Berita›Luar Negara
Gara-gara Kaitkan BTS Dengan COVID-19, DJ Radio Di Jerman Terpaksa Mohon Maaf Selepas Diserang ‘ARMY’
Sebuah stesen radio Jerman telah mengeluarkan permohonan maaf setelah seorang penyampai membandingkan BTS dengan virus COVID-19. Menurut Metro.co, Stesen Bavaria Bayern 3 telah menerima pelbagai kritikan setelah Matthias Matuschik mengatakan bahawa BTS sebagai ‘virus buruk’. Ia adalah reaksi selepas kumpulan yang terdiri dari RM, Suga, Jin, Jungkook, J-Hope, V dan Jimin tampil dengan lagu cover […]
(Video) Retakan Iceberg Hampir Sebesar Greater London Dilapor Terpisah Dari Antartika
Satu iceberg besar yang hampir sama dengan ukuran Greater London dilaporkan telah retak di Antartika, berhampiran dengan stesen penyelidikan Halley Britain, lapor BBC. Instrumen permukaan di Brunt Ice Shelf mengesahkan ‘perpecahan’ itu pada Jumaat lalu. Pada masa ini, tiada orang di kawasan itu, jadi tidak ada risiko bagi kehidupan manusia. Iceberg itu dilaporkan sebesar 1,270 […]
Viral Foto Nenek ‘Ditanam’ Dalam Pasir Hitam Di Acheh, Dakwa Mampu Rawat Strok & Darah Tinggi
Bagi yang masih tidak tahu, masyarakat tempatan di Lam Dingin, Banda Aceh, Indonesia, percaya bahawa perubatan tradisional dengan menggunakan pasir hitam di kawasan pantai Syiah Kuala akan menyembuhkan penyakit strok dan darah tinggi. Menerusi laporan readers.id, seorang warga emas, Rumiati dilihat sedang menjalani perubatan tradisional itu dengan ditimbun oleh pasir hitam. Rumiati dipercayai telah menghidapi […]
(Video) Berang Teman Wanita Sepak Menara Cawan Yang Disusun, Lelaki Terus Minta Putus
Setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan agar hubungan yang dibina akan kekal lama tetapi semuanya akan musnah jika tiada persefahaman serta tidak menghormati ruang privasi atau hobi pasangan. Mungkin anda tidak pernah terfikir bahawa cawan juga boleh menjadi punca perpisahan tetapi ia benar-benar berlaku. Menerusi video TikTok dari luar negara yang telah tular, seorang lelaki […]
‘Jurulatih’ Shaolin Soccer & Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia
Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun dipercayai akibat komplikasi kanser. Memetik sumber laporan, Tat yang pernah memegang watak sebagai jurulatih bola sepak dalam filem Shaolin Soccer (2001) itu sebelum ini dirawat di hospital kerana mengalami masalah kanser hati. Bagaimanapun kesihatannya didakwa merosot sejak dua bulan […]
Lelaki Dilapor Pura-Pura Diculik Kerana Malas Pergi Kerja
Seorang lelaki dilaporkan telah memalsukan penculikannya sendiri kerana tidak mahu untuk pergi bekerja. Menurut Global News, lelaki itu mengikat dan ‘membuang’ dirinya sendiri di tepi jalan. Lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah melaporkan maklumat palsu kepada pihak berkuasa. Melalui keterangannya pada pihak polis tempatan, dia mengikat tangannya dengan tali pinggang sendiri, memasukkan bandana di […]
Berjaya Temui Vaksin COVID-19, Pasangan Saintis Muslim Dianugerah Darjah Kebesaran Tertinggi Jerman
Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier dilapor bakal menganugerahkan pasangan saintis Muslim, Dr Ugur Sahin dan Dr Ozlem Tureci dengan Darjah Kebesaran Tertinggi Jermas di atas kejayayaan pasangan suami isteri itu menghasilakan vaksin COVID-19. Dr. Ugur Sahin dan Dr. Ozlem Tureci merupakan keturunan kepada satu imigran Turki yang berhijrah ke Jerman suatu ketika dahulu. Darjah Kebesaran Tertinggi […]
(Video) Terlepas Dari Mulut Buaya, Viral Aksi Kura-kura Lari ‘Sehabis Laju’ Selamatkan Diri Dari Dimakan
Kita mungkin biasa terlihat situasi haiwan karnivor yang ganas menyerang dan menangkap mangsa untuk dijadikan santapannya. Siaran dokumentari seperti National Geographic antara rancangan yang biasa ditayangkan di kaca televisyen tentang babak-babak ganas tersebut. Dalam kebanyakan haiwan pemangsa, satu-satunya yang sangat ‘berkuasa’ di kawasan perairan sungai tidak lain tidak bukan ialah buaya. Tular di Twitter satu […]
(Video) Anjing Selamba Tidur Masa Latihan Rompakan
Seekor anjing baka Husky membuktikan kepada tuannya bahawa ia tidak boleh menjadi penjaga yang sesuai kerana tidur semasa sesi latihan rompakan bersenjata kedai emas dilakukan. Menurut laporan Daily Mail, kejadian di Chiang Ma, Thailand pada 16 Februari itu telah dirakam menerusi CCTV dan menunjukkan anjing itu membiarkan sahaja ‘perompak’ yang memegang senjata memasuki premis tersebut. […]
Disangkakan Tersedak Biasa, Budak 4 Tahun Dilapor Maut Tertelan Paku Tekan
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia setelah tertelan paku tekan. Menurut Mirror.co, ibu mangsa yang sedih dengan perkara itu menggambarkan semula bagaimana dia memeluk anaknya ketika saat-saat kematian tersebut. Dia mengatakan bahawa dia berada di dalam bilik mandi pada ketika itu dan mendengar ahli keluarganya menjerit. Setelah itu, dia keluar dan melihat suaminya […]
COVID: 45 Kes Baharu, Sifar Kematian Dan Situasi Bertambah Baik Di Thailand
BANGKOK, 26 Feb (Bernama) — Situasi penularan wabak COVID-19 di Thailand terus bertambah baik dengan jumlah kes harian baharu turun di bawah angka 50 kes buat pertama kalinya, sejak pertengahan Disember tahun lepas. Dalam tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 45 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan 25,809 dan 83 kematian. […]
(Video) Buat ‘Live’ Diri Sendiri Tidur, ‘Streamer’ Wanita Ini Dilapor Berjaya Raih Sekitar RM12 Ribu Dalam Masa 5 Jam
Streamer terkenal Taiwan pada baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial susulan memperolehi sekitar $ 3,000 (RM 12142.50) dengan hanya menyiarkan dirinya tidur secara langsung selama lima jam kepada ribuan peminatnya, lapor Oddity Central. Wang Yiming, yang merupakan seorang bekas anggota kumpulan pop Cina-Malaysia AMOi-AMOi, telah menyertai platform Twitch sejak akhir tahun lalu sejurus […]
Dilapor Alami Masalah Enjin, Boeing 777 Dilapor Lakukan Pendaratan Kecemasan Di Moscow
Pesawat Boeing 777 yang dikendalikan oleh Rossiya Airlines dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Moscow pada pagi Jumaat kerana mengalami masalah enjin. Menurut Khaleejtimes, kejadian itu berlaku kurang dari seminggu setelah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan United Airlines juga mengalami kerosakan enjin sejurus berlepas dari lapangan terbang sehingga menyebabkan serpihan dari enjin itu jatuh di Denver, […]
Ikut Jejak New Zealand, Polis Leicester Di England Jadikan Hijab Sebagai Uniform Anggota Muslimah
Jejak langkah pemakaian hijab bagi polis wanita Muslim di New Zealand sebelum ini kini mula diikuti di Leicester, England buat kali pertama setelah menjalani penilaian selama 16 bulan. Memetik laporan BBC, anggota polis Leicestershire pertama yang memakai hijab berkenaan ialah seorang pegawai pelajar iaitu Khadeejah Mansur (gambar) dan dijangka akan diteruskan oleh anggota lain pada […]

Kali Terakhir Dilihat Sekitar Tahun 1840, Burung Murai Berkulit Hitam Muncul Lagi Selepas 170 Tahun
Seekor burung kali terkahir dijumpai pada 170 tahun yang lalu di hutan Borneo. Apa yang mengejutkan, ianya dilihat sekali lagi di kawasan hutan yang sama. Hampir dianggap sudah pupus, burung spesies Murai berkulit Hitam ini pernah didokumentarikan sekitar tahun 1848. Namun selepas itu, usaha untuk mencarinya tidak diteruskan lagi. Namun, lewat tahun lepas, dua lelaki […]
Viral Foto Ikan Koi Dimasak Gulai, Ramai ‘Menangis’ Tengok Resepi Ini
Ikan hiasan biasanya menjadi haiwan peliharaan yang sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Salah satu jenis ikan hiasan yang digemari adalah ikan koi yang diketahui mempunyai keunikan tersendiri seperti gaya dan bentuknya. Ramai orang yang sanggup membelanjakan ratusan dan ribuan ringgit untuk membeli ikan tersebut. Pun begitu, berbeza pula dengan ikan koi yang tular di Indonesia. […]
Menabung Duit Sampai Berkarung-karung Guni, Lelaki Terpaksa ‘Jemput’ Jiran-jiran Datang Tolong Kira
Seorang warga emas berusia 81 tahun di Payakumbuh, Sumatera Barat tular di media sosial kerana menyimpan banyak wang di rumahnya. Menurut Tribunnews, pada awalnya, hanya sekarung sahaja wang ditemui. Namun selepas rumahnya dibersihkan, terdapat berkarung-karung lagi wang yang ‘dibongkar’. Warga emas yang bernama Palyuri atau lebih dikenali sebagai Biyok itu menyimpan wang di rumahnya di […]
Takut Dibuang Dalam Tong Sampah, Lelaki Menyamar Jadi Abang “Delivery” Donut & Hantar Terus Resume Ke Tangan Boss
Seorang lelaki di San Fransisco, Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai apabila dia menghantar resume untuk permohonan kerjanya dengan cara paling kreatif. Lukas Yla, 25, seorang pakar pemasaran yang berhijrah dari Lithuania itu pada awalnya sedang berusaha mencari kerjaya impian baharunya di sana. Bagaimanapun, dia menyedari bahawa peluang kerjaya di bandar itu agak terhad, sudah tentu […]

Kenali Pasangan Saintis Muslim Ini, Pengasas Vaksin Covid-19 Pfizer Yang Jadi Pilihan Seluruh Dunia
Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser. Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang […]
(Video) Ditonton Lebih 3 Juta Kali, Geng Ini Buat ‘Magnet Fishing’ & Apa Yang ‘Dipancing’ Memang Mengejutkan
Jika dulu, sungai adalah sumber air utama yang bersih untuk kegunaan segala hidupan termasuk manusia dan haiwan. Namun ianya sudah berbeza pada hari ini apabila kebanyakan sungai tidak sebersih dulu, ditambah lagi dengan pencemaran akibat buangan sisa pepejal mahupun cecair. Tidak mustahil, sungai juga dijadikan tempat membuang benda-benda tertentu, salah satunya dipercayai untuk menghilangkan barang […]