Berita›Luar Negara

Pegawai Kerajaan Di Gowa, Sulawesi Selatan Berdepan Kemungkinan Dipecat Jika Tidak Fasih Baca Al-Quran
Para pegawai kerajaan di Gowa, Sulawesi Selatan dilapor berdepan tindakan dipecat daripada jawatan jika tidak fasih membaca Al-Quran. Menurut Kompas, seramai 76 pegawai kerajaan telah menjalani ujian kompetensi bacaan Al-Quran pada 30 Ogos lalu. Ujian tersebut merupakan sebahagian daripada saringan untuk para peserta yang ingin merebut jawatan lebih tinggi. “Ini sebahagian dari pemilihan kecekapan yang […]

Kanak-Kanak Perempuan Dilapor Diculik Ketika Ibunya Sedang Buat Pembayaran Di Stesen Minyak
UKRAINE: Seorang kanak-kanak perempuan telah diculik semasa ibunya sedang membuat pembayaran di sebuah stesen minyak, Boryspil, Ukraine. Saksi tempat kejadian memberitahu bahawa pada ketika itu,”ayah ada di dalam kereta, ibu pergi ke stesen minyak bersama kanak-kanak tersebut dan semasa ibunya sedang membuat pembayaran, gadis itu sedang melihat permainan”. Rakaman CCTV stesen minyak yang diambil pada […]
Belum Sebulan, Menteri Kewangan Baharu Thailand Letak Jawatan
BANGKOK, 1 Sept (Bernama) — Menteri Kewangan Thailand Predee Daochai meletak jawatan, tidak sampai sebulan selepas memegang jawatan berkenaan. Peletakan jawatan bekas presiden bersama Kasikornbank itu berkuat kuasa esok, menurut pengumuman Warta Diraja hari ini. Ahli perbankan berumur 61 itu dipilih sebagai menteri kewangan baharu pada 6 Ogos lepas. Beliau menyertai kabinet Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha pada 12 […]

(Video) Cantik Tapi Seram, Foto-foto Perkampungan Dalam Gunung Berapi Aktif Di Jepun
Pelik tapi benar. Siapa sangka sebuah pulau yang pernah terkesan akibat letusan besar gunung berapi kini menjadi sebuah perkampungan yang indah bagi kira-kira 170 penduduk di Jepun. Biarpun Aogashima pernah terbiar tanpa penduduk selama 50 tahun selepas letusan pada Mei 1785, kini masih ada yang memilih untuk tinggal di sana. Bagi mereka, kejadian pada 1785 […]
“Perkenankan Saya Mengucapkan Terima Kasih…” Mantan PM Jepun Balas Tweet Jokowi Dalam Bahasa Indonesia Jadi Tumpuan
Bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menulis satu ciapan di Twitter dengan menggunakan Bahasa Indonesia, baru-baru ini. Perkenankan saya mengucapkan terima kasih yang setulus-tulusnya atas pesan hangat yang telah Yang Mulia tulis. https://t.co/NTsVwitEAI — 安倍晋三 (@AbeShinzo) September 1, 2020 Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Yang Mulia beserta segenap rakyat Indonesia atas persahabatan yang […]
Setiausaha Luar Filipina Tweet Mahu Hidupkan Kembali Pejabat Khas Tuntut Sabah Dari Malaysia
Portal berita Filipina melaporkan salah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Filipina semalam telah memuat naik satu tweet yang menyatakan keinginan untuk menghidupkan kembali pejabat khas bagi menuntut Sabah daripada Malaysia. Menurut laporan Philstar Global, tweet berkenaan dimuat naik oleh Teodoro Locsin Jr, merangkap Setiausaha Luar Negeri Filipina. “Saya teringat akan kewujudan satu biro lama dalam […]

(Video) Ngeri, Doktor Keluarkan Ular Dari Mulut Wanita, Dakwa Dimasuki Ketika Sedang Tidur
RUSIA: Sekumpulan doktor berjaya menarik keluar seekor ular sepanjang 1.2 meter daripada badan seorang wanita di Levashi, Rusia melalui kerongkong, semalam. Melalui laporan tempatan, ular itu didakwa masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur di laman rumahnya di perkampungan Levashi di Dagestan, Rusia. Wanita itu telah dihantar ke hospital setelah menunjukkan tanda […]
Kes COVID-19 Rusia Cecah 1 Juta
MOSCOW, 1 Sept (Bernama) — Rusia mencatatkan 4,729 kes baharu COVID-19 dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih sejuta, kata pusat tindakan COVID-19 negara itu dalam satu kenyataan pada Selasa. Agensi berita Xinhua melaporkan jumlah kes mencecah 1,000,048, manakala 123 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 17,299. Moscow, wilayah paling teruk dilanda, […]

Trumph Pertahan Remaja Dituduh Tembak Tiga Individu Di Kenosha
Bogota: Presiden Donald Trump pada Isnin membela suspek lelaki bersenjata berusia 17 tahun Kyle Rittenhouse, yang didakwa menembak tiga penunjuk perasaan di Kenosha, Wisconsin minggu lalu, termasuk dua cedera parah. Trump ketika ditanya dalam sidang media di Rumah Putih adakah beliau mempertahankan Rittenhouse, kerana mengambil tindakan sendiri, katanya remaja itu telah ‘’diserang dengan ganas,” dia […]
Hanya Kerana Tak Nak Halau Tikus Dalam Bilik, Isteri Didakwa Berang Dan Gigit Kemaluan Suaminya
Akibat berang, seorang wanita bertindak mengigit kemaluan suaminya yang enggan menghalau seekor tikus di dalam bilik tidurnya. Kejadian ini berlaku di sebuah kediaman di Kitwe Wilayah Copperbelt di Zambia, Afrika. Memetik daripada laporan Daily Star UK memaklumkan bahawa wanita tersebut di bawah pengaruh alkohol semasa pulang ke kediamannya dan terserempak dengan seekor tikus di dalam […]
COVID-19: Singapura Sahkan 41 Kes Baharu, Tujuh Kes Import
SINGAPURA, 31 Ogos (Bernama) — Singapura mengesahkan 41 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di republik itu sebanyak 56,812. “Berdasarkan siasatan setakat ini, terdapat tiga kes dalam komuniti, kesemuanya adalah pemegang pas kerja,” menurut Kementerian Kesihatan Singapura dalam data ringkas yang dikeluarkan, di sini, hari ini. […]
COVID-19 Lebih 1,000 Kes Positif Baru Dicatatkan Di Jakarta Dalam Tempoh 24 Jam Sejak Semalam
JAKARTA, 31 Ogos (Bernama) — Kes positif baharu COVID-19 di Jakarta direkodkan melebihi angka 1,000 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut sejak semalam, menjadikan provinsi itu kini mencatatkan kes positif keseluruhan berjumlah 40,086 kes. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Prof Wiku Adisasmito dalam sidang medianya yang disiarkan di youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia […]

Kanak-kanak 3 Tahun Tersangkut Pada Ekor Layang-Layang Gergasi, Melayang Sehingga 100 Kaki Ke Udara
Seorang kanaka-kanak perempuan berusi tiga tahun mengalami satu tragedi tak terduga apabila dia dilayangkan oleh sebuah layang-layang gergasi sehingga mencecah 100 kaki ke udara di sebuah festival di Taiwan. Berdasarkan video, kanak-kanak itu tersangkut pada ekor layang-layang gergasi dan ketika layang-layang itu diterbangkan, mangsa turut ikut terbang ke udara. Di dalam rakaman tersebut, kanak-kanak itu […]
Guru-Guru Ini Kumpul Gaji Sendiri Dan Belikan Telefon Bimbit Untuk Pelajar Supaya Boleh Belajar Dalam Talian
Kebanyakan orang mungkin sedang bekerja dari rumah pada ketika ini namun tidak semua orang dilengkapi dengan kemewahan dan teknologi untuk melakukannya. Permasalahan ini juga dihadapi oleh pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Sesetengah dari mereka tidak dapat mengikuti kelas dalam talian kerana tidak mempunyai telefon bimbit dan komputer riba. Mereka tidak mampu untuk membeli alatan yang […]
29 Dilaporkan Maut Selepas Restoran 2 Tingkat Runtuh Dipercayai Ketika Sambutan Hari Jadi
Sekurang-kurangnya 29 orang dilaporkan maut selepas restoran dua tingkat runtuh semasa pesta sambutan hari jadi di China, lapor Sky News. Kementerian Pengurusan Kecemasan China berkata 28 orang lagi cedera termasuk tujuh daripadanya parah. Bangunan di bandar Linfen itu tiba-tiba runtuh pada hari Ahad dan puncanya masih belum diketahui. Ratusan penyelamat melakukan pencarian sepanjang hari dalam […]
Hampir Sebulan Tragedi Letupan Di Beirut, Tujuh Orang Dilaporkan Masih Belum Ditemui
Tentera Lubnan memaklumkan pada Sabtu lalu bahawa seramai tujuh orang termasuk tiga orang warganegara Lubnan masih lagi tidak ditemui selepas kejadian letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 188 orang terkorban, lapor Arab News. “Operasi mencari dan menyelamat tidak akan berhenti sehingga yang hilang ditemui, “Masih ada tujuh orang yang hilang […]
Kereta ‘Terjun’ Sebelum Rempuh Dinding Rumah Selepas Pemandu Mendakwa Cuba Mengelak Ayam Melintas
Seorang pemandu merempuh sebuah rumah selepas mendakwa bahawa seekor ayam berlari di depan kenderaannya, lapor Daily Star. Lelaki yang berusia 41 tahun itu pada mulanya memberitahu polis bahawa dia melihat seakan kanak-kanak berlari ketika dia memandu sehingga memaksanya untuk membelok. Dia kemudian mengakui bahawa ia bukan kanak-kanak namun seekor ayam. Keretanya telah hilang kawalan dan […]
Rumah Jiran Juga Terjejas, Lelaki Ini Didakwa Bakar Rumah Ketika Isteri Masih Tidur Dipercayai Kerana Bertengkar
Hanya kerana perselisihan faham, seorang suami didakwa nekad membakar rumahnya ketika isterinya sedang nyenyak tidur di bilik, lapor Tribun. Menurut Tribun, kebakaran tersebut bukan sahaja telah menjejaskan rumah pasangan berkenaan, sebaliknya dua rumah jirannya yang berdekatan juga turut musnah dijilat api. Kejadian tersebut dilaporkan terjadi di Desa Jayapura, daerah Lirik, Riau, Indonesia. Pada mulanya, suspek […]
‘Superhero’ Sebenar, Foto-Foto ‘Black Panther’ Melawat Kanak-Kanak Dipercayai Hidap Kanser Kembali Jadi Perhatian Dunia
Dunia hari ini dikejutkan dengan kematian pelakon utama Black Panther, Chadwick Boseman. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser usus. Pemergiannya itu nyata mengejutkan ramai kerana sebelum ini beliau tidak pernah membuka cerita mengenai kanser yang dialaminya itu. Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengimbas kembali ketika pelakon itu melawat kanak-kanak yang menghidap kanser […]
Derita Sejak Berumur 6 Tahun, Rupanya Ada Cacing 5 Inci ’Menginap’ Dalam Otak Lelaki Ini Selama 17 Tahun
Doktor di China telah berjaya mengeluarkan cacing sepanjang lima inci dari dalam otak seorang lelaki setelah parasit itu berada di situ selama 17 tahun, lapor Daily Mail. Lelaki berusia 23 tahun itu berkata dia mula mengalami kebas di tangan dan kakinya sejak berusia enam tahun. Dia akhirnya pergi ke hospital setelah kehilangan sensasi di bahagian […]