Berita›Luar Negara
(Video) Gadis Tahan Malu, Ternampak Lelaki Pakai Corak Batik Sama Dekat Majlis
Pasti ramai diantara kita yang pernah berpengalaman sedondon dengan pakaian yang dipakai oleh orang tak dikenali. Perkara itu sedikit sebanyak pasti akan memberikan rasa malu dalam pada masa yang sama detik melucukan apabila berhadapan dalam situasi seperti itu. Begitulah yang terjadi menerusi satu video TikTok yang dikongsikan melalui akaun bernama @septiartfn25 ini. Ketika menghadiri satu […]
Lelaki Dilaporkan Maut Ditembak Selepas ‘Prank’ Rompak Tak Menjadi
Polis di Tennessee, Amerika Syarikat sedang menjalankan siasatan susulan seorang lelaki ditembak dan terbunuh ketika cuba untuk melakukan prank rompakan demi video YouTube, lapor Global News. Polis Nashville terus bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki berumur 23 tahun yang mengakui bahawa dia telah menembak lelaki berumur 20 tahun itu, menurut […]

Raih Sehingga RM243,000, Peladang Tawar Khidmat ‘Video Call’ Dengan Kambing Ketika ‘Zoom Meeting’ Terima 10,000 Panggilan
Bermula daripada gurauan dengan rakannya, seorang peladang di England kini menyediakan perkhidmatan panggilan video dengan kambing miliknya sebagai hiburan ketika mesyuarat atas talian. Menurut Washington Post, Dot McCarthy, 32, menawarkan perkhidmatan tersebut untuk individu yang ingin membuat kejutan dengan penampilan seekor kambing dalam panggilan video berkumpulan. Secara tiba-tiba, seekor kambing akan muncul dengan namanya terpapar […]
“Terdapat Dua Kemungkinan,” Foto Kucing Ketakutan Dipercayai Ditinggalkan Atas Sebatang Kayu Cetus Kemarahan
Satu foto yang memaparkan seekor kucing yang dilaporkan ditemui terkandas dipercayai ditinggalkan pada sebatang kayu kira-kira 500 meter daripada pantai telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pencinta haiwan, lapor Daily Star. Menurut Daily Star, foto yang memaparkan kucing berwarna hitam dan putih itu telah mengejutkan ramai pengguna media sosial kerana haiwan itu kelihatan sedang ketakutan ketika […]
Gempa Bumi Sederhana Gegar Rantau Kepulauan Filipina
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda rantau kepulauan Filipina, pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pada pukul 8 pagi itu berpusat di 189 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
(Video) Sebak, Gadis Jadi Yatim Piatu Setelah Ibu Bapanya Meninggal Selang 3 Hari, Nekad Akad Nikah Dekat Jenazah Bapa
Hari perkahwinan pastinya hari yang membahagiakan bagi hampir kesemua pasangan. Namun, bagi seorang wanita di Jawa Tengah, hari terbesar itu menjadi hari yang menyedihkan apabila ibu dan ayah kesayangannya meninggal dunia menjelang hari pernikahan. Menurut Tribun News, Arum yang merupakan anak tunggal telah kehilangan ibunya yang meninggal dunia kerana komplikasi sebelum diikuti ayahnya tiga hari […]
(Video) TERKINI: Sekurang-kuranganya 150 Orang Dikhuatiri Maut Dilanda Banjir Kilat Di Pergunungan Himalaya
Sekurang-kurangnya 100 hingga 150 orang dikhuatiri maut selepas sebuah perkampungan kaki gunung kawasan pergunungan Himalaya dilanda banjir kilat, sebentar tadi. Pasukan polis Indo-Tibetan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan dan pasukan keselamatan India diletakkan dalam sitausi berjaga-jaga, lapor ANI. Menurut laporan Bloomberg lagi, pihak berkuasa tempatan juga mengarahkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan […]
Dua Ekor Harimau Sumatera Spesis Terancam Lolos Dari Zoo, Seekor Berjaya Ditembak Mati
Dua ekor harimau sumatera dilaporkan terlepas dari Zoo Sinka Di Singkawang, Kalimantan Barat pada Sabtu, seekor telah ditemui dan ditembak mati oleh petugas zoo. Harimau-harimau itu dipercayai terlepas dari kandang dan menerkam seorang petugas zoo sehingga meninggal dunia, lapor CNN Indonesia. Ketua Badan Pemuliharaan Sumber Asli Kalimantan Barat (BKSDA), Sadtata Noor Adirahmanta mengatakan bahawa setelah […]
Penduduk Pekalongan Gempar Tiba-tiba Dilanda ‘Banjir’ Merah, Rupa-rupanya Ini Yang Berlaku
Penduduk bandar Pekalongan di Indonesia gempar dengan air banjir yang dipercayai bertukar menjadi warna merah. Banjir merah tersebut menenggelamkan kawasan perumahan di Desa Jenggot, Kabupaten Selekna Pekalongan pada Sabtu, lapor Detiknews. Pemandangan air banjir berwarna merah itu juga membuatkan netizen di sana kecoh. Namun, tiada apa-apa yang pelik kerana hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak […]
(Video) Lelaki Sewakan Diri Untuk Tak Buat Apa-apa, Terima Bayaran Lebih RM300 Untuk Setiap Pelanggan
Dalam keadaan ekonomi dunia yang dalam tempoh pemulihan pada ketika ini, ramai yang bergelut untuk mencari rezeki. Dengan penutupan beberapa sektor penting seperti pelancongan, pastinya sukar untuk mencari pekerjaan. Namun, tahukah anda bahawa tidak membuat apa-apa pun boleh menjadi sumber pendapatan. Pekerjaan ‘sewa orang yang tidak melakukan apa-apa’ itu dilakukan oleh seorang lelaki dari Jepun […]
Padah Si Ibu Sorok Ujian Positif COVID-19, Lima Beranak Dilapor Maut Turut Dijangkiti Virus Dipercayai Dari Ibu
Satu keluarga kepada seorang wanita Venezuela terdiri daripada lima beranak dilaporkan maut akibat dijangkiti COVID-19. Malapetaka berkenaan dipercayai akibat tindakan wanita berkenaan menyembunyikan keputusan ujian positif COVID-19 dirinya daripada pengetahuan suami dan tinggal di rumah bersama-sama. Wanita berkenaan sebelum itu dilaporkan jatuh sakit pada Disember tahun lepas sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Dia yang […]
(Video) Gerun, Viral Pak Arab Ini Selamba Tampar Singa Peliharaan Cuba ‘Bahamnya’
Bila dah namanya singa, ia pastinya haiwan yang sangat digeruni oleh manusia. Walaupun bukan yang paling tangkas dan kuat, ‘Raja rimba’ itu menjadi simbol kuasa dan keberanian. Namun, ia juga sebenarnya dijadikan sebagai haiwan peliharaan bagi sesetengah individu. Mungkin telah dijaga sejak kecil lagi, sesetengah haiwan itu tidak menonjolkan sifat pemangsa kepada ‘tuannya’. Sama seperti […]
‘Gunung Berapi’ Ais Setinggi 14 Meter Muntahkan Air Muncul Di Kazakhtan, Tarik Perhatian Ramai
Kawasan di wilayah Almaty Kazakhstan ini bukanlah tempat yang paling menarik, terutama pada musim sejuk. Pun begitu, satu fenomena luar biasa telah menarik banyak pelancong untuk pergi ke sana sejak akhir-akhir ini. Kawasan yang terletak di antara perkampungan Kegen dan Shyraganak iaitu di tengah-tengah dataran tinggi yang diliputi salji adalah menara ais setinggi 14 meter […]
(Video) Mak Ayah Meninggal Menjelang Hari Bahagia, Wanita Tahan Sebak Akad Nikah Sebelah Van Jenazah Bawa Jasad Orang Tuanya Ke Kubur
Menghadapi detik pemergian kedua-dua ibu bapa di depan mata adalah tempoh paling sukar bagi setiap insan bernama anak. Apatah lagi jika mereka pergi kerana diuji dengan sakit dan musibah yang tidak tidak diduga sama sekali. Begitulah seperti yang dirasai oleh seorang individu di negara jiran, Indonesia ini apabila kedua-dua orang tua pergi menghadap Ilahi kerana […]
(Video) Meluncur Lebih 240km Sejam, Arab Saudi Rancang Bina “Roller Coaster” Terpantas Di Dunia
Arab Saudi dilapor sedang membangunkan sebuah roller coaster terpanjang, tertinggi dan terpantas di dunia. Roller coaster tersebut, Falcon’s Flight yang dibangunkan syarikat pelaburan Qiddiya itu dilapor mampu meluncur laju sehingga lebih 244 kilometer sejam. Projek mega berkenaan bertempat di Six Flag Qiddiya, sebuah taman tema hiburan berkeluasan 79 ekar yang sedang dibina di Riyadh. Difahamkan, […]
Lebih Lima Dekad Berlalu, Lelaki 91 Tahun Temui Semula Dompetnya Yang Hilang Di Antartika
Seorang lelaki berusia 91 tahun terkejut dan gembira apabila mengetahui bahawa seseorang telah mengembalikan dompetnya yang telah hilang lebih dari lima dekad yang lalu di Antartika, lapor Indian Express. Ahli meteorologi Tentera Laut AS, Paul Grisham, menghabiskan waktu selama setahun untuk memantau keadaan cuaca di benua dingin itu pada tahun 1967. Dia bekerja sebagai peramal […]
Gempa Bumi Sederhana 5.7 Skala Richter Gegar Rantau Taiwan
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda rantau Taiwan awal pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.36 pagi itu, berpusat di 115 kilometer (km) Tenggara dari Keelung, Taiwan pada kedalaman 92 km. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: Bernama
Pernah Percaya Teori Konspirasi & Pandemik Hanya ‘Hoax’, Gadis Terpaksa Akui Kebenaran COVID-19 Selepas Disahkan Positif
Seorang wanita dipercayai pengikut teori konspirasi kini terpaksa mengakui kebenaran bahawa virus COVID-19 itu wujud. Tori Howell, 28, pada awalnya berpendapat pandemik COVID-19 hanyalah ‘hoax’ sebelum dirinya mengalami simptom-simptom seperti sukar bernafas pada petang Ahad. Sehinggalah tiga hari selepasnya, gadis itu disahkan positif dan kini sedang menerima rawatan. Dalam pada itu, Howell yang juga sedang […]
Dapat “Order” Dari Kaki Pancing, Abang Foodpanda Ni Terpaksa Bersampan Hantar Makanan Tengah Sungai
Seorang penghantar makanan Food Panda di Thailand terpaksa bersampan bagi menghantar makanan kepada sekumpulan lelaki yang sedang memancing di tengah Sungai Bang Pakong di Thailand, lapor Thai Tiger. Dengan memakai t-shirt berwarna merah jambu Food Panda dan berhelmet, gambarnya yang gigih mengayuh sampan bagi memastikan pesanan sampai di tangan pelanggan menjadi viral di media sosial. […]
“Jemaah Haji Jepun Ni Tak Ada…”, Mungkin Ada Yang Tertanya-tanya, Rakyat Malaysia Ini Kongsi Macam Mana Jepun Urus Jemaah Haji
Sebagai rakyat Malaysia, agak mudah untuk kita mengerjakan ibadah haji kerana negara kita ada institusi utama yang mengelolakannya iaitu Lembaga Tabung Haji. Tapi pernahkah kita terfikir, bagaimana pula dengan negara lain? Adakah mereka juga ada ‘Lembaga Tabung Haji’ sama seperti di Malaysia? Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli ada berkongsi […]