Berita›Luar Negara
Di Sebalik Peningkatan Kes Baru COVID-19, Puluhan Ribu Doktor Di Korea Selatan Teruskan Mogok Besar-Besaran
SEOUL, 26 Ogos (Bernama) — Puluhan ribu doktor pada Rabu melancarkan mogok berskala besar di seluruh Korea Selatan sebagai membantah rancangan pembaharuan tenaga kerja perubatan kerajaan, lapor agensi berita Yonhap. Mogok tiga hari itu anjuran Persatuan Perubatan Korea (KMA) yang mempunyai kira-kira 130,000 ahli, antara lain membantah tindakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar perubatan. Susulan […]
“Nasib Baik Tak Terbakar,” Anak Kucing ‘Terselamat’ Walau ‘Tempuh’ Perjalanan 48km Di Bahagian Enjin Kereta
Seekor anak kucing yang telah berjaya diselamatkan dari bawah bonet sebuah kereta didapati masih hidup selepas mengharungi perjalanan sejauh 30 batu bersamaan 48 kilometer dan kelajuan sekitar 65 kmj. Kereta yang dipandu oleh seorang wanita itu dikatakan menuju ke rumah ibunya di Neston dari rumahnya di Winsford, Cheshire, lapor Daily Star. Dia mendengar kucing mengiau […]

Ketua Kampung Menjumpai Tulang Manusia Di Sawah
BURI RAM, THAILAND: 25 Ogos, ketua kampung Sompong Khao-ngam telah menemui tulang manusia di sawah ketika dia sedang menabur baja. Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun dilaporkan hilang bulan lalu dan polis mengesyaki bahawa mayat itu adalah miliknya. Tulang yang dijumpai itu bertaburan di sekitar ladang di Buri Ram. Polis bersama dengan doktor dari hospital […]

Guru Dan Pelajar Di Thailand Dilapor Maut Digilis Lori 18 Tayar
BANGKOK: 25 Ogos, seorang guru dan muridnya telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Bangkok ketika motosikal mereka tergelincir di bawah trak pengadun konkrit 18 roda. Guru dan pelajar berusia 17 tahun itu memakai topi keledar, tetapi kesan daripada impak itu telah merosakkan tengkorak mereka, menurut Nation Thailand. “Setiap pagi guru itu akan menghantar mangsa […]

Dua Lelaki Ditahan Selepas Tular Video Budak Jadi Mabuk Selepas Diberi Minum Dipercayai Arak
Sulawesi Selatan, 26 Ogos- Dua lelaki berusia 20 dan 19 tahun ditahan atas kesalahan memberi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun minum dipercayai minuman beralkohol di Luwu Timur, di sini Dalam satu video yang tular dikongsikan Kompas, kelihatan seorang pemuda menuang minuman dipercayai beralkohol ke dalam gelas sebelum ianya diteguk seorang kanak-kanak lelaki. Pemuda itu kemudiannya […]
Messi Suara Hasrat Mahu Tinggalkan Barcelona
MADRID, 26 Ogos (Bernama) — Bintang bola sepak Leo Messi dilaporkan akan meninggalkan kelab Barcelona FC meskipun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta euro dalam kontraknya. Menurut Agensi Berita Xinhua, memetik berita disiarkan saluran televisyen Argentina, TyC Sports dan media Sepanyol, Messi sudahpun menghantar surat menerusi faks ke kelab berkenaan untuk memaklumkan hasratnya itu. […]
Comel Tompok Merah Di Pipi, Foto Terbaru Kucing Digelar ‘Pikachu’ Tarik Perhatian Ramai
Tempoh hari, telah tular gambar seekor kucing yang dilumurkan dengan kunyit bagi merawat jangkitan kulat seperti yang pernah didakwa sebelum ini. Rata-rata warganet yang melihat gambar itu kemudiannya telah menyamakannya dengan satu karakter animasi kegemaran kanak-kanak iaitu Pikachu. Gambar yang memaparkan kucing tersebut serba kuning seperti yang telah dimuat naik oleh sebuah laman Facebook di Thailand […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Richter ‘Goncang’ Selat Sunda, Indonesia
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, […]
Isteri Tuntut Cerai Kerana Suaminya Terlalu Baik Dan Tak Pernah Bergaduh Selama 18 Bulan Bernikah
Seorang wanita di India nekad menuntut cerai kepada suaminya dengan alasan mereka tidak pernah bertengkar selama 18 bulan mendirikan rumah tangga. Kejadian pelik ini dipetik daripada Indiatoday melaporkan bahawa wanita tersebut berasa rimas kerana suaminya terlalu menyayanginya. Menurut wanita itu, suaminya sering memaafkannya setiap kali melakukan kesalahan. Suaminya tidak pernah menjerit atau buat si isteri […]
Indonesia Catat 2,447 Kes Positif Baharu Dalam Tempoh 24 Jam
JAKARTA, 25 Ogos – Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 157,859 kes secara keseluruhan, manakala 76,667 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu. Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,447 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam di republik berkenaan. Bagi tempoh 12 tengah […]
Bekas Bintang Bola Sepak Brazil, Ronaldinho Dibebaskan Selepas 171 Hari Ditahan
Selepas hampir enam bulan berada di bawah tahanan rumah di Paraguay, bekas bintang bola sepak Ronaldinho dibebaskan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu. Bekas penyerang sensasi Barcelona dan saudaranya, Roberto de Assis Moreira, ditahan kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu pada 4 Mac. Ronaldinho dan Roberto masing-masing membayar ikat jamin US$800,000 dan dipindahkan ke sebuah […]
(Video) Wanita Ketakutan, Dakwa Ternampak ‘Patung Berhantu’ Bergerak Dengan Sendiri
Seorang wanita mendakwa berjaya merakamkan detik menyeramkan apabila satu patung yang terdapat di dalam almari bergerak dengan sendirinya. Wanita yang bernama Holly Armstrong itu, telah merakamkan aktiviti paranormal tersebut ketika dia sedang menjaga anak-anak pemilik rumah berkenaan pada 2 Ogos lalu. Ketika merakamkan insiden itu, Holly berada kira-kira satu meter daripada sebuah almari pakaian di […]
Kira-Kira 80 Bekas Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya Dijumpai Di Pelabuhan Beirut
BEIRUT, 25 Ogos (Bernama) — Pakar ketenteraan Lubnan dan rakan mereka dari Perancis menemukan 79 bekas mengandungi bahan kimia berbahaya di Pelabuhan Beirut, lokasi berlakunya tragedi letupan maut awal bulan ini. “Antara 14 dan 22 Ogos, sebanyak 25 bekas mengandungi asid hidroklorik dijumpai, serta 54 bekas bahan kimia lain dan andai berlaku kebocoran ia boleh […]
27 Pelanggan Kafe Tidak Memakai ‘Face Mask’ Dilaporkan Positif COVID-19 Selepas Dijangkiti Seorang Wanita
Seramai 27 pelanggan sebuah kafe di Korea Selatan dilaporkan dijangkiti virus Covid-19 selepas seorang wanita yang berkunjung ke premis itu, lapor Chosun Media. Menurut laporan akhbar terbabit, wanita itu telah berkunjung ke sebuah kafe di bandar Paju bersama dengan seorang rakannya. Dalam masa hanya 2 jam 30 minit wanita itu berada di premis terbabit, dia […]
Dewan Luar Negara Filipina Luluskan RUU Untuk Masukkan Sabah Sebagai Sebahagian Peta Di Pasport Mereka
Jawatankuasa Dewan Luar Negara Filipina telah meluluskan rang undang-undang baharu di mana Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian daripada peta di dalam pasport negara mereka. Dalam rang undang-undang Akta Pasport Filipina 1996 ini bertujuan menekankan dan menegaskan kemenangan mereka di Lautan Filipina Barat atas China di Mahkamah Tribunal Timbangtara di […]
Penyerang Christchurch Turut Rancang Bakar Masjid – Pendakwaraya
MOSCOW, 24 Ogos – Penembak Christchurch yang membunuh 51 orang awam pada 2019 dalam serangan ke atas dua masjid New Zealand, Brenton Tarrant, turut merancang untuk membakar masjid berkenaan, kata seorang hakim. Tarrant, mengaku bersalah atas 51 tuduhan membunuh, 40 tuduhan cubaan membunuh, dan satu tuduhan melakukan keganasan. Perbicaraan kes itu bermula pada Isnin selama empat hari. Tarrant […]
Bapa Meninggal Dan Ibu Berkahwin Lain, Budak 8 Tahun Ini Didakwa Dicabul Oleh Bapa Saudara Yang ‘Menjaganya’
Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan telah menjadi mangsa serangan seksual bapa saudaranya sendiri. Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku di Bayung Lincir, Kabupaten Musi Banyuasin, Sumatera Selatan, lapor Tribun Ambon. Kanak-kanak lapan tahun itu telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya yang berkahwin semula dengan lelaki lain setelah ayahnya meninggal dunia. Mangsa selepas itu tinggal bersama dengan bapa saudaranya […]
Jarang Tampil Di Khalayak Ramai, Timbul Lagi Khabar Angin Yang Mendakwa Kim Jong Un Sedang Koma
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kini didakwa berada dalam keadaan koma dan dikatakan telah menyerahkan separuh dari kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya, lapor Market Watch. Bekas pembantu kepada Presiden Korea Selatan, Chang Song-min mendakwa bahawa Kim Jong Un telah sakit tenat selepas kekurangan kemunculannya di tempat awam pada tahun ini. “Saya mengesyakinya berada dalam […]
Mahkamah Tentukan Nasib Penyerang Masjid Di Christchurch Hari Ini
Penghakiman terhadap pengganas yang bertanggungjawab melakukan serangan di masjid Christchurch, insiden berdarah paling menggemparkan di New Zealand, bermula Isnin, lapor Agensi Anadolu. Brenton Tarrant, 29, seorang kulit putih warga Australia, mengaku membunuh 51 orang beragama Islam dalam kejadian pada Jumaat, 15 Mac 2019. Insiden itu mencetuskan kejutan di seluruh dunia, mendorong Perdana Menteri Jacinda Ardern […]
Dipercayai Boleh ‘Meletup’ Jika Tidak Dirawat, Doktor Dilapor Berjaya Keluarkan Tumor Ovari Terbesar Dari Tubuh Wanita
Doktor di India dipercayai berjaya mengeluarkan tumor ovari terbesar di dunia yang seberat 54 kilogram dari seorang wanita berusia 52 tahun, lapor Daily Mail. Wanita yang tidak mahu dikenali itu sebelum ini pernah mengadu bahawa berat badannya mula naik mendadak dan dia tidak boleh berjalan kerana kakinya sudah mulai bengkak. Dia tidak tahu bahawa satu […]