Berita›Luar Negara
Lelaki Ubah Suai Siling Kedai Supaya Kucing Peliharaan Dapat Lihat Tuannya Bekerja
Disebalik kebanyakan kedai menggunakan peranti kamera keselamatan, berlainan pula bagi sebuah kedai terletak di Taiwan ini yang menggunakan beberapa ekor kucing yang memerhati. Seorang lelaki yang juga pemilik kedai telah mengubah suai siling kedainya menjadi cermin supaya kucing peliharaan dapat memerhatikan gerak gerinya daripada atas bumbung. Pengguna Twitter SCMcrocodile telah berkongsikan beberapa foto yang memaparkan […]
(Video) Detik Cemas Helikopter Bawa Jantung Untuk Pemindahan Organ Terhempas Atas Bumbung Hospital
Jika belum sampai ajal. Seorang pesakit yang memerlukan jantung baharu berjaya menjalani pembedahan selepas helikopter yang membawa organ itu terhempas di atas bumbung hospital. Menurut laporan The Sun UK, sebuah helikopter perubatan, AgustaWestland AW109 dirakam sedang hilang kawalan sebelum mendarat dan terbalik di atas tapak pendaratan di atas sebuah hospital di Los Angeles. Ketiga-tiga penumpang […]
Kepit Ikan Gunakan Mulut, Lelaki Menderita Ikan Masih Hidup Termasuk Dalam Saluran Pernafasan
Dubai: Pasukan perubatan Mesir berjaya mengeluarkan seekor ikan yang masih hidup dari saluran pernafasan seorang nelayan dalam satu kejadian yang mengejutkan, lapor media tempatan. Lelaki berusia 40 tahun itu, yang difahamkan memancing di Beni Suef, sebuah bandar yang terletak 110km ke selatan Kaherah, tiba di jabatan kecemasan hospital dalam keadaan yang tenat kerana sedang bertarung […]
Ahli Astronomi Dilapor Temui Planet ‘Paling Tak Boleh Didiami’, Wujud Lautan Lava Sedalam 96km
Ahli astronomi mendakwa menemui planet yang dibadai hujan batu dengan lautan lava sedalam 60 batu (96.5km) dan kelajuan angin melebihi 3,000 batu sejam. Planet yang bersaiz bumi itu mempunyai angin empat kali ganda dari kelajuan bunyi dengan suhu sekitar 3,000 ° C di satu sisi iaitu cukup panas untuk menguap batu. Namun ia juga boleh […]
“Satu Dalam Sejuta”, Penyelidik Dakwa Temui Burung Dengan Badan Separuh Jantan, Separuh Betina
Sepasukan penyelidik yang memantau populasi burung di Powdermill Nature Reserve di Rector, Pennsylvania, mendakwa menemui seekor burung dengan warna yang aneh. Badannya dipercayai separuh jantan dan separuh betina. Apabila melihat perbezaan warna itu, mereka yakin bahawa ia adalah burung grosbeak yang dipanggil sebagai gynandromorph iaitu haiwan separuh jantan dan separuh betina. Ukuran juga menunjukkan bahawa […]
(Video) Aksi Main Muzik Dengan Kucing Jadi ‘Meme’ Kelakar, Kisah Hidup Bilal Gorogen Yang Ramai Tak Tahu
Penggunaan ‘meme’ di ruangan komen di Facebook sudah menjadi trending pada hari ini. Pasti ada sahaja gambar, gif, video mahupun ayat yang mencuit hati netizen hingga ada yang sampai minta ‘PM’ video-video kelakar tu. Tapi kan, korang perasan tak ada satu video meme lelaki main alat gendang kat atas kerusi, di sebelahnya ada kepala kucing […]
Baru Lepas Lahirkan Anak, Anjing Didakwa Dirogol Beramai-Ramai Dan Ditikam 30 Kali Hingga Mati
Seekor anjing didakwa telah cedera teruk selepas dirogol beramai-ramai dan ditikam sebanyak 30 kali, lapor Mirror. Anjing itu ditemui di jalan di Bogota, Columbia pada 1 November lalu dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Ia diselamatkan dan dibawa ke klinik haiwan namun malangnya disahkan telah mati. Haiwan itu juga dilaporkan baru sahaja melahirkan anak ketika kejadian […]
Pesawat Bawa Bantuan Mangsa Ribut Terhempas Di Guatemala, Ragut Dua Nyawa
GUATEMALA CITY, 9 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh pada Ahad apabila sebuah pesawat ringan yang mengangkut makanan untuk mangsa ribut, terhempas di Guatemala, lapor agensi berita Xinhua. Nahas berlaku pada tengah hari, beberapa minit selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa La Aurora menuju ke Alta Verapaz. Satu mayat dijumpai di lokasi nahas […]
Pencuri ‘Nyaris’ Selamat, Tempat Persembunyian Terkantoi Selapas Tak Sengaja Terbatuk
Tak sempat nak ‘enjoy’ bersama barang yang dicuri, seorang suspek kes curi berjaya ditangkap oleh pihak polis selepas dirinya terbatuk semasa bersembunyi, lapor Tribun Pantura. Kejadian yang berlaku di Desa Karangnangka, Kabupaten Mrebet, Kabupaten Purbalingga itu menyaksikan suspek mencuri di sebuah rumah pada selasa lalu dan ditangkap bersama barang yang dicuri. Menurut Ketua Polis Mrebet, […]
Kecewa Putus Tunang Dan Ditinggalkan Kekasih, Lelaki Nekad Kahwin Dengan Diri Sendiri
Tidak semua yang dirancang akan berlaku, terkadang diri perlu menerima hakikat yang menyakitkan dan ianya perlu dilalui dengan tabah. Sama dengan doktor dari Brazil ini yang tular di media sosial selepas berkahwin dengan dirinya sendiri dalam satu majlis yang dirai oleh ahli keluarganya. Dr Diogo Rabelo mengadakan perkahwinan di sebuah resort di Itacaré, Bahia di […]

Tan Sri Muhyiddin Yassin Ucap Tahniah Pada Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden AS
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden di atas kemenangannya dalam pilihan raya A.S hari ini. Seperti yang sedia maklum, Joe Biden telah berjaya mendapat undian yang tertinggi sekaligus mengalahkan presiden sebelum ini, Donald Trump. Dalam kenyataan media itu juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap agar Malayasia dapat […]

“Kami Takkan Lupakan Kamu,” Gli Si Kucing ‘Penghuni’ Setia Masjid Hagia Sophia Mati Di Usia 16 Tahun
Siapa yang tak kenal dengan penghuni setia Masjid Hagia Sophia sejak sedekad yang lalu kini dilaporkan sudah ‘pergi’ buat selamanya. Gli, kucing Hagia Sophia disahkan meninggal dunia pada usia 16 tahun. Kucing terkenal di dunia, yang merupakan sebahagian dari sejarah masjid ikonik, dirawat di klinik veterinar sebelum disahkan mati. Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar […]

Terkini: Joe Biden Menang Pilihan Raya Presiden Amerika
Amerika Syarikat akhirnya memilih Joe Biden sebagai Presiden AS yang baharu menggantikan Donald Trump yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden yang diadakan pada 4 November 2020 tempoh hari. Joe Biden dalam kiriman terbaru di laman Twitternya mengatakan “Saya berbesar hati anda (rakyat AS) memilih saya untuk memimpin negara ini.” Tambah Biden lagi, ” Kerja keras […]

Biden Belum Sedia Umum Kejayaan, Namun Yakin Di Ambang Kemenangan
WASHINGTON, 7 Nov – Calon presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata belum bersedia mengumumkan kemenangannya pada pilihan raya AS 2020 namun, yakin akan memenangi pertarungan itu, mungkin dengan lebih 300 undi elektoral, lapor Agensi Sputnik. “Kami belum mempunyai pengisytiharan rasmi kemenangan. Tetapi keputusan yang ada setakat ini jelas dan meyakinkan: kami akan memenangi perlumbaan […]
Lelaki Dilapor Melecur Teruk, Dipercayai Akibat Nyalakan Pemetik Api Selepas Guna ‘Hand Sanitizer’
Seorang pemandu teksi dilapor melecur teruk ketika dia menyalakan sebatang rokok setelah membersihkan tangan menggunakan hand sanitizer. Lelaki 42 tahun itu baru sahaja menurunkan pelanggan ketika dia membersihkan tangannya sebelum menyedari bahawa terdapat satu pemetik api yang ditinggalkan di tempat duduk belakang. Dia dipercayai cuba menguji pemetik api itu untuk melihat sama ada ia berfungsi […]
Kanak-Kanak Dijangkiti COVID-19 Dilapor Meninggal Dunia 15 Jam Selepas Keluar Dari Hospital
Seorang kanak-kanak 5 tahun dilaporkan telah meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19 dalam tempoh 15 jam selepas dibenarkan pulang dari hospital, lapor Irish Mirror. Menurut ibunya, kanak-kanak itu telah jatuh sakit pada Selasa lalu dan mula tidur dalam tempoh waktu yang lama. Dia telah dibawa ke hospital pada Khamis setelah mula muntah. Disebabkan dia tidak mengalami […]
(Video) Gelagat Oyen Tunjuk Muka ‘Meluat’ Bila Dibawa Ke Pantai Buat Ramai Terhibur
Seekor kucing menunjukkan reaksi muka yang amat melucukan apabila pertama kali dibawa ke pantai, lapor Daily Star. Walaupun pada awalnya kucing berkenaan, Pumpkin, dilaporkan ‘teruja’ apabila dilihat berlari-lari ketika dilepaskan, namun keadaan berubah apabila angin yang bertiup kencang menyebabkan bulunya yang tebal ‘menukar’ reaksi wajah kucing tersebut. Bagi pemilik kucing berkenaan, dia menyifatkan apa yang […]
(Video) Detik Mendebarkan Paus Tiba-Tiba Muncul Dan Hampir Menelan Individu Sedang Berkayak
Dua individu yang berkayak menghadapi detik-detik mengerikan apabila seekor ikan paus dapat dilihat dari jarak dekat dan hampir menelan mereka diperairan California. Rakaman insiden yang terjadi pada 2 November itu telah menjadi tular di laman sosial. Salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan telefonnya pada waktu itu dan berjaya menangkap pengalaman tersebut di kamera. Sementara rakaman […]

Perkhidmatan Kuarantin Haiwan Jepun Sahkan Pengasingan Virus ASF Daripada Daging Babi
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) — Gen bagi virus demam babi Afrika (ASF) baru-baru ini disahkan hasil daripada satu ujian gen ke atas sosej babi yang dibawa secara haram ke Jepun oleh seorang penumpang dari Filipina. Menurut kenyataan, ujian tersebut telah dijalankan oleh Perkhidmatan Kuarantin Haiwan (AQS), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun. Virus hidup […]

(Video) Menyentuh Hati, Jemaah Di Mekah Tetap Khusyuk Beribadah Walau Dilanda Hujan Lebat
Biarpun hujan lebat menimpa bumi Mekah, ramai muslim masih meneruskan ibadah tanpa menghiraukan pakaian mereka basah. Malah, dalam kompilasi gambar dikongsikan laman Twitter Haramain, kelihatan mereka masih khusyuk menadah tangan memohon doa ketika waktu mustajab itu. Ada yang berada di atas kerusi roda, ada yang duduk di lantai menghadap Kaabah di dalam hujan, penuh kekhusyukan. […]