Berita›Luar Negara
Panggung Wayang Di Indonesia Dibuka Semula Pada 29 Julai Walau Kes Covid-19 Terus Meningkat
Panggung wayang utama di Indonesia dilaporkan bakal beroperasi semula dalam norma yang baharu walaupun negara itu mencatat peningkatan kes Covid-19 yang tinggi setiap hari. Persatuan Pemilik Panggung Wayang Indonesia (GPBSI) dalam kenyataan mereka pada selasa, hanya panggung wayang yang bernaung dibawah persatuan tersebut sahaja telah bersetuju untuk memulakan operasi pada 29 Julai 2020. “Kesemua pemilik […]
Kakitangan Sekolah Batuk Depan Muka Bayi Dibuang Kerja Kerana Geram, Ibu Bayi Yang Tak Jaga Jarak Sosial
Seorang wanita dibuang kerja kerana didakwa dengan sengaja batuk depan muka bayi di California. Sekolah Daerah Oak Grove di San Jose baru-baru ini mengumumkan wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan, bukan lagi merupakan kakitangan sekolah itu. “Pihak kami mahu memaklumkan bahawa kami amat menitik beratkan keselamatan pelajar dan kanak-kanak di daerah ini.” “Kami tidak bertolak […]
Wanita Temui Kristal ‘Rare’ Menyerupai Seakan Bentuk Ayam Goreng Mungkin Boleh Buat Ramai ‘Terliur’
Seorang wanita dari Bloomigton telah berkongsikan beberapa gambar kristal ‘rare’ yang ditemuinya. Apa yang menarik, kristal tersebut dilihat menyerupai bentuk ayam goreng. Gambar yang telah dimuat naik oleh wanita berusia 20 tahun itu tersebar dengan cepat di media sosial. Orang ramai yang melihat gambar berkenaan bahkan tidak mempercayai bahawa itu adalah kristal. Penemuan seperti itu […]
Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Kelaparan, Dipercayai Diabaikan Ibu Kerana ‘Luangkan Masa Bersama Kekasih’
Seorang wanita di Tokyo telah ditahan oleh polis kerana disyaki telah meninggalkan anaknya yang berumur tiga tahun berseorangan di rumah selama lebih seminggu sambil menghabiskan masa dengan teman lelakinya dan membiarkan anak perempuannya mati kelaparan, lapor South China Morning Post. Wanita yang berusia 24 tahun itu mengakui tuduhan itu dan dia dipercayai sering menganiayai dan […]
Inginkan Perhatian, Kucing Ini Kerap ‘Prank’ Jiran, Terbaring Kaku Dengan Lidah Terkeluar Seakan Sudah Mati
Seorang pemilik kucing terpaksa menghantar nota kepada jiran-jirannya untuk meyakinkan mereka bahawa mereka tidak membunuh kucingnya yang berterusan melakukan ‘prank’ kerana inginkan perhatian. Kucing yang diberi nama Lolly itu dikatakan sangat suka untuk berbaring kaku di jalan dengan matanya yang tertutup dan lidah terkeluar. Aksinya itu terkadang berjaya memperdaya pemandu kenderaan yang menyangka bahawa haiwan […]
Usain Bolt Kongsikan Nama Anaknya, Peminat Teruja Gelarkan Sebagai ‘Nama Terbaik Tahun 2020’
Seorang atlet olimpik lari pecut dari Jamaica, Usian Bolt telah selamat menyambut kelahiran bayi perempuannya pada bulan Mei dan dia telah memutuskan untuk merahsiakan nama anaknya. Pelari pecut berusia 33 tahun itu bahkan tidak mahu berkongsi semua gambar anaknya kepada peminat. Namun, semasa ulang tahun kelahiran isterinya, atlet tersebut telah memberi sedikit gambaran pertama mengenai […]
Kanak-Kanak 2 Tahun Disyaki ’Dirogol Ketika Berada Di Wad Pengasingan COVID-19’
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki telah dirogol semasa berada di dalam wad isolasi Covid-19 di sebuah hospital di Afrika Selatan, lapor Daily Mail. Kanak-kanak itu dipercayai telah didera secara seksual semasa isolasi di hospital di benua tersebut. Walau bagaimanapun, dakwaan tersebut sedang disiasat oleh pihak hospital dan polis. Ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut […]
(Video) Reaksi Mengharukan Kanak-Kanak Ini Bertemu Semula Dengan ‘Bestfriend’ Selepas Beberapa Bulan Terpisah
Dalam satu rakaman video yang diambil oleh seorang wanita, dia telah merakamkan saat ketika anaknya bertemu semula dengan rakan baiknya selepas berbulan-bulan terpisah disebabkan penularan wabak Covid-19. Dia telah merancang untuk mempertemukan anaknya dengan rakan baiknya pada hari pertama sekolah dibuka tanpa pengetahuannya. Pada permulaan klip video berkenaan, dia telah bertanya kepada anaknya “Siapa yang […]
(Video) Pemandu Didapati Memandu Dalam Keadaan Laju, Rupanya Sedang Bergelut Dengan Ular Berbisa
Seorang lelaki yang memandu dengan laju pada kelajuan 76mph terpaksa diberhentikan selepas berusaha melawan seekor ular yang berada dipangkuannya dengan pisau. Lelaki berusia 27 tahun itu yang juga merupakan seorang pemandu lori sedang memandu di sebuah jalan raya di Queensland, Australia sebelum dia melihat reptilia berkenaan tergelincir pada kakinya. Ular berkenaan dikenali sebagai ular coklat […]
COVID-19: Dalam Tempoh 24 Jam, Indonesia Catat Lagi 1,853 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Kini 68,079 Kes
JAKARTA, 8 Julai (Bernama) — Indonesia mencatatkan kes positif baharu tertinggi COVID-19 bagi tempoh 24 jam iaitu sebanyak 1,853 kes, tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079 kes, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang. “Bagi […]
Budak 13 Tahun Dipercayai Cuba Tangkap Ular Sawa Ditemui Tepi Sungai Maut Dibelit
Budak lelaki berusia 13 tahun, Yusuf Maulana mati dibelit dengan ular sawa berdekatan sebatang sungai di sebuah perkampung Tangerang Selatan, Benten Indonesia pada hari Isnin lalu. Abdullah Syafei, Pegawai Penyelamat Jabatan Bomba Tangerang Selatan melaporkan kronologi kejadian tragis yang mengemparkan penduduk kampung tersebut. Kejadian berlaku semasa Yusuf dan rakannya sedang bersiar-siar menaiki motorsikal dan berhenti […]

(Video) Detik-Detik Cemas Bas Terjunam Masuk Tasik Korbankan 21 Penumpang
Kira-kira 21 orang mangsa terkorban dan 15 orang cedera dalam satu kejadian ngeri apabila sebuah bas terjunam ke tasik takungan di sebuah daerah di Guizhou, China. Menurut petikan daripada BBC, kesemua mangsa adalah pelajar yang dijadualkan bakal mengikuti satu peperiksaan untuk memasuki universiti iaitu ‘gaokao’. Pemandu bas yang sudah bekerja hampir 23 tahun antara mangsa […]

AS Sah Tarik Diri Daripada WHO
NEW YORK, 8 Julai (Bernama) — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengesahkan Amerika Syarikat (AS) sudah memaklumkan negara itu menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Xinhua. Perkara itu dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Isnin. “Sebagai jawapan kepada pertanyaan, saya mengatakan pada 6 Julai 2020, AS sudah memaklumkan […]
Ibu Cekik Anak Dengan Tali Pinggang Kerana Asyik Main Telefon Sehingga Larut Malam
Seorang ibu mencekik anaknya yang berusia 11 tahun sehingga mati kerana marah dengan anaknya yang bermain telefon sehingga larut malam. Menurut laporan polis pada hari Khamis, wanita tersebut mengaku telah membunuh anaknya. Kejadian ini terjadi selepas beberapa hari mangsa merakamkan sajak untuk ibunya. Dalam sajak tersebut dia mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana telah menjaga […]

Kelahiran Yang Unik, Tular Gambar Bayi Ini Lahir Sambil Genggam Dipercayai Alat Cegah Kehamilan
Seorang bayi yang baru lahir tular di Vietnam apabila dia dipercayai memegang alat intrauterin (IUD yang digunakan ibunya dalam usaha untuk mencegah kehamilannya. Wanita terbabit yang berusia 34 tahun itu dan mempunyai dua anak lain sebelum ini, dikatakan telah memasukkan alat intrauterin (IUD) dua tahun lalu. Dipercayai IUD keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan. […]
Penduduk Sangka Dengar Bunyi Seakan Ngauman Rimau, Rupanya Hanya Bunyi Burung Puyuh Betina
Suara aneh bergema di seluruh kampung di China memaksa ribuan penduduk melarikan diri kerana takut. Walaupun terdapat kekeliruan, beberapa penduduk di desa-desa di daerah Guizhou mencari suara itu dengan kepercayaan bahawa ia adalah makhluk mitos. Sebilangan menggambarkan suara itu sebagai naga menggeram sementara yang lain mengatakan itu seperti raungan harimau. Rakaman penduduk kampung yang mengerumuni […]
Masih Dengan Baju Pengantin, Wanita Ini Beri Rawatan Di Tepi Jalan Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Gereja
Seorang wanita yang baru sahaja dikahwinkan dengan pilihan hatinya terus menabur bakti dengan merawat seorang wanita ketika dia dalam perjalanan pulang dari gereja. Rachel Taylor 22, dan suaminya Calvin Taylor 23, yang baru sahaja meninggalkan gereja untuk pulang ke rumah mereka, telah menyaksikan sebuah kereta berwarna hitam memasuki simpang dan melanggar kenderaan lain di Interstate […]
(Video) Mujur Sempat, Dua Individu Hampir Dihempap Pokok Tumbang Ketika Angin Kencang
Saat yang paling mengejutkan sepasang suami isteri apabila sebatang pokok tercabut di Ealing ketika angin kencang bertiup di persimpangan jalan di London Barat. Klip dashcam menunjukkan pokok berkenaan telah tercabut dan tumbang dipercayai berikutan angin yang sangat kencang. Walau bagaimanapun, sepasang suami isteri sempat melarikan diri sebelum pokok berkenaan jatuh ke tanah. https://videos.metro.co.uk/video/met/2020/07/06/5921154816395460763/640x360_MP4_5921154816395460763.mp4 Seorang lelaki […]
(Video) Dipercayai Terlepas ‘Bus Stop’, Wanita ‘Mengamuk’ Cuba Rebut Stereng Pemandu Bas Minta Dihentikan
Seorang penumpang di China telah ditahan setelah secara bahayanya ‘merebut’ stereng bas dalam usaha untuk turun dari bas itu di antara perhentian, lapor Daily Mail. Wanita itu dipercayai telah terlepas dari destinasinya kerana tidur dan sangat marah ketika bangun dan menyedari bahawa dia berada di jalan lain di wilayah selatan Fujian. Menerusi satu rakaman CCTV, […]
(Video) Cuba Buat Terjunan, Wanita Terhempap Atas Bumbung Sebelum Jatuh Dalam Kolam
Kegilaan melakukan aksi ekstrem semakin menjadi-jadi tidak kira sama ada dalam negara mahupun luar negara. Dalam satu rakaman video telah menunjukkan seorang wanita berada di atas bumbung bersama seorang lelaki bersedia untuk membuat satu terjunan ke dalam kolam renang, dalam satu acara yang disambut oleh mereka. Dalam rakaman tersebut, awalnya semua berjalan dengan lancar. Namun, […]