Berita›Luar Negara
Fotografi Paling Seram & Menyayat Hati, Jurugambar Kongsi Gambar Keadaan Mayat Pesakit COVID-19 Dibalut Plastik
Meninggal dunia angkara COVID-19 merupakan antara cara kematian yang menyedihkan. Tiada lagi ciuman terakhir dari ahli keluarga, tiada lagi kunjungan terakhir rakan taulan. Yang ada hanyalah beberapa orang kakitangan hospital yang ditugaskan menguruskan jenazah untuk pengebumian. Jenazah pesakit pula diurus mengikut tatacara yang ketat. Mereka dibalut dengan plastik dan dimasukkan ke dalam beg mayat bagi […]
Dua Bangunan Di Mumbai Runtuh Akibat Hujan Lebat
MUMBAI – Hujan lebat di Mumbai menyebabkan dua bangunan runtuh di dua kawasan berbeza di bandar ini hari ini. Kemalangan pertama berlaku di kawasan Fort di Mumbai selatan ketika sebahagian bangunan kediaman enam tingkat runtuh, menyebabkan beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan, kata pegawai. Empat jentera bomba, sebuah van penyelamat dan ambulans dikejarkan ke tempat […]

Remaja Lelaki Trauma Tergigit Jari Manusia Ketika Menikmati Pastri Daging
Seorang remaja lelaki di Brazil trauma apabila tergigit jari manusia yang tiba-tiba ditemui dalam pastri daging yang dipesan dari sebuah restoran di bandar Sao Paulo. Dia memuntahkan semula pastri yang dimakan apabila terasa ada daging anehh yang terdapat dalam pastri tersebut. Pemilik restoran itu mengaku bahawa pekerjanya mengalami kemalangan ketika bekerja sehingga kehilangan belah atas […]
Thailand Lapor Empat Kes Import Baharu COVID -19
BANGKOK, 16 Julai — Thailand melaporkan empat kes import baharu COVID-19, meningkatkan jumlah kes di negara itu kepada 3,236, lapor agensi berita Thailand (TNA). Dr. Taweesin Wissanuyothin, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata tiga lagi kes COVID-19 telah pulih, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 3,095 dan 83 pesakit dirawat di hospital. Angka korban kekal […]
Letupan Bom Di Selatan Thailand, 10 Cedera Termasuk Dua Kanak-Kanak
PATTANI, 16 Julai — Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand. Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani. Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota […]
Catat Peningkatan Ratusan Kes Sehari & Banyak Libatkan Orang Muda, Tokyo Di Tahap Amaran Tertinggi COVID-19
Tokyo, 16 Julai – Tokyo mengeluarkan amaran koronavirus tahap tertinggi setelah kes baru COVID-19 meningkat secara mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Channel News Asia, banyak kes baru muncul dari kawasan hiburan pada waktu malam, melibatkan individu berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun. Pun begitu, jangkitan turut melibatkan tempat kerja serta dalam kalangan keluarga. “Pakar […]
Makan Mie Ayam & Bayar Seikhlas Hati, Pemilik Restoran Ini Ingin Bantu Masyarakat Yang Terkesan Wabak COVID-19
Masih ada lagi orang yang murah hari menolong orang lain semasa wabak COVID-19 yang telah menjejaskan pendapatan ramai orang. Salah satnya adalah seorang pemilik restoran Mi Ayam Marta, Restu Zulfikar yang berasal dari Jakarta Selatan. Baru-baru ini pemilik kedai tersebut ada memuat naik gambar dihadapan kedainya dengan sepanduk yang tertulis “Mi Ayam Marta. Makan Mi […]
Kemelut Politik Thailand: Timbalan Perdana Menteri Bersama Tiga Lagi Menteri Letak Jawatan
Timbalan Perdana Menteri Thailand Somkid Jatusripitak dan tiga menteri kabinet termasuk menteri kewangan meletakkan jawatan dipercayai akibat tekanan diterima berikutan rombakan barisan kepemimpinan Parti Palang Pracharath (PPRP) bulan lalu. Pengunduran diri Somkid dan pasukan ekonomi – Menteri Kewangan Uttama Savanayana, Menteri Tenaga Sontirat Sontijirawong dan Menteri Pengajian Tinggi, Sains dan Inovasi Suvit Maesincee memberi gambaran […]
Kapal Selam Berkuasa Nuklear Dilaporkan Hampir Terlanggar Feri Yang Dipenuhi Ratusan Penumpang
Sebuah feri dengan ratusan orang penumpang di dalamnya dapat mengelak dari melanggar kapal selam berkuasa nuklear milik Britain setelah seorang pegawai sempat melihat periskopnya yang hanya 250 ela ke ke depan, lapor Mirror. Menurut sumber, kejadian yang dijangka berpotensi menjadi bencana maritim terbesar itu berlaku setelah kru kapal selam dipercayai ‘memandang rendah’ pada kelajuan dan […]
(Video) Detik Mendebarkan Pegawai Polis Cuba Selamatkan Nyawa Bayi 3 Minggu Kerana Kesukaran Bernafas
Seorang pegawai polis telah dianggap menjadi ‘hero’ selepas dia dengan pantas menyelamatkan bayi berusia 3 minggu yang sukar bernafas. Jabatan polis Sterling Heighst di Michigan ada berkongsi video rakaman melalui dashcam di laman facebook, menunjukkan pegawai itu cuba menenangkan ibu bayi berkenaan yang berada dalam keadaan yang cemas. Kemudian, pegawai polis dengan tenang mengambil bayi […]
(Video) Rakaman Burung Dalam Keadaan ‘Beku’ Di Udara Cetus ‘Teori Liar’ Dalam Kalangan Netizen
Rakaman seekor burung menjadi seakan ‘beku’ ketika di udara cetus pelbagai ‘teori-teori liar’ dalam kalangan warganet. Menurut Daily Star, insiden yang membingungkan itu terjadi di kawasan kejiranan Tuluá Valle, di Colombia, pada hari Khamis, 9 Julai, dan berjaya dirakam oleh penduduk tempatan. Rakaman yang mula-mula dikongsi oleh pengguna Twitter bernama “Hechizero” memaparkan burung putih yang […]
Bayi Terputus Kepala & Tertinggal Dalam Rahim, Dipercayai ‘Ditarik’ Ibu Ketika Bersalin Sendirian
Seorang ibu di Indonesia bertindak bersalin sendiri tanpa bantuan pihak lain. Individu tersebut yang digelar E, didakwa melahirkan anaknya yang dipercayai bayi pra-matang di Desa Kajowair, Kabupaten Sikka, Kepulauan Nusa Tenggara, Indonesia pada 12 Julai lalu. Namun, ketika di saat mahu melahirkan anaknya dengan cara sendiri, E didakwa menarik bayi itu hingga terputus kepalanya dan […]
Lagi Kes COVID-19 Babitkan Kluster Kapal Rusia Dilaporkan Di Busan
Tiga kru kapal Rusia yang berlabuh di bandar pelabuhan tenggara Busan, Korea Selatan disahkan positif COVID-19. Kapal itu memasuki Pelabuhan Gamcheon di Busan pada bulan lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan bandar raya itu pada Khamis. Lebih banyak kes mungkin akan dilaporkan memandangkan kapal itu membawa 29 kru. Hasil ujian ke atas kru lain, dijangka diumumkan […]

Pengasas E-Hailing Maut Dalam Keadaan Mengerikan, Turut Ditemui Gergaji Elektrik Berhampiran Mayat Mangsa
Seorang usahawan syarikat e-hailing ditemui mati di apartment mewah miliknya di New York. Fahim Saleh, 33 yang merupakan pengasas Gokada ditemui dalam keadaan anggota badannya terputus pada tengah hari, Isnin lalu. Menurut BBC, usahawan tersebut terkenal dengan peranannya dalam mewujudkan syarikat permulaan yang popular di Nigeria dan Bangladesh. Rakaman CCTV di tempat kejadian mendapati mangsa […]
Mungkin ‘Tergoda’ Bau Durian, Gajah Ceroboh Kedai Dua Kali Dan Dipercayai Makan Lebih 10 Biji Durian
Rasa dan bau durian kuat terutama dari jenis musang king, udang merah , duri hitam akan membuatkan sesiapa sahaja tertarik, bukan manusia sahaja malah haiwan juga. Di Thailand, seekor gajah yang dipercayai berasal dari Taman Nasional Kaeng Krachan itu telah memasuki sebuah kedai bekalan pertanian kerana dikatakan tidak dapat menahan bau durian dari tempat berkenaan. […]
Tiga Bulan Anak Panah ‘Tembus’ Kepala, Itik Malang Ini Masih Hidup Dan Berjaya Diselamatkan
Seekor itik dengan anak panah yang melekat di kepalanya selama tiga bulan akhirnya diselamatkan oleh tiga orang penyelamat dalam misi menyelamat berkayak. Keajaiban berlaku apabila itik tersebut masih hidup walaupun selepas dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sungai Radbuza di kota Pilsen di Republik Czech. Pun begitu, walaupun terdapat usaha untuk menangkapnya dan […]
Pukau Pandangan, Pemancing Kongsi Foto Pelangi ‘Rare’ Berwarna Merah Hiasi Langit Gelap
Setiap dari kita pastinya pernah menyaksikan pelangi. Mungkin ada sebilangan daripada kita yang berpeluang untuk menyaksikan kejadian fenomena pelangi berganda. Pun begitu, pernahkah anda melihat pelangi yang berwarna merah? Seakan mustahil, namun pelangi merah ini benar-benar wujud dan telah disaksikan sendiri oleh seorang pemancing di Eropah. Aviv Junno, pemancing dari Finland, mendakwa telah melihat pelangi […]
Tak Berhati Perut, Pasangan Ini Kurung Anak Sendiri Dalam Sangkar Kucing, Simbah Air Panas & Dera Hingga Meninggal Dunia
Singapura — Pasangan suami isteri didapati bersalah mendera anak lelaki mereka yang berusia 5 tahun sehingga meninggal dunia pada tahun 2016, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 27 tahun, dalam keputusan mahkamah Isnin lalu. Mahkamah Tinggi Singapura menjatuhkan hukuman penjara selama 27 tahun dan 24 kali sebatan ke atas si suami manakala isterinya iaitu dikenakan hukuman penjara […]
PM Tunisia Letak Jawatan, Enam Menteri Dipecat
Kerajaan Tunisia pada Rabu mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua. Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied. Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan. Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di […]
Akaun Twitter Beberapa Tokoh Terkemuka Digodam
WASHINGTON, 16 Julai (Bernama) — Akaun Twitter beberapa individu dan tokoh terkenal termasuk pemuzik Kanye West, pakar teknologi Elon Musk dan ahli politik Joe Biden telah digodam, lapor agensi berita Anadolu. Turut digodam akaun bekas Presiden Barack Obama, pemilik Amazon Jeff Bezos, ahli perniagaan Warren Buffet dan bekas Datuk Bandar New York City Michael Bloomberg. […]