Berita›Luar Negara

4 Lelaki Ini Sertai Pertandingan Tatap Gambar Bekas Kekasih Paling Lama
Pada 17 Ogos lalu, negara Republik Indonesia telah menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-75 tahun walaupun sedang berdepan dengan wabak pandemik Covid-19. Walaupun begitu, penduduk di sebuah kampung di Magelang, Jawa Tengah mengadakan satu pertandingan yang luar biasa semperna menyambut hari Kemerdekaan iaitu para jejaka diminta untuk menatap gambar wajah bekas kekasih. Menurut salah seorang peserta, […]
Thailand Negara Pertama ASEAN Perkenal 5G Secara Komersial
BANGKOK, 19 Ogos (Bernama) — Thailand bakal muncul negara pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan perkhidmatan komunikasi 5G secara komersial dan ia sekaligus boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur asing, lapor Agensi Berita Thailand (TNA). Timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata perkhidmatan komersial itu akan dimulakan tidak lama lagi berikutan permintaan pengguna dan penyedia perkhidmatan […]

Remaja Dilapor Meninggal Dunia, Didakwa Kerana Bermain PUBG Berhari-hari Tanpa Makan & Minum
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilapor meninggal dunia pada 10 Ogos di negeri Andhra Pradesh di India didakwa bermain PUBG, atau PlayerUnknown’s Battlegrounds, berterusan selama berhari-hari tanpa makan atau minum air secukupnya. Laporan Gulf News menyebut bahawa remaja itu jatuh sakit akibat daripada dehidrasi yang teruk. Remaja tersebut telah dihantar ke hospital swasta di […]
Putin Umum 20 Negara Sedia Beli Vaksin Russia, Penyelidik Masih Ragu-Ragu Keberkesanannya
Russia dikatakan menjadi negara pertama yang berjaya menghasilkan vaksin untuk virus Sars-Cov-2 bagi memerangi wabak COVID-19 yang sudah membunuh kira-kira 780 ribu mangsa dan menjangkiti lebih 22 juta individu di seluruh dunia. Sehubungan itu, kejayaan Russia dalam penghasilan vaksin yang dinamakan sebagai ‘Sputnik’ tersebut diisytiharkan presidennya, Vladimir Putin pada 11 Ogos lalu. Terkini, Putin mengumumkan […]
Israel Dilapor Lancar Serangan Udara Ke Atas Kem Tentera Hamas Di Gaza
GAZA, 19 Ogos (Bernama) — Israel pada Rabu melancarkan siri serangan udara di Semenanjung Gaza yang diduduki, lapor agensi berita Anadolu. Pesawat perang Israel menyasarkan beberapa tempat di Gaza, termasuk sebuah kompleks milik sayap tentera Hamas, kata jurucakap tentera Israel Avichay Adraee dalam satu kenyataan. Menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya dua serangan udara menyasarkan markas Briged […]
Australia Janji Beri Vaksin Percuma Untuk Rakyat
MELBOURNE – Kerajaan Australia dilapor berjanji mahu memberikan vaksin COVID-19 kepada 25 juta rakyatnya secara percuma. Vaksin tersebut kini sedang dibangunkan di bawah syarikat farmakeutikal AstraZeneca dan Universiti Oxford. Perdana menterinya, Scott Morrison berkata, sekiranya ujian klinikal yang dijalankan berjaya, maka usaha sama bersama syarikat tersebut akan menjamin penggunaan awal buat rakyat negaranya. “Jika vaksin […]

Bintang Badminton Jepun, Ayaka Takahashi Bakal Bersara
TOKYO, 19 Ogos – Bintang badminton Jepun, Ayaka Takahashi, pemenang pingat emas regu wanita Sukan Olimpik Rio 2016, memutuskan untuk mengundurkan diri, lapor media tempatan pada Isnin memetik sumber terdekat. Pemain berusia 30 tahun dan pasangannya Misaki Matsutomo, 28, itu meraih pingat emas badminton Olimpik yang pertama untuk Jepun empat tahun lalu di Brazil, dengan menundukkan […]
(Video) Warga Emas Di China Terhempas Atas Jalan Selepas Kaki Tersangkut Tali Cawak Anjing, Dilaporkan Meninggal Dunia
Seorang warga emas wanita berusia 88 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas jatuh tersembam gara-gara kakinya dipercayai tersangkut pada tali cawak anjing. Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kelihatan seekor anjing sedang mengejar seekor lagi anjing di sebuah jalan dipercayai di bandar Xingtan, China. Ketika kejadian, wanita berkenaan dilihat berdiri di jalan berhampiran […]
Berkat Perut ‘Berlemak’, Lelaki Ini Tersangkut Dari Jatuh Dalam Perigi
Seorang lelaki di yang mempunyai berat sekitar 120 kilogram bernasib baik apabila ‘lemak’ di perutnya berjaya menyelamatkannya dari terjatuh dalam perigi, dalam kejadian yang berlaku di China. Menurut laporan Kompas.com, lelaki berkenaan tersangkut pada bahagian mulut perigi dan memerlukan bantuan daripada anggota bomba untuk mengeluarkannya. Laporan awal mengatakan lelaki berkenaan diminta oleh ibunya untuk membuang […]
Buka Mata Dan Berkelip, Keluarga Terkejut Budak 12 Tahun Didakwa Masih Hidup Ketika ‘Jenazah’ Dimandikan
Insiden mengenai seorang kanak-kanak yang berusia 12 tahun hidup kembali setelah diisytiharkan meninggal dunia telah menggemparkan penduduk kampung di Probolinggo, Jawa Timur, lapor Tribun News. Sebelum itu, kanak-kanak perempuan itu dinyatakan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. Kejadian tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Lumbang Probolinggo, AKP Muhammad Dugel. Kanak-kanak itu pada awalnya dilaporkan mengalami […]
Nampak Labah-Labah Dalam Kereta, Pemandu Panik Rempuh Papan Tanda Ketika Cuba Keluarkan Serangga Itu
Seorang pemandu menghadapi situasi panik dan mengalami kemalangan selepas dia melihat seekor labah-labah di dalam keretanya serta cuba untuk mengeluarkannya semasa memandu, lapor Daily Star. Lelaki itu yang berasal dari Isle of Wight dikatakan sedang memandu di Kite Hill, Wootton apabila dia melihat serangga lapan kaki di dalam keretanya. Dia kemudiannya panik dan tergesa-gesa untuk […]
Tidak Diketahui Motif, 15 Ekor Kuda Ditemui Termasuk Seekor Kuda Mati Tanpa Sebelah Mata, Telinga Dan Hidung
Polis Perancis sedang memburu sekumpulan penjenayah yang didapati telah mencacatkan kuda yang masih hidup dan mengambil bahagian badan mereka, lapor Daily Mail. Sekurang-kurangnya 15 serangan ke atas kuda dan keldai telah dilaporkan di negara itu terutamanya di kawasan luar bandar berhampiran Lyon sejak awal tahun ini. Pihak berkuasa tidak memaklumkan mengenai suspek atau motif serangan […]
(Video) Rakaman Kambing Biri-Biri ‘Beku’ Di Ladang Cetus ‘Teori’ Dalam Kalangan Warganet
Sekawanan kambing biri-biri didapati berdiri kaku seakan sedang dipukau di dalam satu video yang pelik ini, lapor Mirror. Video yang agak pelik itu telah dirakam seorang lelaki bernama Rory Davis, 24, pada bulan lalu. Menurutnya, dia telah menyaksikan insiden tersebut ketika sedang bercuti bersama keluarganya di sebuah rumah yang terletak di Troutbeck di Lake District. […]
Kes Positif COVID-19 Di Indonesia 143,043 Kematian 6,277
Kes positif COVID-19 di Indonesia yang berterusan meningkat telah mencapai kepada 143,043 kes hari ini, manakala 78,394 lagi pesakit masih dalam pemantauan. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 1,673 kes baharu disahkan dalam tempoh 24 jam di republik itu. Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga […]
Seorang Maut Dalam Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.6 Di Filipina
MANILA, 18 Ogos — Sekurang-kurangnya seorang maut dalam gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah Masbate di Filipina pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan. Dalam buletin yang dikemas kini, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menyatakan, gempa itu berlaku pada 8.03 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 21 km, kira-kira tujuh km tenggara […]
Muka Koyak & Berjahit, Foto-Foto Wajah Mangsa Letupan Beirut Yang Memilukan
Kesan parut di wajah mereka di bawah ini menceritakan 1001 kisah di sebalik tragedi letupan gudang di Beirut, Lubnan baru-baru ini. Ledakan letupan tersebut bukan sahaja memusnahkan keadaan sekeliling, malah ia juga mampu memecahkan tingkap kaca yang berbatu-batu jauhnya dari lokasi kejadian. Kesan daripada itu, kira-kira 180 mangsa dilaporkan terkorban manakala lebih 6,000 lagi cedera. […]
Kanak-kanak 2 Tahun Meninggal Dunia, Dipercayai Tertinggal Dalam Bas Sekolah 6 Jam Dalam Cuaca Panas
Kanak-kanak lelaki ditemui meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam bas sekolah dalam keadaan cuaca panas selama 6 jam di Thailand. Nong Kongbin, 2, dibawa ke sekolah pada 11 Ogos, tetapi telah ditinggalkan di dalam bas tersebut. Dia kemudiannya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang. Pada ketika itu, kanak-kanak lain sudah […]

(Video) Cinta Sejati, Gelagat Comel Atok & Nenek Dipercayai Warga Palestin Main Buaian Buat Netizen Cair
Semua orang mengimpikan kebahagiaan hingga hujung nyawa bersama pasangan tercinta masing-masing. Jika lihat kemanisan pasangan suami isteri yang muda pun sudah buatkan kita tersenyum, apatah lagi pasangan warga emas yang masih setia bersama. Jom kami kongsikan video yang akan membuatkan hari anda lebih ceria. Video dari @asahla_taha ini mendapat lebih 45 ribu tanda suka dan lebih […]
Tular Video Dipercayai Penduduk Wuhan Anjur Parti Kolam Tanpa Penjarakan Fizikal & Topeng Muka
Ratusan pengunjung dirakam bersuka-ria dalam satu pesta taman tema air dipercayai di Wuhan, China. Menurut laporan New York Post, aktiviti itu dipercayai berlangsung di Wuhan Maya Beach Water Park pada hujung minggu lalu. Dalam video yang tular, kelihatan orang ramai bermain air dan ada yang bersantai di atas pelampung sambil menonton persembahan. Pengunjung juga dilihat […]

Larangan Merokok Ekoran Covid-19, Galicia Sepanyol
Kerajaan wilayah Galicia di Sepenyol dilapor menguatkuasa perintah larangan merokok di tempat awam sebagai salah satu langkah pencegahan pandemik COVID-19 setelah wujud kebimbangan amalan berkenaan berisiko menyebarkan jangkitan virus antara manusia. Kes jangkitan harian pada bulan Jun adalah kurang daripada 150 dan kes jangkitan pada bulan Ogos telah meningkat dengan tinggi. Jumlah kes harian pada […]