 tanpa jangkitan tempatan baharu dilaporkan di Thailand. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Semasa Situasi COVID-19 […]
Luar Negara
Mungkin Terlalu Sedih, Ibu Angsa Ditemui Mati Setelah Telur Dan Sarangnya Musnah
Seekor angsa dilaporkan telah mati kerana terlalu ‘patah hati’ selepas beberapa orang remaja memusnahkan sarang dan telur-telurnya. Sekumpulan remaja lelaki dilaporkan melemparkan batu-bata ke arah sarangnya yang terdapat di Bolton, United Kingdom pada bulan lalu. Batu-bata tersebut telah merosakkan sarang dan membunuh tiga ekor anak angsa tersebut yang masih belum menetas. Berikutan serangan tersebut, aktivis […]
Gaya hidup
Pernah Bisu Selama Dua Bulan, Wanita Ini Kembali Dengan ‘Suaranya’ Dan Bercakap 4 Pelat Berbeza
Seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan bisu selama dua bulan setelah mengalami kecederaan otak misteri kini telah mendapat kembali suaranya. Apa yang mengejutkan, wanita berusia 31 tahun itu kini mampu bercakap dalam empat pelat yang berbeza. Doktor yang merawatnya turut kehairanan kerana ujian yang dilakukan masih belum dapat menjelaskan kenapa dia kehilangan kemampuan untuk bercakap. […]
Gaya hidup
Thailand Berdepan Cabaran Selamatkan Gajah Kelaparan Dan “Menganggur”
BANGKOK, 23 Jun (Bernama) — Di bawah terik matahari, kelihatan dua gajah betina, Gai Na dan To-Me bersiar-siar di tebing sungai di Elephants World di barat wilayah Kanchanaburi. Gai Na berumur 60 tahun dan To-Me 56 tahun bermain-main dan mandi di sungai itu, sambil diperhatikan pengembala gajah Ehdar, 24, yang duduk di bawah pokok. “Seronok melihat […]
Luar Negara
Dipercayai ‘Mabuk Durian’, 12 Pekerja Pejabat Pos Di Jerman Terima Rawatan
Dipercayai tidak tahan dengan bau dari buah durian, seramai 12 orang pekerja pejabat pos di Jerman menerima rawatan serta puluhan lagi dipindahkan, lapor CNN. Perkhidmatan kecemasan, bomba dan polis dipanggil ke pejabat pos tersebut yang terletak dibandar Schweinfurt, Bavaria pada Sabtu lalu setelah kakitangan menyedari bau itu datang dari satu bungkusan. “Kerana kandungan yang tidak […]
Gaya hidup
(Gambar) Masjid Dibuka Semula, Jemaah Di Turki Tak Berganjak Walau Hujan Lebat Ketika Kerjakan Solat Jumaat
Seluruh dunia telah mendapat kesan akibat daripada penyebaran wabak Covid-19 ini sejak akhir tahun lalu. Banyak aktiviti-aktiviti harian tidak dapat dilakukan termasuk rumah ibadat seperti masjid terpaksa ditutup. Tujuan penutupan adalah untuk mencegah penyebaran wabak Covid-19 dan mengelakkan orang ramai berkumpul. Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, terdapat beberapa negara yang mencatatkan penurunan kes Covid-19 […]
Kesihatan
COVID-19: Korea Selatan Mengesahkan Alami Gelombang Kedua – Laporan
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan percaya bahawa negara itu kini sedang mengalami gelombang jangkitan Covid-19 yang kedua, lapor BBC. Negara tersebut pernah menjadi sebutan dunia dengan kejayaannya menangani wabak Covid-19, namun kini terpaksa berhadapan dengan ancaman wabak yang bakal berlanjutan selama berbulan-bulan. Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun-kyeong, menyatakan bahawa gelombang pertama berlangsung […]
Kesihatan
Arab Saudi Umum Laksana Ibadah Haji Dengan Jemaah Yang Dihadkan
Arab Saudi mengumumkan akan mengadakan ibadah haji dengan jemaah yang akan dihadkan. Jemaah yang berasal dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi akan dibenarkan mengambil bahagian menjalani ibadah haji. Kira-kira 2.5 juta jemaah menunaikan haji tahun lalu namun skala penyebaran Covid-19 yang berterusan di seluruh dunia menyebabkan mereka tidak dapat mengambil bahagian pada […]
Luar Negara
(Video) Warga Emas Dipercayai Berjalan Sejauh 950 KM Lepas Dilarang Guna Pengangkutan Awam
Semenjak wabak covid-19 ini tersebar akhir tahun lalu, seluruh warga China telah diminta untuk membuat kad kesihatan pada telefon bimbit mereka sebelum dibenarkan untuk menggunakan perkhidmatan awam. Begitulah kisah yang terjadi kepada seorang lelaki tua di timur China yang terpaksa berjalan kaki hampir sejauh 600 batu selepas dia dilarang menggunakan pengangkutan awam disebabkan tidak memiliki […]
Kesihatan
Dipercayai Anjur Majlis Hari Jadi Anak Dalam Tempoh Kuarantin, 17 Tetamu Di India Dilaporkan Dijangkiti COVID-19
Seramai 17 orang dipercayai dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri parti hari jadi di rumah seorang wanita yang menjalani kuarantin, lapor Indiatimes. Kejadian yang dipercayai berlaku di Jharsuguda, Odisha itu bermula apabila wanita tersebut dikatakan baru sahaja pulang dari Gurugram pada 6 Jun yang lalu bersama suami dan anak-anaknya. Mereka perlu menjalani kuarantin selama 14 hari mengikut […]
Luar Negara
Pelancong Asing Temui Mayat Terapung di Pantai, Ketika Bermain Papan Luncur
BADUNG – Raga Rino (26), seorang penduduk dari Desa Canggu, Badung, Bali, yang dikatakan telah hilang di Pantai Berawa, Kuta Utara, ditemukan pada hari Isnin (22/6/2020). Mangsa ditemui mati oleh salah seorang pemain papan luncur. Ketua Badan Nasional Pencarian Dan Pertolongan (BASARNAS) Bali, Gede Darmada mengatakan, mangsa ditemui terapung sekitar 500 meter dari gigi pantai. […]
Berita
Dalam Tempoh 24 Jam, Indonesia Catat Lagi 954 Kes Baharu Dan 35 Kes Kematian Covid-19
Jakarta: Kes positif Covid-19 di Indonesia kini melepasi angka 46,000, susulan penambahan 954 kes baharu bagi tempoh 24 jam. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 35 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sehingga kini berjumlah 2,500 orang. “Kes positif kini 46,845 […]
Berita
Covid-19: Singapura Catat 218 Kes Baharu, Hanya Satu Kes Dalam Komuniti
Singapura: Singapura mengesahkan 218 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah jangkitan di negara pulau ini kepada 42,313 kes. “Berdasarkan siasatan kami setakad ini, terdapat satu kes dalam komuniti iaitu pemegang pas pekerja. Tidak terdapat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap. Menurut data ringkas yang dikeluarkan tengah hari di […]
Gaya hidup
(Video) Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai Afrika Selatan, Dipercayai Antara Yang Terbesar Dilihat
Sepasang suami isteri telah menemukan bangkai sotong gergasi di Pantai Afrika Selatan ketika mereka sedang berjalan-jalan di pantai Teluk Brittania, Afrika Selatan. Sotong gergasi ini biasanya hidup diantara 2.000 hingga 3.000 kaki ke dalam laut dan hanya dapat dilihat kira-kira setahun sekali. Ketika pertama kali melihat bangkai sotong gergasi yang terdampar itu,isterinya mengatakan sotong gergasi […]